Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

09/07/2010

Megat Jr. : Rambut baru

Sudah lama saya menangguh waktu untuk membawa Megat Jr. ke kedai gunting rambut. Sudah lama saya biarkan rambutnya serabai jungle begitu. Tak tahan kasihan akan dia yang sering tergaru-garu, saya akhirnya mengalah membawa dia ke kedai gunting rambut. lagaknya seperti membawa anak teruna yang sudah bersekolah sahaja. Selalunya saya dapat bayangkan, bagaimana dia memekik dan menangis menahan diri sewaktu Uncle menggunting rambutnya. Kali terakhir, lebih teruk, Uncle kegemarannya itu pulang ke India, kampung halamannya. Maka, si Megat Jr. langsung tidak mahu duduk di kerusi. Sudahnya, saya terpaksa mendukung dan membiarkan sahaja rambutnya digunting dengan meredhakan sahaja rambutnya diseluruh badan saya.

Muka cuak

Sebelum rambut dipotong, saya sedang memberitahu kepada Uncle itu apa yang saya inginkan untuk rambut Megat Jr. kali ini. Saya kemudian memberi amanat saya untuk dia "Lope, Mama bawa Lope datang sini sebab nak gunting rambut. Tak nak menangis ye, sikit je. Nanti Mama nak anak Mama nampak handsome taw. Nanti baru la Lope selesa rambut pendek, OK?," saya andaikan saya telah mendapat persetujuan darinya tatkala sang anak sibuk menyebut berulang kami "Sherma, sherma, sherma"

Inilah dia Uncle kegemaran Megat Jr. Kalau datang ke sini sewaktu Uncle bercuti, bising satu kedai mendengar jerit dan tangisnya. Uncle ini mungkin kerana sudah berusia, maka pendekatannya dengan anak kecil seperti Megat Jr. lebih fatherly. Pandai juga dia bila Megat Jr. menangis, dia akan menyanyi lagu-lagu Urdu dan mengacah dia sehingga kadang-kala dia terdiam seketika sebelum menyambung tangisan pohon diri diselamatkan.

Bukan senang apabila ingin memujuk Megat Jr. supaya behave sepanjang sesi pengguntingan rambutnya. Memandangkan dia sendiri masih belum boleh mengawal keseimbangan badannya dengan betul, maka saya terpaksa meminta bantuan Bibik untuk memegang bahunya. Namun, apabila terdengar sahaja mesin itu ditelinganya, anak kecil ini menggeleng-gelengkankepalanya tanda protes.

Sudahnya, saya terpaksa mengarahkan Bibik memegang leher Megat Jr. begini. Aduh, maaf yer sayang. Tanda-tanda protes sudah terbit diwajahnya, disuaranya. Tatkala saya memegang berry ini, saya teringatkan sesuatu. Lalu saya pilih dari senarai playlist yang ada, saya pasangkan lagu Adrenalin, kemudian Superhero dan Semesta. Ketiga-tiga ini memang saya sedar merupakan lagu kegemarannya. Jika dirumah, lagu-lagu inilah saya gunakan ketika menjalani sesi terapi bersamanya. Lagu-lagu ini ibarat mempunyai kuasa magis memukau si kecil ini supaya mengikut arahan bondanya.

Inilah penangan lagu Uncle Faizal. Lihat wajahnya, senyum. Sayang sekali saya tidak dapat merakamkan detik-detik ini. Kerja Uncle selepas itu juga senang dan lancar. Saya sendiri mengapa selama ini terlupa untuk mendendangkannya lagu-lagu Uncle Faizalnya? Waduh, next time, petua ajaib ini bukan sahaja terpakai sewaktu ingin tidur atau sesi terapi, malah sewaktu ke barber juga! Saya rasa seperti indahnya hidup ini jika eeftee dapat diklonkan bagi tujuan acara nyanyian untuk anak teruna saya ini. For Megat Jr. bukan untuk bondanya. Bondanya sudah ada Encik Bubu, sekian terima kasih. T___T

Inilah hasilnya!

15 comments:

Min Min said...

HEnsem boyyyyy

Baby Tiger said...

bukan main agi lope ni. geget kang!!

Noina said...

encem dah idris..hehe..comel plak tgk dia dah potong rambut..
Put..ina wat sendiri kat umah..sebab nabila pun sama ngan idris..tak suka org pegang kepala dia..hehe..klu gi kedai mau terpekik terlolong dia..hehe

JMY said...

hoho comel , comel...penggunting rambut anak2 saya adalah.....bapanya...hehehe

Mamamarina said...

Lope ensem lohh!!!

linziana said...

alorr..dia rambut panjang lagi tumellllllllll.heheheheheeh.

Mesti megat rasa ringan kan kepala?heheheh.

Puteri Nuur At-Terawis said...

Ina, Put memang fail bab nak menggunting, Megat lagi la. Alih-alih sampai kedai jugak.

Puteri Nuur At-Terawis said...

linziana,
kan? mama dia pun rasa rambut panjang lagi vasss tapi kesian sekarang ni musim panas, asyik tergaru-garu je.

Puteri Nuur At-Terawis said...

JMY,
abahnya pun gerun, mamanya pun gerun. sebab tu bawa ke kedai. Megat jr.pun dah biasa dengan uncle ni.

Puteri Nuur At-Terawis said...

min, anim, mamamarina,

hohohoho~* lope will be lope ;-)

Zety Zin said...

hensem la lope! me loike!

mrs_zura said...

idris mcm mana pun stay come...

Sutera Batik said...

Hukhuk.. Rmbut panjang lagi encem la lope..

nasaoji said...

encem boy!!!!

Min said...

ala... comeynye...!