Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

18/04/2016

Kenapa Saya Menjadi Independent Distributor Young Living Essential Oils ?

Semenjak saya menggunakan Young Living Essential Oils (YLEO) dan  menjadi Independent Distributor ni, ada beberapa orang kawan bertanya, kenapa saya menjadi ahli?

KENAPA SAYA MENJADI AHLI?
.
Saya mula pertama kali mendengar perkataan Young Living sewaktu gathering Superkids di Melaka, semasa itu Superkids Family beramai-ramai datang menjenguk Ita melahirkan anak kedua mereka. Selalunya, Jiey akan update kami semua dengan segala mak nenek terapi yang Ian sedang jalani dan selalunya Jiey adalah pembuka jalan kepada kami. Kali ini, Jiey kata terapi minyak. Okey, skeptikal di situ saya biarkan Jiey try dulu.
.
Beberapa bulan kemudian, melihat keberkesanan dan keserasian ke atas Ian, saya mula tertarik dan menjadi Independent Distributor pada Januari 2015 setelah beberapa kali saya mencuba sendiri ke atas Lope. Setelah saya yakin, barulah saya mendaftarkan diri dan sehingga kini, saya dan seisi keluarga telah menggunakan YLEO didalam hampir kesemua perkara kehidupan kami.

KEBERKESANAN?
.
Keberkesanan ke atas Lope? Masya Allah, sangat besar, dengan izin Allah. Apa yang saya paling kagum, beberapa titis minyak pati tumbuhan ini membantu dari segi perkembangan emosi, keyakinan diri, meningkatkan daya fokus dan boleh dikatakan 80% masalah eczema dan asthma Lope di atasi.


Lihat gambar ini. Banyak perkara yang ingin saya highlightkan. 

Pertama, lihat matanya. Buat anak autism, eye-contacts adalah satu masalah besar buat mereka. Kalau diperhatikan, kebanyakkan gambar dalam blog ini hampir kesemua gambar Lope tidak memandang kamera. Setelah hampir 1.5 tahun menggunakan YLEO, eye-contact Lope meningkat. 

Kedua, lihat pipinya yang tulus mulus. Hampir 80% masalah asthma/eczema diatasi. Masih ingat lagi saya pernah upload bagaimana pipi Lope luka berdarah kerana eczema? Bila eczema boleh kawal, alhamdulillah asthma pun berjaya juga. Sekarang ni, Lope hanya akan mendapat serangan semput kalau batuk, terlampau sejuk atau ada habuk.

Ketiga, tantrum/meltdown dapat dikawal. Kami sekeluarga sudah boleh menyertai Pesta Buku yang mana sebelum ini langsung tidak boleh dibawa Lope ke tempat bising dan ramai orang atas masalah sensori terutamanya (bunyi, cahaya, suara). 

TIDAK MENOLAK RAWATAN HOSPITAL

Saya bukanlah 100% taksub dengan keberkesanan YLEO. Masih banyak perkara saya rujuk kepada doktor dan hospital tetapi saya cuba mengurangkan pengambilan ubat-ubatan dan supplement hospital untuk Lope. Lope juga bukan 100% cured dari autism, dan selamanya tidak mungkin Lope akan bebas darinya tetapi ianya banyak membantu. 

Sebagaimana saya tidak menolak rawatan hospital, begitu juga saya tidak menolak rawatan alternatif dan YLEO adalah salah satu darinya. Rawatan menghidu bau minyak, menelan minyak yang datangnya dari segala jenis tumbuhan bukanlah rawatan yang asing. Sebelum tamadun manusia kenal ubat hospital pun, kita berubat dengan menggunakan tumbuhan. Jadi, YLEO adalah salah satu cabang rawatan juga.

MAHU MENCUBA?

Kalau nak cuba, boleh singgah YoungLivingPutrajaya bila-bila masa. YLEO bukan sesuai digunakan untuk anak yang mempunyai masalah pembelajaran sahaja malah untuk seisi keluarga. Kalau rasa nak jadi ahli, saya juga boleh tolong daftarkan. :) 

Ini saya kongsi beberapa kegunaan general YLEO untuk seisi keluarga.




Ini pula combo yang perlu ada dirumah sekiranya kita masih ada anak-anak kecil yang kerap demam, selsema dan batuk.

Nak tahu lanjut, ask me MORE!

Kalau nak tanyakan penggunaan minyak yang saya gunaka ke atas Lope, boleh LIKE FB Pages YOUNGLIVINGPUTRJAYA. 

07/04/2016

DEMAM | BATUK | SELSEMA

Semalam Lope demam. Cerita sebalik Lope demam tu, Mama dan Lope tidur kat ruang tamu, sebab Lope tak boleh tidur dalam aircond. Si abah dan adik, dua-dua berasal dari lilin, tak boleh tidur kalau takde aircond.
.
Jadi, kami berdua tidur di ruang tamu. Tengah malam sikit mama tengok bibik pun join sekali. Semalam, tak kurang dari 12 kali mama bangun. Monitor suhu badan Lope. Sponging. Oiling. Sponging lagi.
.
Sebelum tidur suhu Lope naik mencanak cecah 38.5. Hidung tersumbat, bernafas ikut mulut dan ada terdengar batuk sekali sekala.
.
Regim DEMAM| BATUK | SELSEMA memang sentiasa ready stock ada kat rumah.
Peppermint - sapu di pusat, ikut arah jam. Titis dalam air dan sponging. Budget-budget bila badan dah kering sikit - sponging lagi. Repeat.
Lavender / Lemon - sapu sepanjang tulang belakang. Saya buat diantara 30 minit - 1 jam sekali. Repeat.
RC - Sapu kat dada depan, belakang. Tenyeh jugak atas hidung Lope, habis mencair hingus keluar macam air.
Thieves - titik 5-10 titis dalam diffuser. Diffuse back to back selama 8 jam.
.
Bangun subuh hari ini, alhamdulillah. Bacaan suhu 37.3. Mama senyum lebar. Berbaloi tak tidur sangat semalam dan tidur macam dalam sauna (walau dah guna kipas sampai 3). Lope ni walau dah 9 tahun, penjagaannya macam baby lagi.
.
Alhamdulillah, terima kasih Allah atas kesembuhan ini. smile emoticon
Kalau sesiapa nak dapatkan harga Regim DEMAM | BATUK | SELSEMA , bolehlah recce. Bulan ini sahaja, harga regim ni dapat offer 20% daripada harga pasaran dari YoungLiving Putrajaya.
Ulang suara - 20% OFF. Nanti korang komen/Whatapps 0132750914 atau PM tepi.

17/02/2016

Januari 2016

Sudah lama tidak menulis. Entah ke mana semangat dan semangat untuk menulis sudah terbang pergi. Hari ini, sambil bertemankan Love Yourself saya sedikit bersemangat untuk melakar cerita. 41 hari di tahun 2016 mencatatkan banyak cerita didalam kanvas potret cerita kami sekeluarga. 

Muka tanned sebab baru balik dari Hari Keluarga Usrah Haji Megat Ramli penghujung tahun 2015.

Alhamdulillah, Sophia sudah darjah 1. :) Hari pertama persekolahan tidaklah sesukar yang saya bayangkan. Temannya tidak perlu lama, Sophia cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran. Bersekolahnya Sophia, bererti angan dan cita-cita mahu menyiapkan bekal sekolah anak kesampaian. Ini saya yang lebih teruja sebenarnya.


Macam mana saya tak semangat melihat bekas comel warna merah jambu begini? Alahai anak, tak mengapa bangun awal sekali pun, janji hati mama puas dapat bekalkan anak makanan dari tangan mama sendiri, walaupun yang paling ringkas sahaja.

Bekal hari pertama - Chicken Sandwich with tomato cherries.

Menjadi ibu-ibu ni memanglah hati tisu. Bila 3 hari Sophia bersekolah dan dia semakin yakin untuk ke sekolah, ini antara dialog-dialog yang wujud antara kami. Sengaja saya kongsikan disini, berharap suatu hari nanti Sophia akan baca dan tahu betapa mama berbangga punya anak seperti Sophia. Haaa, kan dan jadi entri hati tisu. Hahahahha.


Hari ketiga dah suruh Mama tunggu luar pagar. Allahuakbar. Cepatnya membesar. Semoga Allah sentiasa melindungi Sophia dari sebarang kecelakaan, kesakitan dan hasad dengki manusia disekelilingmu, nak.

Ini rupa orang darjah 1. Yeah, I know. Memang copy paste Abahnya 120%. ;)

Bercerita pasal sekolah Sophia ajekan, nak juga selitkan cerita sekolah Lope. Nampak gayanya, buat masa ini, persekolahan Lope terhenti seketika. Saringan untuk ke Permata Kurnia (PK) ditolak atas alasan Lope sudah terlebih usianya (Kemasukan ke PK hanyalah untuk 7 tahun ke bawah sahaja). Saya agak terkilan kerana pengambilan hanya mengambil kira faktor usia sebenar dan bukannya faktor usia perkembangan Lope. Apapun, apa nak buat, semuanya dah ditentukan begitu. PK menawarkan home programme yang khusus untuk Lope tetapi memandangkan saya bekerja, saya yakin pelaksanaan dirumahnya pasti tidak akan menjadi sebaik tenaga pengajar PK yang berkemahiran. Sobs.

Saya gantungkan artwork yang Lope "buat" semasa di Makmal Autism UKM di bilik mereka. Ini sangat berharga. Tidak cukup terima kasih saya boleh sampaikan kepada semua tenaga kerja Makmal Autism UKM yang membantu Lope sepanjang 5 bulan beliau disana. Semoga Allah melapangkan rezeki mereka, memberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan mereka di dunia dan di akhirat. 

Bulan Januari buat pertama kalinya kami menyertai Hari Keluarga company Bubu bekerja. Sophia bukan main gembira sebab salah seorang kawan pejabat Bubu juga bersekolah bersamanya. Macam belangkas bila mereka bertemu, saling berpimpin tangan. Berlari, lompat sana sini, gelak sana sini, berpeluh sakan sampai dah naik gelap semula muka Sophia yang tak berapa nak cerah. Hiks!

MNJ Group Family Day ;)

Kawan baru satu sekolah - Ku Alya.

Semasa telematch - Lope pun join kasi sorakan kat Abah. Hekhek.

Ini sahaja gambar kami sekeluarga yang ada untuk album. Ini dah kira habis berjaya dah ni nak dapatkan semua orang bekerjasama terutamanya si handsome yang tengah cubit pipi tu. Tiap kali saya angkat kamera saje, dia pandang tempat lain. Haish. Jadi, inilah Keluarga Megat Iskandar ;) Gambar ni sempat kami curi-curi ambil semasa gala dinner yang bertemakan biru putih.
Dah besar dah mereka berdua. Cepatkan masa bergerak, Lope dah 9 dan Sophia dah 7. Soalan-soalan seperti "bila nak tambah lagi?" dan "phia nak adik" dah macam banyak kali berbunyi. Sape tak nak tambah, kan? Insya Allah, kalau ada rezeki, kalau kesihatan mengizinkan. Insya Allah.

Di penghujung Januari dan awal Februari ada lagi 2 cerita "besar" yang perlu saya kongsi disini tapi masya Allah, entah kemana perginya semangat nak menulis tu. Hahahaha. Zaman sekarang, 1 entry = 1 bulan punya post. Kahkahkah.

Yours sincerely,
Blogger Pencen







Wordless Wednesday 1/2016