Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

11/02/2021

Happy birthday, Puteri Mariam Sophia !!!

Sekejap sahaja sudah 12 tahun anak kecik yang ditatang dengan penuh kasih sayang 12 tahun yang lalu. Anak kecil itu kini pada size fizikalnya sudah bertukar bentuk. 

.

Anak yang masih tercari-cari rentak kehidupan. Orang kata, budak baru nak up (BBNU). Tempoh ini adalah tempoh yang mana sang ibu perlu tapau banyak kesabaran dihati, menelan rasa dan berdoa banyak-banyak. 

.

Pendekkan cerita, sudah seminggu saya dan Encik Bubu mencarikan hadiah buatnya tapi sengaja kami cakap maaf, Mama Abah tak sempat nak ke kedai. Pendekkan cerita, malamnya kami minta dia masuk ke master bedroom dimana hadiahnya diletakkan di atas sejadah pink yang dia gemari.

.




Itu kad yang Mamanya buat sendiri. Hahahha. Sebab musim COVID-19 jadi tak sempat nak singgah beli kat kedai.
.
Bila dia naik ke atas, tak sempat nak buat suprise, dia dah tanya "hadiah Phia ke tu?" Saya dan Encik Bubu berpandangan dan tergelak besar. Okeylah , mengaku ajelah hadiah dia dan dia excitedly ambil hadiah-hadiahnya. Lagaknya seperti malu tapi mahu. So, kami minta dia bacakan apa yang kami tulis dan dia kesipuan membacanya. 
.
Seterusnya kami paksa buka hadiah. Berulang kali dia cakap, sayangnya nak buka. Sayangnya nak buka. Haish, kami geram dan terus paksa dia buka.
.


Birthday girl dalam acara buka hadiah. Bila tanya apa yang dia dapat ni best ke tak, dia jawab best dan memang dia dah expect dah yang kami akan bagi. Yelah, yelah. Sayangkan anak, beginilah mak ayah kan. Anak minta kita bagi.
.
Dia sangkakan ianya berakhir disitu sahaja tapi tidakkkk... Satu lagi kejutan saya kirimkan buat Mayam Mama yang sorang ini.
.

Gitu muka malu-malu kan. Tapi sayangnya, ada kesilapan sikit orang yang buatkan belon ni.
.

Nampak tak umur anak I dah boleh mengundi youuuuu!
Then nama tu ejaan pun salah, alasannya kata - huruf H habis.
.
Takpelah, kita maafkanlah kesalahan dia yang merencatkan aktiviti suprise kami. Saya memang particular dengan ejaan nama orang, inikan pula nama anak saya. Haish. 
.
Hari bersejarah Sophia yang ke-12 dia request nak makan KFC dan Nasi Lemak Royale Kedah. Aduh anak, itu je yang Phia request. Hahahahhah. Takpelah, sebab hari ini hari ulang tahun Sophia, Mama dan Abah tunaikan dengan penuh seronok.
.
Semoga Sophia menjadi anak soleh Mama dan Abah hingga ke syurga dan adik yang akan menjaga Lope bila Mama dan Abah dah tiada lagi.
.

Love,

Puteri Nuur At-Terawis

No comments: