Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

06/01/2014

Isu persekolahan dan Mama yang tidak adil?


Hari ini hari pertama Sophia melangkah ke pra-sekolah. Seperti yang dijangkakan, tiada apa yang perlu dibimbangkan. Semalam jam 9 sudah beradu. Pagi ini jam 7 sudah bangkit. Jam 8 pagi sudah berada di sekolah. Tak ada drama, tak ada air mata. Salam Mama, peluk Mama dan pesan "nanti Mama ambil Ya ye".

bergambar di hadapan sekolah.
tak ada riak muka orang nak menangis, kan? ;)

Phew ~* 
Lega satu cerita. Tapi, hati dan naluri keibuan saya masih rasa berat. Bukan Sophia yang saya bimbangkan, tetapi si Lope, abangnya.

:(

Flashback sikit.

Sudah seminggu saya dan Encik Bubu berpesan kepada Sophia, next week akan sekolah. Nect week, tidur awal bangun awal etc. Dalam hati, saya terasa seperti si abangnya jauh hati. Lope tidak bercakap, tidak menunjukkan reaksi tidak bermakna Lope tidak ada rasa cemburu. 

Ralatnya hati saya.

Hari Sabtu -- seperti biasanya hari Sabtu, saya membawa mereka bermain di playground selama sejam namun, ianya tertakluk kepada keadaan cuaca. Petang sabtu lepas,. bumi Putrajaya disimbah hujan yang lebat. Maka tiada aktiviti ke playground. Janji saya kepada Lope dibawa ke esoknya. Malamnya, saya membawa Sophia keluar, mencari keperluan persekolahannya bersama Encik Bubu. Lope ditinggalkan di rumah. Bila balik, dia masih menunggu. Masih belum tidur. Saya rasa bersalah, terus membawanya tidur di bilik. Ibaratnya seperti menunggu belaian Mama, 10 minit kemudian dia terlena.

Hari Ahad -- atas urusan inner_chantek maka saya berpergian lagi. Dari pagi membawa ke lewat petang. Masih juga seperti semalam, petangnya juga hujan. Maka, janji untuk dibawa ke playground dibatalkan. Malamnya, saya memaksa kedua-dua beradik untuk masuk tidur dengan lebih awal. Jam 9 Sophia sudah selamat beradu namun tidak Lope.

Lope hanya tidur jam 2 pagi :(

Sebagai ibu, seringnya dia tidak lena tidur bila dia terlalu excited. Biasanya, bila saya memberitahu "Lope, tidur awal, esok kita swimming" - maka, kerana terlalu excited, sampai tak tidur. atau, "Lope, esok kita balik Kelantan rumah Cik" maka, semalaman jua dia tidak tidur menanti detik untuk pulang. Dan, semalam.. Lope tidak tidur.

Bererti, dia teruja akan sesuatu. Pada hemah saya, frase Mama laungkan "dua-dua tidur awal sebab esok nak pergi sekolah" sudah difahami oleh sang Abang bahawa esok juga adalah hari persekolahan untuknya.

:(

Semalam tidurnya jam 2 pagi.
Pagi ini bangkitnya jam 7.

Matanya terkebil-kebil melihat Sophia dan saya yang sedang bersiap. Sumpah, saya tidak perasan tadi hinggalah apabila si adik berjumpa si abang untuk meminta izin ke sekolah. "Abang, Adik nak pergi sechool. Abang duk rumah dengan Bibik. Adik pegi kejap aje." si Abang yang seringnya jika si adik meminta izin begitu akan menarik rambut atau menghulurkan mukanya untuk dicium tetapi memalingkan muka ke arah lain.

:(

Begitu juga bila saya berpesan kepadanya seperti biasa. "Lope, Mama nak pergi office. Mama hantar adik sekejap, lepas tu Mama pergi office. Nanti tengahari Mama balik semula." Tidak seperti selalunya, Lope memusingkan badan ke arah lain. Gugur hati saya. 

Hinggalah kini. Hati saya masih berat teringatkan Lope dan bukannya Sophia yang menjalani hari pertama persekolahannya. Beratnya hati saya kerana tidak berlaku adil terhadap Lope. 

Tidak bersuara.
Tidak menangis.
Tidak cranky.

Tak bererti sama sekali Lope tidak ada perasaan.

:(

Semalaman excited tak dapat tidur menyangka mahu ke sekolah esoknya :(

Beratnya hati saya menangis sendiri sebab di hukum rasa bersalah dan tidak adil. Anyone yang berada di kawasan Putrajaya/Bangi/Cyberjaya -- ada cadangan sekolah yang bersesuai dengan Lope yang mempunyai masalah urus diri (tidak berjalan, tidak bercakap, tidak pandai urus diri). Jika ada, tolonglah suggestkan untuk saya :)

:(

3 comments:

juls julie said...

Assalam...siannyer Lope.. semoga ibunya bertabah yer.. Dugaan utk org2 yg Allah sayang..

saya x de info pasal sekolah tu tp mungkin ini dpt membantu
https://www.facebook.com/pages/KELAB-ANAK-AUTISME/115147895176996

eima said...

nanti ima tanya my opiser ..anak die down sindrom dan tidak boleh berjalan guna wheelchair ...pi sek khas kat p14 tp tak sure sekolah ape ... nanti ai tolong tanya ek ...

eima said...

http://www.jkmwpkl.gov.my/perkhidmatan-luar/orang-kurang-upaya-termasuk-pdk/pemulihan-dalam-komuniti-pdk/

boleh daftar dekat je kat P14 tp tempat terhad ...