Mengenali Autisma dan Megat Jr.

Individu autisma adalah individu yang tidak dapat membentuk hubungan sosial dan komunikasi yang normal seperti individu lain. Kerana kelainan ini, individu autisma sering mengasingkan diri dari pergaulan dengan individu lain dan hidup didunianya sahaja. Individu autisma cenderung untuk melakukan perlakuan secara berulang. Mereka juga biasanya mempunyai tahap obsesi yang tinggi terhadap sesuatu perkara. Selalunya, individu autisma dapat dikesan sejak lahir atau sebelum berusia 3 tahun. Dianggarkan, 1 daripada 500 kelahiran kini adalah individu autisma dan sering terjadi kepada kanak-kanak lelaki.
Mungkin juga, ramai yang tidak mengetahui, Autisme juga terbahagi kepada 5 kategori iaitu:
Autistic Disorder : selalunya berjaya dikesan sebelum usia 3 tahun memandangkan terdapat masalah dari segi interaksi sosial, komunikasi dan kemampuan bermain secara imaginatif serta adanya perlakuan berulang pada minat dan aktiviti ;
Asperger's Syndrome : mempunyai masalah dalam perkembangan sosial dan minat serta aktiviti terbatas. Umumnya, individu autisma didalam kategori ini tidak menunjukkan sebarang kelewatan dalam perkembangan pertuturan serta cerdik ;
Chilhood Disintegrative Disorder (CDD) : Menunjukkan perkembangna yang normal pada 2 tahun usianya dan kehilangan kemampuan yang dicapai sebelum ini ; dan
Pervasive Developmental Disorder – Not Otherwise Specified (PDD-NOS) : individu terbabit tidak menunjukkan kriteria seperti kategori Asperger dan Rett's Syndrome.
Karakteristik individu dengan autisma terdapat didalam 6 aspek iaitu:
- interaksi sosial ;
- komunikasi ;
- perilaku - emosi ;
- pola bermain ;
- gangguan sensori halus dan kasar ; dan
- lewat perkembangan / tidak normal.
Selalunya, individu autisme hanya dapat dikesan seawal usia 2-3 tahun. Ini kerana anak-anak autisma akan mempunyai kelambatan dari segi pertuturannya. Sebagai ibu yang mempunyai anak autisma, ingin sekali saya berpesan kepada ibubapa, pembesaran awal tahun kanak-kanak sangat penting. Pantau perkembangan anak-anak. Sekiranya terlewat, berjumpa pakar jika perlu. Autisma dapat dibantu dengan intervensi awal.
Fakta mengenai Megat Jr. yang perlu anda tahu:
sangat sensitif pada sesuatu masa namun adakalanya langsung tidak responsif terhadap ransangan-ransangan dari kelima-lima pancainderanya seperti pendengaran, sentuhan, rasa, penglihatan dan deria baunya.
gemar membuat perlakuan berulang seperti mengepak-kepakan tangan atau jarinya, kadang -kala dia menggoyangkan badannya dan mengulang perkataan yang sama. Dia juga mempunyai minat yang terbatas. Buat masa ini, saya dapati kegemarannya cuma pada muzik dan Faizal Tahir.sangat sensitif kepada suara-suara bising, cahaya, permukaan atau tekstur dari suatu tertentu dan adakalanya memberikan respon yang tidak sepatutnya kepada sensori yang diterimanya.
mempunyai pilihan rasa tertentu pada makanan yang menjadi kesukaannya. Megat Jr. hanya makan. Dia cuma makan bubur nasi yang dimasak dirumah dicampur dengan carrot, potato, sawi dan ayam. Juga hanya makan Calciyum dan baskin robbin.

Bila ada yang bertanya mengenai terapi apa yang efektif, anak-anak autisma sangat kompleks dan tidak dapat dihadapkan dengan pelbagai rawatan mahupun terapi, walaubagaimanapun pakar bersetuju bahawa intervasi awal dapat membantu mereka. Seperti Megat Jr. sendiri, selama ini dia telah menjalani beberapa terapi asas seperti terapi cara kerja bagi meningkatkan kemahiran sensori halus, fisioterapi bagi membantunya menggerakkan motor kasarnya dan terapi pertuturan bagi membantunya berkomunikasi. Namun, buat masa sekarang, saya perlu memberi tumpuan kepada satu terapi sahaja bagi mengelakkan dia keliru kerana dia perlu menghafal langkah demi langkah dan perlu dilakukan berulang kali.


Comments
berdasarkan pengalaman & pembacaan, terapi2 yang berlainan yang dijalankan serentak sebenarnya tidak akan menyebabkan anak keliru. sebaliknya, lebih intensif lebih baik kerana peluang untuk 'pulih' lebih cerah terutamanya jika didedahkan kepada anak-anak peringkat umur pra sekolah ke bawah (1-6 tahun).
sekadar berkongsi :-)