Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

16/03/2015

School Life

Akhirnya, hari ini sekolah cuti dan buat pertama kalinya semenjak saya menjadi "mama" saya menghargai cuti sekolah sebab tak perlu berebut keluar dan masuk hantar dan ambil anak-anak.

Oh, yes -- anak-anak. Both Lope dan Sophia.
:)

Dah lama kan tak bercerita pasal Lope dan Sophia, memang blog ni dah berhabuk. Rasanya FB/Instagram dah banyak ambil alih peranan blog ni. Lepas tu sebab aging factor, rasa malas nak menulis. Bahasa pun dah berkarat dan dah tak tahu how to express into words. Eh?

Mari nak bercerita.
Mula-mula, nak cerita pasal Sophia.

Bermula tahun 2015 ini, Sophia sudah tidak bersekolah di branded montessori sebelum ini. Sebenarnya agak terkilan dengan cara dan pengurusan pihak kampus sebelum ini. Kekurangan tenaga pengajar yang mahir dan tiada ketelusan didalam laporan perkembangan anak-anak. Sejujurnya, sebagai ibubapa, saya bukan tidak mahu melihat laporan di atas kertas jayyid jiddan, A+ dan hakikatnya perkembangan pembelajaran anak saya adalah sebaliknya.

Sad truth, itulah yang terjadi. Saya dan Encik Bubu nekad untuk menghantar Sophia ke Tabika KEMAS - . Alhamdulillah, my baby girl pun suka. Banyak progress yang Sophia tunjukkan berbanding sebelum ini.

Baru jemput pulang dari Tabika KEMAS. Memang comot habis.
Cerita kedua - Lope dan sekolah.

Umum sudah tahu betapa sukarnya saya ingin mencari sekolah yang sesuai untuk Lope. Faktor jarak, masa dan kewangan sering membantutkan hasrat hati saya. Sudahnya, 7 tahun Lope "disimpan" dirumah tanpa dihantar ke mana-mana pusat pembelajaran/sekolah. Namun, selama itu juga, doa saya buat Lope tidak pernah putus dengan harapan suatu hari nanti akan dipermurahkan rezeki dan dimudahkan segala urusan untuk Lope bersekolah.

Tiada doa yang Allah tidak akan makbulkan, bezanya doa itu akan dimakbulkan sekarang, kemudian atau ditunaikan di akhirat kelak. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Begitu juga dengan jalan cerita Lope mahu bersekolah. Akhirnya, dipermudahkan. Tak mampu rasanya nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat Dr. Sazlina, Pengarah Academy of Learning Innovation Toward Independent Life (Academy LILI) atau dalam bahasa mudahnya sekolah Lope yang terletak di Fakulti Pendidikan, UKM Bangi.



Hari pertama Lope ke sekolah. Segak berbaju kemeja merah tapi sayang manjanya nak melekat dengan Mama takut untuk ditinggalkan.
Istimewanya di hari pertama Lope bersekolah, sepasukan die hard fan Lope terdiri dari Cik, Wan Yong, Wan Teh, Abang Irwan dan Kakak pun datang sama menghantar ke sekolah. Kami sekeluarga memang teruja bila Lope akan bersekolah.

kawasan sekolah Lope yang terletak di dalam bangunan Tunas Permata, Fakulti Pendidikan, UKM Bangi
Lope's die hard fan bergambar depan sekolah
Awesome building - sekolah ini dilengkapi dengan ramp hampir disetiap pintu bagi kemudahan akses untuk individu seperti Lope
Sebelum Mama tinggalkan Lope buat pertama kalinya didalam jagaan guru-guru, beginilah anak Mama.
Sepanjang bulan March ini, sesi orientasi Lope selama sebulan bermula dan hanya bersekolah di waktu petang sahaja. Rancangan Pendidikan Individu juga akan disiapkan di penghujung bulan ini setelah para guru menilai kekuatan dan kelemahan Lope serta akan merancang rancangan pendidikan yang realistik dan target untuk jangka masa panjang dan pendek. Alhamdulillah. Rezeki Lope untuk bersekolah.

Di hari kedua persekolahan, cikgu-cikgu Lope cakap Astro Awani nak datang interview untuk promosi Akademi LILI dan minta ibubapa pun ada sama. Rakaman temuramah itu boleh dilihat disini.



Weekend seterusnya, kami sekeluarga menyertai program sekolah Lope yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa. Menarik bila Lope dan keluarga beriadah berjalan-jalan sekeliling taman dan berpeluang naik kereta kuda. Sayangnya gambar naik kuda takde :(

Family Akademi LILI - alhamdulillah untuk sebuah ikatan ukhwah ini :)
Sempena membantu untuk mengumpulkan dana bagi sekolah Lope, saya juga menjual brooch awareness campaign seperti Autism, Cerebral Palsy dan Down Syndrome.

AUTISM Brooch - RM20/pcs
Cerebral Palsy Brooch - RM15/pcs
Down Syndrome Brooch - RM15/pcs
Dan, istiemewa untuk cikgu-cikgu Akademi LILI.

Academy LILI - RM18/pcs.
100% keuntungan jualan brooch ini disalurkan ke tabung Akademi LILI. Sesiapa yang ingin menyumbang sambil beramal, marilah. Hehehe.

Lope juga ada "kereta baru" 


Tadaaaaaaaaaaa! Wheelchair baru yang sangat praktikal. Terima kasih ALEPS.

Setakat ini sahaja dulu cerita Lope dan Sophia. Bila ada masa dan kelapangan, ada banyak lagi nak bercerita mengenai progress Lope.

Till then, take care. Xx

No comments: