Satu malam bersama Lope & Obiya
Cerita Lope
Cerita Obiya
Dah lama saya tangguhkan nak bawa Lope ke kedai TF Barber Shop di Alamanda. Kalau dulu, pernah saya buat beberapa entri mengenai edisi rambutnya pada 9 Julai 2010 dan pada 7 Februari 2009 . Semalam, sebab kesian tengok anak teruna ni asyik tergaru-garu kepanasan, saya dan encik Bubu bawa dia berjumpa dengan uncle kegemaran di Alamanda. Agak lama kami menunggu namun berbaloi bila Uncle berikan keutamaan kepada Lope sebab dah lama menunggu dan hanya Uncle yang boleh gunting rambut dia.
Semuanya seperti biasa. Tak adalah menangis, melaung terlolong-lolong dah. Big boy mama cuma nampak agak gerun bila Uncle menggunakan gunting dan akan kegelian apabila Uncle guna mesin potong rambut tu. Nampak la dia macam geli dengan vibration mesin tu. Aksi Lope juga banyak menarik perhatian orang yang lalu lalang di luar, mungkin nampak comel kot bila mak bapak sibuk dok pegang anak mereka atas kerusi di kedai gunting rambut sambil pasang lagu Faizal Tahir dan mengambil gambar-gambar ini.

Bila si abang sudah melawa, si adik tak abis-abis minta nak jadi driver bus. Terlompat, berlari dan terpekik selagi hajat tidak dipenuhi oleh Abah dan Mamanya. Jadi, bila saya ikutkan aja, lihat saja mukanya yang berseri-seri ini.

Comments
http://warkahdarimama.blogspot.com/2010/09/haircut-aint-easy-for-abil.html
pssst.. put nape pipi megat jr. merah ya? cian lak tgk, sorry tanya maklumla megat jr. putih so red dot tu nmpk obvious pula