Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

22/12/2014

MyHRMIS Cuti -- apply cuti dimana sahaja anda berada.

Eceh. Hari ni saya discover satu perkara yang saya baru tahu. Ulang suara, saya baru tahu. Mengenai "MyHRMIS Cuti". Bila sebut HRMIS ni, kakitangan awam kat Malaysia ni confirm tahu apa ke benda tu.  
 
Semenjak saya menyertai perkhidmatan awam pada tahun 2003, bila nak mohon cuti aje, saya akan buat secara konvensional -- isi borang cuti, pastu minta boss tandatangan nak lulus atau tidak. Tapi, untuk tahun 2015, saya akan tinggalkan perbuatan konvensional itu. Hekhekhek.
 
Khas untuk pengguna telefon bimbit pintar Android, silalah muat turun aplikasi ini di Play Store anda. Search "MyHRMIS Cuti"
  
 

Bila sudah dimuat turun, paparan ini akan menghiasi screen telefon pintar anda.

 
Anda boleh semak baki cuti anda tanpa menyemaknya dengan pegawai yang menguruskan cuti.

OMG. Memang kaki cuti ok >.<
Semua rekod cuti anda pun ada kat sini.

Paling saya suka -- boleh mohon cuti di hujung jari anda sahaja. Senang!

Mohon cuti.

Anda juga boleh semak profile di MyHRMIS Cuti.



Tahniah untuk team JPA yang membangunkan aplikasi yang mudah, ringkas dan bermanfaat ini.

 
Jangan lupa download ye :)
 
 
 

13/10/2014

God Chooses Mom For Disabled Child

By Erma Bombeck.

Did you ever wonder how mothers of handicapped children are chosen? 

Somehow I visualize God hovering over Earth selecting his instruments for propagation with great care and deliberation. As he observes, he instructs his angels to make notes in a giant ledger.

"Armstrong, Beth; son; patron saint, Matthew."
"Forrest, Marjorie; daughter; patron saint, Cecelia."
"Rudledge, Carrie; twins; patron saint.... give her Gerard. He's used to profanity."

Finally, he passes a name to an angel and smiles, 
"Give her a handicapped child." 

The angel is curious. 
"Why this one, God? She's so happy."

"Exactly," smiles God. 
"Could I give a handicapped child a mother who does not know laughter? That would be cruel." 

"But has she patience?" asks the angel. 

"I don't want her to have too much patience or she will drown in a sea of self-pity and despair. Once the shock and resentment wears off, she'll handle it." 

"I watched her today. She has that feeling of self and independence. She'll have to teach the child to live in her world and that's not going to be easy." 

"But, Lord, I don't think she even believes in you." 

God smiles. 

"No matter. I can fix that. This one is perfect. She has just enough selfishness." 

The angel gasps, "Selfishness? Is that a virtue?" 

God nods. 

"If she can't separate herself from the child occasionally, she'll never survive. Yes, there is a woman I will bless with a child less then perfect. She doesn't realize it yet, but she is to be envied. She will never take for granted a spoken word. She will never consider a step ordinary. When her child says "Momma" for the first time, she will be present at a miracle and know it! When she describes a tree or a sunset to her blind child, she will see it as few people ever see my creations." 

"I will permit her to see clearly the things I see---ignorance, cruelty, prejudice--- and allow her to rise above them. She will never be alone. I will be at her side every minute of every day of her life because she is doing my work as surely as she is here by my side." 

"And what about her patron saint?" asks the angel, his pen poised in midair.

God smiles.  
"A mirror will suffice."


12/09/2014

Naluri ibu.

Kata orang tua, pengalaman adalah guru yang terhebat. Begitu juga dengan "orang tua terlebih dahulu makan garam". Bila umur dah semakin meningkat ini, saya rasa kata-kata itu banyak benarnya.

Baru 10 tahun saya berkahwin.
Tapi, alhamdulillah. Bila adik-adik di pejabat bercerita mengenai rumah tangga, saya rasa seperti - eh, dulu aku pun macam ni dengan Encik Bubu. Kehkehkeh. Itu baru 10 tahun kan, bayangkan mak-mak kita yang berpuluh tahun tu. Patutlah diaorang rileks je tengok kita kadang-kadang sentap dengan suami. >.<

Begitu juga dengan naluri saya bila melihat anak-anak. Semenjak tahu Lope itu seorang anak autism, kadang-kadang saya rasa saya macam negatif sangat pulak. Anak si A tak boleh berjalan lagi. Dalam hati dok bayang, eh.. budak ni delay ke. Anak si B tak bercakap lagi, dalam hati dok cakap kena bawak pegi speech therapy tu. Anak si C asyik duk susun barang panjang-panjang, tak nak bergaul dengan orang, takde eye-contact. Dalam hati dok cakap budak ni autism!

Semuanya dalam hati. Saya tak cakap kat mak bapak diaorang sebab saya tahu, saya bukan doktor kanak-kanak yang pakar dalam hal itu. Apa yang saya ada cuma sebuah naluri ibu yang dah menyelusuri kelainan itu. Orang putih cakap "just being corncern". Orang melayu cakap "Joyah sangat ko menyibukkk". Kehkehkeh.

Hari ini, ada orang cakap kat saya, anak selebriti itu disahkan autism. Sumpah weh, anak dia paling comel. Selama ni pun, saya dok nengok video budak tu. Kalau masa rajin, saya komen panjang lebar (hahahahah), ada masa malas, saya like ajo dan kalau masa lagiiiii malas, saya tengok aje.

Flashback 5 tahun dulu masa doktor cakap yang Lope ni autism.

Saya rasa lega, sebab Lope bukanlah kelainan seperti down syndrome, sakit yang nampak macam teruk kepada fizikal. Bila doktor cakap "autism" perkara yang paling pertama saya buat bila pulang ke rumah adalah tanya Google.

Selepas setengah jam, apa yang saya tahu. Saya sudah banjir menangis. Panik. Saya masih ingat, Lope sedang tidur. Saya ambilnya dan peluk. Sehingga dia terjaga dan sama menangis dengan saya. Barulah Encik Bubu datang dan dan bertanya kenapa. Waktu itu, saya hanya perlukan satu pelukan yang ikhlas. Pelukan yang mendamaikan untuk memberi isyarat kepada saya "tak apa." Lagi heartbreaking bila saya bercerita kepada Cik, abang-abang dan kakak-kakak dan mereka sendiri kurang arif apa itu autism.

Jadi, perjalanan menjadi ibu kepada anak autism bermula. 

Siri berjumpa terapi. 
Tukar jadual kehidupan.
Cuba pelbagai kaedah perubatan.
Hadir kelas ibubapa.
Berkawan dengan ibubapa yang punya anak autism.
.
.
.
.

Perjalanan yang panjang yang memerlukan pengorbanan dan sokongan dari  keluarga, kawan-kawan dan masyarakat. Selepas 5 tahun, alhamdulillah. Keluarga, kawan-kawan dan masyarakat yang mengetahui kelainan yang ada pada Lope mula menerima kelainannya dan menyimpan rasa "simpati tidak bertempat" itu terhadapnya.

Jika Lope meltdown, tantrum, mengalami sensory overloaded sekali pun -- alhamdulillah, selepas 5 tahun, saya boleh mengawalnya. Jika tak semua pun, sebahagian saya mampu. Begitu juga dengan kawan-kawan dan keluarga. Terima kasih.

Untuk selebriti itu, dari jauh saya doakan, saya titipkan doa buatmu, buat sang anak yang sering mencuri perhatian dan kasih sayang saya, tak mengapa. Tidak salah menjadi yang berbeza, yang istimewa itu nyata berbeza. 

Tengok dengan mata hati.
Ini nyawa saya.
Nama dia Lope :)

28/08/2014

Hargai 5 Perkara, Sebelum 5 Perkara.

Alhamdulillah, saya tahu Allah itu masih sayang lagi kepada saya bila dia uji saya dengan kesakitan. Throwback balik, sepanjang 7 tahun saya menjadi mama kepada Lope, tersangat jarang saya diuji dengan kesakitan. Demam sikit-sikit, batuk sikit-sikit -- memang ada, tapi pejamkan mata sahaja sebab kita tahu, ada orang yang lebih memerlukan saya.

Sudah lebih 2 minggu saya batuk, sinus dan membawa kepada serangan asma. Saya tahu, bila saya sakit macam ni, saya dapat rasa apa yang Lope rasa. Tapi, rupanya sakit saya kali ini tidak setakat itu sahaja. Ianya adalah tanda awal kepada sesuatu yang lebih serious. 

Ini cerita 6 tahun dahulu, kisah macam mana saya sendiri yang sakit. 

Retina Detachment I 
Retina Detachment II.
Follow-ups I
Follow-ups II

Doakan saya cepat sembuh, diringankan rasa sakit dan kembali cerdas seperti biasa untuk saya terus memberikan yang terbaik untuk keluarga.



08/08/2014

Ingatan + Pesanan = Social Story.

Mungkin ianya agak baru untuk ibubapa yang tidak mempunyai masalah seperti mana Lope. Social story adalah kaedah penceritaan mengenai situasi, kemahiran atau konsep yang releven yang digunakan didalam masyarakat. Tujuan social story adalah untuk berkongsi maklumat yang tepat kepada individu autistik (dalam konteks Lope) untuk memahami sesuatu adab/tatasusila/situasi.


Ini adalah contoh social story yang dibuat oleh Syahirah Omar untuk anaknya. Ini memang betul-betul otai sebab pandai melukis. Untuk Lope pula, social story untuknya adalah berlainan. Setiap individu autistik memiliki keistimewaannya yang tersendiri dan untuk Lope adalah ingatan. 

Berdasarkan kepada pemerhatian saya selama 7 tahun menjadi mama kepada Lope, dia memiliki ingatan yang sangat kuat terhadap sesuatu perkara. Kata kita, iya ke? Rasa diragui tetapi setiap pesanan yang disampaikan kepada Lope, dalam rekod saya, Lope memang mematuhi pesanan yang disampaikan.

Paling baru, pesanan semasa hari raya ke-2 sebab kami ada raya photoshoot kat rumah Cik. Paling bimbang Lope akan cranky. Encik Bubu 2-3 kali pesan, "Lope, hari ni kita ada photoshoot. Orang akan ambil gambar Lope. Abah nak Lope pakai songkok ni, jangan buka. Lope kena behave. Lope kan good boy. Dengar kata Abah, ok?"

Seperti biasa, tak ada respon pada Lope. Pandang pun ke tempat lain. Bila waktu kejadian, alhamdulillah. Lope sangat mendengar kata. Duduk di kerusi yang disediakan untuknya. Sangat baik. Saya dan Encik Bubu sangat bersyukur.

 The Megat Ramli's


Ini hero saya bila selesai acara gambar bergambar dengan semua. Tidak menangis, tantrum jauh sekali. Makin improve bila berhadapan dengan wajah-wajah yang tidak biasa, bunyi bising riuh rendah orang bergelak ketawa, menahan panas hingga berpeluh, juga Lope tidak menangis dan mula buat onar nak tantrum. Kesimpulannya, social story untuk Lope bukan berbentuk visual tetapi dalam bentuk oral dan ingatan. 




21/07/2014

Kenapa boikot?

23 Ramadhan.
 

Tiada perkataan yang dapat digambarkan di bulan yang baik ini. Cari sahaja hashtag #GazaUnderAttack --> maka, bersepah keluar gambar yang mampu buat saya menangis tersedu-sedan. Kanak-kanak dibom, ditembak & mati bergelimpangan. Sekarang baru saya faham kenapa Morsi dan Ikhwanul Muslimin dinyahkan sebelum ini apabila pintu Rafah tidak dibuka untuk bantuan kemanusiaan sampai ke Gaza.

Mari kita berdoa.
Mari kita menderma.
Mari kita boikot barangan yang menyumbang kepada Israel.

Kenapa boikot?

 Poster kredit kepada Akmal Aziz.

Jom kita boikot secara berjemaah.

18/07/2014

Surah Al-Kahfi & Kelebihannya

Sumber: SINI.

 

Al-Kahf bererti gua.
Surah ke-18 dan mengandungi 110 ayat.

Ia merupakan surah Makkiyah. 

Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.

Kelebihan yang disebut oleh Nabi Muhammad SAW bagi sesiapa membaca Surah Al-Kahfi diantaranya adalah:

- Pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat; dan
- Dijauhi fitnah Dajjal jika menghafal 10 ayat terawal. 
 Imam Ahmad berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal."
 [ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]

Imam Ahmad berkata : "Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal."
 [ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]
Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."
 [ Hadis Riwayat Ahmad ]
Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada Abi Said Al Khudri berkata:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dihamparkan utknya daripada cahaya antara dia dan bait Al Atiqa."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada Mandhur Ibnu Zaid, Khalid Al-Juhani dari Ibnu Al-Hussien dari bapanya daripada Ali Marfu'an:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,maka dia dihindari daripada fitnah selama lapan hari,dan jika Al- Dajjal muncul,maka terhindar dia daripadanya."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada syukbah daripada Abi Hashim dgn isnadnya.sesungguhnya Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan,jadilah cahaya utknya dihari kiamat."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
 

Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan "in sha' ALLAH". 


Ia suatu kalimah yang sangat penting. 

Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahfi ialah kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh. 

Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi sallAllahu`alaihi wasallam tidak menyebut "in sha' ALLAH" tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut. Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebut "in sha' ALLAH" tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari ALLAH tentang 3 persoalan tersebut.

 

26/05/2014

MAKAN DALAM.

(with CAPITAL LETTERS!)

Kadang-kadang, orang ni tak berapa cerdik bila nak menyampaikan sesuatu hasrat hati. Tak sensitif. Tak fikir apa yang orang lain rasa. Tak guna kepala otak sebelum membiarkan perkataan itu laju keluar dari mulut. 

Kelahiran.
Jodoh.
Rezeki.
Kematian.

Empat perkara yang ditentukan oleh sang Pencipta. Sebelum saya dikurniakan Lope, saya meminta kepadanya untuk dikurniakan zuriat. Saya berjanji padaNya, saya akan membesarkan zuriat yang diberi tanpa bersyarat. Alhamdulillah, selepas 2 tahun berkahwin, Allah meniupkan satu nyawa ke dalam rahim saya. Hadirnya setelah saya benar-benar tawakal kepadaNya setelah semua usaha dijalankan untuk dikurniakan anak.

Selepas 3 tahun, kami dikurniakan seorang zuriat. Lelaki seperti yang kami idamkan. Waktu itu, rasanya kebahagiaan adalah milik kami berdua. Rasa lengkap bila kami dikurniakan sang anak. Kami mengesan kelainan upaya pada Lope selepas 6 bulan usianya dan disahkan Autisme dan Lewat Perkembangan setahun kemudiannya. Seperti dalam cerita-cerita saya yang lepas, kami menerima Lope. Sayang tanpa syarat - seperti mana ibubapa lain menyayangi darah daging mereka.



Satu pinta saya, walau sebagaimana rasa aneh dimata anda melihat Lope, atau terbit rasa kasihan kepadanya atau kepada saya kerana saya dianugerahkan anak kelainan upaya - yang tidak mampu mengurus diri, tidak mampu menutur kata, tidak mampu mengatur langkah, berkelakuan aneh, menangis dan tantrum di khalayak ramai, satu pinta saya -- simpan segalanya didalam hati anda. Tidak perlu dituturkan kata-kata kasihan kepada saya. Tidak perlu berfikir bagi pihak saya berapa lama lagi "penderitaan" di mata anda ini untuk saya harungi ini akan berakhir.

Jika anda rasa kasihan kepada Lope, titipkan doa buat Lope. Pohon segala urusan kehidupannya didunia ini dimudahkan, dipelihara hidupnya dari segala kejahatan manusia terhadapnya.

Jika anda rasa kasihan kepada saya, titipkan doa buat saya, doakan saya dikurniakan kesihatan tubuh badan yang berpanjangan untuk saya menguruskan Lope.

Ayat seperti "Budak macam ni selalunya usia tak panjang.." adalah satu struktur ayat yang membuatkan saya tidak mampu menelan untuk menterjemahkannya ke dalam maksudnya yang tersendiri. 3 hari ayat ini masih melekat didalam otak saya. Makan dalam! Membayangkannya saya ngeri, saya sering minta dijauhkan, dilambatkan keadaan yang dimaksudkan itu untuk hadir.
.
Tahukah anda, setiap pagi perkara pertama yang saya lihat dahulu apabila saya membuka mata adalah melihat Lope? Memastikan dia bernafas adalah satu kelegaan buat saya. Begitu juga setiap malam, tiap kali saya terjaga, saya akan memerhatikan Lope. Bernafaskah dia? Jika Lope diserang asma, tahukah anda saya berjaga sepanjang malam menemaninya. Tahukah anda betapa takutnya saya dengan sebuah kehilangan?
.
Saya tahu, suatu hari nanti, saat itu pasti akan tiba. Pasti. 
.
Buat masa ini, izinkan saya menikmati betapa indahnya dikurniakan seorang anak bernama Lope. Doakan Lope, doakan saya, doakan kami. Apa yang disebut itu adalah doa. Doakan saya panjang usia & kesihatan yang baik untuk saya menjaga Lope ke hujung usianya.

30/04/2014

inner chantek?

Ore kelate royat - ngepeng. Hahahahha.


Jemput singgah:



12/04/2014

7 tahun yang indah.

 




 


 

  
Selamat Hari Lahir ke-7, Lope!
Mama, Abah & Adik Sophia sayang Lope.
 

04/04/2014

#AutismAwarenessDay2014

Terima kasih kerana menjadikan 2 April 2014 berwarna biru sempena Hari Kesedaran Autism Sedunia ;) Ini antara gambar-gambar yang orang tagging saya memberikan sokongan. Tahun ini saya sangat teruja bila ramai dari kalangan keluarga saya turut sama berkongsi gambar berpakaian biru untuk Lope. Iolls suka!

Ini adalah sebahagian dari orang-orang yang sporting dan yang sempat saya tempek gambarnya.






































Ini pulak dari uncle FT. saje pegi remind dia pasal #AutismAwarenessDay.


Takpelah Uncle FT tak kaler blue pun sebab bila Uncle FT retweet aje, ramai yang retweet balik. So, orang ramai tahu apa itu Autism atau kalau tak tahu pun diaorang akan google :p

Dan ini, yours truly.

Ini pula the hero on the day itself ;)

Auwwwww.
Tersilap tempek :p
Ini MinHo-sshi Xxx

Ini heronya ;)