Tiada lagi Encik Bubu saya...
Oppsss, saje buat tajuk entry suspen taw!
Scene 1
Scene 2
So, untuk entry selepas ini, dengan segala hormatnya, nama Encik Bubu telah saya gugurkan dari blog ini walaupun saya sesungguhnya saya menyukai nama Bubu itu kerana keunikan dan kecomelannya yang sama tara dengan sang kekasih saya. Saya terpaksa menggugurkannya di atas sebab-sebab menghormati sensitiviti tuan empunya badan. Selepas ini, apabila saya merujuk kepada seorang lelaki yang saya gelarnya seorang suami dan ayah kepada anak-anak saya, namanya bertukar menjadi...

The end.
p/s:
Segala surat menyurat tidak akan dilayan :-P
Jika anda yang sedang membaca ini biasa membaca blog ini, bila disebut sahaja Encik Bubu, semestinya anda tahu siapa yang saya maksudkan. Orangnya comel, kelakar, doktor cinta saya, sang abah untuk Megat dan Puteri Jr. , dialah skandal terulung yang pernah saya ada, dialah roomate saya, dialah gossip partner saya yang paling best, dialah best friend saya dan pendek kata, dialah segala-galanya pada saya. Namun, semenjak saya menggelarkan si kekasih hati saya ini dengan nama gelarnya Encik Bubu di dalam blog mahupun dilaman-laman sosial milik saya (pergh, ayat tak tahan!) saya mendapati terdapat sedikit kecelaruan panggilan terjadi didunia realitinya.
Scene 1
Saya dan beberapa teman sedang berbual-bual, berkisar mengenai anak-anak dan keluarga. Tiba-tiba si sahabat bertanya 'Bubu suka tak tengok movie ni?' Pada mulanya, saya agak janggal. Di alam nyata sekalipun, saya tidak pernah memanggil dia Bubu. Tapi saya abaikan sahaja.
Scene 2Saya menerima SMS dari kakakku, juga berbunyi 'esok gi kubur aboh dop? bubu gi jugok?' terweng disitu. Saya tidak membahasakan Encik Bubu saya dengan nama Bubu.
Oleh yang demikian, bagi mengelakkan nama gelar Encik Bubu saya tertukar di dunia nyata, saya dengan rasa rendah diri, ingin bercerita bahawa, saya memanggil apa-apa sahaja nama untuknya. Adakalanya saya memanggil Abang (most of the time), adakalanya saya memanggil Sayang, adakalanya saya memanggil Bee (oh..), adakalanya saya memanggil dia Hun (auuww!) dan adakalanya saya memanggil nama yang anda semua tidak mahu tahu saya panggil (hahahhaha). Saya tercuit juga hati, bila teman-teman Encik Bubu juga memanggilnya Bubu dan ada kalanya they're just make fun of it! Ish, ini panggilan manja saya padanya di alam maya dan saya tidak mahu berkongsi dengan sesiapa pun (ok, panggillah saya tamak). Kalau saya memanggilnya sayang atau hun ke, nanti naik kematu telinga dan mata anda membacanya. Saya tidak ingin memanggil namanya yang sebenar, kerana nama itu sangat istimewa dan agung di hati saya :-)
So, untuk entry selepas ini, dengan segala hormatnya, nama Encik Bubu telah saya gugurkan dari blog ini walaupun saya sesungguhnya saya menyukai nama Bubu itu kerana keunikan dan kecomelannya yang sama tara dengan sang kekasih saya. Saya terpaksa menggugurkannya di atas sebab-sebab menghormati sensitiviti tuan empunya badan. Selepas ini, apabila saya merujuk kepada seorang lelaki yang saya gelarnya seorang suami dan ayah kepada anak-anak saya, namanya bertukar menjadi...
|| .. Paduka Kekanda .. ||
(sila muntah hijau!)
(sila muntah hijau!)
The end.
p/s:
Segala surat menyurat tidak akan dilayan :-P



Comments
kan? kan? tapi, bila ppl dah buat make fun of it, i pity him. Bubu is a cute name. nama swittt, nama manja dengan i :-P
ku harap nama bubu juga, tapi.. aduh!
macam pelik tapi mesti lepas ni orang2 xkan guna...hahahaha...
Tapi perkataan "bubu" tu macam sedap di dgrla...
Hurmmmmmmm....
xmo.. xmo.. xmo.. x best kan?
ada org lain tiru akak panggil abg is Bubu?
Yang itu sememangnya macam tak de keistimewaan lak kan....
Tapi bila baca entry akak pasni jadi paduka kekanda, mesti jadi penat nak menyebut