Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

22/12/2014

MyHRMIS Cuti -- apply cuti dimana sahaja anda berada.

Eceh. Hari ni saya discover satu perkara yang saya baru tahu. Ulang suara, saya baru tahu. Mengenai "MyHRMIS Cuti". Bila sebut HRMIS ni, kakitangan awam kat Malaysia ni confirm tahu apa ke benda tu.  
 
Semenjak saya menyertai perkhidmatan awam pada tahun 2003, bila nak mohon cuti aje, saya akan buat secara konvensional -- isi borang cuti, pastu minta boss tandatangan nak lulus atau tidak. Tapi, untuk tahun 2015, saya akan tinggalkan perbuatan konvensional itu. Hekhekhek.
 
Khas untuk pengguna telefon bimbit pintar Android, silalah muat turun aplikasi ini di Play Store anda. Search "MyHRMIS Cuti"
  
 

Bila sudah dimuat turun, paparan ini akan menghiasi screen telefon pintar anda.

 
Anda boleh semak baki cuti anda tanpa menyemaknya dengan pegawai yang menguruskan cuti.

OMG. Memang kaki cuti ok >.<
Semua rekod cuti anda pun ada kat sini.

Paling saya suka -- boleh mohon cuti di hujung jari anda sahaja. Senang!

Mohon cuti.

Anda juga boleh semak profile di MyHRMIS Cuti.



Tahniah untuk team JPA yang membangunkan aplikasi yang mudah, ringkas dan bermanfaat ini.

 
Jangan lupa download ye :)
 
 
 

1 comment:

Irfa said...

kami dipanggil IHRMS, hehe