Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

23/11/2015

Allah knows best. Kipidap. Dongibab. Ukenduit. Yurock.

Jangan marah ye baca tajuk >.<
Sesekali nak jugak merasa tulis macam vangla macam tu.
Hahahahha.



Saya mula kenal Jiey Wan Aziz sewaktu dalam pantang bersalinkan Sophia. Waktu tu, Ian berumur bawah setahun. Zaman kegemilangan blogging masa tu. Masa baca blog Jiey, saya menangis berjurai air matanya. Kagum baca semangat Jiey dan miracle boy Ian.
.
Hari ini, saya baca Jiey update status ni. Anak adalah anugerah. Bila doktor predict budak dalam perut ini itu ini, dia bukan Allah. Setiap perkembangan Ian tak henti buat saya yakin dengan kekuasaan Allah. Bila dapat Lope, baru saya belajar bersyukur.
.
Masa tak ada anak, meminta dengan Allah minta dikurniakan anak. Usaha sana sini, rawatan moden, alternatif semua saya buat. Bila dah pergi dapatkan rawatan semua, katanya semua okey, baru saya tersedar, yang Allah yang satu tempat meminta. Jadi, saya banyak berpuasa, saya banyak dekatkan diri dengan Allah, saya banyakkan sedekah minta dikurniakan anak. Dengan izinNya, doa saya dimakbulkan.
.
Saya lahirkan Lope dan sekali lagi, Lope bukan macam anak-anak lain. Tapi, bagi saya alhamdulillah. Saya ada zuriat, saya diberi saham untuk dituai di akhirat nanti. Kalau mendidik dan membesarkan anak yang tipikal juga penat, anak-anak macam Lope ni, silalah gandakan dengan seratus kali. 
.
Tahun kelima perkahwinan, Allah kurniakan Sophia pula. 360 darjah berbeza dengan Lope. Cabarannya berlainan. Saya rasa lengkap pengalaman saya menjadi ibu tapi membesarkan Sophia juga bukanlah semuanya lancar. Tetapi, apapun Lope dan Sophia adalah anak-anak saya. Apa juga kondisi, perangai, bentuk dan kebaikan/keburukan mereka, mereka adalah hidup saya.
.
Jadi, bila anak saya ada masalah, sama macam saya meminta pada Allah untuk diberikan anak, macam tu jugaklah saya akan berusaha untuk dibuka ruang dan peluang agar saya boleh berikan yang terbaik untuk anak saya. Habis tenaga, habis wang, harta semua pun tak apa, insya Allah, saya yakin sangat saya akan lebih rasa puas bila saya berhabis untuk mencuba pelbagai rawatan, terapi dan bersusah untuk anak-anak sebab suatu hari nanti saya tak mahu ada perasaan kecewa sebab saya tak pernah mencuba. Sebab saya tahu, saya dah mencuba sehabis mungkin dalam kudrat saya.
.
Apa saya nak kongsi kat sini, jangan pernah mengalah. Buat sehabis baik, buat semampu boleh mengikut kemampuan. Selebihnya, kita minta dengan Allah. Minta yang elok-elok. Kadang-kala, kita rasa elok, tapi sebenarnya Allah ada perancangan yang lagi elok dari yang kita nak. Jangan berhenti meminta. Allah tak pernah limit pun berapa perkara kita boleh minta dengan Dia, jadi mintalah. Allah dengar semua sebab Allah tu sangat awesome. Allah knows best.

13/10/2015

FoodgasmFest :)


Kali ini, saya pun akan join jadi salah seorang vendor bernaung di bawah The Food Co, Korang jangan lupa singgah ye :)

12/10/2015

Selamat Hari Lahir ke 74, Aboh :')

Aboh,
12 Oktober datang lagi.
Hari ini, kalau Aboh masih ada, usianya genap 74 tahun.
.
Jika Aboh masih ada, Aboh akan jadi seorang datuk yang dikelilingi oleh 18 orang cucu-cucu. Pasti rumah Bukit Marak akan rimbun dengan segala macam pokok-pokok yang ditanam dan diberi nama cucu-cucu. "pokok dokong ika" atau "pokok rambutan Lope" atau "pokok Umar".
.
video

Video ini saya upload di FB pada 28 Disember 2009, 2 tahun selepas Aboh kembali kepada PenciptaNya. Hanya untuk tatapan kami adik-beradik, sebagai kenangan bahawa lelaki yang dijemput Ilahi pada usianya 65 tahun ini adalah hero kami sepanjang zaman, lelaki yang mengajar kami mengenal Allah, memberi kami makan, memberi kami perlindungan, memberi kami pendidikan dan yang paling penting, memberikan kami kasih sayang.
.
Tidak terbalas jasa dan kasih sayangnya. Tidak tergambar rasa rindu dan peritnya apabila dia tiada. Hanya doa yang kami mampu berikan setiap kali kami merinduinya.
.
Aboh, sudah 7 tahun kami tak buatkan puding gula hangus kesukaan Aboh apabila tarikh 12 Oktober tiba tapi kami gantikan dengan Al-Fatihah, Al-Mulk, Yassin dan dengan iringan 3 Qul untuk Aboh. Insya Allah, anak-anak Aboh akan sentiasa mendoakan Aboh selama kami bernyawa. Kasih sayang Aboh untuk kami berlapan, akan kami jaga dan semoga kita bertemu kembali di syurga Allah nanti.
.
Selamat hari lahir, Aboh.
Kami rindu Aboh.
.
Al-Fatihah.
Haji Megat Ramli bin Megat Adnan
1942 - 2007
.
.
Salam sayang,
The "tiny" Sue :')

09/10/2015

Grilled Chicken Fillet with Lemon.

Resepi ringkas. 15 minit sahaja untuk dimasak. Sesuai untuk orang yang nak buat bekal ke office setiap hari (macam saya).
.

Bahan-bahan:

- Isi ayam (bahagian dada)
- Lada hitam (ditumbuk kasar)*
- Serbuk jintan manis *
- Serbuk cili*
- Garam*

Cara membuatnya:

- Gaulkan kesemua bahan bertanda (*)
- Panaskan non-stick frying pan. Bila betul-betul panas, masukkan ayam ke dalam pan.
- Taburkan bahan bertanda (*) di permukaan ayam.
- Biarkan hingga separuh masak.
- Pusingkan ayam, tabur bahan bertanda (*) di sisi berlawanan.
- Masak sehingga masak garing.
- Apabila masak, hiriskan lemon dan perah. Sedap dimakan dengan salad (rocket) dan tomato ceri.
.
Selamat mencuba!


08/10/2015

Egg Rolls with Shrimp & Veggie Fillings

Atkins? NO! 
.
Hahahahahaha. Cuma makan tanpa karbohidrat dan tak minuman bergula. Bolehlah nak panggil atkins tapi saya tak ikut 100% seperti yang disarankan. Seronoknya kali ini, sebab bukan saya seorang sahaja yang berpantang dari makan -- Encik Bubu pun tumpang sekaki. Jadi, cabaran nak sediakan makanan tu kurang sikit. Kadang-kadang, dengan Sophia pun sama makan macam kami. 
.
Jangan letak harapan tinggi sebab saya baru mula 2 hari. Tak berani nak pijak weight scale lagi. Takut angka tak turun-turun. Tapi, dalam tempoh 2 hari ni, alhamdulillah. Semalam saya post kat FB Egg Rolls with Shrimp & Veggie Fillings. Ada juga yang tanyakan resepi. Jadi, hari ni ada masa sikit meh nak share resepi ringkas.
.

Bahan-bahannya:

- 2 biji telur (kacau dengan sudu untuk buat telur dadar)
- udang dipotong kecil*
- bawang besar (dipotong panjang)*
- bawang putih (dipotong panjang)*
- lada hitam (ditumbuk kasar)*
- carrot
- broccoli
- tomato cherry
- keju (1 keping)
- secubit garam

Cara masak:

- tumiskan semua bahan yang bertanda (*) . saya menggunakan frying pan non-stick, jadi, tidak menggunakan minyak. mungkin sesudu olive oil boleh ditambah sekiranya mahu. mula-mula bawang, kemudian isi udang dan lada hitam. garam secubit.

- bila sudah masak, asingkan.

- menggunakan non-stick frying pan, masakkan telur dadar. Saya juga tidak menggunakan sebarang minyak.

- Setelah selesai masak, susunkan isi udang yang dimasak tadi seperti didalam gambar dibawah.


- Kemudian, dengan berhati-hati, gulungkan. Masa saya gulung ni, lupa nak amik gambar. Hehehe.

- Bila dah gulung, biarkan 5 minit. Kemudian, masukkan dalam oven 5 minit dengan suhu 180. Api atas bawah.

- Tujuan masuk oven: untuk kasi keju keping tu cair sikit,  broccoli dan tomato cherry tu masak sikit. Baru sedap bila makan.

- Bila dah siap, biarkan sejuk dahulu sebelum potong.

Hasilnya..


Sesuai untuk bekal makan ke office sebab tak comot. Lepas tu bila makan, rasa macam korean bawa bekal kimbap. Hahahaha.

Nanti korang cuba ye :)

Till then, take care!

19/09/2015

Selamat jalan, Cik Mah.

Hari ini hari sabtu yang luar biasa untuk saya.
.
Hari sabtu 19 September 2015 yang untuk dikenang. Rasanya, kali terakhir saya terasa seperti ditampar, jatuh terpampan dan saya kehilangan kata begini adalah sewaktu kehilangan Aboh.
.
Hanya kehilangan yang mampu memberi kesan sedalam ini. Hari ini, Cik Mah, ibu saudara saya dijemput pulang menemui penciptaNya juga merupakan bonda kepada Princess Nur. Rasa seperti bermimpi. Cik Mah adalah bonda saudara yang sangat aktif didalam group whatapps keluarga kami. Ada sahaja gurau sendanya, gelak tawanya, gambar masakan enak air tangannya dan tak lupa - ayam percik istimewa.
.
Pendek kata, apa yang boleh diingati mengenai Cik Mah adalah yang baik-baik belaka. Orangnya yang sangat pembersih, air tangan memasaknya yang enak dan lawak selokanya sering menghiasa perbualan kami.
.
Allahuakbar. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
.
Hari ini, Cik Mah dijemput pulang. Tanpa sakit yang panjang, pergi meninggalkan kami semua. Nyata Allah lebih jauh menyayanginya. 

Cik Mah - 2 dari kiri

4 beradik perempuan Cik, dari kiri Cik, Cik Yah, Cik Mah & Cik Rah. Ibu saudara yang saya rasa seperti ibu kandung sendiri.
Tiada lagi selepas ini salah seorang "ahli group whatapps" yang sangat aktif. Tiada lagi kami tersenyum membaca ejaannya "chuchu" yang sering mengundang jenaka kami anak-anak saudaranya. Tiada lagi Cik Mah yang sering mempelawa kami datang makan yang enak-enak jika kami pulang ke Kelantan.
.
Semuanya tiada lagi.
.
DariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali.

Sahabat dan keluarga sekalian, mohon jasa dan masa semua untuk membaca Al-Fatihah buat bonda saudara kesayangan saya Hjh Kerimah Haji Musa yang telah kembali ke rahmatuallah pada jam 2.15 petang tadi di kediamannya.
.
Sesungguhnya, kehilangan ini secara tiba-tiba ini memberikan tamparan yang hebat buat kami semua. Saya berharap, agar dalam doa kalian titipkan, agar allahyarhamah ditempatkan dikalangan kekasih-kekasih Allah dan dikuatkan hati-hati keluarga yang ditinggalkan ini.
.
Al-Fatihah.
.
Tunggu kami disana Cik Mah. Insya Allah kita akan berjumpa kembali disana kelak.
.


15/09/2015

Tantrum



Sudah agak lama ianya tidak berlaku, tetapi terjadi malam ini. Setiap kali Lope tantrum, saya terkesima. Saya hilang punca untuk 5 saat pertama. 
.
Punca?
Apa yg mencetus amuknya?
.
Lope ibarat menggelupur sambil menjerit "omma-omma". Tangisnya kuat. Badannya dikeraskan. Bila mahu didukung - sengaja dikeraskan badannya. Sengaja diberatkan badannya. Kudrat saya tewas dan saya terduduk ditepinya.
.
Tangannya mencakar saya dan kakinya menendang. Saya usahakan membawa Lope ke kamarnya. Bilik disejukkan dengan suhu 16° dari penghawa dingin, lampu dipadam, zikir munanjat dari Ustaz Badrul Amin dimainkan dan Lope saya peluk penuh kasih sayang.
.
Serta merta dia terdiam. Telinganya kusyuk mendengar alunan zikir dan saya memeluknya. Situasi ini cukup asing pada mata orang lain. Mungkin juga situasi ini mengundang "takut" orang padanya. 
.
Tantrum terjadi apabila Lope gagal menyampaikan kemahuan hatinya. Dalam konteks tantrum malam ini berpunca dari ketidak puasan hati dengan ais krim coklat yang kami sekeluarga makan. Makannya tidak mahu henti dan saya guna kuasa veto. 󾌰
.
Hasilnya, tantrum.
.
Anak istimewa bukanlah seorang maharaja. Jika segala kemahuannya dituruti tanpa memikirkan kesan baik/buruk ke atasnya, dia akan membesar menjadi seorang "monster". Malam ini, Lope perlu belajar menerima "No" means "No" dari mama. 
.
Tantrumlah untuk malam ini. Lain kali, mama yakin Lope mampu menerima "No" dari mama. 
.
I love you, son.
To the moon and back!
.

- Mama Lope & Phia -
14/09/15
10.32 pm, Putrajaya

06/08/2015

Sampin Pertama Lope

Sudah lama menyimpan angan, tiap kali anak-anak lelaki kecil melintas dihadapan saya, segak berbaju melayu dan bersampin, saya sering membayangkan suatu hari, saya teringin melihat Lope segak berbusana melayu lengkap. Pernah dahulu tengok gambar di FB Auntie Leha dan cucunya, Ya Allah. Handsomenya. Memang melting saya tengok.

Kenapa tidak dipakaikan sahaja?

Bagi saya, selagi Lope tidak boleh berdiri, berjalan -- buat apa dia pakai sampin kalau tuan empunya badan perlu didukung. Kalau baby dukung, comellah. Kalau Lope, 8 tahun didukung -- bayangkanlah. Itu tidak termasuk si mama yang comot tudung tertarik ke sana ke mari sebab berdukung. Setiap kali Aidilfitri, Lope berbaju melayu tetapi berdukung. Tidak nampak dimana kacaknya. 

Dalam hati ibu, memasang angan bersulam doa. Berilah peluang utk Lope bersampin berbaju melayu. Mungkin kecil pada orang lain, tapi besar pada saya. Allah itu baik. Semua doa yang kita minta dia dengar. Tidak ada istilah Allah tak akan perkenankan doa -- lewat atau cepat sahaja. 

Doa saya, setelah 5 tahun meminta. Aidilfitri kali ini pertama kali Lope menyarung sampin. Pada pandangan mata saya sbg ibunya, cukup sempurna. Berat sebelah dengan penilaian sendiri, terasa Lope lah anak yg paling kacak dimata saya. 



Ini adalah debut bersampin oleh Lope. Selepas solat sunat Aidilfitri di masjid keluarga kami. Lope perlu bersalam dengan semua atuk, nenek, makcik, pakcik, sepupu. Perlu menghulurkan tangan, memandang mata dan mencium tangan. Satu tugasan yang bukan mudah untuk dilaksanakan oleh Lope yang dalam pada masa yang sama perlu menyeimbangkan badan untuk berdiri, menghulurkan tangan (Lope mempunyai masalah sensori dengan sentuhan), perlu memandang mata (ada masalah dengan eye-contact) dan perlu berada didalam kumpulan orang ramai. Itu masih belum dicampur apabila ada orang menggosok kepalanya, menepuk mesra bahu Lope dan memeluk/menciumnya. Hehehehhe.

Bukan mudah menjadi Lope. >.<

Semasa kejadian, tidak ada gambar yang diambil. Saya sedang sibuk menguruskan Lope bersalam, berjumpa orang-orang tua dan mulut tak lupa bercerita "tahun ni Lope kena salam dengan semua. Salam-eye contact-cium tangan." dah jadi macam jurulatih plak rasanya. Tapi berbaloi sebab Lope boleh behaved so well dan mengikut arahan walaupun hanya untuk tempoh 20 minit - 30 minit.

Saya rasa selama 6 tahun saya sentiasa bersifat terbuka berkongsi mengenai Lope di media sosial berbaloi. 6 tahun saya berkongsi cerita Lope dengan autistik karekternya, rawatan yang Lope jalani, terapi yang Lope sertai, perkembangan Lope dari masa ke semasa -- kerana selepas 6 tahun, penerimaan dari ahli keluarga saya yang jarang bertemu mata tetapi "berkawan" di FB telah banyak "memperkenalkan Lope" kepada mereka.

Kalau dahulu orang cuma tahu Lope itu "sakit" tapi sekarang mereka tahu Lope itu "autism". Selain menyediakan Lope untuk berhadapan dengan masyarakat, saya rasa sebagai ibu saya juga patut mendidik masyarakat mengenali Lope dan autism. Lope adalah salah satu golongan autism  yang ada dan kebanyakkan mereka adalah berbeza dan unik.

Akhir sekali, ini gambar rasmi Lope bersampin.


Songkok entah ke mana, eyen contact pun sedikit terpesong tapi takpelah, ini gambar yang saya idamkan walau berdiri dengan bantuan saya. Selamat hari raya, maaf zahir batin. Baruuuu nak minta maaf. >.<

Till then, take care.

27/07/2015

I hate Mondays!

Hari paling tak best adalah hari yang anak-anak dah seminggu dua tak ke sekolah, pastu hari ini kena bangun seawal mungkin siapkan mereka dan paling tak best lagi bila diaorang cranky tahap super annoying.

I really hate mondays!



Sabarlah mamaaaaaaaaaaaa. 

Zaman ini akan berlalu selepas beberapa tahun sahaja lagi. Bertabahlah kejutkan 2 beradik ni mandi, siapkan bekal, pujuk nak ke sekolah. 

Bertabahhhhh.
Bertabahhhhh.
Bertabahhhhh.

Bila dah ready semua, ini adalah post wajib yang saya akan paksa. Abang dan adik. Dah siap semua, kena posing. Si abang, macam biasa, eye-contact paling mahal dan si adik, muka macam tak puas hati. Ada segala mak nenek dia complaint -- mengantuk, sejuk, nak minum milo, nak pegi school sekarang.




Sekali pandang, nampak macam adik tu dah jadi kakak dan abang tu dah jadi adik, kan? ;) Semoga anak-anak Mama membesar menjadi anak yang soleh dan solehah, baik budi adab tutur kata bahasanya.

Till then, take care.

02/06/2015

Kami masih ada ;)

Sudah lama tidak melakar kisah disini. 

Sebetulnya tiada yang menarik untuk dikongsi dan detik waktu berlalu dengan terlalu pantas. Kehidupan kami sedikit berubah kini setelah Lope & Sophia keduanya bersekolah kini. Aktiviti kami seharian berkejar kesana ke mari, sama seperti ibubapa lain yang perlu menghantar dan mengambil anak ke sekolah.
 
Lope, 8 tahun.

- Alhamdulillah, bermula semalam, dia kini sedang mengikuti 3 bulan terapi intensif di Makmal Autism UKM dibawah PERMATA, JPM. 

- Sebelum menyertai Makmal Autism UKM, Lope juga menjadi pelajar Akademi LILI. Disitu buat pertama kalinya Lope merasai pengalaman "bersekolah". Terima kasih untuk Dr. Sazlina dan team - Cikgu Nurul, Cikgu Syidah, Cikgu Yana & Cikgu Siti.

- Demi Lope, saya dan Encik Bubu menghadiri kelas pendidikan ibubapa autism di INSPEN dan kami mendapat suntikan semangat yang baru. Alhamdulillah, kami suami isteri mempraktikkan apa yang dipelajari, bukan sahaja pada Lope tapi juga Sophia.

- Lope kini sedang menjalani misi 100 hari "makan sendiri" yang bermula pada 24/05/15. Besar harapan saya, sebelum 100 hari Lope sudah mampu untuk memegang sudu dan makan dengan sendiri.

- Kesihatan Lope bertambah baik semenjak kami sekeluarga mengamalkan Young Living Essential Oil -- in total, Lope menggunakan hampir 10 jenis minyak sebulan.

Sophia, 6 tahun

- Adik Lope terpilih untuk mewakili tadikanya ke pemilihan akhir Bola Jaring. Alhamdulillah, pasukan Sophia muncul juara tetapi masih belum diketahui sama ada Sophia berjaya mewakili Wilayah Persekutuan Putrajaya ke peringkat kebangsaan atau tidak.

- Jika tidak terpilih pun, saya sudah cukup gembira apabila dia didedahkan dengan teamwork, make new friends & having fun. Chill la kan, budak baru kot.

- Apapun, misi masih panjang untuk Sophia. Target yang kami letakkan untuk dia adalah untuk boleh membaca, menulis dan mengira sebelum akhir tahun ini. Selain cikgu disekolah, 2 orang cikgu dirumah juga sangat gigih mengajar dan kadang kala dan jadi monster. Hahahahha.

Doakan kami sekeluarga sihat sejahtera, dimantapkan iman, diberikan rezeki dan usia yang diberkati untuk kami melahirkan generasi bersolat dan membaca alquran.

Till then, take care. Xx

07/04/2015

Update Ringkas Wakaf #ProjekTelekung


Saya dah update di FB saya. Kebelakangan ini saya kurang sihat, terbantut sikit nak update pasal projek ini. Insya Allah, minggu hadapan saya kongsikan update lengkap. Terima kasih kepada penderma sekalian. Saya akan cuba yang terbaik mewakafkan setiap sumbangan.

Till then, take care. Xx

25/03/2015

Projek Telekung - Update sehingga 25/03/2015

5 hari sebelum #ProjekTelekung ditutup pada 1 April 2015.

Alhamdulillah, hari ini rakan sekolah saya singgah ke rumah dengan membawa 6 pasang telekung solat yang baharu untuk disumbangkan. Terasa urusan ini dipermudahkan oleh Allah dgn bantuan rakan-rakan dan keluarga yg ingin sama menyertai menuai ladang pahala di akhirat kelak.
 

FAKTA RINGKAS MENGENAI #PROJEKTELEKUNG


SASARAN 
Mendapatkan 60 pasang telekung solat yang baharu untuk diagihkan di 3 surau yang menjadi tempat tumpuan ramai iaitu:
- Surau A, KL Sentral ;
- Surau B, KL Sentral ; dan 
- Surau KTM Serdang.


KAEDAH
Kami menerima wang sumbangan dan telekung solat yang baharu. Tiada jumlah minimum/maksimum dan kami menerima sumbangan seikhlas hati anda. Sila komen sekiranya ingin menyertai kami. (Kami akan maklumkan bagaimana anda boleh salurkan sumbangan anda kepada kami melalui e-mail/whatapps)

SUMBANGAN SEHINGGA 25/03/2015
Sumbangan wang ringgit berjumlah RM1060.00 & 6 pasang telekung solat.


ANGGARAN YANG DIPERLUKAN

RM40 sepasang ** x 54 pasang telekung solat = RM2,160

RM2,160 - [RM1,060 - sumbangan terkumpul] = RM1,100

** sebelum ini saya anggarkan RM35 sepasang, tetapi mengambil kira harga barangan selepas GST, saya mark-up RM5. Hopefully dapat dengan harga yang lebih rendah.

Terima kasih penyumbang dermawan.
Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa baik kalian.
Amin.

Till then, take care. Xx





21/03/2015

K-Drama : Healer (2014)

Rasanya saya tak pernah tulis kot pasal ni kat blog, tapi hari ni nak cakap saya adalah hantu tengok Korean Drama.

Hekhek.

Ala korang, tak kan lah sebab saya dah versi mak-mak, pastu ada anak OKU pulak jadi macam pelik sangat bila saya tengok K-Drama? Eh, korang lagi terkejut tau kalau saya cakap yang saya ni siap jadi airport stand sebab nak sambut Lee Min Ho kat airport.

*facepalm*
Siap buat props kepala Lee Min Ho simpan kat office lagi. Kehkehkeh.
Oh, drama panas yang saya rasa berbaloi nak share adalah Healer.

Petik ini dari wikipedia:
A decades-old incident involving a group of friends who ran an illegal broadcasting station brings together three different people—a mysterious night errand guy with the codename "Healer" (Ji Chang-wook) who happens to possess top-notch fighting skills, a reporter from a second-rate tabloid news website (Park Min-young), and a famous journalist at a major broadcast station (Yoo Ji-tae) . On the journey to discover the truth and resolve the mystery from the past, they will have to deal with the conflict of truth versus fate.

Paling saya suka dengan K-Drama adalah semua cerita visual sangat cantik, semuanya HD. Selain rupa pelakon yang mendamaikan jiwa, plot jalan cerita tu menarik. Healer ni adalah nama samaran seorang night transporter yang dibayar mahal untuk deliver sesuatu barang. Menariknya, Healer ini orangnya penuh misteri. Kadang-kadang saya tengok dia ni ada ciri autistik juga. Hahahhaha.

Dia ada masalah untuk berkawan dan bersosial, ada masalah eye-contact (sebab dia tak bagi orang nampak dia), genius dalam bab spy dan martial arts dan seorang yang picky eater (dia suka makan ayam goreng). Ah sudah, inilah jadinya bila kasi autism mom buat review drama. Hahahahha.

Oh, tapi eye candy nya ialah budak ni.. Budak ni nama samaran dia Healer.






Namanya Ji Chang Wook. Sebelum ni tak pernah perasan pun dia kat mana-mana drama. Tirex cakap, muka dia macam Lee Min Ho. Eh? Rasanya mamat ni lagi jambu. :p

Saya suka concept cerita ni sebab Healer ni dia selalu pakai Google Glass dan dia akan capture apa-apa sahaja untuk direkodkan dan akan dihantar kepada "system administrator" cum manager Healer untuk buat background checking, check data personal, tracking GPS, rekod jenayah etc. Kiranya Healer ni lagi canggih dari James Bond tau.

Kalau korang nak tengok cerita ni, sila tengok online. 

Ini OST dia _ Eternal Love.


Till then, take care. Xx

20/03/2015

Projek Telekung Batch 1

Bismillahirahmanirahim.


Di pagi Jumaat yang indah ini, saya nak kongsikan satu kerja charity yang saya nak buat.
Sebelum itu, saya nak cerita dulu, macam mana terbuka pintu hati saya untuk kerja-kerja charity ini.

Setiap kali kawan-kawan FB saya buat kerja amal - himpun dana, bantu orang susah - hati saya selalu terdetik. Ya Allah, baiknya mereka. Buat kempen di FB, collect duit - pegi belikan barang-barang dan agihkan kepada mereka yang memerlukan. Mereka buat semua ni tanpa mengharapkan balasan. Memang jenis orang baik yang suka bantu orang.

Pada awalnya, saya join dengan kasi derma juga. Masa ada lebih, lebihlah saya bagi. Masa tengah sengkek, saya bagi apa yang mampu. Ada masanya, saya cuma tengok aje :D

Jadi, saya tertarik untuk memulakan satu kempen Projek Telekung. 



Kenapa Projek Telekung?
3 sebab utama.

Satu:
Sebab saya sendiri paling tak suka jika singgah ke surau tapi guna telekung solat yang hapak, busuk dan lusuh serta dalam berkeadaan uzur.

Dua:
Solat itu tiang agama, dirikan solat adalah wajib dan untuk membangunkan satu ummah yang berjaya di dunia dan akhirat, solat adalah kuncinya.

Tiga:
Apabila saya mati kelak, saya mahukan saham akhirat saya membiak sentiasa untuk membantu saya mencari pintu jannah.

Sinopsis:

Kali ini, salah satu group Whatapps saya (Donate a Telekung) nak collect derma wang ringgit untuk belikan telekung solat. Dalam group ini majoritinya adik-adik belaka, orang muda yang bersemangat waja nak buat kerja amal. Alhamdulillah. Group ini cakap kat saya, mereka hanya collect wang ringgit sahaja. Mereka berhajat untuk sumbangkan semua derma itu kepada Surau A & B KL Sentral dan Surau KTM Serdang yang kebanyakkan telekung solat disana adalah lusuh, berbau dan jarang. Misi ini turut saya kongsikan di FB/Instagram saya.


Target kami adalah untuk menghimpunkan sebanyak 60 pasang telekung solat.

Kami menerima sumbangan telekung solat yang baharu dan sumbangan dalam bentuk wang. Tiada minimum derma yang diperlukan. Cukup seikhlas hati.


Kalau korang nak jadi sebahagian dari dermawan ini, sila tinggalkan alamat e-mail di ruangan komen. Nanti saya akan emailkan details bagaimana korang boleh jadi sebahagian dari kerja amal ini.

Ini fund collection semenjak dari semalam.
Terima kasih buat dermawan sekalian :)

Tabung ini dibuka sehingga 1 April 2015.
Jika mendapat sambutan meluas, kita akan lebarkan projek ini untuk Batch 2 pula.

Terima kasih kerana sudi membaca :)

Till then, take care. Xx

19/03/2015

Spaghetti Carbonara

Semalam semasa kat pejabat, Sophia call. Dialognya lebih kurang macam ni.

"Mama, boleh ke malam ni Phia nak makan spaghetti yang kuah dia colour putih yang macam Mama masak hari tu? Phia rasa lapar sangat hari ni." 

Maka, cairlah hati si ibu mendengarnya. Anak lapar uolls.

"Ok, nanti Mama balik, Mama masak ye.."

"Boleh tak Mama masak banyak sikit sebab nanti esok masa breakfast pun Phia nak makan. Mama masak sedap sangat. Pleaseeee Mama."

Ok, ada unsur-unsur bodek disitu dan aura drama queen dah mula nak menjelma.

"Ok. Nanti Mama masak lebih untuk Phia."

"Ok, thank you Mama cantik, fairy dan kurus"

Oh anakku.
Perlu ke kau sebut perkataan last itu?
Sentap jantung Mama noks!
 *cries*

Apapun, sekarang ini Sophia sudah 6 tahun. Selera makannya ya Allah, alhamdulillah -- berselera sungguh. Apa sahaja yang kita masak, dia cakap sedap. Macam tu la lumrah anak, makanan tersedap didunia adalah makanan yang ibu masak. Kan?

Jadi, semalam selepas pejabat, cepat-cepat saya ke Jaya Grocer di Cyberjaya. Sekarang ni, Jaya Grocer dah jadi my favourite groceries store dah. Barang fresh dan harga pun tak semahal macam Cold Storage. Bila shopping di Jaya Grocer Cyberjaya ni rasa macam international sangat ko. Kat sini, macam-macam bangsa dan nationality ada. Cyberjaya kheennn.

Okey, berbalik semula kepada request anak nak "spaghetti kuah colour putih" = spaghetti carbonara la. Bila post kat FB/IG, ada yang nak minta resepi. So, kita memang suka share resepi ni. So, inilah Spaghetti Carbonara Versi Kampung. ;)

Bahan mentah untuk buat gravy Carbonara.
Bahan-bahan seperti di atas. Hehehehe.

- Cendawan butang putih
- Susu segar
- Bawang besar (cincang)
- Bawang putih (tumbuk kasar)
- Kiub Ayam (kalau nak lagi sihat buat chicken stock sendiri)
- Lada hitam (tumbuk kasar)
- Italian herbs
- Frankfurter (potong dadu)
- Minyak zaiton
- Garam
- Spaghetti
- Tepung jagung (1 sudu digaul dengan air) untuk pekatkan kuah.

Caranya:

- Rebus spaghetti sampai lembut dan cunlah untuk makan. Tos.
- Tuang minyak zaiton. Panaskan kuali.
- Goreng frankfurter. Bila dah masak, asingkan.
- Guna minyak yang sama, tumis bawang putih, besar, lada hitam & italian herbs. Sampai naik bau.
- Masukkan stok ayam. Tumis sampai bau dia umph.
- Masukkan cendawan, kemudian susu segar. Pandai-pandailah agak.
- Masukkan garam secukup rasa.
- Masukkan tepung jagung yang dibancuh.
- Kacau sampai tekstur kuah jadi pekat.


Ini rupa parasnya bila dah siap. Ada sesetengah orang, dia campurkan frankfurter yang dah goreng tu dalam kuah, tapi saya tak suka. Nanti dia kembang. Lagi sedap bila nak makan baru tabur macam ni.


Inilah semangkuk kegembiraan untuk Sophia. Alhamdulillah baby girl saya makan dengan penuh semangat siap bertambah 1 mangkuk lagi. Resepi ni sesuai untuk budak-budak dan orang-orang tua yang tak berapa nak gemor makan pedas. Trylah.

Till then, take care. Xx

18/03/2015

Tips "terbang" dengan anak autistik.

Musim-musim cuti sekolah sekarang ni, mesti ada yang merancang nak pergi holiday kan?

Ambillah masa anda bercuti dan bergembira dengan anak-anak. Saya cuma nak kongsikan beberapa tips yang saya praktikkan bila saya ingin "terbang" bersama Lope. Untuk makluman, bukan mudah untuk berjalan dengan anak autistik yang mempunyai Sensory Processing Disorder. Pelbagai aspek perlu di ambil kira terutamanya keselesaan Lope bagi memastikan perjalanan kami sekeluarga teratur.


Sebelum memulakan perjalanan

Kenal pasti apa yang Lope suka/tidak suka.

the story of PUTERISM
Perlu buat social story. sesetengah anak autistik lebih memahami dengan visual - jadi parents kena lebih gigih dan kreatif untuk create kad/lukis gambar bercerita mengenai apa yang ingin disampaikan. Dalam kes Lope,  social story untuk dia adalah dari pesanan/penerangan audio dari saya.

Ada masanya saya perlu menggunakan suara cartoon yang digemarinya. Ianya berubah dari masa ke semasa. Sekarang ni Lope suka karekter Max & Rubby dan Olive The Ostrich. Jadi, saya menggunakan kelebihan ini untuk meniru suara mereka dan "bercerita" kepada Lope.

the story of PUTERISM

the story of PUTERISM

Dalam cerita saya untuk "terbang" ianya merangkumi points berikut:

- Kenapa kita mahu terbang?
- Kemana kita akan terbang.
- Dengan siapa akan terbang bersama kita.
- Flight/airport apa yang akan kita naiki.
- Apa fungsi airport. Apa yang ada di dalam airport.
- Bagaimana bentuk kapal terbang.
- Siapa yang ada di dalam kapal terbang.
- Bagaimana kita perlu berperangai?
- Terangkan apa perlu dia hadapi.

Sediakan juga perancangan untuk:

- Semasa di airport.
- Semasa di dalam kapal terbang.

Penceritaan saya kepada Lope memang merangkumi semua. Diulang pesan seminggu sebelum berangkat. Saya juga siap tunjukkan gambar airport, kapal terbang, flight crews untuk Lope digest dan bayangkan situasinya nanti.

Sebelum pergi, saya juga menyiapkan awareness card untuk diedarkan kepada crew, orang ramai yang berada berhampiran dengan Lope. Saya tahu, tak semua orang faham dengan budak yang nampak normal tetapi sebenarnya didiagnos sebagai Autism Spectrum Disorder with Speech & Intelligence Impairment. Kan?


Dalam perjalanan

Sentiasa observe dengan Lope khuatir sekiranya ada sesuatu diluar jangka yang akan trigger tantrum/ meltdown/ stimming dia.

Itu yang saya rancang/rangka. Rupanya, dalam situasi sebenar...

Situasi sebenar

Seperti dijangka, Lope menangis ketakutan semasa take - off. Lope juga sedikit tidak tenteram sebab terlalu banyak announcement yang dibuat semasa di airport yang trigger ketidakselesaan Lope.

Sebelum take off. Dah ada bunga-bunga Lope tak selesa. Bunyi. Rasa lemas.

Pastu mula lentok cari Mama. Mula rasa tak selesa.
Bila dah tak selesa sangat, mulalah start la cakar pipi Abang Long. :p

Ini muka Lope survived di udara. Kehkehkeh.

Till then, take care. Xx

17/03/2015

Girls' Day Out - Cinderella 2015

Kali ini mama dan baby girl pergi tengok movie - Cinderella 2015. Kami pergi tengok hari ketiga selepas ditayangkan di Malaysia.


Sekarang ni dah pandai request nak tengok cerita apa. Selalunya saya akan bawa Sophia pergi pada hari Sabtu, first show dalam pukul 11.30 pagi di Alamanda. Orang tak ramai sangat dan yang paling penting dekat dengan rumah.

Kali ni, kita review Cinderella 2015.

The Cast

Apa yang Sophia paling suka - mestilah princess, cantik dan pakai gown.
Bila tengok Cinderella klasik ni, nampak la muka Lily James ni, kan?


Watak Young Ella yang dilakonkan oleh Lily James tu suam-suam kuku aje bagi saya, nak kata terkesan sangat sampai rasa dalam hati tu takdelah. Saya lebih gemar bila watak Prince Charming lakonan Richard Madden yang tengah gila bayang dalam istana tu. Bila bercerita, matanya nampak bercahaya, senyumnya dari hati. Haish.


Pastu, bila tengok Fairy Godmother (Helena Bonham Carter) seribu kali sayang sebab kat mata saya, cuma nampak watak Bellatrix Lestrange dalam Harry Potter >.< Satu watak suci, satu watak evil. Hehehehe.


The Gown

Apa yang menarik seterusnya, gown yang Cinderella pakai. Saya memang super like. Cantik sangat. Sophia bukan main lagi bersinar matanya bila tengok gown biru yang cantik sebelum naik kereta kuda tu.






Wedding gown.




Soalan palik epik bila tengok Cinderella dengan Sophia.

"Mama, kasut tu tak pecah ke? Tipu kan? Mana boleh pakai glass macam tu tapi tak pecah. 
Mesti badan dia beratkan?"

Kehkehkeh.


Review : 3/5 

Till then, take care. Xx