"My name is Khan"
5 stars!
Mixed feeling!
Awesome!
Mixed feeling!
Awesome!
Sudah beberapa teman memberitahu, selepas menonton filem ini, ingatan mereka berpaut pada Megat Jr. saya. Pada mulanya, saya memang sangat teruja untuk menonton, tangguh punya tangguh hingga filem ini tidak ditayang di pawagam. Saya masih ingat Ally dan kakak saya Kak Yan bercerita mengenai filem ini. Semalam, sewaktu ke Alamanda, sewaktu saya melintas di hadapan Speedy Video, saya terlihat banner filem ini. Saya masuk dan terus membelinya. Larut malamnya, selepas kedua-dua kesayangan saya beradu, saya mengajak Encik Bubu menonton. "Cerita ni pasal budak Autism, jomlah teman Sue tengok" Encik Bubu seperti selalunya dia, bersetuju sahaja dan FIL saya juga. "Abah pun nak tengok juga, tapi selalunya cerita yang tengok Abah" katanya dalam nada separuh berjenaka.
My name is Khan berkisar mengenai seorang pemuda bernama Rizvan Khan, seorang muslim yang tinggal di India bersama ibu dan seorang adik lelaki. Sejak dari kecil, dia kelihatan berbeza. Ada sesetengah berpendapat dia seorang yang dungu kerana menghadapi masalah komunikasi dan tidak tahu bersosial dengan masyarakat walau dengan ibu dan adiknya sendiri. Ibunya memainkan peranan yang penting didalam pembentukan Rizvan, bagaimana dia menggunakan kaedah tersendiri dalam mendidiknya, berbeza dengan cara dan teori membesarkan si adik. Apabila menonton cerita ini, ianya ibarat melihat satu scene di masa hadapan anak kecil saya. Walaupun Megat Jr. didiagnosis sebagai Mild Autism sahaja, namun banyak lagak dan perlakuan yang dilakonkan oleh Shah Rukh Khan mencuit hati saya. Usah dipersoal keupayaan dia membawakan watak ini, kerana bagi saya ianya sungguh realiti dan sempurna. Di dalam filem ini, walaupun Rezvan menghadapi masalah komunikasi, namun daya ingatan dan hafalannya sangat baik. Fobia dengan warna kuning. Lurus bendul dan tidak pandai bercakap bohong. Seorang yang berpegang teguh pada ajaran yang diajar kepadanya.
Mungkin ramai yang masih samar-samar mengenai apa itu Sindrom Asperger.
Ini saya perolehi dari wikipedia:
Adalah kecacatan neurobiologi yang dinamakan sempena pakar perubatan Viennese, Hans Asperger, yang menerbitkan kertas kerja pada tahun 1944 yang menggambarkan pola perlakuan pada beberapa pemuda yang mempunyai perkembangan bahasa dan kecergasan normal, tetapi turut menunjukkan tabiat autisma dan kekurangan jelas dalam kemahiran komunikasi dan kemasyarakatan.
Dalam bahasa yang mudah untuk difahami:
Penghidap masalah Asperger mempunyai kesempurnaan fizikal yang sama seperti orang-orang biasa tetapi mereka agak sukar untuk berkomunikasi dengan masyarakat serta mempunyai ciri-ciri autisma seperti suka menyendiri, tiada eye contact, anti sosial dan sebagainya.
Sungguh terkesan cerita ini pada saya tatkala melihat scene Khan yang lurus bendul menuntut janji, tidak selesa dipersekitaran yang baru dan bertemu dengan wajah-wajah baru, apabila bercakap tiada eye contact dan ekspresi pandangan matanya kerana semua yang dilakonkan itu ada pada Megat Jr. saya. Saya kagum dengan kesungguhan ibunya mendidik dan tidak membezakan kasih diantara anak-anaknya. Meski mempunyai kekurangan, tetapi Khan sangat pintar, tak salah jikalau memanggilnya pensyarah kecil kerana dia mampu memahami dan menghafal apa yang dibacanya dengan baik sekali.

Garapan yang menarik minat saya:- Peranan ibunya yang saya kagumi, walaupun dia tidak mengetahui Razvan menghadapi masalah namun dia melakukan sesuatu yang betul. Seorang ibu tidak akan membiarkan anaknya disia-siakan walau seteruk mana anak itu. Mungkin ibunya kurang berpendidikan, namun mengajarnya mengenai sirah-sirah nabi, mengajarnya mengenai manusia dan sekeliling merupakan sesuatu yang sangat penting, berpesan dan mengajarnya membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Janji bererti untuk dikotakan, bukan untuk diingkari. Begitu juga dengan kata, tiada yang dusta melainkan benar belaka.
- Mengajar masyarakat mengenali individu autisma. Mereka tampak seperti lain-lain individu tetapi mengalami sedikit gangguan komunikasi dalam terma kemasyarakatan. Seorang yang lurus, patuh, setia, berpegang pada janji.
- Muslim dan Islam bukan pengganas. Penyatuan kemanusiaan dan membuka mata barat akan kebaikan dan kesyumulan Islam.
- Kasih sayang tanpa sempadan. Kasih sayang suami dan isteri, sahabat dan ibubapa untuk seorang anak.
Filem ini memberikan gambaran kepada saya bagaimana individu autisma menghadapi cabaran kehidupan di masa akan datang. Terbayang tatkala sang ibu dijemput pulang mengadap Ilahi, adiknya pula yang menjaganya. Saya sering terbayangkan saat-saat itu. Mampukah Puteri Jr. menjaga dan memahami abangnya sebagaimana saya?... entry ini akan disambung ;-)

Comments
i watched this dlm panggung
efie nanges kat sebelah saya ;p hehe
my point is,
we're always here, and we're gonna love lope always :)
"My Name is Rizvan Khan...KHAN...from epoglotis.. and I'm not a terrorist"