Obiya, Dora, Mewarna dan Pinky
Obiya ada hobi baru. Pada asalnya, saya perhatikan setiap kali apabila saya menulis atau membaca, si Obiya akan sibuk cuba memegang pen yang saya pegang atau mencuba meniru gaya saya sedang membaca. Pada mulanya juga saya belikan dia alat untuk dia menulis, apabila terrer dia menulis, habis kerusi saya dicontengnya.
Ok, bagi membangunkan lagi kemahiran Obiya, saya ajar dia mewarna. Ini adalah kali pertama saya memberikan kebebasan kepadanya sambil saya mewarnakan juga gambar yang diberikan. Bertepuk keseronokan tatkala melihat saya mewarnai si Dora The Explorer.
Ok, bagi membangunkan lagi kemahiran Obiya, saya ajar dia mewarna. Ini adalah kali pertama saya memberikan kebebasan kepadanya sambil saya mewarnakan juga gambar yang diberikan. Bertepuk keseronokan tatkala melihat saya mewarnai si Dora The Explorer.




Obiya yang gigih sedang mewarna. Kusyuk :) Banyak kali saya kenalkan pelbagai warna padanya. Dia nampak confuse, sampailah saya kata "Phia ingat tak jeans Phia kan warna pink, tengok rambut anak mama colour hitam," lalu dia bangun dari kerusi. Saya sangkakan dia sudah jemu dengan pensil warna tapi tekaan saya meleset apabila Obiya datang dengan membawa sesuatu sebagai rujukannya.
Dia pergi ambil frame gambarnya sendiri. Mungkin dia sendiri pun nampak, Dora tu mukanya adalah sama dengan dirinya. kan? Tak cukup dengan frame gambar, dia kemudian bangun lagi. Saya sengaja membiarkan sahaja dia. Mahu melihat sejauh mana dia nak mewarna untuk hari ini. Rupanya dia ambil sesuatu lagi...
Dia ambil Pinky! Ya Allah, serius nampak kiut gila bila dia ambil Pinky dan dudukkan patung putih tu di kerusi dengan mulutnya tak putus-putus bercakap seperti dua orang sahabat. Beriya-iya sungguh, siap dengan muncung-muncung multnya bercakap.
Tok pun datang juga, sambil-sambil tegur Pinky. Cucu perempuan Tok yang sorang tu makin happy sebab dia rasa Pinky betul-betul diterima kot. Bwahahaha. Si Pinky ni kesian jugak sebenarnya, selalu sangat mama kena bersih dan mandikan sebab badan Pinky selalu berbau susu sebab 'kakak' suap susu dan selalu sangat ada nasi lah, noodle la dimulut Pinky. Semuanya sebab 'kakak' sambil makan sambil suap Pinky. Sekali fikir, lebih elok macam tu daripada dia suap Lope. Kesian Lope sebab adik sendiri pun tak lulus lagi bab suap menyuap ni.Bila dah boring mewarna, mama hidangkan Tok sate. Nampak aje Tok ke meja makan, terus dia laju aje mengikut Tok. Dia tahu, kalau makan dengan mama, dia perlu duduk di hi-chair tapi kalau dengan Tok dia boleh makan di kerusi orang dewasa. Tok kan kebal, habislah spoil Obiya. Manja dengan Tok dah berlebih sangat dah ni.

Walau makan di meja bersama orang dewasa, mangkuk tetap yang sama sebab mama tak kasi upgrade lagi. Karang habis mangkuk mama dia baling. Bila warna dah sudah, makan dah sudah, inilah wajah orang yang kegembiraan.





Comments
Pandailah Phia..pegang colour pencil..siap amik gambar dia lagi..hehe..
Rindu pulak..bila nak ngedet ni Put..? Rindu kat Phia ngan Lope nih!!
Put, bila kita nak jumpa nih?