Project Alpha - Kami menang!
2 minggu lalu, saya dimaklumkan oleh Nuffnang bahawa saya merupakan salah seorang pemenang harian di minggu ke-4 dan selepas itu, Jujue juga kegembiraan kerana dia diumumkan sebagai pemenang harian di minggu ke-17. Oleh itu, kami sepakat membawa berkat dengan gigih pergi untuk redeem hadiah yang dijanjikan.
Oh, akhirnya kami sampai ke sini!! Sumpah saya memang buat google maps untuk beberapa kali, almaklumlah orang Putrajaya masuk KL :p Saya ke sini bersama Jujue dan Fahiya, partner yang sungguh setia menemaniku :)
Muka kanak-kanak girang menang hadiah :) Saya wakilkan berry saya je masuk dalam gambar ni, tak kuasa mak nak berposing sebab masa ni mak tengah lapar sangat-sangat dah (kami keluar waktu makan tengahari)Dan, inilah yang kami dapat..
Terima kasih ruumz!
Terima kasih Adidas!
Terima kasih Adidas!





Comments
cantiknya adiah...