Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

21/02/2020

Syukuri nikmat yang ada.

Sudah lama tiada sebarang update di blog ini, hari ini, hari Jumaat yang mulia, saya kembali menulis disini. Zaman berubah, tanggungjawab bertambah dan masa 24 jam sehari seakan tidak cukup untuk saya jurnalkan kehidupan harian saya disini.
 .
Saya sulusuri blog ini dari awal tahun 2008. Indahnya momen yang telah dilalui. Dari zaman anak seorang, diadiagnos dengan Autism, pengalaman mengandung kali kedua, melahirkan, membesarkan, sesi terapi tidak putus-putus dan kehidupan harian yang dipenuhi dengan segala kebahagiaan, tangisan dan drama membuatkan saya tersenyum membacanya.
.
Benarlah, hidup ini kita perlu membilang nikmat yang Allah beri, jangan disusahkan dengan menghitung ujian dari satu persatu. Selagi hidup, selagi itulah ada ujiannya. Ujiannya berbeza-beza. Ada orang diuji dengan anak. Ada orang diuji dengan pasangan. Ada orang diuji dengan kesakitan. Pokoknya, Allah uji kerana Allah sayang.
.
Tahun 2020, walau sebagus mana Facebook dan Instagram mengambil alih keseronokan hari ini dalam mendokumentasikan perjalanan hidup, menulis blog tetap menjadi satu kepuasan kita. Bukan mengharapkan jumlah views yang tinggi, cukup sahaja dengan menulis blog ini bakal hadiah istimewa buat Megat Jr. dan Puteri Jr. dimasa akan datang.
.
Salah satu azam di tahun 2020 adalah untuk kembali menulis, menghitung nikmat masih bernafas di muka bumi ini. Sekurang-kurangnya, saya akan menulis mengenai perkara yang saya berterima kasih ianya berlaku pada hari tersebut.
.
Syukuri nikmat yang ada.
Mari kita kembali menulis memori.
Untuk bacaan dikemudian hari.
Sentiasa bersyukur dengan rahmat dan kasih sayang, 
.
Love,
Puteri Nuur At-Terawis



No comments: