Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

18/04/2016

Kenapa Saya Menjadi Independent Distributor Young Living Essential Oils ?

Semenjak saya menggunakan Young Living Essential Oils (YLEO) dan  menjadi Independent Distributor ni, ada beberapa orang kawan bertanya, kenapa saya menjadi ahli?

KENAPA SAYA MENJADI AHLI?
.
Saya mula pertama kali mendengar perkataan Young Living sewaktu gathering Superkids di Melaka, semasa itu Superkids Family beramai-ramai datang menjenguk Ita melahirkan anak kedua mereka. Selalunya, Jiey akan update kami semua dengan segala mak nenek terapi yang Ian sedang jalani dan selalunya Jiey adalah pembuka jalan kepada kami. Kali ini, Jiey kata terapi minyak. Okey, skeptikal di situ saya biarkan Jiey try dulu.
.
Beberapa bulan kemudian, melihat keberkesanan dan keserasian ke atas Ian, saya mula tertarik dan menjadi Independent Distributor pada Januari 2015 setelah beberapa kali saya mencuba sendiri ke atas Lope. Setelah saya yakin, barulah saya mendaftarkan diri dan sehingga kini, saya dan seisi keluarga telah menggunakan YLEO didalam hampir kesemua perkara kehidupan kami.

KEBERKESANAN?
.
Keberkesanan ke atas Lope? Masya Allah, sangat besar, dengan izin Allah. Apa yang saya paling kagum, beberapa titis minyak pati tumbuhan ini membantu dari segi perkembangan emosi, keyakinan diri, meningkatkan daya fokus dan boleh dikatakan 80% masalah eczema dan asthma Lope di atasi.


Lihat gambar ini. Banyak perkara yang ingin saya highlightkan. 

Pertama, lihat matanya. Buat anak autism, eye-contacts adalah satu masalah besar buat mereka. Kalau diperhatikan, kebanyakkan gambar dalam blog ini hampir kesemua gambar Lope tidak memandang kamera. Setelah hampir 1.5 tahun menggunakan YLEO, eye-contact Lope meningkat. 

Kedua, lihat pipinya yang tulus mulus. Hampir 80% masalah asthma/eczema diatasi. Masih ingat lagi saya pernah upload bagaimana pipi Lope luka berdarah kerana eczema? Bila eczema boleh kawal, alhamdulillah asthma pun berjaya juga. Sekarang ni, Lope hanya akan mendapat serangan semput kalau batuk, terlampau sejuk atau ada habuk.

Ketiga, tantrum/meltdown dapat dikawal. Kami sekeluarga sudah boleh menyertai Pesta Buku yang mana sebelum ini langsung tidak boleh dibawa Lope ke tempat bising dan ramai orang atas masalah sensori terutamanya (bunyi, cahaya, suara). 

TIDAK MENOLAK RAWATAN HOSPITAL

Saya bukanlah 100% taksub dengan keberkesanan YLEO. Masih banyak perkara saya rujuk kepada doktor dan hospital tetapi saya cuba mengurangkan pengambilan ubat-ubatan dan supplement hospital untuk Lope. Lope juga bukan 100% cured dari autism, dan selamanya tidak mungkin Lope akan bebas darinya tetapi ianya banyak membantu. 

Sebagaimana saya tidak menolak rawatan hospital, begitu juga saya tidak menolak rawatan alternatif dan YLEO adalah salah satu darinya. Rawatan menghidu bau minyak, menelan minyak yang datangnya dari segala jenis tumbuhan bukanlah rawatan yang asing. Sebelum tamadun manusia kenal ubat hospital pun, kita berubat dengan menggunakan tumbuhan. Jadi, YLEO adalah salah satu cabang rawatan juga.

MAHU MENCUBA?

Kalau nak cuba, boleh singgah YoungLivingPutrajaya bila-bila masa. YLEO bukan sesuai digunakan untuk anak yang mempunyai masalah pembelajaran sahaja malah untuk seisi keluarga. Kalau rasa nak jadi ahli, saya juga boleh tolong daftarkan. :) 

Ini saya kongsi beberapa kegunaan general YLEO untuk seisi keluarga.




Ini pula combo yang perlu ada dirumah sekiranya kita masih ada anak-anak kecil yang kerap demam, selsema dan batuk.

Nak tahu lanjut, ask me MORE!

Kalau nak tanyakan penggunaan minyak yang saya gunaka ke atas Lope, boleh LIKE FB Pages YOUNGLIVINGPUTRJAYA. 

No comments: