Esok Idris pergi PDK :)

Esok, dengan nekad dan azam yang tinggi, pertama kalinya akan saya bawa Idris ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Presint 14. Esok juga, demi anak ini, saya akan masuk kerja separuh hari. Esok juga, saya harap Allah permudahkan segala kerja menguruskan Idris. Esok juga, saya harap Idris akan dapat satu lagi ilmu dan pengalaman baru.
Idris, jangan bimbang. Mama akan menemani disetiap langkahmu. Janji pada Mama, Idris tak akan gentar dengan segala cabaran dan janji pada Mama, Idris juga tak akan sesekali mengaku kalah sebelum berjuang.
Idris, jangan bimbang. Mama akan menemani disetiap langkahmu. Janji pada Mama, Idris tak akan gentar dengan segala cabaran dan janji pada Mama, Idris juga tak akan sesekali mengaku kalah sebelum berjuang.


Comments
Jangan bimbang..
Idris anak yang kuat..
Good Luck Idris
Pepun...salam syg buat phia dan idris...
Insya Allah, itu yang KakPut minta siang dan malam pun.
[Amalina]
Terima kasih Amal. Semoga kesungguhan ini membuahkan hasil seperti yangd diharapkan.
[Kerikil Kehidupan]
Mai la Kak Nani, bawa Iman datang sini. Boleh kita kenal-kenal.
[Baby Tiger]
Anim, sesungguhnya hati ini sangat tersentuh bila anda menelefon diriku semata-mata bertanyakan Idris di hari pertamanya.
Ita, baca entry selepas ini ye :) Put ambil hari Selasa je kot. Kalau Ita nak join PDK, cakap ek. Tapi PDK mana yang Ita nak join ni?
Sila singgah ke rumah ku :P