Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

17/02/2016

Januari 2016

Sudah lama tidak menulis. Entah ke mana semangat dan semangat untuk menulis sudah terbang pergi. Hari ini, sambil bertemankan Love Yourself saya sedikit bersemangat untuk melakar cerita. 41 hari di tahun 2016 mencatatkan banyak cerita didalam kanvas potret cerita kami sekeluarga. 

Muka tanned sebab baru balik dari Hari Keluarga Usrah Haji Megat Ramli penghujung tahun 2015.

Alhamdulillah, Sophia sudah darjah 1. :) Hari pertama persekolahan tidaklah sesukar yang saya bayangkan. Temannya tidak perlu lama, Sophia cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran. Bersekolahnya Sophia, bererti angan dan cita-cita mahu menyiapkan bekal sekolah anak kesampaian. Ini saya yang lebih teruja sebenarnya.


Macam mana saya tak semangat melihat bekas comel warna merah jambu begini? Alahai anak, tak mengapa bangun awal sekali pun, janji hati mama puas dapat bekalkan anak makanan dari tangan mama sendiri, walaupun yang paling ringkas sahaja.

Bekal hari pertama - Chicken Sandwich with tomato cherries.

Menjadi ibu-ibu ni memanglah hati tisu. Bila 3 hari Sophia bersekolah dan dia semakin yakin untuk ke sekolah, ini antara dialog-dialog yang wujud antara kami. Sengaja saya kongsikan disini, berharap suatu hari nanti Sophia akan baca dan tahu betapa mama berbangga punya anak seperti Sophia. Haaa, kan dan jadi entri hati tisu. Hahahahha.


Hari ketiga dah suruh Mama tunggu luar pagar. Allahuakbar. Cepatnya membesar. Semoga Allah sentiasa melindungi Sophia dari sebarang kecelakaan, kesakitan dan hasad dengki manusia disekelilingmu, nak.

Ini rupa orang darjah 1. Yeah, I know. Memang copy paste Abahnya 120%. ;)

Bercerita pasal sekolah Sophia ajekan, nak juga selitkan cerita sekolah Lope. Nampak gayanya, buat masa ini, persekolahan Lope terhenti seketika. Saringan untuk ke Permata Kurnia (PK) ditolak atas alasan Lope sudah terlebih usianya (Kemasukan ke PK hanyalah untuk 7 tahun ke bawah sahaja). Saya agak terkilan kerana pengambilan hanya mengambil kira faktor usia sebenar dan bukannya faktor usia perkembangan Lope. Apapun, apa nak buat, semuanya dah ditentukan begitu. PK menawarkan home programme yang khusus untuk Lope tetapi memandangkan saya bekerja, saya yakin pelaksanaan dirumahnya pasti tidak akan menjadi sebaik tenaga pengajar PK yang berkemahiran. Sobs.

Saya gantungkan artwork yang Lope "buat" semasa di Makmal Autism UKM di bilik mereka. Ini sangat berharga. Tidak cukup terima kasih saya boleh sampaikan kepada semua tenaga kerja Makmal Autism UKM yang membantu Lope sepanjang 5 bulan beliau disana. Semoga Allah melapangkan rezeki mereka, memberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan mereka di dunia dan di akhirat. 

Bulan Januari buat pertama kalinya kami menyertai Hari Keluarga company Bubu bekerja. Sophia bukan main gembira sebab salah seorang kawan pejabat Bubu juga bersekolah bersamanya. Macam belangkas bila mereka bertemu, saling berpimpin tangan. Berlari, lompat sana sini, gelak sana sini, berpeluh sakan sampai dah naik gelap semula muka Sophia yang tak berapa nak cerah. Hiks!

MNJ Group Family Day ;)

Kawan baru satu sekolah - Ku Alya.

Semasa telematch - Lope pun join kasi sorakan kat Abah. Hekhek.

Ini sahaja gambar kami sekeluarga yang ada untuk album. Ini dah kira habis berjaya dah ni nak dapatkan semua orang bekerjasama terutamanya si handsome yang tengah cubit pipi tu. Tiap kali saya angkat kamera saje, dia pandang tempat lain. Haish. Jadi, inilah Keluarga Megat Iskandar ;) Gambar ni sempat kami curi-curi ambil semasa gala dinner yang bertemakan biru putih.
Dah besar dah mereka berdua. Cepatkan masa bergerak, Lope dah 9 dan Sophia dah 7. Soalan-soalan seperti "bila nak tambah lagi?" dan "phia nak adik" dah macam banyak kali berbunyi. Sape tak nak tambah, kan? Insya Allah, kalau ada rezeki, kalau kesihatan mengizinkan. Insya Allah.

Di penghujung Januari dan awal Februari ada lagi 2 cerita "besar" yang perlu saya kongsi disini tapi masya Allah, entah kemana perginya semangat nak menulis tu. Hahahaha. Zaman sekarang, 1 entry = 1 bulan punya post. Kahkahkah.

Yours sincerely,
Blogger Pencen







No comments: