Segelas Pediasure untuk Lope Tersayang :-)
Adakah anda penggemar Pediasure?
Adakah anda seorang yang sanggup tak nak makan porridge yang Mama masakkan sebab nak minum 8oz Pediasure?
Adakah anda rasa Pediasure adalah minuman tersedap abad ini?
Adakah anda seorang yang sanggup tak nak makan porridge yang Mama masakkan sebab nak minum 8oz Pediasure?
Adakah anda rasa Pediasure adalah minuman tersedap abad ini?

Jika semua jawapan anda adalah YA maka anda berpotensi besar untuk melakukan scene ini dirumah anda tatkala Mama sedang syok layan World Cup kat TV.
Oh, bukannya Mama tak kasi saya minum, tapi saya saje nak explore macam mana Mama buat Susu. Bezanya, sewaktu saya memanjat meja didapur pada malam kejadian, Mama tiada botol susu saya tiada ditempat kejadian. Oleh itu, saya gunakan sahaja gelas yang disediakan disitu. Saya tuangkan semua susu didalam container susu berkenaan. Kata Mama, susu dalam container tu boleh saya minum sebanyak 4 kali minum susu.
Pediasure, anyone?Patutlah seronok minum susu, sebab saya sendiri pun seronok sewaktu menuangkan semua susu ke atas meja. Saya juga hairan kenapa susu-susu itu bersepah kat atas meja. Memandangkan tiada sudu, saya sekadar menggunakan jari jemari sahaja untuk membancuh susu ini. Mama pesan, semuanya kena buat dengan kasih dan sayang. Inilah yang saya praktikkan.
Saya yakin apabila susu dibancuh dengan tangan gebu saya ini, hasilnya akan lebih sedap dari susu yang pernah mama buatkan pada saya. Oh! saya juga bercadang nak kasi Lope minum susu ini. Tapi hajat saya tak kesampaian sebab, sekarang ni Mama sudah betul-betul berada didepan saya sambil memegang berrynya. Saya rasa Mama amik gambar saya kot..
Pediasure untuk LopeSaya baru je tersenyum-senyum bila tengok susu yang saya bancuh dah ready dalam gelas putih tu, tapi seribu kali sayang, tangan saya tiba-tiba tertolak gelas dan hasilnya....
Catatan: Puteri Jr.




Comments
good work ... berjaya panjat meja &tak jatuh !!