Super Sunday
Setelah jenuh berbalas mesej dalam FB, akhirnya 'geng-geng superkids' parents' mengambil kata sepakat untuk berkumpul di rumah Sarra kali ni. Kali ini, cuma 5 keluarga yang berkumpul, namun kemeriahan tetap dirasa. Keakraban yang terjalin sudah seperti adik beradik rasanya. Saya selesa dengan keluarga baru ini, dan mengharapkan keakraban ini berkekalan hingga ke akhir usia.
Tak susah mencari rumah Sarra *sebab dah awal-awal lagi dah tanya Encik Google Earth* dan memang saya familiar dengan kawasan Equine Park ini :) Ayam roast Abi Sarra sangatlah sedap dan Encik Bubu dah sempat usyar apakah rahsianya *lepas ni Encik Bubu lah pulak masak untuk kami* Acara makan-makan seperti biasa, meriah dan mewah dengan makanan. Lazimnya, kami bimbang tak cukup makanan :P dan masing-masing datang dengan membawa makanan sama walau telah dipesan oleh Farid dan Ita agar jangan membawa apa-apa :)

Selepas acara makan-makan, kaum-kaum ayahnya ingin sekali berbakti kepada anak-anak dengan membawa mereka berendam. Dah tahu apa hidden agenda mereka, nak layan anak-anak kat swimming pool tu hanyalah alasan :P
Ini kali kedua membawa Idris berenang. Kali pertamanya semasa di PD dahulu. Kali pertama membawa Idris mandi pantai, dia pada mulanya agak ketakutan dengan air, namun apabila dibiarkan seketika, Idris mula seronok.

Idris sewaktu diturunkan ke dalam kolam. Sungguh saya agak cuak membiarkan mereka berdua pada mulanya. Bukan tidak percaya kepada kebolehan Encik Bubu menjaga Idris, tetapi kalau boleh saya ingin sendiri mengiringnya ke dalam kolam *adakah itu ertinya saya juga ingin mandi?* lalalalala~*
Posing sebelum mandi. Tengok muka Idris, keseronokkan berendam dalam air. Waktu ini kaki dan tangannya sudah tidak tahan menahan keseronokan, terpaksa dipegang oleh Encik Bubu.
Shah dan Habib, antara calon pertama yang masuk ke dalam kolam. Habib pun sangat ceria dalam kolam, tak lekang dengan senyum. Idris dan Encik Bubu dalam tempoh penyesuaian Idris dalam air.

Bila melihat Idris keseronokan dan melihat wajah Encik Bubu yang dua kali ganda seronok, saya sudah yakin, mereka boleh ditinggalkan bersendirian di dalam kolam tanpa saya perlu gusar. Tetapi, ada hati lain yang gusar pula. Ditepi kolam renang, sibuk memekik, melambai memanggil nama 'Abah!' dalam nada suara yang sungguh cheecky dan cute.Dah sebab asyik terpekik je panggil Abahnya, saya pun selaku manager panggillah Encik Bubu untuk 'exchange player' dan kali ini, turn Phia yang buat pertama kalinya turun main air. Pertama kali dalam sejarah hidupnya :)

Sophia masih takut-takut dengan air, jadi Encik Bubu agak struggle la apabila bersamanya dalam kolam.
Phia diberi peluang untuk masuk dalam Sarra punya pelampung, mungkin kehairanan bila Phia jumpa giraffe kaler biru, kan?Selepas dalam kolam, part ini untuk mama-mama la kan, part membersihkan mereka, masa ni la nak susu, masa ni la nak makan :) Time snap picture ni, kaum-kaum ayah masih di dalam kolam, entah apa mereka buat pun, tak tahulah. Hampir jam 10 barulah kami pulang.
Terima kasih tuan rumah :) Sedap kami makan, sedap kami mandi pool dan sedap kami tolong sepah-sepahkan rumah Sarra, dan Sarra sendiri, sangat behave sewaktu kami datang. Good girl :) Next time, jangan lupa ajak kami lagi ye ;)

Comments