Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

23/02/2010

Pesanan Khidmat Masyarakat untuk Kakak A

Pesanan lemah lembut dari saya untuk Kakak A:
Semoga Kakak A tabah. Sekiranya perlu, sediakan handphone canggihmu disisi untuk kamu SMS diriku selepas habis membaca entry ini.

Pengenalan:
Kakak ini yang saya namakan A seorang perfectionist. Kadang-kadang, sikapnya merimaskan saya. Ada sekali saya upload gambarnya di bukumuka saya, dan dia SMS dan menelefon marah-marah kerana tiada privasi katanya. Saya segera remove gambarnya, dan tatkala itu berbekas juga di hati saya. Saya tidak tahu apa yang dia takutkan, terlalu banyak yang perlu dirahsiakan. Tetapi memandangkan itu adalah gambarnya, dan itu adalah haknya, saya sekadar meminta maaf dan mendiamkan diri sahaja.

Semenjak dua menjak ini, Kakak A ini rupanya menjadi pembaca di My Little Secret pula, saya tidak kisah dia menjadi silent reader saya selama ini. My Little Secret berkisar mengenai perjalanan hidup saya sebagai seorang ibu, adakalanya saya bercerita mengenai Encik Bubu dan teman-teman saya, selainnya ia berkisar mengenai Idris dan Sophia. Semalam juga, Kakak A menegur saya di YM. Kami bertegur sapa seperti adanya teman, dan ini antara bait-baitnya yang sedikit mengguris hati saya.

'akak bukan apa la. Kalau akak di tempat Put, akak malu juga nak bercerita mengenai Idris yang macam tu, kalau Sophia tu OKlah. cergas ye, baru setahun nampak dah lincah'

Tidak pernah malu memilikimu, kamu adalah anugerah!

Saya sengaja membaca ayat yang Kakak A tulis ini beberapa kali. Beberapa saat pertama, hanya ungkapan basketball yang keluar dari mulut saya. Namun, selepas itu saya bertenang.

'Idris adalah suatu anugerah yang tidak terhingga untuk Put, tak pernah sekalipun Put rasa malu dengan Idris. Put bangga ada anak macam Idris' waktu saya menulis ini, terasa seperti membuak-buak rasa marah, seorang ibu mana yang sanggup mendengar orang mengata anak mereka, tambahan dalam hal ini, lahir Idris ke dunia bukanlah untuk menyusahkan saya, tetapi memimpin saya menjadi lebih kuat.

'Susah Put kan, nak dukung Idris ke sana ke mari. Berapa berat dia ye? Padanlah dengan badan mama dia,kan?' dan seterusnya dia membuat icon gelak. Suka hati sungguh Kakak A berbual-bual dengan saya semalam. Mungkin dia tidak sedar, katanya menghiris tangkai jantung saya. Untuk pengetahuan Kakak A, berat Idris 12 kg cuma. Memanglah berat, tetapi saya tidak mengeluh, malah bersyukur kerana Allah berikan dia selera untuk makan. Allah jadikan sesuatu benda itu dengan sebab, badan mama Idris yang montel ini cukup kukuh untuk mendukung anaknya ke hulu dan ke hilir. Jika Kakak A ditempat saya, mungkin sudah lama patah-patah tulang belakang Kakak A apabila terpaksa mendukung Idris hampir sejam setiap malam apabila ingin mendodoikan dia tidur.

Lihat wajah ini, dan fikir, adakah dia menyusahkan?

Kalau Kakak A membaca entry ini, saya kalau boleh nak minta Kakak A baca dan hafal apa yang saya tulis dibawah ini. Mungkin tak semua orang berani bercakap sebegini dengan Kakak A kerana kedudukanmu yang tinggi dan peribadimu yang 'sebegitu'. Walau tinggi manapun Kakak A, jangan lupa Allah is above all.

Perkara pertama yang perlu dihafal:
Seumur hidup saya, tidak pernah walau sesaat pun saya menganggap Idris sebagai bebanan. Idris adalah penyambung zuriat saya dan Encik Bubu. Idris mengajar saya erti tanggungjawab dan kasih sayang, erti syukur. Idris datang denganberjuta rezeki untuk kami. Tiada rasa malu. Saya berterima kasih kerana adanya Idris, mengajar saya menjadi lebih bertimbang rasa. Mungkin Kakak A juga perlu belajar sesuatu dengan kehadiran Idris dan teman-temannya juga.

Perkara kedua yang perlu direnung:
Saya berblogging untuk menulis rentetan cerita saya sebagai seorang ibu. Arwah Aboh saya sering menulis diari, setiap hari dia menulis. Hingga kini, walau dia sudah kembali kepadaNya, diari-diari dalam bilik arwah masih kukuh disitu. Saya diberi kesempatan membaca diary arwah pada tahun 1982, tahun kelahiran saya ke dunia ini, dan saya menangis kerana terharu dengan ungkapan yang arwah tulis apabila lahirnya saya ke dunia. Membaca catatan arwah seperti sebuah kisah didalam buku, dan sayalah bintang utamanya. Saya menghargainya, dan saya mahu anak-anak saya suatu masa nanti merasai benda yang sama juga.

Saya berblogging untuk berkongsi pengalaman dan ilmu. Membesarkan anak bukanlah suatu tugasan yang mudah bagi saya, tambahan pula anak saya adalah anak istimewa. Apabila saya menulis disini, saya berkongsi banyak ilmu dan penjagaan anak, terapi dan berbagai yang tak pernah saya tahu sebelum ini. Saya kenal mereka-mereka yang tabah dan kuat mengharungi cabaran-cabaran hidup mereka. Saya mengenali ibubapa yang mempunyai anak seperti Idris, dan kami menjadi kuat apabila kami bersama. Saling sokong menyokong dan saling memahami.

Perkara ketiga yang perlu diingat sampai ke mati oleh Kakak A

Dia mungkin berbeza, namun dia adalah amanah Allah yang perlu saya jaga

Jangan sesekali menghina, merendahkan orang kurang upaya kerana tiada manusia di dunia ini yang sempurna. Jika Kakak A bertuah dikurniakan rupa paras yang menawan, body ibarat model, suami yang sering menyayangimu dan kehadiran sepasang cahaya mata yang comel-comel itu bukan bererti Kakak A sudah mendapat lesen untuk memandang rendah pada orang lain. Saya sengaja menulis pesanan ini buat Kakak A. Jika tatkala sewaktu Kakak A membaca ini dan diserang perasaan marah yang membuak-buak, ini adalah dunia Kakak. Tak selamanya Kakak boleh mendengar perkara-perkara yang ingin Kakak dengar sahaja.

Semalam, saya tulis ini di bukumuka saya:

'marah itu api, jika marah yang diturut, binasalah diri'

Dan ayat itu sungguh dapat menenangkan hati saya. Saya tidak mahu api itu membakar saya. Dan menulis entry ini adalah satu terapi berkesan untuk saya meringankan rasa marah itu. Terima kasih Kakak A, kerana hikmahnya perbualan kita semalam mengajar saya mengawal rasa marah ini. *tak payah masuk kelas anger management*

34 comments:

Mamamarina said...

Ya Allah.. ape laa kakak A ni.. pandang rendah kat orang macam tu.. babe.. nih first time kmen kat blog u nih.. frankly speaking.. every time I bace ur blog.. mmg buat I muhasabah diri.. everything happens for a reason.. x penah skali pon air mate I x tumpah everytime u cite pasal idris.. bersyukur sgt kenal u kat blogsphere ni... buat I sedar sape diri I kat dunia ni...

buat Kakak A.. xtau nk ckp ape lagi laaa.. hafal je lah pesanan Put tu..

Zety Zin said...

Kenapa Kakak A cakap macam tu? Sungguh. Sakit hati saya bila baca entri ni.

Malu dengan keadaan Idris?? WTF? (Sorry kasar bahasa)

Ok ok. Anak saya beratnya 21kg ok. Dan saya bersaiz besar. Cuba bayangkan kalau saya ni kecik molek. Haruslah tertonggeng-tonggeng nak mendukung anak teruna saya tu.

Macam Put kata, setiap apa yang Allah jadikan itu, bersebab.

Orang yang suka persoalkan kejadian Allah adalah orang yang tak reti bersyukur.

Semoga kakak A dibukakan dan dilembutkan hati supaya bersyukur dengan segala pemberian Allah padanya.

~Ikutkan hati mau aja membebel dengan lebih panjang lagi~

wssuhana said...

aku baca sokmo kisoh mung put...tp ari ni aku rasa nk komen etek...kurang ajar betul kakak A itu...b'ckp seolah-olah dia xde otak...dan xde perasaan...molek gok buat entry khas ni...biar dia sedor sket....

Ezzah said...

Seperti ku kenali siapa kakak A yang dimaksudkan. Biarkan kak put orng yang sebegitu cetek minda dan akal nya. Dah dinyatakan dalam Al-quran, setiap nak anak itu suci ibarat kain putih, setiap anak itu anaugerah dari Allah yang tak terhingga...tak kira la dari segi apa pun keadaan mereka itu. :)

hati izah turut terguris dan tersentuh bila keadaan idris diperlekehkan macam ni. Kalo dia baca komen izah nih pun, biar la dia turut sedar, izah turut marah dan terkilan dengan apa yang dia perkatakan pada idris.

untuk kak put, izah tau kak put kuat. anggap saje mereka yang berkata2 itu dengki sbb kak put punyai anak yang comel seperti idris dan phia.

buat idris, aunty sentiasa doakan yang terbaik untuk idris..makin hari makin banyak perkembangan positif yang mama idris coretkan di sini dan aunty YAKIN satu hari nnt idris akan sama2 main bola dengan danish manakala phia main pondok2 dhn dania. :)

Noina said...

Wow..sungguh bisa betul kata akak tuh..Sakit jiwa raga ni bila dia cakap kat idris buah hati ina camtuh..

Sakit idris sakit lagi ina..(cewah..yolah..ekou tu cakap ngan bakal menantu den..apo nak kena hempok apo?)

Pedulik je Put..takde makne cakap ngan org gitu..Buang karan je..

Miss Layaleya said...

Sis,
Sabo ye.. Sakit ati baca entry ni.. Nape la ada org cam ni kat muka bumi..

Dia x tau ke Idris sgt istimewa.. Saya yg pnah bermain, berkomunikasi & memegang Idris dpt merasakan Idris adalah anugerah Allah yg sgt indah.. X ada apa yg nk dimalukan dgn keadaan Idris..

Saya doakan kebahagiaan Kak Put sekeluarga.. Moga Allah mendengar & memberi kekuatan buatmu..

Amin..

Saya syg kamu & both Idris & Phia

Tijah said...

salam. 1st time komen. selama ni skodeng saja.

semoga Allah lindungi family kamu. well buat akak A, what goes around comes around. hidup tak selamanya di atas. mungkin tuhan tak duga sekarang tapi mana tau...kena pada keturunan? anak2?

Fariza said...

patutnya yang kena pergi class adalah kak A.

jangan kita berbangga dengan apa yang kita ada kerana semuanya milik allah....

Emmy said...

jangan layan lagi lah dia put....buang masa awak jer...saya tak pernah pandang rendah pada u dan idris, malah saya tertunggu2 nak baca skill terkini yg idris dapat achieve...doa saya buat put sekeluarga...dah... tak mo layan dia lagi ek?

ita zakaria said...

jahatnye mulut pompan name Kakak A tuh! (cubit peha kanan, peha kiri terasa tau!!!!) kalau lah die cakap ngan ita, mau aje ita tulis yang lebih mengguris jiwa die tuh! ita pun pernah dpt ayat2 sebegini jugak... dari seorang makcik lagik. nak tak nak, ita 'lawan' balik, lantaklah nak kate ita kurang hajar ke hape...

tapi utk kakak A, mulut die cam longkang!!! betul kate Tijah, hari nih die boleh hepi dgn hidup dia, esok2? keturunan die? anak2 die? jahat lah kakak A tuh!!!!!

Deelira @ Deeliraz said...

mulanya sy nak marah.tp sy belajar cara mengurangkan marah itu dari kak put sendiri di entry ini.so sy x leh bengang2.tp buat "A" x selalunya kita akan berada di atas..kelebihan kami adalah mempunyai anak istimewa..apa kelebihan kamu yg berbeza dgn org lain..tiada kan..jadi fikir2kan la..Allah sgt2 menyayangi hamba2nya yg diuji.

elin said...

eiii!! sungguh aku pon rs geram ngan pompuan tuh..!!! Ggggrrrr...

MY HEART said...

Kuang ajor sungguh arr kakak A tu put. Sabar put. biarkan dia dengan riaknya... orang macam tuh tak selamanya bahagia. akan ada ujian yang bakal mendatang yang akan menguji hidupnya. percayalah!!

orang bermulut puaka macam tu tak kenal erti 'sakitnya hati orang' bila mendengar kata-katanya. biarkan dia dengan 'bahagianya. ye le tuh bahagia.. ntah2 sengsara..

mrs_zura said...

hmm..lewat plak membaca blog kak put nie coz tetdo..bgn2 tdo bacala plak entri ni n darahku sudah naik..huhu..sabar ye kak put...body lawa ke,anak comel ke,laki sayang ke kalu otak x brp nak centre pun pyh jgk..kalu dia baca nk mrh pun xpe..nape nak malu ngan idris...kalu dia wat benda xelok tuh baru la leh malu nie bdk tu xde dosa pe pun...geramnya!

Anakmama said...

kak a tu yg patut malu sbb diri die macam tu...
teruskan perjuangan idris...
idris mmg istimewa d hati aunty...

Farid Hanif said...

Wahai Kak A, kalau-kalaulah anda termengidam nak rasa tapak Nike Vandal Supreme saiz 9, silalah cakap lagi yang Idris dan kawan-kawan dia tu beban kepada mak bapak mereka. ^_^

Kita pun tak payah masuk kelas anger management! Kikiki

fabulous.farah said...

kak put, orang yang tak ade anugerah istimewa ni kadang-kadang tak faham. mok farah sokmo kene ngan orang sekeliling. bila die anggap adik farah yang down sindrom tuh 'lain'.

tok tahu la gapo niat diorg ni.nak bersimpati ke dop. tapi dari gaya dia cakap macam nganying pon ade. tapi mok ore ignore jer banyak. tapi kalau melampau-lampau tu nangis jugok.manusia biasa je kan.

dieorang kene berada di tempat kak put baru diaorang faham.

ore kagum ngan mok ore. kagum gok ngan kak put.

Anonymous said...

basketball la kakak A .. Bersyukurlah dgn setiap anugerah dari Allah .. Idris adalah anugerah yg teristemewa .

Anonymous said...

basketball la kakak A .. Bersyukurlah dgn setiap anugerah dari Allah .. Idris adalah anugerah yg teristemewa .

fatihah said...

basketball.....Sungguh kurang sopan kakak A tuh .. Rupa yg lawa, anak yg chomel, body yang cantik tu sumer Allah bg pinjam jer sementara jer .. Jgn lah riak ... Idris adalah SPECIAL .. dan tak macam sesetengah orang tuh luaran jer nmpak sempurna tapi akal, hati dan perasaan tak sempurna .. Bersyukurlah dgn setiap anugerah Allah ..

Jiey^Mien said...

Kakak A,

Kita sebagai manusia yang tidak akan pernah mencapai tahap sempurna, layakkah untuk memberi takrif kesempurnaan kepada seseorang manusia yang lain?

Ini janji anak-anak ini dengan Yang Maha Mencipta sedari Loh Mahfuz lagi.. Bahagian kita, belum tentu lagi kan? Nikmat yang Allah SWT berikan hanya pinjaman sahaja kerana segala-galanya adalah milik-Nya..

Kalau kita panggil mereka OKU, kita lupa bahawa banyak waktu, kita pun masih tergolong dalam golongan OKU juga.. Orang Kurang Upaya berfikir..

Jadi, sama-samalah kita fikirkan.. =)

Cheers!

Liyana said...

salam kenal
memula nak marah la jugak, pastu baca komen2, tak jadi marah..

Liyana SI

Anonymous said...

Assalamualaikum

Ada juga manusia macam kakak A tu ye.. What u give, u'll get back... Selalunya macam tu lah. Orang macam ni ignore je, tak da untung pun. Ucapkanlah alhamdulillah dan maafkan dia walaupun hati sakit. Selebihnya kerja Allah.

*Kakak A tu OKUB (Orang Kurang Upaya Berfikir)

d'cNicollection said...

sakit hati betul baca n3 ni.... apa nama manusia Kakak A tu... xde hati n perasaan.. ingatlah Tuhan itu maha Menyayangi dan maha Adil... dia anugerahkan anak2 utk ibubapa untuk menjadi lebih kuat dan tabah utk mndidik dan membesarkan mereka...

Klu suatu hari nnt Tuhan bg kesusahan dari yg sempurna... ingatlah !!!

saya x pernah bg komen... tp kali ni membara baca... IDRIS is nice... anugerah paling berharga dariNYA utk dibesarkan kedua ibubapanya....

IDRIS adalah insan paling bertuah miliki ibubapa yg tabah dan kuat...

Untuk Kakak A tu... jagalah peribadimu... Tuhan itu maha ADIL dan SAKSAMA....

jUliANa^sAlLeh said...

erghhhh...bodoh tao kakak tue..jujue yg lom kawen n ade anak nie pon tao perasaan seorg ibu..die mmg tadek perasaan tao..hish!!!ske2 ati jek nk ckp camtue ngn lope...
heiii kmo!!!!lope itu pandai tao!!!he's good!!!n dunt shocked if 1 dae u'll gonna amazed wif 1 ensem boy as it was MEGAT IDRIS NAQUIYDDIN taw!!!
idris tidak membebankan dan tidak memalukan..malahan sy bangga mengenali idris dan kak put sekeluarga yang tabah dan penuh ngn kasih syng... :)

~luvx u~
xXhugsnkissesXx

ieda said...

salam p nuur...
pompuan tu mmg tak layak dipanggil kakak..cakap ikut sedap mulut.
dia kena sedar semua yg kita ada ni hanya dipinjamkan oleh Allah..jangan nak bangga tak tentu pasal.jgn ingat yg comel sempurna tu akan kekal..kena langgar kereta lumpuh cacat jg jadinya..jgn riak.nanti Allah ambil balik padan muka..kenapa nak menghina ciptaanNya..ada sebab Allah datangkan insan2 istimewa ini..sekurang2nya untuk insafkan org2 mcm pompuan nilah.hidup kita sementara saja.insan2 istimewa ni sudah tentu tempatnya di syurga..kita yg kononnya sempurna ni belum tentu lg..insaflah.

Hafiz dan Mawaddah said...

Malunya saya ada wanita yang berakal tetapi akalnya tidak ditempatkan ditempat yang sepatutnya...Pelik sungguh perangai wanita seperti ini...saya geram membaca kenyataannya...jgn mudah menghamburkan kata-kata kpd org...tidakkah kamu berfikir sebelum berkata-kata...kamu masih belum diuji...ingatlah...balasan Allah adalah pasti...kamu telah mengguris hati seorang ibu dan juga seorg anak kecil yg tidak berdosa...sesungguhnya ibu idris adalah orang yang sangat sabar dan tabah menghadapi kamu....jika saya menjadi dia, siaplah kamu...semoga kamu muhasabah diri...Jagalah tutur katamu...

nifalnin... said...

maaf put sebab niza nangis bc n3 nih.. bukan sengaja tp emosi keibuan menguasai segalanya... andai niza ditmpt put, mungkin perkara yg sama akan niza buat... tiada seorg ibu yg sanggup bile anak yg dikandung 9 bln 10 hr dihina begitu walhal anak itu adalah anugerah ALLAH yg plg berharga... alhamdulillah put berjaya dan tabah dengan kehadiran idris... syurga disana pasti menanti... amin...

syiMa said...

siot btl la akak a tu...tak kene btg idung sendiri lagik tu kak put...lantok pi die laa... idris special, ingt semue dpt anak special kerr...

Anonymous said...

mengapa perlu kita critic si kakak A, setiap insan mempunyai perangai tersendiri, kenapa tidak kita doakan si kakak A agar dia rasa lebih bersyukur.....amin

NaD said...

lambat plak baca entry ni. lama tak jengah sini. geram gak aku. takpe.. Allah tu maha adil. kita cakap2 kat orang, tak sedar ke yg Allah pun boleh uji kita bila2 masa? besok2 dia plak dapat anak istimewa, kat mana la dia nak sorok agaknye ek?

heh.. pathetic la kakak A nih..

Khairiah Jelani said...

moga ketabahan dan kesabaranmu dipertingkatkan. Doaku dari jauh..amin.

Yanie said...

Huhu.. Aku salute cara mu put.. X cepat melenting.. Tp aku arap mu tau.. Aku salah sorang saing mu, yg sentiasa nk tahu perkembangan idris n mu sefamily.. Gembira idris wat aku tumpang happy. Teruskankan menulis cerita2 mu. Skurang2 nye aku rs dekat ngan mu walaupun aku xleh jumpa mu..

misz_nierah said...

hye kak put,sy silent reader akak.

Kakak A, what u give u get back. do remember this! kalo Allah x balas kat Kakak A, Dia akan balas kat anak2 dan keturunan Kakak A. do remember this Kakak A. berfikir la secara waras sepadan dengan usiamu.

(rase sgt mrh, its not fair. sy x de anak lagi sy turut rase amarah dan derita seorang ibu)