Lamb Chop
Sekarang ni tiba musim suka nak memasak dan ambil gambar. Ok, sebenarnya bila timbul minat macam ni, agak bimbang sebab sewaktu awal-awal mengandungkan Puteri Jr. pun, inilah kegemarannya. Kali ni, masak lamb chop. Sedap tak sedap belakang cerita, janji bila dah jadi gambar, rasanya macam nak masak dan makan sekali lagi.
Perkara yang paling seronok bila masak sendiri adalah sebab side dish boleh letak seberapa banyak yang kita nak dan apa-apa sahaja yang rasa nak makan. Bagi saya, saya suka makan..
Tomato yang dibakar dengan butter. Caraku sendiri. Seleraku. Lagi suka, bila FIL juga suka makan begini.
Ini sup cendawan dan ayam, untuk Megat dan Puteri Jr. juga. Megat Jr. kureng sket makannya tapi si Puteri Jr. sangatlah suka. Terasa puas bila boleh memasak dengan penuh kasih sayang untuk orang-orang yang tersayang. Lebih indah bila Encik Bubu kata 'next time boleh buat lagi' dan Puteri Jr. yang sedang makan sup sambil terangguk-angguk cakap 'hmmm, dap. dap.'Okey, senang je nak gembirakan hati seorang Mama yer ;-)



Comments