Taktik Menculik Anak di Pasaraya.
Berkongsi artikel ini dari FB.
Baca, ambil iktibar dan perhatikan anak-anak semasa di tempat awam.
xxxx
Baca, ambil iktibar dan perhatikan anak-anak semasa di tempat awam.
xxxx
Jika anda tiada anak
kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja. Kita tidak tahu
entah siapa yang dapat diselamatkan dengan berkongsi maklumat
ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak
dan cucu-cucu.
Mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini
semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk
membelek-belek daging , dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya
berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si
ibu , sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi
hampa.
Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan
kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya
apabila diminta berbuat demikian , dan kemudian terus meninggalkan saya untuk
membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu
dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah
mengunci semua pintu dengan serta-merta. Hanya 3 minit diperlukan untuk
melakukannya selepas diminta.
Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5
minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak
perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah
beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai
bersebelahannya untuk menukar wajahnya.
Siapa pun yang melakukannya
- iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air
, cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang
daripada 10 minit ! Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah.
Tolong
perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang
untuk kita terpisah dengan me reka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa
minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu
tentu sudah berjaya dibawa keluar.
Saya masih amat terkejut ada manusia
yang sanggup melakukannya , apa lagi dalam masa hanya beberapa minit.
Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan
itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja
Carrefour yang bertindak pantas.
SEBARKAN BERITA INI SUPAYA
PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA
SEMUA !


Comments
sgt menakutkan.mintak jauh dr anak2 kita semua
g mana2 mmg rasa xselamat.
duk umah pn rasa xselamat gak. :(
Nak tegur salah,
Tak tegur serba salah...