Erti bersyukur dan Kebahagiaan
[Entri berkisarkan rasa kasih sayang, kesyukuran dan mood rindu Encik Suami.. hahahah]
Semalam, sewaktu rehat Jumaat, saya dan beberapa teman sepejabat berbual kosong selepas makan tengahari. Kami memang sering begitu, makan secara berjemaah, dan ada kadangkalanya bergossip juga secara berjemaah :P
Semalam, sewaktu rehat Jumaat, saya dan beberapa teman sepejabat berbual kosong selepas makan tengahari. Kami memang sering begitu, makan secara berjemaah, dan ada kadangkalanya bergossip juga secara berjemaah :P
Hari ini topik yang kami bualkan, mengenai suami, anak-anak dan rumahtangga. Kak Farid bertindak selaku moderator sesi diskusi kami. Si Afza dan Fahiya tekun mendengar, kadang kala bertanya the secrets and lies of marriage ;) Saya? Hmm, saya mendengar, adakalanya menyampuk dan adakalanya mendiamkan diri. Perkahwinan saya baru 5 tahun, satu angka yang agak rapuh untuk saya kongsikan cerita. Setelah mendengar cerita itu dan ini, saya simpulkan ada rasa bersyukur dalam hati saya.
Ukuran kebahagiaan bukan terletak kepada handbag jenis apa yang saya pakai, kereta berjenama apa yang saya bawa ke hulu dan ke hilir. Ukuran kebahagiaan pada saya adalah, apabila saya pulang ke rumah, saya tidak sendiri. Saya ditemani hilai tawa, jerit nangis Idris dan Sophia. Pelbagai ragam, pelbagai reaksi mereka yang menghiburkan saya. Jika hari-hari saya lalui tanpa TV dan internet tiada pun masa saya masih penuh diisi. Saya tidak sendiri. Saya bahagia dikurniakan anak-anak kecil ini, walau kadang kala ada yang menyangka, kurniaan Idris kepada saya dilihat agak menyusahkan.

Saya kesibukan menjalani rutin sebagai seorang isteri, seorang ibu dan tanggungjawab saya sebagai seorang anak dan adik. Saya bersyukur, saya dikurniakan kakak dan abang yang begitu menyayangi saya, yang selalu ada untuk saya di waktu senang dan waktu susah saya. Saya masih punya Cik yang hingga ke hari ini masih memanjakan saya tak ubah seperti 27 tahun yang lalu. Sayang ibu membawa ke syurga. Bersyukurnya saya dengan kehidupan yang Allah kurniakan ini kepada saya.

Dan, saya bersyukur dengan Encik Suami, ditakdirkan untuk saya. Tiada sesiapun yang sempurna melainkan Allah. Tetapi saya bersyukur, kerana lelaki ini sentiasa berdiri disebelah saya semasa saya suka dan duka. Apabila saya perlukan teman untuk berbicara, Encik Suami ada bersama saya. Kami berkongsi cerita, kami bergelak ketawa, dengan berbual kosong sahaja sudah mengisi hari-hari saya. Bila dia berpergian, saya rindukan usikan dan lawak-lawak bodoh yang dia sering taburi mewarnai hari-hari indah saya. Saya perlukan dia dalam hidup saya, saya perlukan dia disamping saya, walau hadirnya dirumah sekadar mengalunkan saya muzik-muzik indah, alunan lagu-lagu cinta dari keyboardnya sahaja, namun ianya cukup menghiburkan.

Oh Encik Suami, terima kasih. Saya menerima segala baik buruknya kamu, kerana didalam segala segi kamu melengkapkan kehidupan saya, tanpa kamu, pincanglah hidup saya. Saya menerima kamu, seadanya kamu - bulat, empat segi melintang etc, etc. Berdiri disebelah saya, insya Allah saya mampu menghadapi segala ujian dan dugaan dalam kehidupan ini, dengan adanya kamu, dengan adanya doa darimu selalu. Terima kasih, Abang. Terima kasih kerana mencintaiku, menyayangiku, memberikan Sue peluang untuk melahirkan dan mendidik zuriat kita bersama-sama. Insya Allah more wonderful years to come.
Untuk teman-teman yang masih menyendiri, yang masih dalam pencarian, jangan ada was-was dengan ketentuan jodoh. Berdoa, meminta padaNya, mohon agar dikurniakan yang terbaik. Hidup tidak sempurna jika sendirian, kerana Allah menjadikan kita secara berpasang-pasangan. Jangan dinilai calon bakal suami/isteri dari rupa elok parasnya, kerana andai kita mencari kesempurnaan, dan meletakkan guideline dalam pencarian ini, saya gusar andai KPI utu tidak kesampaian. Manusia tidak dilahirkan sempurna, dan setiap pasangan dijadikan bagi melengkapkan antara satu sama lain. (Ini bukanlah bebelan mak nenek, ini adalah pesanan prihatin dari seorang kakak untuk adik-adiknya, yang tidak ingin adik-adiknya disakiti melainkan mengharapkan kebahagiaan bersama kalian selalu ~* may force be with you :P)



Comments
hargai apa yang kita miliki..
nway salam ziarah n salam kenal
my pleasure ~*
[FAHIYA MOHAMAD]
luv u 2,3,4,5,6 :D Xx
[cheqna]
salam kenal ;) singgahlah lagi.
terima kasih di atas nasihat ini..
sungguh rasa lega krn masih ad sahabat yg sedia memberikan panduan kpd adik2 yg belum begitu mengenali kehidupan dgn lebih jelas..
terima kasih jg kerna akak buat sy lebih menghargai semua yg ad..
sob...sob..sedey sebenarnya...
:) hargai setiap insan yang berada disekeliling kita, insya allah kita akan menjadi lebih menyayangi mereka. kakput sendiri banyak yang tidak sempurna, moga Allah melengkapkan KakPut dengan apa yang ada.
[sutera_batik]
yanie, ngeh3x. bilo nak ajak aku makan nasik minyak? :P
"Kudambakan Kebahagiaan Bukan Kuimpikan Kesempurnaan"
Amin. Amin, Amin.
[Min Min]
:)