Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

13/03/2014

Temujanji dengan Pakar Genetik, HKL Bil. 1/2014.

Tajuk entry macam tajuk Mesyuarat, siap ada bilangan bagai :p

Semalam saya dan Encik Bubu bercuti untuk membawa Lope menghadiri temujanji Klinik Genetik di HKL. Temujanji sekali setahun. Kali terakhir temujanjinya adalah pada Mac 2013 yang mana Pakar Genetik bersetuju untuk ambil darah dan air kencing untuk buat test kromosom ke atas Lope. Ujian ini adalah penting sekiranya kami merancang untuk nak bagi Lope adik lagi untuk melihat sama ada kelainan yang ada pada Lope ini bersifat genetik/baka atau tidak.


HKL seperti biasanya penuh sesak, parking susah dan ramai orang. Fakta yang tak dapat diubah. Saya tetap bersyukur kerana minggu lepas, pihak klinik ada menghubungi kami memaklumkan bahawa Klinik Genetik yang sebelum ini ditempatkan di Institut Padiatrik telah berpindah ke bangunan Institut Kaji Saraf. Saya tidak pasti sama ada perpindahan klinik ini bersifat sementara atau kekal. Syukurnya kerana ruang menunggu di sini lebih selesa berbanding lokasi klinik yang lama.

Lope tidak mempunyai masalah meskipun kami menunggu giliran bertermu doktor lebih 3 jam. Lope berkelakuan baik. Pada mulanya, dia duduk sendiri di kerusi menunggu. Mungkin bila dah lama sangat, Lope dah mula lenguh belakangnya dan saya mula membaringkan Lope di dalam strollernya yang kerusinya diturunkan. 



Sambil menunggu juga, kami disapa oleh Kak Siti Suhaila. Pergh, diaorang all the way from JB uolls! 



Elok je dok sensorang sebenarnya, tapi bila Encik Bubu datang, terus nak manja-manja kacau Abah. Hehehehe.


Bila giliran kami bertemu doktor, semuanya okey. Lope berkelakuan baik. Paling saya tunggu, adalah laporan ujian darah yang diambil tahun lalu. Alhamdulillah, kesemua 46 pasangan kromosom Lope adalah normal. Ini bererti, kelainan yang ada pada Lope bukanlan berpunca daripada masalah genetik (sepertimana beberapa orang yang kononnya tahu everything mengenai kehidupan claimed before!)



Saya juga bertanya, adakah kemungkinan Lope penghidap DMD? (refer entry saya Tanpa Kamu, Aku Lemah) Jawab doktor "Tak mungkin. Tengok sahaja pada kakinya, dia kuat! DMD patients will getting weaker each day. This boy is amazing!" sambil menepuk-nepuk kaki Lope.

Saya tak tahu macam mana gembiranya saya boleh gambarkan. Tak ada perkataan yang mampu gambarkan. Selepas Lope berusia 5 tahun, saya sudah berhenti meletakkan sebarang harapan untuk Lope sasarkan. Saya sendiri masih terasa pedihnya bila saya mencuba all-out untuk Lope belajar berjalan tetapi dia tidak mampu membuatnya, saya kecewa. Ya, memang saya yang over kecewa sebab saya sudah mengorbankan sebuah pengalaman berharga untuk saya tempuhi dengan Lope kepada sebuah target dan pencapaian.

Bermula dari itu, saya sering ingatkan diri - Lope berada didalam liganya tersendiri. Saya tidak perlu menggariskan pencapaian dan target yang melampau untuknya. Setelah semua usaha, kudrat dan terapi dilaburkan untuk Lope tidak membuahkan hasil, saya faham - mungkin Allah belum mengizinkannya lagi. Jangan difikirkan dari segi kekurangan, keburukan, kesedihannya sahaja. Pasti ada hikmahnya lebih baik kerana perancanganNya semua elok.

Satu yang eloknya bila Lope tidak lagi mampu berjalan.
Senang untuk saya menguruskannya. Kalau dia berjalan, mungkin berlari jua -- Lope akan menjadi raja pecut kerana kanak-kanak autisma memang begitu. *lap-peluh*

Kembali semula mengenai temujanji genetik -- Lope terpaksa diambil darah lagi :( Kali ini untuk ujian ke atas 46 kromosom itu sendiri pulak. Tak apalah. Saya mengizinkan jua darahnya diambil. Kali ini, belajar dari pengalaman, saya dan Encik Bubu minta Lope "dibungkus" dengan duvet. Kemudian, saya memeluknya sepanjang proses ambil darah dijalankan.

The brave boy didn't cry at all. Well done!

Video ni dirakam semasa doktor sedang interview saya dan Encik Bubu. 
Mood ceria dan happy. 

Dalam kereta, bila letak aje Lope, saya baru keluar dari HKL, tengok-tengok dia dah macam ni.

 Kesiannya orang penat.

Ini selingan je ni. Saya balik melalui highway MEX dan saya nampak ini.


Terbakar lagi! Tak heranlah Putrajaya setiap petang jerebu teruk. Sesak nafas, pedih mata, sakit hidung dibuatnya!

1 comment:

ct-sue said...

Hahaha kesian Lope...sampai tertidur...Haziq? Sepanjang jalan tak tidur...esoknya dia qadha' kat rumah pengasuh plus adegan kamuk-kamuk lagi...