Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

25/03/2015

Projek Telekung - Update sehingga 25/03/2015

5 hari sebelum #ProjekTelekung ditutup pada 1 April 2015.

Alhamdulillah, hari ini rakan sekolah saya singgah ke rumah dengan membawa 6 pasang telekung solat yang baharu untuk disumbangkan. Terasa urusan ini dipermudahkan oleh Allah dgn bantuan rakan-rakan dan keluarga yg ingin sama menyertai menuai ladang pahala di akhirat kelak.
 

FAKTA RINGKAS MENGENAI #PROJEKTELEKUNG


SASARAN 
Mendapatkan 60 pasang telekung solat yang baharu untuk diagihkan di 3 surau yang menjadi tempat tumpuan ramai iaitu:
- Surau A, KL Sentral ;
- Surau B, KL Sentral ; dan 
- Surau KTM Serdang.


KAEDAH
Kami menerima wang sumbangan dan telekung solat yang baharu. Tiada jumlah minimum/maksimum dan kami menerima sumbangan seikhlas hati anda. Sila komen sekiranya ingin menyertai kami. (Kami akan maklumkan bagaimana anda boleh salurkan sumbangan anda kepada kami melalui e-mail/whatapps)

SUMBANGAN SEHINGGA 25/03/2015
Sumbangan wang ringgit berjumlah RM1060.00 & 6 pasang telekung solat.


ANGGARAN YANG DIPERLUKAN

RM40 sepasang ** x 54 pasang telekung solat = RM2,160

RM2,160 - [RM1,060 - sumbangan terkumpul] = RM1,100

** sebelum ini saya anggarkan RM35 sepasang, tetapi mengambil kira harga barangan selepas GST, saya mark-up RM5. Hopefully dapat dengan harga yang lebih rendah.

Terima kasih penyumbang dermawan.
Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa baik kalian.
Amin.

Till then, take care. Xx





21/03/2015

K-Drama : Healer (2014)

Rasanya saya tak pernah tulis kot pasal ni kat blog, tapi hari ni nak cakap saya adalah hantu tengok Korean Drama.

Hekhek.

Ala korang, tak kan lah sebab saya dah versi mak-mak, pastu ada anak OKU pulak jadi macam pelik sangat bila saya tengok K-Drama? Eh, korang lagi terkejut tau kalau saya cakap yang saya ni siap jadi airport stand sebab nak sambut Lee Min Ho kat airport.

*facepalm*
Siap buat props kepala Lee Min Ho simpan kat office lagi. Kehkehkeh.
Oh, drama panas yang saya rasa berbaloi nak share adalah Healer.

Petik ini dari wikipedia:
A decades-old incident involving a group of friends who ran an illegal broadcasting station brings together three different people—a mysterious night errand guy with the codename "Healer" (Ji Chang-wook) who happens to possess top-notch fighting skills, a reporter from a second-rate tabloid news website (Park Min-young), and a famous journalist at a major broadcast station (Yoo Ji-tae) . On the journey to discover the truth and resolve the mystery from the past, they will have to deal with the conflict of truth versus fate.

Paling saya suka dengan K-Drama adalah semua cerita visual sangat cantik, semuanya HD. Selain rupa pelakon yang mendamaikan jiwa, plot jalan cerita tu menarik. Healer ni adalah nama samaran seorang night transporter yang dibayar mahal untuk deliver sesuatu barang. Menariknya, Healer ini orangnya penuh misteri. Kadang-kadang saya tengok dia ni ada ciri autistik juga. Hahahhaha.

Dia ada masalah untuk berkawan dan bersosial, ada masalah eye-contact (sebab dia tak bagi orang nampak dia), genius dalam bab spy dan martial arts dan seorang yang picky eater (dia suka makan ayam goreng). Ah sudah, inilah jadinya bila kasi autism mom buat review drama. Hahahahha.

Oh, tapi eye candy nya ialah budak ni.. Budak ni nama samaran dia Healer.






Namanya Ji Chang Wook. Sebelum ni tak pernah perasan pun dia kat mana-mana drama. Tirex cakap, muka dia macam Lee Min Ho. Eh? Rasanya mamat ni lagi jambu. :p

Saya suka concept cerita ni sebab Healer ni dia selalu pakai Google Glass dan dia akan capture apa-apa sahaja untuk direkodkan dan akan dihantar kepada "system administrator" cum manager Healer untuk buat background checking, check data personal, tracking GPS, rekod jenayah etc. Kiranya Healer ni lagi canggih dari James Bond tau.

Kalau korang nak tengok cerita ni, sila tengok online. 

Ini OST dia _ Eternal Love.


Till then, take care. Xx

20/03/2015

Projek Telekung Batch 1

Bismillahirahmanirahim.


Di pagi Jumaat yang indah ini, saya nak kongsikan satu kerja charity yang saya nak buat.
Sebelum itu, saya nak cerita dulu, macam mana terbuka pintu hati saya untuk kerja-kerja charity ini.

Setiap kali kawan-kawan FB saya buat kerja amal - himpun dana, bantu orang susah - hati saya selalu terdetik. Ya Allah, baiknya mereka. Buat kempen di FB, collect duit - pegi belikan barang-barang dan agihkan kepada mereka yang memerlukan. Mereka buat semua ni tanpa mengharapkan balasan. Memang jenis orang baik yang suka bantu orang.

Pada awalnya, saya join dengan kasi derma juga. Masa ada lebih, lebihlah saya bagi. Masa tengah sengkek, saya bagi apa yang mampu. Ada masanya, saya cuma tengok aje :D

Jadi, saya tertarik untuk memulakan satu kempen Projek Telekung. 



Kenapa Projek Telekung?
3 sebab utama.

Satu:
Sebab saya sendiri paling tak suka jika singgah ke surau tapi guna telekung solat yang hapak, busuk dan lusuh serta dalam berkeadaan uzur.

Dua:
Solat itu tiang agama, dirikan solat adalah wajib dan untuk membangunkan satu ummah yang berjaya di dunia dan akhirat, solat adalah kuncinya.

Tiga:
Apabila saya mati kelak, saya mahukan saham akhirat saya membiak sentiasa untuk membantu saya mencari pintu jannah.

Sinopsis:

Kali ini, salah satu group Whatapps saya (Donate a Telekung) nak collect derma wang ringgit untuk belikan telekung solat. Dalam group ini majoritinya adik-adik belaka, orang muda yang bersemangat waja nak buat kerja amal. Alhamdulillah. Group ini cakap kat saya, mereka hanya collect wang ringgit sahaja. Mereka berhajat untuk sumbangkan semua derma itu kepada Surau A & B KL Sentral dan Surau KTM Serdang yang kebanyakkan telekung solat disana adalah lusuh, berbau dan jarang. Misi ini turut saya kongsikan di FB/Instagram saya.


Target kami adalah untuk menghimpunkan sebanyak 60 pasang telekung solat.

Kami menerima sumbangan telekung solat yang baharu dan sumbangan dalam bentuk wang. Tiada minimum derma yang diperlukan. Cukup seikhlas hati.


Kalau korang nak jadi sebahagian dari dermawan ini, sila tinggalkan alamat e-mail di ruangan komen. Nanti saya akan emailkan details bagaimana korang boleh jadi sebahagian dari kerja amal ini.

Ini fund collection semenjak dari semalam.
Terima kasih buat dermawan sekalian :)

Tabung ini dibuka sehingga 1 April 2015.
Jika mendapat sambutan meluas, kita akan lebarkan projek ini untuk Batch 2 pula.

Terima kasih kerana sudi membaca :)

Till then, take care. Xx

19/03/2015

Spaghetti Carbonara

Semalam semasa kat pejabat, Sophia call. Dialognya lebih kurang macam ni.

"Mama, boleh ke malam ni Phia nak makan spaghetti yang kuah dia colour putih yang macam Mama masak hari tu? Phia rasa lapar sangat hari ni." 

Maka, cairlah hati si ibu mendengarnya. Anak lapar uolls.

"Ok, nanti Mama balik, Mama masak ye.."

"Boleh tak Mama masak banyak sikit sebab nanti esok masa breakfast pun Phia nak makan. Mama masak sedap sangat. Pleaseeee Mama."

Ok, ada unsur-unsur bodek disitu dan aura drama queen dah mula nak menjelma.

"Ok. Nanti Mama masak lebih untuk Phia."

"Ok, thank you Mama cantik, fairy dan kurus"

Oh anakku.
Perlu ke kau sebut perkataan last itu?
Sentap jantung Mama noks!
 *cries*

Apapun, sekarang ini Sophia sudah 6 tahun. Selera makannya ya Allah, alhamdulillah -- berselera sungguh. Apa sahaja yang kita masak, dia cakap sedap. Macam tu la lumrah anak, makanan tersedap didunia adalah makanan yang ibu masak. Kan?

Jadi, semalam selepas pejabat, cepat-cepat saya ke Jaya Grocer di Cyberjaya. Sekarang ni, Jaya Grocer dah jadi my favourite groceries store dah. Barang fresh dan harga pun tak semahal macam Cold Storage. Bila shopping di Jaya Grocer Cyberjaya ni rasa macam international sangat ko. Kat sini, macam-macam bangsa dan nationality ada. Cyberjaya kheennn.

Okey, berbalik semula kepada request anak nak "spaghetti kuah colour putih" = spaghetti carbonara la. Bila post kat FB/IG, ada yang nak minta resepi. So, kita memang suka share resepi ni. So, inilah Spaghetti Carbonara Versi Kampung. ;)

Bahan mentah untuk buat gravy Carbonara.
Bahan-bahan seperti di atas. Hehehehe.

- Cendawan butang putih
- Susu segar
- Bawang besar (cincang)
- Bawang putih (tumbuk kasar)
- Kiub Ayam (kalau nak lagi sihat buat chicken stock sendiri)
- Lada hitam (tumbuk kasar)
- Italian herbs
- Frankfurter (potong dadu)
- Minyak zaiton
- Garam
- Spaghetti
- Tepung jagung (1 sudu digaul dengan air) untuk pekatkan kuah.

Caranya:

- Rebus spaghetti sampai lembut dan cunlah untuk makan. Tos.
- Tuang minyak zaiton. Panaskan kuali.
- Goreng frankfurter. Bila dah masak, asingkan.
- Guna minyak yang sama, tumis bawang putih, besar, lada hitam & italian herbs. Sampai naik bau.
- Masukkan stok ayam. Tumis sampai bau dia umph.
- Masukkan cendawan, kemudian susu segar. Pandai-pandailah agak.
- Masukkan garam secukup rasa.
- Masukkan tepung jagung yang dibancuh.
- Kacau sampai tekstur kuah jadi pekat.


Ini rupa parasnya bila dah siap. Ada sesetengah orang, dia campurkan frankfurter yang dah goreng tu dalam kuah, tapi saya tak suka. Nanti dia kembang. Lagi sedap bila nak makan baru tabur macam ni.


Inilah semangkuk kegembiraan untuk Sophia. Alhamdulillah baby girl saya makan dengan penuh semangat siap bertambah 1 mangkuk lagi. Resepi ni sesuai untuk budak-budak dan orang-orang tua yang tak berapa nak gemor makan pedas. Trylah.

Till then, take care. Xx

18/03/2015

Tips "terbang" dengan anak autistik.

Musim-musim cuti sekolah sekarang ni, mesti ada yang merancang nak pergi holiday kan?

Ambillah masa anda bercuti dan bergembira dengan anak-anak. Saya cuma nak kongsikan beberapa tips yang saya praktikkan bila saya ingin "terbang" bersama Lope. Untuk makluman, bukan mudah untuk berjalan dengan anak autistik yang mempunyai Sensory Processing Disorder. Pelbagai aspek perlu di ambil kira terutamanya keselesaan Lope bagi memastikan perjalanan kami sekeluarga teratur.


Sebelum memulakan perjalanan

Kenal pasti apa yang Lope suka/tidak suka.

the story of PUTERISM
Perlu buat social story. sesetengah anak autistik lebih memahami dengan visual - jadi parents kena lebih gigih dan kreatif untuk create kad/lukis gambar bercerita mengenai apa yang ingin disampaikan. Dalam kes Lope,  social story untuk dia adalah dari pesanan/penerangan audio dari saya.

Ada masanya saya perlu menggunakan suara cartoon yang digemarinya. Ianya berubah dari masa ke semasa. Sekarang ni Lope suka karekter Max & Rubby dan Olive The Ostrich. Jadi, saya menggunakan kelebihan ini untuk meniru suara mereka dan "bercerita" kepada Lope.

the story of PUTERISM

the story of PUTERISM

Dalam cerita saya untuk "terbang" ianya merangkumi points berikut:

- Kenapa kita mahu terbang?
- Kemana kita akan terbang.
- Dengan siapa akan terbang bersama kita.
- Flight/airport apa yang akan kita naiki.
- Apa fungsi airport. Apa yang ada di dalam airport.
- Bagaimana bentuk kapal terbang.
- Siapa yang ada di dalam kapal terbang.
- Bagaimana kita perlu berperangai?
- Terangkan apa perlu dia hadapi.

Sediakan juga perancangan untuk:

- Semasa di airport.
- Semasa di dalam kapal terbang.

Penceritaan saya kepada Lope memang merangkumi semua. Diulang pesan seminggu sebelum berangkat. Saya juga siap tunjukkan gambar airport, kapal terbang, flight crews untuk Lope digest dan bayangkan situasinya nanti.

Sebelum pergi, saya juga menyiapkan awareness card untuk diedarkan kepada crew, orang ramai yang berada berhampiran dengan Lope. Saya tahu, tak semua orang faham dengan budak yang nampak normal tetapi sebenarnya didiagnos sebagai Autism Spectrum Disorder with Speech & Intelligence Impairment. Kan?


Dalam perjalanan

Sentiasa observe dengan Lope khuatir sekiranya ada sesuatu diluar jangka yang akan trigger tantrum/ meltdown/ stimming dia.

Itu yang saya rancang/rangka. Rupanya, dalam situasi sebenar...

Situasi sebenar

Seperti dijangka, Lope menangis ketakutan semasa take - off. Lope juga sedikit tidak tenteram sebab terlalu banyak announcement yang dibuat semasa di airport yang trigger ketidakselesaan Lope.

Sebelum take off. Dah ada bunga-bunga Lope tak selesa. Bunyi. Rasa lemas.

Pastu mula lentok cari Mama. Mula rasa tak selesa.
Bila dah tak selesa sangat, mulalah start la cakar pipi Abang Long. :p

Ini muka Lope survived di udara. Kehkehkeh.

Till then, take care. Xx

17/03/2015

Girls' Day Out - Cinderella 2015

Kali ini mama dan baby girl pergi tengok movie - Cinderella 2015. Kami pergi tengok hari ketiga selepas ditayangkan di Malaysia.


Sekarang ni dah pandai request nak tengok cerita apa. Selalunya saya akan bawa Sophia pergi pada hari Sabtu, first show dalam pukul 11.30 pagi di Alamanda. Orang tak ramai sangat dan yang paling penting dekat dengan rumah.

Kali ni, kita review Cinderella 2015.

The Cast

Apa yang Sophia paling suka - mestilah princess, cantik dan pakai gown.
Bila tengok Cinderella klasik ni, nampak la muka Lily James ni, kan?


Watak Young Ella yang dilakonkan oleh Lily James tu suam-suam kuku aje bagi saya, nak kata terkesan sangat sampai rasa dalam hati tu takdelah. Saya lebih gemar bila watak Prince Charming lakonan Richard Madden yang tengah gila bayang dalam istana tu. Bila bercerita, matanya nampak bercahaya, senyumnya dari hati. Haish.


Pastu, bila tengok Fairy Godmother (Helena Bonham Carter) seribu kali sayang sebab kat mata saya, cuma nampak watak Bellatrix Lestrange dalam Harry Potter >.< Satu watak suci, satu watak evil. Hehehehe.


The Gown

Apa yang menarik seterusnya, gown yang Cinderella pakai. Saya memang super like. Cantik sangat. Sophia bukan main lagi bersinar matanya bila tengok gown biru yang cantik sebelum naik kereta kuda tu.






Wedding gown.




Soalan palik epik bila tengok Cinderella dengan Sophia.

"Mama, kasut tu tak pecah ke? Tipu kan? Mana boleh pakai glass macam tu tapi tak pecah. 
Mesti badan dia beratkan?"

Kehkehkeh.


Review : 3/5 

Till then, take care. Xx

16/03/2015

School Life

Akhirnya, hari ini sekolah cuti dan buat pertama kalinya semenjak saya menjadi "mama" saya menghargai cuti sekolah sebab tak perlu berebut keluar dan masuk hantar dan ambil anak-anak.

Oh, yes -- anak-anak. Both Lope dan Sophia.
:)

Dah lama kan tak bercerita pasal Lope dan Sophia, memang blog ni dah berhabuk. Rasanya FB/Instagram dah banyak ambil alih peranan blog ni. Lepas tu sebab aging factor, rasa malas nak menulis. Bahasa pun dah berkarat dan dah tak tahu how to express into words. Eh?

Mari nak bercerita.
Mula-mula, nak cerita pasal Sophia.

Bermula tahun 2015 ini, Sophia sudah tidak bersekolah di branded montessori sebelum ini. Sebenarnya agak terkilan dengan cara dan pengurusan pihak kampus sebelum ini. Kekurangan tenaga pengajar yang mahir dan tiada ketelusan didalam laporan perkembangan anak-anak. Sejujurnya, sebagai ibubapa, saya bukan tidak mahu melihat laporan di atas kertas jayyid jiddan, A+ dan hakikatnya perkembangan pembelajaran anak saya adalah sebaliknya.

Sad truth, itulah yang terjadi. Saya dan Encik Bubu nekad untuk menghantar Sophia ke Tabika KEMAS - . Alhamdulillah, my baby girl pun suka. Banyak progress yang Sophia tunjukkan berbanding sebelum ini.

Baru jemput pulang dari Tabika KEMAS. Memang comot habis.
Cerita kedua - Lope dan sekolah.

Umum sudah tahu betapa sukarnya saya ingin mencari sekolah yang sesuai untuk Lope. Faktor jarak, masa dan kewangan sering membantutkan hasrat hati saya. Sudahnya, 7 tahun Lope "disimpan" dirumah tanpa dihantar ke mana-mana pusat pembelajaran/sekolah. Namun, selama itu juga, doa saya buat Lope tidak pernah putus dengan harapan suatu hari nanti akan dipermurahkan rezeki dan dimudahkan segala urusan untuk Lope bersekolah.

Tiada doa yang Allah tidak akan makbulkan, bezanya doa itu akan dimakbulkan sekarang, kemudian atau ditunaikan di akhirat kelak. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Begitu juga dengan jalan cerita Lope mahu bersekolah. Akhirnya, dipermudahkan. Tak mampu rasanya nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat Dr. Sazlina, Pengarah Academy of Learning Innovation Toward Independent Life (Academy LILI) atau dalam bahasa mudahnya sekolah Lope yang terletak di Fakulti Pendidikan, UKM Bangi.



Hari pertama Lope ke sekolah. Segak berbaju kemeja merah tapi sayang manjanya nak melekat dengan Mama takut untuk ditinggalkan.
Istimewanya di hari pertama Lope bersekolah, sepasukan die hard fan Lope terdiri dari Cik, Wan Yong, Wan Teh, Abang Irwan dan Kakak pun datang sama menghantar ke sekolah. Kami sekeluarga memang teruja bila Lope akan bersekolah.

kawasan sekolah Lope yang terletak di dalam bangunan Tunas Permata, Fakulti Pendidikan, UKM Bangi
Lope's die hard fan bergambar depan sekolah
Awesome building - sekolah ini dilengkapi dengan ramp hampir disetiap pintu bagi kemudahan akses untuk individu seperti Lope
Sebelum Mama tinggalkan Lope buat pertama kalinya didalam jagaan guru-guru, beginilah anak Mama.
Sepanjang bulan March ini, sesi orientasi Lope selama sebulan bermula dan hanya bersekolah di waktu petang sahaja. Rancangan Pendidikan Individu juga akan disiapkan di penghujung bulan ini setelah para guru menilai kekuatan dan kelemahan Lope serta akan merancang rancangan pendidikan yang realistik dan target untuk jangka masa panjang dan pendek. Alhamdulillah. Rezeki Lope untuk bersekolah.

Di hari kedua persekolahan, cikgu-cikgu Lope cakap Astro Awani nak datang interview untuk promosi Akademi LILI dan minta ibubapa pun ada sama. Rakaman temuramah itu boleh dilihat disini.



Weekend seterusnya, kami sekeluarga menyertai program sekolah Lope yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa. Menarik bila Lope dan keluarga beriadah berjalan-jalan sekeliling taman dan berpeluang naik kereta kuda. Sayangnya gambar naik kuda takde :(

Family Akademi LILI - alhamdulillah untuk sebuah ikatan ukhwah ini :)
Sempena membantu untuk mengumpulkan dana bagi sekolah Lope, saya juga menjual brooch awareness campaign seperti Autism, Cerebral Palsy dan Down Syndrome.

AUTISM Brooch - RM20/pcs
Cerebral Palsy Brooch - RM15/pcs
Down Syndrome Brooch - RM15/pcs
Dan, istiemewa untuk cikgu-cikgu Akademi LILI.

Academy LILI - RM18/pcs.
100% keuntungan jualan brooch ini disalurkan ke tabung Akademi LILI. Sesiapa yang ingin menyumbang sambil beramal, marilah. Hehehe.

Lope juga ada "kereta baru" 


Tadaaaaaaaaaaa! Wheelchair baru yang sangat praktikal. Terima kasih ALEPS.

Setakat ini sahaja dulu cerita Lope dan Sophia. Bila ada masa dan kelapangan, ada banyak lagi nak bercerita mengenai progress Lope.

Till then, take care. Xx