Pulang sudah
Baca tajuk entri. Kemudian boleh senyum-senyum sebab tengah tulis entri ni dari ruang tamu rumah Cik.
*big smile*
* selepas 8 jam memandu akhirnya tiba di rumah Cik. Catat sejarah bila Encik Bubu cuma tolong drive 3 jam sahaja.
* perjalanan semalam smooth aje (erks, kami gerak dari Putrajaya jam 4.00am) melalui Lebuhraya Pantai Timur
* kami tak tahu macam mana nak masuk hi-way Bukit Besi ke Kuala Terengganu
* sampai di Bukit Marak, Lope demam. Petangnya bawa Lope ke klinik dalam hujan lebat.
* my FIL sms cakap we made a right move sbb petangnya jam bumper to bumper from Bentong to Raub.
* air-cond rumah Cik rosak dan Lope sangat bermasalah dengan demamnya dan kulitnya eczhema so nampak gayanya 2-3 kena kurung dalam kereta.
* semalam, menu berbuka puasa sanagt sedap. Cik masak nasi minyak dan gulai daging nadi. Awesome.
* sebab terpengaruh dengan status Ayah Ngah makan moreh colek di kedai Peringat, makanya Encik Bubu dan Abang Awish pun pegi juga belikan saya. :p
* hari ni, menu berbuka puasa Cik cakap ayam percik (yes!) & saya craving nak makan cendol. So, gambar cendol akan diupload kalau berjaya buat petang ni.
Selamat berpuasa di hari ke 27 Ramadhan. Semoga kita semua diberkatiNya.
Sent from my BlackBerry® Smartphone


Comments