Terima kasih, saya tahu saya tidak keseorangan.
Jika sewaktu saya menulis draft pertama entry berkenaan hati saya bengkak, dan banyak bahasa-bahasa kesat yang saya tulis, namun ianya diperhalusi apabila saya semak dahulu sebelum saya publish di pejabat tempoh hari. Kali kedua membaca draft tersebut saya memadamkan kata-kata api yang pada mulanya saya tulis. Apabila saya tekan butang publish, saya terasa sedikit ringan dalam jiwa saya. Inilah blogging-theraphy dan apabila membaca komen teman-teman, mata saya bergenang. Terima kasih, komen yang ditinggalkan menyuburkan semangat kental saya demi Idris.
Saya tidak menulis untuk menunjuk-nunjuk. Saya tidak menulis untuk bercerita mengenai kehebatan diri. Saya tidak menulis untuk menjatuhkan sesiapa.
Saya bercerita untuk anak-anak saya. Jika ada yang sudi membaca, dipersilakan. Jika terasa meluat, jangan singgah di URL ini lagi.
Menulis disini mengenalkan saya dengan incredible parents mereka adalah seperti didalam list saya). Menulis disini menemukan saya dengan ramai orang. Menulis disini memberikan saya ruang berinteraksi dan sebagai medan perkongsian ilmu dan pengalaman.
My Little Secret bukanlah tempat untuk bercerita mengenai kegembiraan semata-mata. Saya tidak mempotretkan kegembiraan dan kebahagiaan hidup semata, tetapi mengenai pasang surut hidup saya sebagai ibu dan koleksi perjalanan hidup membesarkan Idris dan Sophia, diselang seli dengan cerita saya dan Encik Bubu. Itu sahaja. My Little Secret bukanlah tempat untuk saya meraih publisiti dan kasihan dari teman-teman. Jika entry saya Pesanan Khidmat Masyarakat untuk Kakak A tidak mampu mengetuk pintu hatimu, saya berharap hanya Allah sahaja menegurmu. Terima kasih juga diatas kiriman email itu. Saya tidak mengaibkanmu, kerana tiada nama yang ditulis. Siapa yang makan cili, dialah terasa pedasnya.

Comments
Mmg saya faham jika ada rasa marah jika disebut sedemikian rupa. Sabar saya pun boleh hilang jika ada orang mengata dan membezakan anak-anak kita. Biarlah mcmanapun dia, bukan hak dia utk kata sebegitu. Jika Tuhan sudah kurniakan dia sebegitu, adakah dia tak layak utk kita sayangi dan kasihi? Oleh kerana dia itu istimewa, maka diberikan kepada ibu bapa yg istimewa juga.
Sabarlah.
Terus terang saya katakan, wajah Idris cukup menenangkan hati saya. Terasa seperti mahu memeluknya. Insya Allah, moga satu hari nanti kita dipertemukan.
- mamamia-