Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

14/02/2021

Jemput Pisang Tak Berminyak


Dah banyak hari tengok kawan-kawan share di Facebook kawan-kawan kongsikan masak jemput pisang. Paling terliur tengok Uzair anak Munirah Hanim yang buatkan, nampak sedap sangat. Jadi bila kita nampak pisang kat dapur dah nampak macam nak lebam, ting! 

.

Yeay! Jom Auntie Put buat jemput pisang macam Uzair buat.


Okey, mudah sangat nak buat jemput pisang ni tapi, selalunya saya buat mesti jemput pisang makan minyak. So, terjumpa resepi satu ni yang katanya crunchy dan tak makan minyak.

Jom, kita buat. 


Kopek kulit pisang tu, then buat macam ni lah. Buat entry blog ni untuk Sophia tengok Mama dia share resepi. Hahahaha. Nanti nak suruh dia buat.

Lenyek pisang. 

Pakai masher tu mudah, dulu pernah lenyek dengan guna botol kaca je. Hahahha. 


Lepas tu, masukkan butter dan gula. Agak-agak lah korang taruk.

Gaul sebati dan masukkan tepung gandum. Saya masukkan 5 sudu besar tepung.


Lepas tu ambil 1 sudu Soda Bicarbonate.


Nah rupa parasnya. Dah campur tepung gandum dan soda bicarbonate.



Sophia, ini caranya nak masukkan jemput-jemput ya. Sebab tulis blog ini untuk dia buat rujukan dimasa depan kan. 


Goreng!


.

.

Ini hasilnya. Masa panas-panas tu, cucuk dengan garfu. Krup krap krup krap bunyinya. Jemput pun tak makan minyak. Rasa pun sedang elok. Makan masa panas-panas, licin!


Abaikan suara orang yang bercakap di video tu. 

So, ringkasnya ini bahan yang diperlukan untuk buat jemput-jemput pisang tak berminyak:

5-6 biji pisang

5 sudu besar tepung gandum

Secubit garam

3-5 sudu kecil gula

1 sudu kecil soda bikarbonat

.

.

Itu je nak share pun, orang tengah warm up nak tulis blog balikkan? Hahahha. 

Kita jumpa lagi bila kita update ya.

Love,
Puteri Nuur At-Terawis

No comments: