Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

07/02/2009

Stress!

Tarikh: 8 Februari 2009
Masa: 11.30 pagi - 2.30 petang
Tempat: Alamanda Putrajaya
Individu terlibat: Makcik, Cik, Idris & Bibik Zumro.

*********************************************

Sudah termaktub, Hari Rabu tanggal 11 Februari 2009 bersamaan dengan 15 Safar, Makcik (insya Allah) akan menjalani pemotongan perut buat kali kedua bagi melahirkan zuriat kedua.

Makcik dalam erti kata lain = sangat takut.
Makcik dalam erti kata lain = sangat cuak.
Makcik dalam erti kata lain = sangat stress, pls!

Oleh itu, untuk menghindari rasa takut, cuak dan stress di atas.. Makcik spent masa dengan anak Makcik si Idris Naquiyuddin di Alamanda hari ini. Bila tengok muka, keleteh menghiburkan Idris, sedikit sebanyak hilangkan rasa pelbagai yang bercampur aduk ituw. Rasa macam, berbaloi Makcik menanggung kesakitan demi nak tambah zuriat.

So, mula-mula sekali.. Makcik pergi sini...

TF Barber Shop @ Alamanda, Putrajaya

Makcik bawa Idris untuk potong rambut. Uncle kat sini memang dah tahu macam mana kehendak potongan rambut Idris. Dan, ini plak.. aksi si Idris waktu potong rambut. Saksikan..


video

Lepas itu, inilah hasilnya...
Lepas tu, Makcik angkut anak Makcik pergi cari pakaian dia plak.. ingatkan nak beli pijama Thomas and Friends tapi memandangkan size takde, Makcik amik aje brand Bob The Builder. Kiranya, shopping theraphy nak hilangkan stress tu berbaloi la kat Makcik eventho spent kat pakaian Idris pun.. Ini yang Idris dapat dari Makcik, sempena nak naikkan mood bakal abang yang sorang nih...

Secret Agent In Training ;-) Nanti besar jadi 007 ye..

Bob The Builder - The Sleeveless. Sesuai untuk budak yang asyik kepanasan selalu..

3 Quarter Pant - kalau beli yang panjang karang, dia complain panas plak..

Walaupun Makcik masih terasa cuak, tapi insya Allah Makcik boleh control kots. Balik rumah je, Makcik dah flat terus. Tido dengan Idris sampai ke petang.

No comments: