Kenapa saya ada 5 entry pada 15 Januari 2011? Sebab saya adalah salah seorang peserta yang join Maxis Om Nom Nom Race!
Tajuk sedikit meroyan daripada biasa memandangkan kepanjangan ayatnya sehingga saya boleh buat sebaris ayat dalam entry. Lupakan semua itu, meh sini saya nak cerita apa yang saya buat setelah saya menjadi peserta dalam Maxis Om Nom Nom Race.
Mungkin bagi sesetengah orang yang dah pernah join treasure hunt, aktiviti macam ni biasalahkan tapi tak biasa untuk saya. Frankly speaking, ini adalah kali pertama saya join benda alah ini. Saya digandingkan dengan 3 orang ahli pasukan yang diambil secara random. Saya tak kisah sebab selain dapat tambah kawan baru, saya juga boleh kenal blogger lain juga.
Tak susah untuk saya mencari titik kesamaan dalam diri masing-masing. Mungkin kerana kami blogger. Kami juga suka makan dan kami juga suka menulis. Oh tak lupa, kami juga suka bergambar dan mengambil gambar. Banyak kan benda yang sama? So, kami yang diberi nama Nasi Lemak Pedas bergabung menjadi satu.
Pagi Sabtu itu juga saya korbankan masa untuk bersantai dirumah dengan Lope dan Obiya. Terima kasih kat Encik Bubu yang bangun awal-awal pagi dan menghantar saya ke Modestos, Capsquare. Kami perlu mendaftarkan diri selewat-lewatnya pada jam 8.30 pagi. Orang yang pertama saya hubungi adalah Ili Aisyah. Orangnya datang all the way dari Terengganu. Dia belajar disana. Kemudian, Simon pula menghubungi saya dan rasanya tak susah untuk dia spot dimana saya memandangkan saya 'senang' untuk dilihat :P Seterusnya, Mus yang datangnya dari Skudai adalah orang yang terakhir saya jumpa.
Sebelum bermula acara, kami diberikan taklimat. Sekali pandang MC kat depan tu, ku rasa seperti kenal dia. Siapa ye.. siapa ye.. sangat familiar. Suaranya, wajahnya. Hmmm, masa tu ada sorang blogger dari kumpulan lain duk kat sebelah, saya tanya pada dia "Niki Cheong eh?" dia jawab "Tah, tak kenal" Haish, macam mana blogger picisan tak kenal famous blogger? Lalu saya tweet sendiri Niki Cheong nak minta kesahihan.
This is him. MC-ing for the event :)
Selepas briefing, kami diminta untuk ambil laptop, broadband dan iPhone. Too bad, kami tak dapat pun iPhone4 cuma dia kasi GPS je *betul ke ni? - tak familiar dengan iPhone punya model*
This is Nasi Lemak Pedas - without me :P
Diaorang tengah test iPhone sebab kami perlu install sendiri Maxis Finder301.
Ini pula demo tengah nak install. Korang nampak tak minah yang kat sebelah sana tu yang gambar dia tak berapa clear tu, terlindung tu?
Lepas kami dah dapat semuanya- Laptop, broadband, iPhone pun dah siap install Finder301, kami pun diberi passport, Life Line dan Life Time.
Destinasi Pertama : Kafe Strawberry Fields
Terus kami pusing kat situ dan masa kami sampai, dah ada 2 group yang mendahului kami. Takpe, first time punyakan. Kami dapat makan. Yeay!
Sumpah saya suka hotplate ni. Mushroom banyak gila, daging ayam bersepah dan tak sampai RM10 pun. Nanti kalau korang ada keje dekat-dekat sini, sila singgah ye. Sangat berbaloi.
Oh tak lupa, ianya halal. Semua restoran untuk Maxis Om Nom Nom Race adalah halal. So, kami tak perlu bimbang yer.
Seterusnya, lokasi kedua kami. Ini cluenya. Mak aihhh, cuba korang amik clue tu dan type kat google search. Apa korang jumpa? Dekat-dekat dengan Bandar Sunway kan?
Destinasi Kedua : Tarbush Delicacies
Terima kasih Tarbush!
Makanan kami :
Hidangan Kumpulan Nasi Lemak Pedas :
Kami yang makan sambil ready nak blogging :)
Dekorasi dalam kedai ni pun saya suka.
Seterusnya selepas kenyang, untuk destinasi ketiga kami, inilah cluenya.
Destinasi Ketiga: Sate Kajang Hj. Samuri
Seterusnya, perjalanan kami semakin jauh. Clue keempat kami nun di Bukit Damansara. Cluenya juga di Mc Donald's!
Bila dapat clue, kami agak blur sebab kami tak nampak apa tulisan yang ditulis tapi kami main agak-agak aje sebab nampak ditulis something 'thai'. Selepas berpusing dan berpusing serta bertanya dan bertanya. Akhirnya, kami jumpa ini.
Destinasi Keempat : Restorai Thai Base
Destinasi Keempat : Restorai Thai Base
Hidangan di meja kami:
Seterusnya destinasi terakhir seperti yang saya dan Ili cakap adalah di Bangsar Shopping Centre. Cluenya tertulis k1 Island. Bila kami google, rasanya macam tempat karaoke. Rupanya clue tu ada di Kaunter Information di BSC. Kami tak completelan clue itu tapi terus panjat level 3 untuk ke destinasi terakhir ini.
Destinasi Terakhir : Dancing Fish
Sejujurnya saya sukakan keramahan yang kami terima sewaktu kami tiba.
Makan, blogging, berborak, ambil gambar, makan lagi dan blogging lagi. I like!
Dancing Fish juga mempunyai dekorasi yang mendamaikan jiwa termasuklah dengan alunan muzik jazz yang sangat sempurna untuk menenangkan peserta-peserta Maxis Om Nom Nom Race yang sedang bertungkus lumus ini.
Kami makan dengan rileks siket, licinkan semua makanan di atas meja. Sebelum kami pulang, kami tak sempat ambil ais krim durian diaorang. Kalau datang sini, jangan lupa request ais krim durian. Brader yang ada rambut artis ni yang akan cop untuk kami.
Seterusnya kami pulang semula ke Modestos, Capsquare. Masa ni saya dah tak keep track dah.
Sampai kat sini, kami dijamu lagi dengan dinner dan ada individual contest lagi - kami kena teka apa ada dalam makanan ni.
Potato, garam, gula, asparagus, tomato, cheese dah tu apa lagi? :P
Seperti dijangkakan kami tak menang apa-apa *bwahahhaha*




Comments
meleleh ok air liur!!!!hehehe
rindu nak makan mkan Lagi