Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

25/03/2008

Appointment Dengan Dr. Baljit Kaur

24/03/08 sepatutnya masuk office dah hari ni, tapi sebab mata kiri nampak tak betul, tangguhkan dulu agenda ke office. Dari semalam dok sms kawan-kawan, sape agaknya yang free dapat bawak aku ke spital. Frankly speaking, saya tak boleh drive. Nampak ada 2 image on my left eyes. Thanks to Min dan Cik Donut yang susah-susah tolong fikirkan caranya untuk saya. Untuk Cikgu Na jugak, terima kasih di atas keprihatinan anda :)

Nak tahu bagaimana caranya saya ke Ampang Putri?

Inilah rasanya perjalanan yang banyak guna public transport. Thanks to KakLong yang temankan Wansue. Nasib baik ada my niece temankan, boleh jugak dia baca-baca signboard sebab mataku kureng nampak.

Kami mulakan perjalanan dengan naik Kelisaku. Aku try drive dari rumah ke Putrajaya Sentral. Tobat sakit. Fobia rasanya drive dengan mata tak nampak. Harapkan keta tak banyak je. Pastu, aku amik ERL ke KL Sentral. Tak ku sangka si KakLong ni takut naik ERL, katanya laju sangat. Hampeh.. cenggini la budak yang tak kenal pblic transport!

Sampai di KL Sentral, KakLong complain lapar. Aku pun, so kami singgah kejap di Secret Recipe. Call Suhan soh mai sini. Lambat btol minah ni datang...

Thanks my niece!

My all time fave - thai fried rice.

Green Apple with Kasturi Juice.

Tengah ok best-best makan, barulah makcik ni muncul... aku suh dia order, dan dengan steadynya dia dok makan...

Muka confuse sama ada aku amik gambar dia atau makanannya.. heheheh
Suhan, aku amik dua-dua la...

Selepas makan, kami gerak. Naik pulak LRT ke Ampang Park. Orang ramai, dan yang geramnya adalah sorang pompuan tengah dukung anak umu 2 tahun. Budak ni tanak berdiri, so mak dia dukung la. Yang kesiannya mak dia ni berdiri, dan yang kat depan dia tengah duduk enak-enak atas seat adalah 4 orang lelaki muda yang sihat walafiat fizikalnya. Ishhh.. buta hatinya lelaki-lelaki di Malaysia ni, dan yang sedihnya kesemua empat mereka adalah melayu! Tak gentleman langsung.. kesian kat pompuan tu. Aku nak capture gambar pun, sebab dalam train...

Dengan perasaan bengkak hati, aku sampai di Ampang Park, amik cab ke Ampang Putri. Wahh.. jauhkan tu perjalanan kami... sampai di klinik Dr. Baljit, Q plak tunggu turn. Kami sampai 2.15pm, turn aku dipanggil at 3.30pm!! Tension...

Buat pemeriksaan biasa, tapi rupanya aku kena buat Endogram (rasanya spelling ni salah). Kaklong amik video masa buat nih... tengok eks...

video

video
Yang bulat biru tu adalah gambar retinaku, dan apa yang korang nampak ada kaler hitam bertompok kat tengah tu la yang Dr. Baljit try nak remove...

Terima kasih to Suhan yang sudi menemaniku di hospital nih.. siap amik MC tuh nak temankan aku. Pastu, apa yang sedihnya.. Hari Rabu 26/03/08 ni aku kena tahan lagi kat spital sehari sebab mata kiriku perlukan injection. Ini yang takut nih.. bila perlu inject, dia bius sket je.. mesti sakit. Aku ni dah la cukup gerun nak cucuk-cucuk nih... pastu, yang cucuk tu mata plak tuh..

Thanks to Kakyan yang sudi amik adik dia ni dan hantar balik ke Seri Kembangan. Malam tu, aku dan idris+bibik ikut Kakyan balik ke Gombak, sebab kalau tak sape nak hantar aku ke spital hari rabu ni, yong takde-outstation ke KB.

Sedihnya... mataku rosak lagi :(

No comments: