Hujung minggu bersama kesayanganku :)
Sabtu seperti biasa merupakan hari yang ditunggu saban minggu. Hari yang mana aku boleh manfaatkan sepenuhnya bersama suami dan anak-anak. Minggu ini, setelah lama tertangguh, akhirnya aku berjaya mencuri masa untuk 'merendamkan' Idris didalam pool. Pool ni dah lama aku beli, tapi hanya sekali digunakan untuk Idris kerana pelampung yang dibelikan sebelum ini kurang sesuai untuk Idris. Aku tak tahu sama ada kat kedai lain ada jual ke idak, tetapi pelampung leher ini cukup membantu dan aku hanya jumpa di Safe N Sound OU aje.
Acara bermula seawal jam 11 pagi. Amat sesuai dengan cuaca yang panas akhir-akhir ini. Idris kami rendamkan kedalam air, dan Abahnya dengan sukarela menawarkan diri untuk dibasahkan bersama-sama Idris. Aik, sejak bila Abah dia ni rajin nak melayan kerenah Idris? Konpius Mokcik..
Acara bermula seawal jam 11 pagi. Amat sesuai dengan cuaca yang panas akhir-akhir ini. Idris kami rendamkan kedalam air, dan Abahnya dengan sukarela menawarkan diri untuk dibasahkan bersama-sama Idris. Aik, sejak bila Abah dia ni rajin nak melayan kerenah Idris? Konpius Mokcik..
Selepas 30 mins dalam air, Mokcik tarik dia kuar dari pool :D kecut abis jari jemari dia, tapi nampak sangat Idris sangat-sangat hepi. Dan, ini aksi sukarelawan menjaga Idris selepas Idris dikeluarkan dari pool..
Ini pula acara di petang Ahad yang permai, Mokcik bawa anak-anak amik angin kat Putrajaya Lake, dekat masjid itu. Bibik Imah cukup-cukup jakun nak bergambar kat sana ke mari, nasib Mokcik layan je lah..



Comments
mak ai! besarnya mata phia!!
Put, nati jiey pun nk rendam ian jugok la.. napok supo besh jah
sophia nye mata bulat sungguh!
hari keluarga yg berkualiti..;p
yang, since u kata idris suka pool, why dont u just masukkan keas swimming ker utk dia ..so bolehlah dia gunakan kekuatan tangan push himself ...sorry coz i pun takder pengalaman kes2 camni ..tak tau idea nih leh pakai ker tak ..hehehe..
anything related to hand activities maybe u leh try utk kuatkan otot dia ..