Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

14/02/2013

Nasi Vanggey Ipoh Mali!

Weekend lepas kami ke Ipoh sebab nak attend reception Ibrahim & wife -- Farah. Kami bergerak selepas brunch bagai sebab mengambil kira traffic yang horror katanya ke arah utara. Memang keputusan kami nak makan heavy tepat. Kalau biasanya sampai Ipoh dalam 3 jam je, kali ni 6 jam! Banyakk sangat kereta atas jalan. Banyak juga accident. 

Bila sampai rumah pengantin, ramai la jugak orang yang macam kami. Baru sampai sebab traffic jam. Memang diaorang dah tapaukan food dari caterer untuk orang-orang macam kami. Bila sampai jugak, Lope dah menangis. Mana tak menangisnya member, breakfast tadi jam 9 pagi. Nak tak nak, tanya tuan rumah nak panaskan food untuk Lope.

Lepas makan, dua-dua budak b-o -- maka, dua-dua budak dimandikan kat sana. At last, mamanya tak sempat nak makan. Kalut sangat dengan budak-budak. So, lepas keluar aje dari rumah pengantin, saya ajak Encik Bubu. Siap cakap kat dia, lapar tahap monster.

So, dia cakap jom makan nasi Vanggey. Katanya, must-eat-food di Ipoh ni. So, saya tanya la. Nasi macam mana. Alahai.. macam nasi kandar je tapi ada satu sambal special dia bagi. Sambal ni la diaorang cakap taruk ganja. Kenapa orang cakap macam tu?

Sebab lepas makan ni akan ketagih.

Hiks! Ketagih ke? Nasi Vanggey ni ada beberapa cawangan. Saya dah pernah pegi yang cawangan Labroy. Kali ni, saya ke Green Town plak.



Kat Green Town ni, kalau korang tak nak makan Nasi Vanggey pun takpe. Ada je masakan panas kat sini, tapi macam pelik la sangat kalau sampai ke sini tak makan. Ye idok?



Agak spacious la. Service sangat slow. Masa kami sampai tu, tak de orang pun (sebab timing maghrib- before 8pm) Kami 2 kali order makanan Obiya. 

Inilah rupanya Nasi Vanggey!


Wooohoooo! 

Seketul ayam
3 ekor sotong
1/2 Telur masin
Sayur goreng

[Sambal special tu adalah yang macam kunyit tuh, kat sebelah kanan pinggan]

Cer teka berapa ringgit?
Bila tunjuk gambar ni kat Yong, dia cakap dalam RM20.
Hiks!


Bagi saya, harganya agak murahlah berbanding KL. Tu, sengaja capture kasi terang-terang, alamat cawangan kat tempat lain. Ada di Labroy, Sitiawan & Seri Iskandar. 

Diaorang panggil nasi ganja kan?
Betullah! Tulis entry ni pun rasa nak sepinggan!

So, kalau korang teringin, bila ke Ipoh, singgahlah. 
Saya bagi 4/5.

3 comments:

Hayati Sulaiman said...

Ya Rabbi Put...

Meleleh ayor liur teman.. Sedap beno makan nasik vanggey ni. Mcmana ni..dah teringin tapi tak balik kampung pulak? Ish ish ishhhh..

NenetPenne (NP) said...

nasi vanggey juga ada kat kuala selangor berhampiran dengan tesco kuala selangor...

i tak pernah laa cuba tapi kalau gini lauknya boleh lah cuba nanti...

saifulazlin said...

saya google pasal nasi vanggey terjumpa la post ni. jadi nak tinggal jejak sikit. tapi musykil pulak lah awak pilih lauk penuh abis gitu bagai melimpah plate mana pegi nasiknye weh? hahahaaa...ada jumpa sepuluh butir je agaknye kat sebelah telur masin tu. jangan marah...selamat berblog.