Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

20/03/2015

Projek Telekung Batch 1

Bismillahirahmanirahim.


Di pagi Jumaat yang indah ini, saya nak kongsikan satu kerja charity yang saya nak buat.
Sebelum itu, saya nak cerita dulu, macam mana terbuka pintu hati saya untuk kerja-kerja charity ini.

Setiap kali kawan-kawan FB saya buat kerja amal - himpun dana, bantu orang susah - hati saya selalu terdetik. Ya Allah, baiknya mereka. Buat kempen di FB, collect duit - pegi belikan barang-barang dan agihkan kepada mereka yang memerlukan. Mereka buat semua ni tanpa mengharapkan balasan. Memang jenis orang baik yang suka bantu orang.

Pada awalnya, saya join dengan kasi derma juga. Masa ada lebih, lebihlah saya bagi. Masa tengah sengkek, saya bagi apa yang mampu. Ada masanya, saya cuma tengok aje :D

Jadi, saya tertarik untuk memulakan satu kempen Projek Telekung. 



Kenapa Projek Telekung?
3 sebab utama.

Satu:
Sebab saya sendiri paling tak suka jika singgah ke surau tapi guna telekung solat yang hapak, busuk dan lusuh serta dalam berkeadaan uzur.

Dua:
Solat itu tiang agama, dirikan solat adalah wajib dan untuk membangunkan satu ummah yang berjaya di dunia dan akhirat, solat adalah kuncinya.

Tiga:
Apabila saya mati kelak, saya mahukan saham akhirat saya membiak sentiasa untuk membantu saya mencari pintu jannah.

Sinopsis:

Kali ini, salah satu group Whatapps saya (Donate a Telekung) nak collect derma wang ringgit untuk belikan telekung solat. Dalam group ini majoritinya adik-adik belaka, orang muda yang bersemangat waja nak buat kerja amal. Alhamdulillah. Group ini cakap kat saya, mereka hanya collect wang ringgit sahaja. Mereka berhajat untuk sumbangkan semua derma itu kepada Surau A & B KL Sentral dan Surau KTM Serdang yang kebanyakkan telekung solat disana adalah lusuh, berbau dan jarang. Misi ini turut saya kongsikan di FB/Instagram saya.


Target kami adalah untuk menghimpunkan sebanyak 60 pasang telekung solat.

Kami menerima sumbangan telekung solat yang baharu dan sumbangan dalam bentuk wang. Tiada minimum derma yang diperlukan. Cukup seikhlas hati.


Kalau korang nak jadi sebahagian dari dermawan ini, sila tinggalkan alamat e-mail di ruangan komen. Nanti saya akan emailkan details bagaimana korang boleh jadi sebahagian dari kerja amal ini.

Ini fund collection semenjak dari semalam.
Terima kasih buat dermawan sekalian :)

Tabung ini dibuka sehingga 1 April 2015.
Jika mendapat sambutan meluas, kita akan lebarkan projek ini untuk Batch 2 pula.

Terima kasih kerana sudi membaca :)

Till then, take care. Xx

No comments: