Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

24/08/2011

Lope berbuka puasa dengan Uncle FT ♥ ♥ ♥

Saya seringkali mengimpikan suatu hari nanti saya diberi peluang untuk menemukan Lope dengan Faizal Tahir. Hajat yang saya pasang tak sampai 2 tahun itu akhirnya terlunas apabila saya dan keluarga menghadiri Majlis Iftar bersama Faizal Tahir yang meraikan anak-anak yatim dari Rumah Amal Kasih Bistari dan kelab peminatnya - Rockeinsteiners Club.


Sebulan sebelum majlis ini diadakan, saya secara sukarelanya membantu sedikit sebanyak urusan berkaitan dengan anak-anak yatim ini. Setelah bergelar ibu, saya rasa terpanggil untuk melihat sendiri anak-anak di rumah ini. Ini adalah pengalaman pertama saya menjejak kaki ke rumah anak-anak yatim. Lawatan pertama Hanim, Ariffa, Efie, Ahh dan saya yang diadakan pada awal Ogos sekadar bertemu dengan penjaga mereka sahaja.

Aturcara

Majlis Iftar ini yang diadakan pada 19 Ogos 2011 bersamaan dengan 19 Ramadhan di Royale Bintang, The Curve, Mutiara Damansara ini melibatkan hampir 200 orang yang mana 30 orang daripadanya adalah terdiri daripada anak-anak yatim Rumah Amal Kasih Bestari, jemputan-jemputan dari Faizal Tahir dan ahli kelab peminat. Keseluruhan Majlis Iftar ini happening, cuma saya seperti kehilangan passion untuk mengambil gambar, makanya saya selitkan gambar-gambar yang saya dapat dari kamera Efie, Abs, Ariffa, Sara dan Rienn. Terima kasih juga untuk Encik Bubu yang bergandingan bersama-sama Douglas, Ariffa & Efie menjemput dan menghantar anak-anak yatim ini serta persembahan di malam iftar tu dengan Efie, Dyana & Ahh. Sayangnya, takde gambar diaorang -_-

Tetamu jemputan baru sampai ;)

Tetamu yang diraikan :)

Persembahan dari anak-anak Rumah Amal Kasih Bestari

Bergambar kenangan dengan Faizal Tahir


Selepas dihantar balik - tertidur. Alolo comelnya budak-budak ni :)

MC pada malam itu adalah Koq (Anas Tahir) dan Azfar (OIAM). Suasana 'hidup' la dengan celoteh Koq yang macam bertih jagung tu :p Azfar sendiri yang tak habis-habis dengan celoteh 'Polis' menjadikan suasana tidak hambar. Lepas tu, ada cabutan bertuah dan saya yang sememangnya tak bertuah memang tak akan dapatnya. Malam tu juga, first time kot saya tengok Faizal Tahir bergandingan dengan Koq. Sebelum ni, Faizal pernah bergandingan dengan Salman semasa di Hard Rock Penang.

Kali pertama saya dapat tengok Faizal & Salman on stage menyanyi bersama-sama

Pose istimewa dari Faizal Tahir :P

Si darah manis Susue, A-riffa the artist, Mama Lope & Obiya + Obiya sendiri yang tengah syok makan cup cake

Bestnya event kali ni, selain saya buat sedikit kerja amal, dapat jumpa Faizal dan family, mengeratkan hubungan silaturahim dengan sesama Rockeinsteiners, saya juga membawa seluruh ahli keluarga saya. Lebih-lebih bermakna bila Lope secara ekslusifnya dapat berjumpa Uncle Faizal!

Saya & Lope sewaktu mendengar Faizal perform.

Sure Uncle Faizal 'rasa' Lope berat berbanding anak-anak Uncle :P

I wish gambar ini clear - manja!

Sengaja tampal banyak-banyak gambar Lope jumpa Uncle Faizal. Sebelum berjumpa, Lope nampak agak mengantuk. Saya berpesan 'Kalau Lope nak tidur, Lope kena jumpa Uncle Faizal dulu ye' Itu yang semua gambar nampak Lope agak lentuk.

Ini adalah gambar fave. saya! Uncle Faizal memangku Lope dan Obiya datang inter frame sambil kontrol ayu sebab Riffaie tengah dok pandang dia. Riffaie adalah anak ketiga Faizal yang lahir seminggu selepas Obiya :)

Ini anak dara saya :)

First time sign autograph dengan Faizal sambil letak anak atas meja :P

Keseluruhannya, event malam tu memang best habis. Persiapan sebelum, semasa majlis dan selepas juga cukup memenatkan. Malam sebelumnya, kami semua tidur selepas bersahur. Itu projek dengan Efie, Dee, Ariffa, Ahh & Encik Bubu saya. Saya sekadar jadi escort Bubu je :P Oh, juga rindu moment bersahur dengan sisters, melalak ibarat artis dan kekaguman dengan Tune Studios!

Sebelum nak pen-off, nak selit sedikit gambar ni. I'm sure, bukan semua Bibik di beri peluang ikut majikan dia berjumpa rockstar :P

Kasroha dan Faizal Tahir

Tak tahannya, dia terlebih excited dari saya. Siap bersalam dan sign autograph bagai. Paling comelnya, dalam autograph Faizal tulis padanya 'terima kasih sebab jaga Idris' -___-

Terima kasih, Faizal Tahir!


16 comments:

Tina Othman said...

jelesnya dapat jumpa faizal tahir, apapun lope sangat2 comel, suka

Norazo Aslan said...

my favourite picture yang your favourite picture tu. my second favourite picture pulak time Bibik and FT. Caption di mata bibi "mak gmbr ngan artis nyah.. ko hado???" hahahha

Puteri Nuur At-Terawis said...

Tina,

Second time Lope jumpa Uncle FT dia :)

Puteri Nuur At-Terawis said...

Jia,

Noks, dia dah cakap kat suami dia di Indon :P Siap minta i print besar-besar gambar ni. LOL!

Mayyonnizz said...

entry happy kan ni..tapi ayu baca macam nak nangis... especially part otograf untuk bibik tu...:((

put...anak2-anak yatim ni... xde yang baby ke (gurl)?? semua dah besar ek..yang baby2 dorg tempatkan kat mana ek?

Puteri Nuur At-Terawis said...

Ayu,

Part autograph kat Bibik tu, i pun syahdu je rasa.

Btw, diaorang ada baby. Masa i check hari tu, 4 tahun ke bawah ada dalam 4-6 orang & the youngest is 8 months old. -____-

nifalnin... said...

owh...

rase nak menangis jer skang ni...

Mayyonnizz said...

put yang 8 months tu.. boy ke gurl.. kesiannya..

mak diorang semia dah meninggal eh..kalo nak amik bela. put tahu procedure dia tak? susah tak?

Dila Si Mama Dzariff said...

OK...serious...aku nangis, apesal aku nangis??? sebab tengok lope macam tengok dzariff...huahuahuaa..
mode: mama cembeng lagi....

iAmeFie said...

aaaaaaaaaaaaa nak nanges!! T_T

suweet gila boss tulis cmtu kt bibik... ok nanges lagi T_T

oh, sy on ada la mlm sebelum kejadian!! hehehe ;P

Puteri Nuur At-Terawis said...

Ayu,

Nanti i usha macam mana prosedur dia eh :)

Puteri Nuur At-Terawis said...

Dilla,

Anak-anak kita sama :)

Puteri Nuur At-Terawis said...

Efie,

Oppppssss....!

Tulisan dalam kaler merah tu, Kaput dah masukkan nama Efie :D

Puteri Nuur At-Terawis said...

Niza,

Erks, part nak nangis sbb FT tulis kat Bibik tu ke? -___-

AhHcOmEy said...

miss this moment =) jamming kat tune studio sgt lah best!

.ariffa. said...

and today i read this back with a tear in my eye :')