Gambaran tidak tepat didalam Drama Masyitah mengenai anak autistik

Sinopsis:
Masyitah mengisahkan kecekalan seorang isteri dan ibu, (Masyitah), dalam mendepani kemelut rumah tangga apabila anak yang dilahirkannya, Faiz mengalami sindrom autisme (lembam). Lebih malang lagi, suaminya, Halim serta ibu mertuanya, Rohani tidak dapat menerima kehadiran Faiz. Rohani tidak mahu keluarga mereka yang terkenal sebagai `orang baik-baik’ mendapat malu dengan kehadiran Faiz. Justeru hubungan Halim dengan Masyitah dan Faiz sentiasa dingin, sehingga akhirnya Halim terjebak dengan cinta terhadap Maya, Pembantu Peribadinya. Dalam usaha menarik perhatian Maya, Halim memburuk-burukkan Masyitah. Kononnya Masyitah lebih mengutamakan anak daripada dirinya. Maya yang tidak tahu perkara sebenar, bersimpati dan akhirnya jatuh cinta pada Halim. Rohani pula merestui hubungan mereka berdua.
Menyedari dia tidak ada saudara mara kerana dibesarkan di rumah anak yatim dan tidak di terima oleh keluarga Halim, Masyitah berhenti kerja sebagai Pengarah Operasi di sebuah syarikat jualan langsung untuk memberi perhatian kepada Faiz. Masyitah berusaha mengajar Faiz tahu mengurus diri – mandi selepas bangun dari tidur, kemudian mengenakan pakaian dan makan sebagai persediaan masa depan Faiz sekiranya berlaku apa-apa pada dirinya. Namun tidak semudah itu untuk mendidik anak austisme. Beberapa kali Masyitah hampir tertewas, bagaimanapun atas sokongan kawan baiknya, Alia, akhirnya dia mendapat kembali kekuatan dirinya.
Di saat urusan melFaiz Maya sedang dirancang, Maya mendapat tahu cerita sebenarnya mengenai kemelut rumah tangga Halim dan Masyitah. Maya terkilan dan nekad memutuskan hubungannya dengan Halim. Halim mengesyaki Masyitah yang mensabotajnya, terus memecut kereta dengan laju ke rumah Masyitah. Halim terbabit dalam kemalangan dan akhirnya lumpuh dari arah pinggang ke bawah.
Rohani yang sentiasa sibuk dengan kerja amal sebagai strategi untuk mempopularkan syarikat bagi memudah mendapat projek, tidak dapat memberi sepenuh perhatian kepada Halim. Begitu juga dengan adik Halim, iaitu Haikal, sikap tamak kerana mahukan Rohani menyerahkan sepenuhnya urusan syarikat kepadanya, nekad tidak mahu mengambil berat tentang Halim. Dalam keadaan terbuang itu, Masyitah dan Faiz membawa Halim pulang dari hospital. Halim terharu dan mula menyedari betapa besarnya pengorbanan Masyitah terhadapnya serta perhatian yang diberikan oleh seorang anak lembam kepadanya.
Pelakon: Umie Aida, Eizlan Yusof, Fimie Don, Rozi Othman, Zarynn Min, Azahan Rani
Ulasan saya sebagai seorang ibu kepada anak autisme:
Apa yang saya kesalkan disini, pagi tadi sewaktu Hot FM AM Krew ke udara, apabila ditanya mengenai persediaan beliau ingin melakonkan watak ini, dia memberitahu bahawa tiada script reading diadakan terlebih dahulu. Jika begitu, benarlah bahawa watak Faiz yang digambarkan membawa watak Autisme tidak memiliki ciri anak autisme tetapi seperti down sindrom/terencat akal. Saya kesal kerana perkara seumpama ini tidak dihalusi oleh penulis skrip, pengarah dan lebih besar lagi kerana drama ini tercalon ke Anugerah Skrin, dimana anugerah ini adalah untuk memartabatkan drama-drama tempatan.
Saya bukanlah nak condemn cerita-cerita tempatan, cukup sahaja filem 'My Name Is Khan' bagaimana pelakon tersohor Shah Rukh Khan membuat research dan mengenali individu autistik sebelum dia melakonkan watak seseorang yang memiliki syndrome asperger, yang mana dikelaskan didalam kategori autisme. Filem itu berjaya menyedarkan ramai orang mengenai Autisme bukan sebagai sesuatu yang perlu ditangiskan, atau malu memiliki anak sepertinya didalam keluarga. Malah, pengasas Facebook - Mark Zarkurberg juga dilaporkan sebagai seorang yang memiliki syndrome Asperger. Sumber disini.
Jika ingin mendidik masyarakat, berikan fakta yang sebenar dan bukannya bila orang buat cerita orang autistik, kita pun nak buat cerita juga. Jika ingin mendidik, memberi gambaran, potretkan yang sebenarnya.
.
.
.
.



Comments
geram sbb cite salah!!!
kalaou scene dalam hospital @ dewan bedah lagilah kelentong habis.
Sen agree 100%.
Kita pon bukan laa lupe daratan & nak sokong filem luar tapi tolong laa...berikan filem @ drama yang berkualiti sebelum menyalahkan penonton..cos nowdays penonton dah pandai menilai dan bukan tgk aje apa yang ditayangkan!!!
Thank you again dear ! my love to your prince & pweencess & also Yong :)