Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

06/07/2011

Fisher-Price : Newborn to Toddler Rocker

(Sponsored Post)

Lope sekarang dah berusia 4 tahun. Anak autistik saya ini, masih dalam proses pembelajaran untuk mengimbangi badannya, menarik badan dan berdiri. Buat masa sekarang, Lope masih belum mampu berdiri sendiri tetapi sudah berjaya menggapai kerusi seterusnya bersandar dan perlahan-lahan dia bangun berdiri. Bagi saya, itu sudah cukup untuk Lope buat masa sekarang kerana usahanya ada dan Insya Allah, dengan doa dan bantuan dari saya serta sokongan dari semua ahli keluarga, impian saya untuk melihat Lope berjalan sendiri akan terlaksana. Walau lambat.

Itu cerita Lope untuk berdiri. Selainnya, saya sering mengalami kesukaran untuk meminta Lope duduk sendiri. Kalau dibiarkan di atas sofa atas kerusi, dia akan melentukkan badannya. Silap harinya, Lope akan terjatuh. Jika diletakkan di atas playmat-nya, Lope lebih cenderung untuk berbaring sendiri. Memandangkan usia Lope yang meningkat, sukar untuk saya mencari kerusi yang sesuai untuknya. Sebelum ini, sudah 2 buah kerusi saya beli. Namun, kedua-duanya menjadi hak milik mutlak Obiya sekarang kerana tidak sesuai untuk Lope.

Tetapi, masalah saya itu selesai dengan penemuan satu kerusi baru. Eceh!

Sebenarnya, ini bukanlah kerusi tetapi Fisher-Price : Newborn to Toddler Rocker (NBTTR). Kelebihannya, rocker ini sesuai digunakan dari newborn sampailah kanak-kanak berumur 3 tahun atau sehingga 18kg beratnya. Memandangkan Lope beratnya baru 15kg, maka NBTTR ini tersangatlah sesuai untuk Lope terutamanya selepas Lope makan, Lope akan diletakkan didalam NBTTR. Kalau diletakkan di atas kerusi biasa, saya khuatir sekiranya Lope akan melentukkan badannya seterusnya jatuh dan tercedera. Namun dengan NBTTR, ciri keselamatan diutamakan dengan memakainya seat belts.

Ini adalah gambar betapa Lope sedang enjoy menggunakan NBTTR sambil menonton Upin & Ipin selepas makan tengahari. Tekstur kain yang lembut dan kedudukan kerusi yang kemas dan kuat menolong Lope duduk dengan betul. Sebetulnya, kerusi yang sesuai untuk 4 peringkat usia kanak-kanak ini dibeli di awal kelahiran Lope, barulah saya boleh memaksimakan penggunaannya.

3 tahun pertama dalam kehidupan seseorang kanak-kanak adalah sangat penting. Waktu inilah diaorang ni ibarat sponge yang akan menyerap semua ajaran yang kita ajar. Diperingkat ini juga, banyak yang diaorang akan belajar. Salah satu perkara yang bagus mengenai NBTTR adalah ianya juga membantu dari segi perkembangan fizikal dan mental.

Melalui tidur yang sempurna, imunisasi badan bayi akan bertambah, mereka juga dapat memproses maklumat yang telah mereka pelajari sepanjang hari dan pemulihan fizikal badan yang kepenatan seharian menjalani aktiviti mereka serta banyak lagi perkembangan yang penting. Pendek kata, tidur yang sempurna sangat penting bagi seorang bayi.

Bermain juga adalah satu task yang penting untuk seorang bayi di awal perkembangan mereka. Belajar melalui bermain diperingkat awal ini dapat menstimulasikan perkembangan minda mereka. 36 bulan pertama adalah stage yang sangat kritikal dalam perkembangan minda kanak-kanak untuk melibatkan kanak-kanak belajar seterusnya membina asas pembentukan ini. Melalui 'the power of play' kanak-kanak ini akan belajar memahami dunia mereka dengan lebih jelas. NBTTR juga membantu perkembangan ini dengan menyediakan toy bar disekelilingnya yang mana ianya berfungsi untuk membantu koordinasi mata-tangan sewaktu bermain, stimulati visual dengan toy yang berwajah comel dan stimulasi pendengaran dengan lagu-lagu yang sesuai.

Tukarkan ini...

Lepas tu, jadilah macam ni:

"menonton DVD bersama Obiya kini lebih menyeronokkan" - Lope.


Dan, ianya sangat mudah untuk saya bawa ke mana-mana kerana ringan dan portable.

Lipat macam ni je

Lepas tu, bawa ke mana-mana :)

Fisher-Price : Newborn to Toddler Rocker ini boleh didapati dipasaran dengan harga RM349.90 sahaja.

:-)

30 comments:

Noina said...

Tetiba teringat yang Nabila punya..hhe..mmg bagus kan Put guna nih.. :) Ina puas ati betul ngan fisher price nih..tapi Nabila punya dah simpan..Tak guna dah..hehe..

Bicara hati ibu aisya said...

Wahhh..menarik tuh.Dah lama teringin nak beli (sejak aisya kat NICU) tapi sampai laa nih xbeli.Huhuhu.minat sangat sebab design, warna dan ianya sungguh praktikal untuk digunakan.Maybe tgu next baby lah, nak cekau satu.hahaha.. ;P

Sidratul Muntaha said...

tak pernh terpikir nak gunakan ni sbb setot jer dah berat 22kg bila msuk umur 3 thun.

Ina Hashim said...

done reading the entry :)

Ibu Darwisy said...

wah..mmg bagus this item..herm..kalo salah satu hadiah best gak ni..boleh simpan tuk 2nd baby..hehehe

Cute MuM said...

dulu tercari2 gak toddler nie untuk dania.. bila dah ada yang beri hadiah, langsung tak jadi beli.. kan bagus kalo dania boleh duduk diam tgk tv mcm Lope tue..huhu..

MamaRifqy said...

sangat bagus la bende ni..selamat untuk anak2

IntaNBerliaN said...

Wah ! menakjubkan lah toddler ni.. sebenarnya saya tak pernah tahu pun pasal toddler macam ni..yela, saya jarang pergi shopping or window shopping..

lagi 1, kalau terpandang produk ni pun, belum tentu husband nak beli.. huhuu.. yela, harganya mahal, lebih2 lagi, hanya husband saya sorang je yang bekerja..

kelebihan toddler ni macam sangat2 lah best.. kalau dapat belikan syok.. :-)

tiefazatie said...

wah..sgt la sesuai nie utk kanak2 bwh 3thn..btol la..dlm masa tue kan dorg ngah aktif nak tahu pasal dunia nie..bagus btol toddler nie sis..tahan lasak lak nie..untung kalu beli nie..ifa rasa..blh thn lama nie kan sis..xkisah harga mahal..janji kualiti terjamin untuk anak kesayangan..=)

Adyshariz said...

oo..memang menarik toddler ni, insyaAllah ada rezeki lebih nanti, tak rugi membelinya

cikpuanhady said...

ingat untuk next baby nak pakai ni juga..senang kan ada rocker ni, multipurpose laks tu..

Nak mitak tlun boleh :Mehla komen entri Saya Bertudung

Blogshop kami :Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Meh klik sini

PinkUmmi said...

wahhh..interesting sesangat....dah lame nak cri toddler nih tp tak tau kat mana...

Keyphochee said...

alahai....terus jatuh cinta dengan Newborn - Toddler Rocker...barangan Fisher Price mmang class..bukan untuk newborn je..boleh guna untuk jangkamasa panjang gak..me rasa harga pun memang berpatutan walaupun agak mahal tapi berbaloi..

AkmaFaizal said...

skan baru tau Fisher Price ade gak menda2 cengini. ingatkan mainan jerk...hehe

thanks for d info.. :)

ummu muhammad said...

info yang sangat berguna tentang perkembangan bayi ibarat sponge utk 3 tahun pertamanya.

terima kasih atas perkongsiannya! ;)

Nisa' Azman said...

Bgus la rocker nie..leh gune smpai umur 3 years plus. Sy penah gak bli rocker (brand lain) tp dpat gune skejap je la,huhu..

Suhaila Mohd Nasir said...

Roking Chair Yg Memang sesuai utk anak yg baru lahir hingga umo 4 thn...kira berbaloi beli sbb guna lama..maaf ye agak menyimpang..minat lak tgk alas yg Cek Put pakai utk letak kerusi anak2 tu...leh jumpa kat mana yek...petak2 mcm english stail..lawa..

mama shifa said...

masa shifa baru lahir mmg nak beli ni
tp biasalah suamiku tu tak openminded
dia belikan shifa buai karen
last-last buai tu pakai dlm hari jer..
kalau beli rocker ni kan bagus still boleh bagi shifa pakai time dia nk tgk tv ker,tgk pemandangan luar rumah ker

mamaacha said...

benda ni yg saya idam sebelum anak saya lahir..Lahir2 jer dia terus jer saya beli.....memang berbaloi2222 beli rocker ni...siap ada getaran lagi...so baby akan rasa lagi syokkkk tido...saya punya warna biru...Anak saya guna sampai 2 tahun lebih coz...dah lebih berat....

Mama Safiyyah said...

one of the items on my wishlist for this third baby sebab rocker biasa yg digunakan oleh sang kakak dan sang abang dah rosak......menyesal tak beli fisher price je dr awal....dulu beli toys je fisher price punye :-(

takkan ku ulangi kesilapan lalu :-)

baby said...

waahhh..maaahaaal taaakk??!

butique4u said...

Salam,

mmg niat di hati teringin sgt nak beli tp apakan daya harga nyer yg mahal tu terpaksalah pejamkan mata jer...huhuhu

Zie said...

bOLEH GUNA SAMPAI 3 TAHUN KER... BERBALOI-BALOI

Nida said...

As-salam..

Sangat praktikal dan mudah dibawa kemana-mana.

Insya Allah andai ada kemampuan dan rezeki kami akan cuba mendapatkannya (harap ada harga diskaun..:) )

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam.Item yg amat berguna tuk perkembangan anak2 kita..biasa la bdk2 klu ddk pon xmo diam.Dgn adanya toddler ini akan membuatknmereka trpaku ddk disitu dgn pelbagai fungsinya yg amat menarik!

ati izz said...

nak cari yang preloved la rocker ni.. kot ade sesape tau.. leh inform sy..

Mirza said...

salam ,
Entry yang sgt informative =)
Utk yg berminat, boleh beli kat sini..

http://gobok-simanja.blogspot.com/2012/04/fisher-price-newborn-to-toddler-rocker.html

mamazetystore said...

jemput singgah ye kalu sape2 yg mcari preloved baby items utk baby..mcm ada..

Yazidane shaha said...

Ambo ado jual baby rocker ni...ambo beli borong byk2...sape2 nak beli harga rm165...ape2 info bolei baca di http://bagaimana.com.my/fisher-price-rocker-murah-newborn-to-toddler/

Faana Roslan said...

Salam, hi sis..tumpang iklan ye..hehe :)

Kalau ada sesiapa nak beli fisher price rocker murah, hanya RM155 sahaja!!! Green/Blue (Ready Stock)..

PM inbox or SMS/whatsapp 019-3218408..!

Untuk lebih detail boleh lawati laman promosi ni: http://eyeteamama.blogspot.com/p/fisher-price-newborn-to-toddler.html

TQ!