Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

13/06/2017

Catatan Ramadhan 1438 Hijrah - Ramadhan 18

.
Masih bercerita mengenai Lope diwaktu ini, waktu yg kebanyakkan kita lena dibuai mimpi sblm bangun sepertiga malam.
.
What's on your mind, Puteri Nuur?
Facebook tanya.
.
Saya masih terkelip-kelip menemani Lope. Bersambung kisah semalam, menjelang #Ramadhan17. Lope tertidur jam 3.36am dan bangkit semula sekitar jam 11.00 pagi. Bangunnya ceria, jadual makannya juga okey.
.
Tidak okeynya bila dipaksa minum air. Jadi, Mama mahupun bibik terpaksa berperang sedikit, memberi minum untuk capai target 1 liter sehari. Tiada tidur siang.
.
Malamnya, jam 9.30 malam sudah Mama ajak tidur dan Lope lena sekitar jam 11.10 malam. Tarik nafas lega Mama. Ambil peluang juga tidur disampingnya berdoa biarlah hingga ke pagi lenanya.
.
Tak sampai 😂😂😂
.
Jam 12.40 pagi Mama dah terjaga sebab Lope dah mula berzikir "Mam-ma" tanpa sebarang sebab yang Mama tahu. Mamalah tak tahu. Seluruh badan Lope diselidiki. Tiada indikator sakit atau tidak selesa. Apa yang tak kenanya, anak? 😥
.
Mana tak selesanya, anak? Lope duduk dan bangun menggoyang-goyangkan kedua tangannya mengikuti iringian alunan Zikir Munajat oleh Ustaz Badrul Amin. Jam begini Lope hyper. 🤔🤔
.
Pujuk Lope minum air, salin pampers dan Mama mula oiling. Hari ini, selain Peace & Calming, Tranquil, Stress Away -- Mama massage kepala, bahu Lope dengan Rose diluted with V6.
.
Kesannya Mama yang rasa 😴😴😴 Bau Rose buat Mama betul-betul damai. Semerbak harum bilik Mama, teringatkan Rose Water, Mama spray wajah Lope. Tersengih-sengih dia.
.
Sekarang, jam 1.57am. Sudah terbaring didalam duvet. Masih belum lena, termenung panjang. Saya tepuk-tepuk manja, dia senyum. Manisnya senyumanmu, sayang dan nampaknya malam Mama masih panjang.
.
#DailyLope
Editted at 4.46am.
.
Lope 😴😴😴😴 at 2.45am. 😎

11/06/2017

Catatan Ramadhan 1438 Hijrah - Ramadhan 16

#Ramadhan16
.
Sedikit gentar dalam hati bila Lope masih belum lelap. Jam sudah menginjak angka 3 pagi.
.
Hari ini, Lope tidak langsung tidur disepanjang waktu siang hari. Pagi tadi dia bangun jam 9 pagi dan hingga ke detik ini masih berjaga.
.
Hari ini berbuka puasa di rumah Ayah Nyoh -- setibanya sahaja, dia tantrum. Sudah lama Lope tidak buat show begini 😥
.
Sepanjang berada dirumah Ayah Nyoh hingga jam 11.30 malam, dia agak cranky. Pantang Mama jauh dari pandangan, mulutnya merengek-rengek memanggil Mam-ma.
.
Pulangnya sepanjang dlm perjalanan dia okey, ada masanya dia membalas lawak jenaka Mama padanya. Seperti Lope yang biasanya tetapi setibanya dirumah, dia mula cranky lagi.😫😫😫
.
Dari jam 12 tengah malam hingga ke detik ini, dia masih belum tidur. Matanya kelayuan tetapi tidak lena. Lingkaran hitam dibawah matanya jelas kelihatan. Matanya kuyu, tetapi tidak lena. Jari jemarinya masih mencuit hidungnya, petanda dia masih belum tidur.
.
Ayuh beradu, Lope. Selagi matamu enggan lelap, selagi itu Mamamu bersengkang mata disebelah.
.