Hari Masak Ikan
Semalam singgah di Cold Storage dengan Jujue, nampak ikan-ikan ni bergelimpangan, terus kecur mulut. Nak tak nak berjaya juga bawa diaorang balik rumah. Dah lama tak masak ni. Last sekali bulan lepas kot. Apa yang bestnya sebab Bubu pun makan ikan kalau dah bangsa ni. Sodap katanya, dan sihat.
So, hari ni rasanya macam nak kongsi resepi yang ringkas. Entry ni dibuat sebab sangat teruja dengan ikan kegemaranku ini.
Selepas korang dah perap, tinggalkan beberapa minit. 15 minit pun OK rasanya.
Selepas dah cukup 15 minit, korang grill lah. Panaskan frying pan, nampak dah cukup panas, letakkan je ikan ni. Tak perlu taruk minyak, sebab ikan ni akan keluarkan minyaknya. Tapi, kalau nak sedap lagi, masukkan sedikit minyak zaitun. Ada rasa lemak-lemak gitu.
Ini sudah masak tau...
x
x
x
x
x
x
Untuk side dish pula, saya sukakan sayur-sayur yang dikukus. Kali ini saya cuba kukus asparagus, carrot dan ubi kentang sahaja. Rasanya yummylicious!

Bila dah masak...
... dan ini, kegemaran FILku :) sebelum di grill yer :)
x
x
sebelum dimasak
x
sebelum dimasak
Sambil memasak saya asyik mengambil gambar. Bubu yang sesekali datang ke dapur asyik geleng kepala. "Inilah wife zaman sekarang, sambil masak, sambil amik picture" perli-perli manja yang buat saya tiba-tiba rasa bersalah dan terus hidang. Masa makan, lupa nak ambil gambar. Ni selepas saya sudah makan, inilah model untuk kali ini.Lain kali share lagi yer :)









Comments
lapaaaaaa ;p