Apabila Idris bersuara..
Riuh rumah saya dengan suara Idris. Indah. Bunyi inilah yang sering saya igaukan. Apabila saya pulang ke pejabat, Idris akan tersenyum manis. Sepenuh daya usaha, dia akan berguling dan bangun duduk dengan caranya tersendiri datang menghampiri saya. Apabila hampir pada saya, Idris akan suakan mukanya. Minta saya cium pipinya dan saya tidak pernah gagal berbuat begitu padanya. Saya tidak gagal memujinya 'pandai anak mama' dan 'mama sayang lope'. Reaksinya akan tersenyum kegirangan.
Abah/Bah = Abah
Ma /mama = Mama
Obiya/Pia= Sophia
Adabik= Bibik
Gedebah/pediabah= apa dia abah?
Pediama= apa dia mama?
Eh~pedia-pedia-pediama= eh, apa dia? apa dia mama?
Goboy= good boy
Naka-naka= nakal
Ma /mama = Mama
Obiya/Pia= Sophia
Adabik= Bibik
Gedebah/pediabah= apa dia abah?
Pediama= apa dia mama?
Eh~pedia-pedia-pediama= eh, apa dia? apa dia mama?
Goboy= good boy
Naka-naka= nakal
Dan ini, untuk Megat Idris Naquiyuddin.
Hari ini, saya ingin menulis sesuatu untuk Idris. Abaikan perasaan dia tidak faham, kerana ini yang ingin saya benar-benar sampaikan kepadanya.
Anak Mama Lope, Mama gembira bila Lope berbual dengan Mama. Walau tak semua yang Lope bualkan Mama boleh tangkap maksudnya, tetapi Mama bangga dengan Lope. Sekurang-kurangnya, ada komunikasi antara kita. Jika dulu, setiap kali Mama berbual dengan Lope, Lope lebih cenderung memandang dinding, kini Mama tahu, anak Mama lebih gemar memandang mata Mama. Selalu Mama cakap, didalam mata Mama, ada kasih sayang untuk Idris yang tidak pernah surut. Dan sekarang, tiap kali Mama memanggil Lope, mata Lope akan memandang terus ke mata Mama. Lope sudah ketemu kasih sayang itu, kan?
Kadang kala, apabila Mama sedang bercerita tentang kesedihan, Mama lihat Lope ketawa mengekek-kekek. Mama tahu, Lope tidak tahu hujung pangkalnya cerita Mama, tetapi gelak tawa Lope meredakan kesedihan Mama. Seringkali kesedihan Mama ibarat dihalau pergi apabila suara ketawa Lope memenuhi ruang hati. Kini, rumah kita dipenuhi dengan suara dan gelak tawa Lope. Mama bersyukur. Rumah Mama tidak sunyi lagi. Paduan suara Lope dan Phia sungguh menghiburkan.
Mama mengharapkan lebih banyak lagi perkataan yang akan Lope lontarkan. Walau sebijak mana sekalipun teori manusia, doktor-doktor pakar perubatan mengandaikan tentang masa depan Lope, Mama tidak lupa Allah adalah segalanya. Pesan Mama, Lope janganlah berputus asa. Mama akan selalu ada untuk Lope.
Salam sayang selalu,
Mama
p/s: dalam doa saya, semoga segala catatan my.little.secret akan dibaca semula oleh Idris suatu masa nanti. tolong doa-doakan yer :)


Comments
Insyaallah..Lope akan bangkit satu hari nanti dan die akan berterima kasih pada mama, abah dan keluarga yg xpnh kenal erti putus asa..he'll be ok kak put..kmi semua doakan..
dan to Lope..
be strong dear!!!u'll gonna make it!!u'll gonna get through it!!
dah banyak improvement and iam not surprised ble Idris dpt bangun n berlari satu hari nnt sbb Jujue tao Lope boleh.. :)
XxhugsnkissesxX
insyaallah lope (nape panggil dia lope eh??) akan baca catatan kak put satu hari nanti
Allah menguji orang yang sabar, dan ganjarannya amatlah besar.
(tetiba sebak, terfikir ... bilalah ammar akan mula bercakap mcm lope ... :'( .... )