Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

31/07/2012

#NotBadLaaGrill - Kajang's First GRILLED BURGER Ever!

Sebelum puasa hari tu, ntah macam mana boleh tersampuk conversation dengan Abs, Wiwin, Ahh, Kak Eja yang nak pi makan burger bakar. Well, sekarang ni kan gelemer burger bakarnya sana sini. Bila dok follow diaorang ni dok chatting kat twitter, rupanya kat Kajang aje. So, roger-roger la Encik Bubu tanya dia malam ni dinner dengan Burger bakar okey ke tak, dia jawab OK.

Weeee!

Sedikit intro pasal burger bakar ni.



Nama tempat ni NotBadLaaGrill terletak di Taman Mesra, Batu 13, Jalan Cheras, 43300 Kajang, Selangor. (dekat-dekat dengan kedai tayar Good Year) 

Apa yang menariknya?

Masa saya datang hari tu, saya order :

Triple Patty Double Cheess With Mushroom


Nak tengok rupanya?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Bersedia?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tada!!!!

Drooling tak bulan-bulan puasa ni? muahahahhahah =p

Masa tengah tulis entry ni sumpah rasa nak ngap je tengok gambar ni. Saya makan ni share dengan Encik Bubu. Makan sampai berdosa sebab terlalu banyak =p Kalau korang rasa triple patty ni heavy sangat, ada beberapa selection lagi. Antaranya:

Grilled Chicken Sandwich


Quadruple


Monster Burger


kalau rasa-rasa perut kecik, silalah order yang ni ajo. Ini pun sodappp :)

Single Burger kot namanya =p


So, kepada sesiapa yang rasa teringin nak makan, korang dinasihatkan order terlebih dahulu sebab kalau tak penat lah weh nak tunggu. Patty sket punya tebal macam ni makan masa untuk dimasak. So, kalau tak nak tunggu lama-lama, silalah order dulu. Saya hari tu, dengan bantuan Wiwin, dia tolong order via Twitter aje. Canggih sungguh zaman sekarang, order makan pun boleh dengan twitter. 

So, korang follow founder & owner NotBadLaaGrill

Twitter 

Facebook Fanpage 

YouTube 



Pastu, nak terima kasih kat Wiwin sebab masa kami pegi makan aritu, semua benda adalah mudah sebab Wiwin yang tolong layan kami. Rasanya NotBadLaaGrill boleh lantik Wiwin jadi Duta untuk boost-up marketing korang =p ngehehehehhe

Ahh & Wiwin bersama dengan single burger Abs =p
Sorry yang, nampak stick pulak dah kacau mukamu yang cun itu ;)

NotBadLaaGrill dibuka pada jam 7.00 malam hingga 12.00 tengah malam setiap hari kecuali Ahad (kalau tak silap). 

Go eat and get fat at NotBadLaaGrill :D

Till then, take care.

Eczema & Tabloq - Ini Testimoni Saya :-)

Saya rasa terpanggil juga nak share gambar Lope yang latest mengenai eczemanya bila ada beberapa orang yang jumpa Lope cakap "eh, elok dah kulit Lope?" Baru saya teringat yang saya pernah post kat blog mengenai Lope dan Eczemanya yang kronik - merah, berair dan gatal. Kalau nak tengok check balik, tengok kat entri-entri ini:



Lepas tu, saya tengok gambar-gambar Lope masa kulitnya teruk dulu. Masya-Allah! Kesiannya.

Ini semasa stage paling teruk. Ada masanya sebab Lope tak tahan gatal, dia garu sampai luka dan berair :(


Ini pulak masa dah tahan skets selepas saya gunakan Tabloq.

Sebelum ini, saya banyak memberikan Lope cream sapu yang doktor bekalkan. Bila saya google balik, rupanya untuk kesan jangka panjang ianya tidak elok. Selepas itu, saya bertukar kepada Egyptian Magic Cream (EMC) tapi bila sampai beberapa ketika, kulit Lope menjadi gatal jugak. Reasonnya - EMC terlalu melembapkan.

Saya bertukar kepada Tabloq kerana kandungan semulajadinya, produk tempatan dan murah dan senang untuk diperolehi. Tabloq juga senang untuk digunakan. Campurkan dengan air dan oles pada pipi Lope. Pada mulanya dia akan marah dan mengelak tapi disebabkan Tabloq "sejuk" maka dia akan okey.

So, selepas lebih 6 bulan menggunakan Tabloq, inilah hasilnya.


Gambar ini diambil 2 bulan lalu. In case nak tengok dengan lebih dekat lagi kulit pipi Lope ibarat tulus mulus baru tumbuh new skin =p


Berbezakan dengan gambar kat atas tu. :-)

So, itulah cerita produk Tabloq yang saya gunakan ke atas Lope. Sekarang ni, kulit Lope dah okey, jadi saya guna sekali sekala sahaja ikut keperluan. Kalau ada yang berminat nak order Tabloq dengan harga yang rendah berbanding mana-mana tempat jual, silalah tengok kat side bar sebelah kanan blog ni. Ada 6 pakej untuk dipilih.

Sekian, terima kasih.


30/07/2012

Cerita Puteri Mariam Sophia.


Semenjak Bibik tak ada, semua orang hidup berdikari. Dari Encik Bubu sampailah kepada Obiya. Dulu, Encik Bubu tak pernah concern pun pasal nak jimat tenaga cuci pinggan, sekarang ni sebolehnya nak minimize penggunaan semua benda sebab dia malas nak cuci kekdahnya =p Sebab dalam rumah ni cuma ada 2 orang perempuan - sorang besar dan sorang kecik, kami orang perempuan memang rajin berkemas. 

Anak perempuan saya seorang yang rajin tau. Bila dia nampak saya nak menjemur kain, dia akan datang menolong. Mula-mula, saya ingatkan sesekali aje. Tapi, selepas tu without fail kalau dia nampak je Mama dia nak jemur kain, dia akan datang tolong walaupun dia tengah main tab. (Bila tengah main tab pun sanggup tinggalkan, bererti sangattt besar la pengorbanannya)

Obiya akan jadi tukang hulur hanger pada Mama. Setiap kali saya keluarkan baju dari dalam bakul, saya akan tanya dia "ini baju sape?" dan dia akan jawab "ini baju abah" dan dia akan bagi hanger kat tangannya. Ada masanya dia akan bagi hanger bersize kecik untuk baju dia dan Lope, jadi bila saya cakap "hanger besar" dia akan tukarkan. Sampailah kalau sampai pada pakaian "kecil" saya tak tanya dia "ini baju siapa?" tapi dia dengan spontaneous akan cakap "ini baju abah". Muahahahhaha. Dia kenal, ok! =p

Bukan itu saja rajinnya, setiap kali Lope minum susu, saya akan memegang botol susu Lope. Dia juga mahu pegangkan Lope botol susu. Ada masanya saya tak izinkan, tapi ada kalanya dengan pengawasan saya, dia yang suapkan Lope. Rajin okey. Perangai dia tak ubah macam dialah si kakak. :')


Bila Lope demam itu hari, dia juga bertindak sebagai nurse peribadi Lope. Setiap masa, dia akan berada disebelah Lope, sama ada bermain tab atau pun bermain apa-apa sajalah. Bila Lope merengek, dia akan gosok belakang Lope sambil cakap "Lope akit ye.." (Lope sakit ye) ibarat nak memujuk si Abang :') Kalau Lope masih merengek, dia akan memanggil Mama. Itu termasuklah dia menjadi tukang lapor bila Lope gigit jari, cucuk mata atau pun Lope b-o. Dia akan panggil saya.

Tak menahan sungguh tengok "nurse" silang kaki main tab tengah setia tunggu patient dia. Ayu sungguh dia silang kaki. =p

Tapi, bila tengok gambar kat bawah ni.. hilang ayunya =p Ini muka suspen sure sebab main game nak kalah ni. Habis tangan kaki semua diguna pakai.


I thanked Allah for my daughter. :)

27/07/2012

Demam rindu

Entry Maid-Less saya pada 18 Julai 2012 rasanya 'tersangat' awal nak menulis komen akan ketiadaan Bibik. Genap seminggu Bibik tak ada, barulah saya rasa the real heat!

Genap seminggu - barulah masalah sebenar timbul.


Jeng.. jeng.. jeng..

Berlanjutan kes Lope tak lalu makan dan minum. Semua menu makan semasa Bibik ada, dia cuma makan 4-5 suap kemudian dia akan menutup mulut dan berkata "dah". Memang saya putus harapan nak suap Lope makan. Sudahnya, hanya nestum yang Lope jamah. Itupun sedikit sangat :( Bimbang bila Lope tak lalu makan. Bab minum pun sama. Kalau dulu dia akan minum susu 200ml sekali minum, sekarang ni nak habiskan 100ml pun berkejaran dengan saya. Siap kena nyanyi, kena paksa dan kena pegang btol-btol baru habis. 

Kesiannya Lope sebab dia tak bercakap. Tak pandai nak express apa yang dia rasa. Orang tua kata makan dalam. Rindu sangat lah tu. Sampaikan  kalau dok sebelah sesiapa sahaja orang perempuan, dia akan cuba pegang tangan dan nak minta dipeluk. Mulalah dia akan melentuk kepalanya. 

Itu Lope. Cerita Obiya lagi syahdu :(

Hari Jumaat saya terpaksa EL. Lope yang berterusan tak nak makan dan minum memaksa saya untuk monitor makan minum dia sepanjang hari. Masa ni jugalah, Obiya tak pergi school sebab elok di rumah sahaja bersama saya.  Seharian berada di rumah, sebelah malamnya dia demam.

Demamnya mahukan tangan Mama sentiasa melingkari badannya - memeluk badan kecil dia. Saya turutkan saja sampailah bila dia menangis dan terjaga pada waktu sahur berlanjutan sehingga subuh pertama di 1 Ramadhan barulah saya sempat bertanya padanya.

Saya: Anak Mama rindu Bibik ke?
Obiya: A'ah. Rindu Bibik.
Saya: Mama carikan Bibik lain, nak?
Obiya: Yeay! Bibik lain *muka happy*
Saya: Tapi, bukan Bibik Kasro tau. Bibik Kasro dah balik kampung.
Obiya: Alaaa Ma... Nak Bibik..

*pause sekejap*

Obiya: Mama, jom la Ma. Kita gi kampung Bibik...

*Mamanya agak terkejut dengan respon Obiya*

Saya: Kampung Bibik jauuhhhh. Kena naik flight.

*Obiya berfikir*

Saya: Macam ni lah. Kita balik kampung kita la..
Obiya: Yeay! Balik kampung..
Saya: Kita balik kampung kita - rumah Cik.
Obiya: Alaaaa.. tanak. Nak balik kampung Bibik...

*sambung menangis*

Saya speechless. Tak tahu macam mana nak cakap. Explain dah berulang kali, Bibik Kasro tak akan kembali lagi. Kalau datang balik pun, next year. Itupun kalauu nak balik. Tahulah kan janji dengan Bibik ni.

Sehingga ke hari ni, hati saya kusut. Lope dengan tak ada selera makan minumnya dan Obiya demam kerinduan yang mana sekarang ni pun tak mahu makan dan minum juga. Masya Allah. Perkara inilah yang paling saya takuti. Mereka demam dan sakit kerinduan :( Mungkin rasanya saya perlu bercuti sepanjang minggu. Menunggu mereka di rumah atau pulang ke rumah Cik. Almaklumlah, tahun ini saya tidak beraya dengan Cik *menangis* Sedihnya, nak balik pun rumah belum ready untuk Lope. [Fyi, rumah Cik is under renovation. Habuk di merata tempat. Sungguh tak sihat untuk Lope].

Sebab anak-anak silih berganti demamnya, saya ambil keputusan bercuti. Rasanya, diaorang perlukan perhatian lebih dari Mamanya. 4 hari saya bercuti + 2 hari weekends rasa macam alangkah indahnya menjadi housewife! :D Memang la penat sangat buat-buat kerja rumah tapi puas hati sebab A to Z buat sendiri.


Hari ini, genap 2 minggu Bibik balik dan budak-budak ni baru surut dari demam rindu.



26/07/2012

Terima Kasih @TMCorp

... for #FabFridayTM weekly giveaway ;) 
I just won RM100 Touch & Go card.


To participate, join them online every Friday at 3pm onwards on Twitter!
Follow : @TMCorp

18/07/2012

Maid-less

Hari ini hari ke empat hidup kami anak beranak tanpa bibik. 

Rumah kami tidak tunggang langgang seperti yang saya jangkakan. 
At least, sehingga ke hari ini masih lagi under control.

Anak-anak tak demam seperti yang saya jangkakan.
Walau banyakkkk soalan mengenai Bibik yang kena soal dan ulang tanya-jawab.

Dalam erti kata lain, hari ini hari ke empat juga saya penat sungguh uruskan family dan buat house chores sendiri. Letih tapi ada satu rasa puas hati dan should I say, lebih bertanggungjawab? Ngeee.

Masa hantar Bibik kat LCCT Jumaat lepas, sumpah saya sedih. Selepas 3 tahun dia menjadi sebahagian daripada kami akhirnya dia kena balik. For good. Part paling sedih, bila part dia cakap good bye kat Lope. Selama ni, dah banyak kali dia pesan dia akan balik, tapi Lope nampak buat dunno je. Alih-alih, masa dia nak balik - dia hug dan pesan sambil nangis sedu-sedan, boleh plak Lope tarik tudung dia, pandang dia dan cakap "Bik". Masa dia cakap tu, dia pandang tepat kat mata Bibik.

Aduh.

Si Obiya plak, setiap kali kami keluar, bila sampai rumah je dia akan cakap kat saya "Mama, Bibik kat rumah, kan?" Macam dia nak sedapkan hati dia, keep on saying Bibik ada kat rumah. Setiap kali tu jugak, saya kena explain, "Bibik kan dah balik kampung, jumpa anak-anak Bibik." Lepas tu dia akan cakap "owh.." dan lepas tu dia akan buat lagi. Itu tak masuk lagi bab, tiap kali dengar pintu toilet dibuka, dia akan cakap "Mama, Bibik kat toilet" walaupun yang buka pintu tu Abah/Tok dia. 

Rasanya mereka berdua perlukan lebih masa nak adapt dengan keadaan baru yang tak ada Bibik. The best part bila takde Bibik, anak-anak lebih berdikari.

Obiya sendiri selepas Bibik balik lebih independent. Setiap kali selepas salin diapers dia atau Lope, dia akan ambil dan buangkannya ke dust bin. Setiap kali menyalin pakaian untuk mandi, dia juga never fails kutipkan baju dia dan Lope dan bawa ke bakul pakaian kotor. Juga, selepas minum susu akan hantar botol susu ke sinki di dapur.

Owh, anak dara saya dah besar kan? :D

Sebab takde Bibik, Obiya juga ambil peranan sebagai seorang "kakak" - akan ada masanya dia berlari ke dapur dengan muka panic sambil cakap "Mama, Lope hingus" atau dia akan bertempik "Mama, help. Lope ni.." rupanya Lope menendang almari/dinding atau tidak pun buat laporan dari semasa ke semasa diapers Lope basah atau Lope b.o =P Bila fikir balik, alhamdulillah. Alhamdulillah sebab disebalik kesusahan (sebab selama ini ada helper) saya yakin kami sekeluarga boleh cope dengan environment baru ni.

Tapi, bab penat tu memang tak dapat dinafikan =p

Especially bila travelling. Sebab bila singgah ke toilet untuk uruskan Lope, saya seorang diri. Sebelum ni ada Bibik yang tolong itu ini kat toilet perempuan. Sekarang ni, macam mana Encik Bubu nak masuk walau dia memang naaaaaaakkkkk sangat masuk toilet perempuan =p

To conclude, life takde Bibik is OK. 

More privacy, more "us" time sebab kena buat kerja sendiri. Kami (me and Encik Bubu) banyak urus rumahtangga sendiri. I do the cleaning part, uruskan anak-anak while Encik Bubu buang sampah, pegi pasar (wow!) dan angkat-angkat barang berat :) Okeylah tu, dan dah 2-3 kali Lope berada dalam jagaan Encik Bubu dan Lope pun OK - abaikan part rumah tunggang langgan semasa dalam jagaannya =p

Buat masa ini, kami masih tak fikir nak cari maid sebab nak fokuskan kepada development Lope. Insya Allah, awal bulan depan, Lope akan enroll intensive course for physical development. Saya kena (wajib) spend masa at least sejam sehari untuk terapi, masa dan sesi pembelajaran dengan Lope dan setiap minggu menghadap terapi dan seterusnya buat latihan kat rumah. Back to back. Sampai Lope dapat "kaki". 

Wish us luck, ok? ;)

Gambate!

Kami survive! ;)

11/07/2012

Good bye, Kasroha!



Sesungguhnya saya memang fail bab nak cakap good bye tau. Entry kali ini, adalah entry khas saya tujukan pada Bibik saya. Namanya Kasroha. Sebelum saya menulis entry ini, saya habiskan setengah jam masa membaca balik catatan saya mengenai Kasroha di blog ini. Kalau ada yang ingin membacanya juga, ini link ceritanya:


Bila saya baca balik kesemua entri di atas, saya bercerita akan ketidak puasan hati saya sahaja (my bad!) dan semua cerita ini adalah sebahagian daripada dia bersama saya. Entry kali ini, saya ingin bercerita mengenai kebaikan, kecekapan dan kenapa Bibik saya best plak =p Tak adil kan untuk tulis yang tak best je sebab dia hanyalah manusia biasa yang ada waktu OK dan tak OK nye :)

Esok, secara rasminya Bibik akan berangkat pulang ke Indonesia. Penerbangan dari LCCT pada petang esok. Saya mencongak-congak untuk mengambil cuti, tetapi memandangkan ada komitmen yang perlu saya selesaikan esok, saya terpaksa datang ke pejabat terlebih dahulu. Malam ini, malam terakhir Bibik bersama saya sekeluarga. Malam ini juga, kami akan bawa dia dinner di luar dan diberi penghormatan untuk pilih kat mana dia nak makan. 

Semenjak 3 tahun lepas, dia adalah sebahagian daripada keluarga kecil dalam rumah saya. Selain menganggapnya sebagai ahli keluarga,  dia jugalah tangan yang ketiga dan keempat untuk saya. Walaupun ada perangai dia yang buat saya annoying, tapi dia cuma seorang manusia. Ada masanya saya marah bila dia buat apa yang saya tak suka, ada masanya saya diamkan aje. 

Satu perkara saya tahu, dia ikhlas dalam menjaga Lope dan Obiya. Sewaktu saya mencari maid dulu, saya harapkan dia seorang yang penyayang dan jenis yang bersolat. Bila solat, jahat macam mana pun dia, dia masih tahu ada Allah dan tahu dosa dan pahala. Bila Kasroha bekerja dengan saya, syukur alhamdulillah kerana dia seorang yang solat 5 waktu. Bertudung semasa di dalam rumah. 

Bersyukur juga kerana dia tahu akan kerja rutinnya. Apabila saya pulang memborong di pasar, saya tidak perlu susah-susah mencuci ayam dan ikan sebelum ianya busuk dan disimpan ke peti sejuk. Apabila setiap kali saya ingin memasak, bawang putih yang ditumbuk telah tersedia di dalam friedge. Apabila ingin saya memasak soto, spaghetti, nasi goreng atau sardin tumis, saya seronok masuk ke dapur dengan segala bahan masakan yang telah tersedia. 

Untuk jasa selama 3 tahun di dalam rumah kecil saya - terima kasih Kasroha. Jasamu tak akan sesekali saya lupa, meskipun setiap detik dan masa itu saya lunasi dengan wang ringgit. Saya bersyukur kerana setelah 3 tahun, akhirnya saya merasa ikatan ukhwah kekeluargaan. Dua tiga malam sebelum ini, saya berbual panjang dengan dia. Saya bertanya, tidak mahukah dia menabur jasa lagi kepada saya sekeluarga.

"Mana mungkin puan. Saya sayangkan Lope, Phia. Tapi saya juga punya anak sendiri, suami sendiri, keluarga sendiri. Sayang bagaimana saya pada mereka (Lope & Obiya) saya harus pulang juga kepada keluarga saya" 

Saya tidak salahkan dia, malah saya rasa dia seorang wanita yang kuat. Mampu meninggalkan keluarga, suami dan anak-anak selama 3 tahun adalah tempoh masa yang panjang. Merantau demi mengubah nasib keluarga. Saya pasti saya tidak sekuat dia. Mana mungkin saya meninggalkan Lope dan Obiya selama itu. Masya Allah.

Malam semalam juga, saya memohon maaf di atas segala kekasaran bahasa terhadap dia selama ini. Saya memohon maaf andai ada banyak perkataan saya yang mengguris hatinya. Saya sendiri manusia, mana mungkin saya sentiasa betul. Saya memberitahunya bahawa saya tidak pernah menganggapnya sebagai seorang bibik tetapi seperti saudara sendiri. Saya memohon kemaafan juga bagi pihak suami, keluarga dan sesiapa sahaja antara saya di sini yang menyakitkan hatinya sebelum ini sama ada sengaja atau tidak.

Pada Lope, sudah saya pesan dan kisahkan ke mana Bibik akan pergi selepas ini. Lope diam dan tanpa pengertian di dalam dunianya sendiri. Namun, jangan under estimate Lope. Saya tahu dia menyimpan setiap patah perkataan yang saya bisikkan padanya. Saya berharap Lope kuat dan tak demam bila Bibiknya tiada disisi nanti.

pada Obiya, bila saya ceritakan yang Bibik akan pulang, dia menjawab "aaah, Bibik balik kampung" selepas saya tanya siapa cakap, dia menjawab "Bibik cakap". Maksudnya dia memahami. Soalan seterusnya saya tanya "Sayang Bibik tak?" dia jawab "Sayang, sikit je" Aduh. Yelah tu sket, lepas ni rasanya dia yang akan berpusing satu rumah mencari Bibik :(

Semalam, bila saya pulang dari kerja, Bibik datang kepada saya.

"Puan, saya dah cucikan kesemua 6 kipas di dalam rumah ini. Saya juga dah tumbuk kesemua bawang putih, ada didalam fridge, nanti puan nak masak senang. Saya juga dah asingkan pakaian Lope dan Obiya di laci atas dan bawah. Esok saya akan cuci kedua-dua bilik air bersih-bersih. Juga, saya akan mop lantai bilik puan, bilik tengah dan bilik atuk buat kali terakhir.."

Saya cuma pandang Bibik. Mata dia berkaca. Kiranya, inilah khidmat terakhir Bibik lakukan pada saya. 

"Kamu tahu Bik, saya sedih kamu nak pulang.." kata saya, dan dia terus menyapu kelopak matanya. Dalam hati saya terasa sebu. Selepas itu saya meninggalkannya, masuk ke dalam bilik. Ya Allah.

I hate this kind of feeling - I can't tolerate with the word "good bye" 

:(

Ini sebahagian dari gambar photoshoot kami untuk Bibik pada Ahad lepas.











We'll miss you, Kasroha!

05/07/2012

Rinduuuu...


Rindu budak-budak dua orang ni. 
Nak balik! Nak balik!