Lokeknya si kulit mulus ini...
Kalau sebelum ni, ada beberapa kali matanya pernah bengkak dan kemerahan seperti ini, namun selepas beberapa hari dia kembali okey. Bila dibawa kepada doktor, katanya kemungkinan dia allergic kepada susu atau pada makanannya. Nampak gayanya saya terpaksa mencari susu baru lagi selepas ini. Sangka saya, Pediasure sudah cukup bagus untuk dia. Ada cadangan tak susu apa yang elok? Anmum Essential dan Sustagen sudah saya beri dahulu, namun tidak berapa sesuai.
Dipipi sebelah kiri Megat Jr. juga terdapat rashes. Rashes yang ada adalah datangnya dari air liurnya sendiri. Tabiat Megat Jr. yang suka menggigit jarinya membawa padah kerana lelehan air liur itu sendiri yang mendatangkan ruam ke pipinya. Setiap kali ingin menyapu ubat ke pipinya, saya terpaksa membungkus kedua belah tangannya kerana bimbang dia akan menyapu ubat dipipi. Bila tangan dibungkus, meronta-ronta tuan empunya badan, sesekali dia memekik marah.Tak tahu sampai bila kulit dia akan terus-terusan ruam. Ada tips tak dari sesiapa?




Comments
Ada cuba bagi susu soya tak?(saya xsure pulak pediasure tu soya ke tidak. Sebab kalau budak alah pada susu formula, Doktor cadangkan tukar ke susu formula soya. Anak saya minum isomil. Cuba la put. Mana tahu idris ok
tak silent anymore xD
susu soya megat jr. dah minum then dia OK then tukar susu lembu :P
rasanya bukan sebab susu la.. sebab habuk kot sebab dia ada 'tersesat' ke tepi almari :D
p/s: dah jadi follower kat blog mu :P
auwww.. bab ni put sendiri tak tahu macam mana nak alihkan habit tu, cuma Megat Jr. boleh dialihkan perhatian dia dengan letak dia dalam position berdiri atau pasang lagu FT :D
pasal susu plak terai susu soya..
jenamq nursoy or esomil...
untuk y alergik susu lembu..
ini pertama kali dengar baby ruam kena jilat :D pasal susu, dulu megat jr. minum NAN HA dan sekarang tengah minum susu yang sangat menguntungkan ekonomi mamanya :P
alah bisa tegal biasa :) itu sahaja cara yang baik untuk dia.