Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

20/02/2008

Kisah Sepanjang Minggu Lalu

17/02/2008 (Ahad)-Tido di Hospital :)

Aku menyerahkan diri ke Ampang Putri, ekoran sesak nafas yang berpanjangan. Seperti dijangka, aku ditahan di Wad 5A. Suami, anakanda dan bibik aku ikut seret menemaniku di wad. Terima kasih kepada Dr. Sharifah Sakinah yang merawatku. Alang-alang dah dok dalam wad, aku tak lupa minta dirujuk kepada pakar mata. Sudah 2-3 minggu aku rasakan smthg wrong dalam mata ni bilamana mataku kelihatan kabur, bengkang bengkok dan kadang-kadang gelap memanjang.

18/02/2008 (Isnin) - Selamat Hari Lahir, Suamiku!

Jutaan kemaafan kepada suamiku, maaf.
Abang, Sue minta maaf sebab masa birthday Abang ke 29, Abang terpaksa temani Sue di wad. Dah lah Abang pegi beli sendiri Nando's kat Ampang Point. Maaf sangat-sangat. Nasib baik hadiah besday Sue dah bagi in-advance. Suka sangat tengok Abang pakai neck-tie and curflink tu, lagi hensem kalau Abang pakai dengan baju pink yang Sue beli tu. Selamat Hari Lahir, Abang. Sue akan sentiasa disisi Abang, temani Abang sehingga ke akhir nafas kita di dunia. Sue panjatkan doa kepala Pencipta, agar dipanjangkan jodoh diantara kita, merealisasikan impian dan janji kita bersama, membina institusi keluarga dan mencipta kebahagiaan dunia dan akhirat bersama. Sue sentiasa berdoa, agar Sue dapat memperbaiki diri Sue, menjadi yang lebih baik, Kepada diri sendiri, menjadi isteri yang solehah kepada Abang, menjadi bonda mithali kepada Megat Idris Naquiyuddin dan menjadi kunci kebahagiaan kepada kita bertiga, dan mungkin berempat, berlima.. Insya Allah. Doa Sue pada Allah, sempena hari lahir Abang ke 29, Syukran Ya Rabb, di atas kurniaan Megat Iskandar kepadaku, sebagai pelengkapku. Pelengkap kepada sebarang kekuranganku, pelengkap kepada segala kelebihan yang Engkau kurniakan. Selain dari hadiah material yang Sue berikan pada Abang, Sue bacakan Yassin untuk kesejahteraan Abang, kesejahteraan kita sekeluarga. Itu lebih mahal dari kereta Ferrari sebijik.

18/02/208 (Isnin) - Jumpa Dato' Dr. Baljit Kaur : Pakar Mata

"Young girl, you're really in trouble" itu kata-kata Dato' Dr. Baljit Kaur usai sudah dia memeriksa mataku. Katanya, terdapat 15 lubang di dalam mata sebelah kiriku, 15 lubang itu mengelilingi retinaku, yang mana, pada masa ini telah meruntuhkan dinding retina dan mengakibatkan pandanganku kabur dan 'weng'. Mata kananku plak, ada jugak lubang-lubang kecik tapi boleh diikhtiarkan dengan laser jeh. Scheduled esok, aku kena laser mata kanan and will undergoing for a major operation on 20/02/2008.

Aku tanya padanya, apakah punca musababnya?

Katanya, genetik memainkan peranan. Mataku berlubang since ages, maybe sejak dari lahir (Cik confirmedkan, semasa aku kecik masa aku umur setahun, memang mata aku ada problem-but it's too early to detect) itulah sebabnya, power spec aku makin tinggi meningkat, mata makin rabun dan attention kepada sesape yang pakai contact lense, korang ni pakai contact lense atas nasihat doktor mata atau suka-suka nak gelemer? dia jugak cakap, untuk manusia biasa pun, silalah buat pemeriksaan mata sekurang-kurangnya setahun sekali.

Malam tu, hati sedikit cuak. Aku text kepada orang-orang rapat padaku, mohon mendoakan kesejahteraan pembedahan mata ini. Banyak sms yang reply, showing their concern, terima kasih teman taulan, saudara maraku. Satu sms dari sepupuku-KakDa, anak AyahCik menasihatkan aku untuk ask for a second opinion dari Centre For Sight di PJ. Aku imbal semula, aku rasakan ianya wajar. No harm after all. Cuma nak dengar pendapat dari pakar lain, about the same issue. If they share the same tot, then it is fine with me.. if they're not, then I'll try to figure out for another outcome.

Andak and family, Kakyan and family datang makan malam kat room 516. Seronot berpicnic adik beradik macam ni. Anda belikan Shake's, Kakyan belikan makanan dari Kg. Thai dan Andak belikan chicken chop. Patient hari tu btol-btol FULL! Yong datang alone selepas habis dinner di Dynasty.

Malam tu jugak, kegembiraan kami tak berpanjangan. Kesian pada Kakyan dan Abang Awish.

Rumah diaorang dipecah masuk dek perompak. Master bedroom habis digeledeah. 2 buah laptop, 1 DVD recoreder, 1 digital cam, brooch worth of RM25k and cash about RM 3-5k. Keseluruhannya, adalah dalam RM 50k.

Abang dan Yong pergi immediately once tahu rumah Kakyah dipecah masuk. Diaorang balik semula ke wad ard 2 am. Yong over nite at hospital dengan aku, atas kerusi dan dia balik semula ke Seri Kembangan dnihari esoknya.

To Kakyan dan Abang Awish, sabar dan Sue harapkan orang yang bertanggungjawab dikenakan tindakan setimpal.


19/02/2008 (Selasa) - Centre For Sight, PJ : Asking For A Second Opinion

Iskandar membawa ku kesana tepat jam 12 tengahari. Agak pedih mataku menahan perit UV. Idris dan bibik aku bawa bersama. Kesian si kecil ku, ke hulu ke hilir bersama mama. Bukan apa, susah nak ditinggalkan. Pada Cik, sudahku hubungi semalam, mohon merayu agar Cik dapat temani aku, menengokkan Idris disepanjang mataku dalam keadaan 'weng' nanti. Terima kasih Cik, kerna sudi datang dan membantuku, meskipun meninggalkan Ummi di rumah bersama Cik Rah dan Cik Yah. Orang-orang lain susah nak tengokkan Ummi, al-maklumlah di musim pilihanraya ni :)

Di Centre For Sight, aku temui Dr. Ahmad Fauzi dan syukur, dia pun share the same opinion as Dr. Baljit. Lega aku rasa, dan dia menerangkan padaku secara details mengenai mataku, pembedahan yang akan dijalankan. aku pulak rasa 'ngilu' dan takut, mata aku ni diaorang buat macam apatah... ishhh... takutnya. Malam tu Ayah Lope datang, KakLah and Abang Zian pun datang, Lily dan Adam datang dan pengunjung setiauku-Na sentiasa disisi, datang menengukku almost everyday. Na, thank you. You really bright my day! Malam tu jugak, Cik sampai. Yong dan Abang Di ada, Nyah pun datang jugak.

Apa-apapun, nanti aku up-date esok.. hari operation.

No comments: