Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

12/10/2015

Selamat Hari Lahir ke 74, Aboh :')

Aboh,
12 Oktober datang lagi.
Hari ini, kalau Aboh masih ada, usianya genap 74 tahun.
.
Jika Aboh masih ada, Aboh akan jadi seorang datuk yang dikelilingi oleh 18 orang cucu-cucu. Pasti rumah Bukit Marak akan rimbun dengan segala macam pokok-pokok yang ditanam dan diberi nama cucu-cucu. "pokok dokong ika" atau "pokok rambutan Lope" atau "pokok Umar".
.
video

Video ini saya upload di FB pada 28 Disember 2009, 2 tahun selepas Aboh kembali kepada PenciptaNya. Hanya untuk tatapan kami adik-beradik, sebagai kenangan bahawa lelaki yang dijemput Ilahi pada usianya 65 tahun ini adalah hero kami sepanjang zaman, lelaki yang mengajar kami mengenal Allah, memberi kami makan, memberi kami perlindungan, memberi kami pendidikan dan yang paling penting, memberikan kami kasih sayang.
.
Tidak terbalas jasa dan kasih sayangnya. Tidak tergambar rasa rindu dan peritnya apabila dia tiada. Hanya doa yang kami mampu berikan setiap kali kami merinduinya.
.
Aboh, sudah 7 tahun kami tak buatkan puding gula hangus kesukaan Aboh apabila tarikh 12 Oktober tiba tapi kami gantikan dengan Al-Fatihah, Al-Mulk, Yassin dan dengan iringan 3 Qul untuk Aboh. Insya Allah, anak-anak Aboh akan sentiasa mendoakan Aboh selama kami bernyawa. Kasih sayang Aboh untuk kami berlapan, akan kami jaga dan semoga kita bertemu kembali di syurga Allah nanti.
.
Selamat hari lahir, Aboh.
Kami rindu Aboh.
.
Al-Fatihah.
Haji Megat Ramli bin Megat Adnan
1942 - 2007
.
.
Salam sayang,
The "tiny" Sue :')

No comments: