Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

29/08/2013

Sekiranya anda adalah ibu kepada anak istimewa...

I think you should read this.

Saya tak pernah terfikir, jalinan ukhwah sesama ibu yang mempunyai anak-anak istimewa ini sungguh istimewa bonding-nya. Mungkin meletakkan diri sendiri dalam keadaan yang sama dengan teman sekasut menjadikan kami (ibu-ibu kepada anak istimewa) satu "kekuatan" tersendiri.

Betul kata orang, bersatu kita teguh. 

Bila  saya menerima diagnosis dari doktor mengenai Lope, saya tidak tahu apa itu Autism & Global Developmental Delay. Saudara dan teman-teman rapat tidak mempunyai anak yang didiagnos mengenainya. Apa yang saya tahu mengenai kelainan upaya adalah Down Syndrome dan mungkin yang melibatkan kelainan fizikal. Itupun saya tak tahu apa jenisnya.

Saya masih ingat macam mana saya mengambil masa untuk menghadam lumat apa itu Autism dan Global Developmental Delay. Kesannya, terapinya.

Dimana saya harus bermula? 
Dengan siapa harus bertanya? 
Bagaimana nak buat?  

Percayalah, jika anda berada di tempat saya waktu itu, anda tak akan tahu dimana harus bermula. Bila bertanya kepada doktor, hanya satu yang diberitahu - isi borang OKU. Kemudian, saya dirujuk menghadiri terapi cara kerja, fisioterapi dan terapi pertuturan.

Itu sahaja.

Saya bernasib baik kerana saya hidup di zaman "google-adalah-teman-baik-anda" jadi, saya mendapat banyak ilmu dari pembacaan. Lagi banyak saya membaca, lagi lemah saya dibuatnya. Lemah kerana saya tahu, jalan yang terbentang dihadapan saya adalah berliku yang mana saya perlu bersabar, kuat dan perlu yakin bahawa kasih sayang seorang ibu kepada anak adalah tanpa syarat.

Disinilah para ibubapa/penjaga perlukan satu kumpulan sokongan yang mana menyokong diantara satu sama lain. Orang pertama yang memberikan saya impak yang besar adalah Jiey. Saya berhutang budi dengan dia. Semangatnya. Kegigihannya. Dari Jiey, saya bertemu Ina dan kemudiannya Kak Jue. Namun, anak-anak mereka bukanlah didiagnos sama seperti Lope.

Satu perlu kita tahu, autism adalah satu spectrum yang mana ianya satu keadaan yang tidak tertakluk kepada satu ciri sahaja. Kerana Lope didiagnos sebagai autism, maka disinilah saya berkenalan pula dengan kumpulan sokongan Autism Malaysia. Masa itu, saya kenal Dato' ZT kita dan selepas itulah barulah Autisme Malaysia ditubuhkan. 

Penting buat ibu.

Jika anak anda memang dah disahkan oleh doktor sebagai Celebral Palsy, Down Syndrome yang memang nampak pada fizikalnya, itu tidak memberikan satu tanda tanya yang besar sangat. Seperti Lope, semuanya sempurna pada pandangan mata saya.



This is Lope in his day 1 age. 
I was the happiest mother back then without knowing the difference he has.

- sejak dari dalam pantang, perhatikan milestone bayi anda
- jika perkembangannya terlambat, tanya doktor anda
- dapatkan pemeriksaan seawal usianya. Early intervention helps a LOT.

Mengikut Forbes, setiap 1:50 adalah kanak-kanak autism. Itu di USA. Tak mustahil ianya boleh berlaku terhadap anak anda. Jadilah ibubapa yang lebih peka. Kadang-kadang, bila terlihat anak-anak yang lost, saya terfikir autism, kah dia? Bila ditanya pada orang, katanya budak itu lembab, tak pandai bergaul dan selalu kena buli di sekolah.

Kesian, kan? 

Dalam membesarkan Lope, tidak ada istilah berhenti untuk berterapi. Lope memulakan terapi pertamanya pada Januari 2008. Terus menerus. Kadang-kadang, kami stop jugak, berhenti berehat bernafas. etiap kali saya berhenti dan faktor kewangan yang menjadi puncanya, saya akan rasa yang bersalah yang teramat sangat.
 
 
 
 
 






Saya dah menyaksikanpelbagai jenis tangisan. Ada menangis sebab sakit, tak mahu buat dan menangis kerana tidak selesa. Tidak ada istilah berhenti. Harapnya saya istiqamah. Orang sebut je rawatan itu ini bagus, saya akan pergi mencuba. Harapnya, terapi yang terbaru saya intai-intai ini boleh juga dicuba untuk Lope. Jika diizinkan Allah dan peruntukan kewangan kami ;)
 
 Hang in there, my strong boy!

22/08/2013

Saya mahu mengandung lagi!

Special shout out to my other half gituw!

Hahahahha.

Rasanya, sekarang ini adalah masa yang sesuai untuk saya cuba untuk bagi adik kepada Lope dan Sophia. Lope dah 6 tahun, Phia pun dah 4 tahun. Masalahnya, saya ni memang jenis orang yang susah nak lekat perutnya. Sekarang ni, lelemak yang senang menempel kat perut. Wuuuu.

Dulu, masa nak dapatkan Lope - macam-macam usaha saya buat. Jumpa doktor, jumpa bidan, try urut sana sini, makan ubat macam-macam. Bila saya dah give-up dan berserah pada takdir, waktu itulah Allah kurniakan saya hadiah terindah ini dalam rahim. Sama juga bila turn Phia. Sebab memang tahu saya jenis susah nak mengandung, selepas lahirkan Lope, saya memang tak merancang atau apa pun. Alih-alih, disebabkan pergi klinik nak dapatkan MC (sebab masa tu memang badan cepat penat) rupanya sudah 12 minggu Phia berada dalam rahim saya.

Auuwww. Sweetnya bila ingat cerita macam mana mengandung, perasaan dan pengalaman masa mengandung dan yang paling  mengujakan bila anak yang kita kandung tu lahir. Nak-nak plak, dalam minggu ni ada 2 orang sepupu saya lahirkan baby. Masya Allah. Sorang boy, sorang girl. Dua-dua comel. Lagilah gene keibuan saya terlompat-lompat nak mengandung, nak baby dan nak cium bau baby.

Eeeeiii. Tu yang bila jumpa anak Alang yang umur 3 bulan tu teruk dia kena buli dengan Wansue dia. Haish. Si Megat Umar tu comel plak orangnya. Super gerams!

Ini saya jumpa di FB fan page Dr. Hamid Arshat. Dia adalah salah seorang doktor yang saya jumpa sebelum dapat Lope. Jumpa 2 kali je, terus lekat (dengan izin Allah) Dr. Hamid Arshat ni memang otai la. So, kalau kawan-kawan yang masih mencuba, cer try jumpa. In sha Allah.
Bagi mereka yg masih berusaha mendapat zuriatan toiba.

1. Jangan putus asa terus berdoa kpd Allah dan berusaha dapatkan rawatan.

2. Turunkan berat dan kawal disekitar 60 kg. (long way to go!)

3. Kurangkan gula dan karbihaidret dalam minuman dan makanan.

4. Minum teh hijau dan fresh juice . Jauhkan fizzy/soft drnik dan juice dalam botol atau kotak. Minum air kelapa atau buat juice buah-buahan.

5. Makan lebih sayur-sayuran hijau, ulam-ulam, sup sayur, salad, pecal atau rojak.

6. Makan lebih buah-buahan. Mulakan setiap sajian makanan dengan buah-buahan, diikuti sayur-sayuran.

7. Kurangkan nasi , masak lauk-pauk seperti daging , ayam dan ikan yg fresh/segar. Gunakan lebih kunyit, halia, serai dan bawang dalam masakan.

8. Jauhkan fast dan junk foods dan makanan2 yg diperoses yg mengandungi pengawet, perisa dan pemanis.

9. Rehat dan relaks. Ambil cuti bila isteri subur. Bolih kesan kesuburan dengan ujian ovulation. (attention to my other half. hahahaha)

10. Lakukan exercise dgn berjalan kaki, jogging, tredmill atau berenang 30 minit setiap hari.

11. Supplemen2 - multivtamins, folic, vitamin E dan C, logam2 zinc dan selenium. Fish oil, habbatus sauda.

12. Berbagai2 kaedah rawatan menambah peluang hamil - xray HSG, hydrotubation , D&C, Laparoscopy, IUI, IVF ICSI dan lain2.

13. Setiap pasangan kelamin perlu bersungguh2 dan disiplin untuk mematuhi garis panduan.
 
 Masa ni majlis pertunangan Along in Januari, 2009. Tengah sarat mengandungkan Phia. Bila tengok orang-orang dalam gambar ni, semua dah bergelar Mrs. dah.

Berharap, akan ada rezeki untuk saya dan keluarga dan merealisasikan panggilan Yong Sophia buat Phia. 

Tolong doakan secare berjemaah ye. Amin!

:)

21/08/2013

Surat layang yang sangat kurang ajar buat ibu kepada anak OKU!

Surat kat bawah ni saya ambil di FB. 
Ambil nafas panjang-panjang, dan baca. 


Digest perkataan yang ditulis satu-per-satu.*tarik nafas*

Satu fakta yang korang perlu tahu, surat ini tidak ditujukan kepada saya tetapi, I feel so insulted. 

Macam ni ke jiran-jiran saya rasa bila setiap kali terdengar Lope bersuara (read: memekik, melaung) ye? Adakah kehadiran Lope menakutkan kanak-kanak normal yang lain? Ok, bila habis baca surat layang ni, hati saya sakit. Ada rasa pedih je. Seriously.

Hati saya rasa nak tampar pompuan yang tulis surat ni bila dia mention "personally, they should take whatever non-retarded body parts he posses and donate it to science" Sesedap mulut ko je nak buat, kan.

Saya tak tahu macam mana jiran-jiran saya rasa dengan kehadiran Lope di dalam rumah kami. Sebab kejiranan yang tak peka dan selfish macam nilah yang buatkan golongan OKU ini dikurung sahaja di dalam rumah dengan anggapan mereka menyusahkan mak bapak, orang tak suka sebab mereka pelik dan yang paling penting, kalau dia orang Islam sebab dia jahil dan kalau dia bukan Islam, dia tak akan tahu macam mana rasanya selagi diaorang tak merasai sendiri macam mana menjadi ibu bapa/orang OKU.

Saya adalah emo.

Terus pegi buat banner ni.

 
Korang tak akan faham macam mana individu autism ini selagi korang tak tinggal sekali dan tak hadap mereka hari-hari. Mereka diciptakan sangat unik sebab mereka berlainan daripada kita semua. Istilah mereka menyusahkan atau macam ayat minah dalam surat tu what the hell good is he to anyone memang buat macam hati saya dirobek-robek. Memang minah yang tulis surat ni mentally-retarded dan sangat rude.

Saya adalah emo.

Terus tekan button publish. Bye.

I can't take my eyes off you!

This is dodan bundil Wansue!
Meet my brother's latest edittion - he is such a heart-breaker!

16/08/2013

Hantar Botol Kepada p o r n s t a r ?!

Sila jangan panik dengan perkataan p o r n s t a r disitu. 

Saya sengaja belek-belek keyword apa yang selalunya orang tulis kat google untuk cari blog saya. Nama saya kah? Lope? Selalunya, orang akan search kat google nama blog. Filter nak cari ni plak, dia akan tapis apa-apa perkataan sahaja yang ada dalam blog saya. So, bila saya tengok - adalah satu perkataan yang saya gambarkan iaitu puterism. Hehehehe.

Last month - puterism.


Cara solat terawikh u'olls. Alhamdulillah, harapnya saya dapat beramal bila orang cari macam mana nak tunaikan solat terawikh tu dengan hasil perkongsian yang saya beri. Pastu, semuanya pasal makanan. Hahahaha. Nampak sangat tuan blog suka makan :p

Last week - puterism.

Lebih kurang je dengan last month punya statistik. Next...

This week - puterism.


Hantar botol kepada pornstar?!

Weh! Bila plak saya tulis mengarut porn-porn ni. Masya Allah. Ada 4 hits yang cari. Saya pun try guna keyword yang sama dan google. Ini yang keluar.


Link yang keluar adalah archive Bulan Julai 2012 - klik SINI. Tak tahulah macam mana word pornstar tu terkeluar. Haish! Saya memang 100% yakin blog ini tak ada unsur-unsur 18SX langsung. Sesuai dibaca untuk semua lapisan yer ;)

Today - puterism.


eh.anak megat.blogspot.com 

HAHAHAHAHA. 

Ini rasanya confirm kerja kawan-kawan Encik Bubu. 
Hello there! Next time, sila save url blog ni ye :p

15/08/2013

15 Ogos 2003

Earlier today.

 

Sebelum Syawal, saya sempat berpuasa dengan Cik. Bila saya balik rumah Cik, tak ada tempat di dunia yang lebih selesa dan tak ada makanan yang paling sedap melainkan masakan Cik. Cik tiba-tiba memberikan saya sebentuk cincin. Cincin bertunang.

Apabila di sarungkan ke jari manis tangan kanan saya, seperti ada satu rasa menyelinap. Betullah kata orang, cincin itu pengikat hati. Saya tunjukkan pada Encik Bubu "ingat cincin ni?" dia pandang sekilas dan menjawab "eh, mestilah. Abang yang bagi!"

:p

Hari ini, 10 tahun yang lalu, secara rasminya cincin ini dilingkarkan ke jari manis saya disaksikan dan direstui oleh keluarga kedua-dua belah pihak. In sha Allah, selagi nyawa dikandung badan, tarikh 15 Ogos akan sentiasa menjadi tarikh yang istimewa untuk dikenang - tarikh bermulanya sebuah cerita cinta Nuur Iskandar.

eceh! tetiba nak jiwang. hahahahha.


In the other note - Happy 10th Birthday Kak Yaya (my niece) yang lahir pada hari yang sama ;)



14/08/2013

Mek 400 Ringgit

Ini cerita yang berlaku di malam 1 Syawal. Alkisahnya, selepas family Ayah Lope beredar dari rumah kami, saya dan Encik Bubu bersiap-siap untuk ke HKL menziarahi Nabila. Nak dipendekkan cerita, saya tak mahu membawa Lope atau Sophia. Nanti lambat pula nak ke hospital. Jadi, dengan bermurah hatinya, Encik Bubu menawarkan tabletnya kepada Sophia sebagai umpan.

Untuk makluman, selama ini Sophia memang tidak dibenarkan mengguna tablet Encik Bubu. Jadi, bila diberi lesen besar, Sophia dengan rela hati sanggup ditinggalkan dirumah bersama Lope. Maka, Mama dan Abahnya berlengganglah pergi ke hospital. Selepas hospital, sempat lagi dating berdua di Pavillion bagai dan pulang ke rumah pada hampir-hampir jam 10.00 malam.

Sewaktu kami tiba dirumah, Lope sudah lena dan Sophia masih lagi bermain tablet Encik Bubu. Lebih kurang jam 10.30 malam, saya memaksa Sophia untuk masuk tidur dan dia akur. Tetapi, beberapa minit kemudian, saya mendengar Encik Bubu terpekik. Saya biarkan sahaja kerana masih mendodoikan Sophia. Selang beberapa minit, sekali lagi Encik Bubu terpekik. Kali ini makin nyaring, makin banyak bebelnya dan mendorong dia naik ke bilik kami di atas.

Apabila pintu bilik dibuka, mukanya merah padam dan soalnya "Sophia mana?!" Saya agak kehairanan dan mengisyaratkan tangan terletak dimulut. Anak sudah hampir lena. "Kenapa?" soal saya sepatah.

"Sophia beli game! 2 kali dia purchase! USD9.99 dan USD99.99!" sambil menunjukkan notification di handphonenya. Saya terkejut. "Macam mana dia purchase?" tanya saya balik. "Kat tablet memang Abang save credit card no." saya urut dada. Kemudian, Encik Bubu sibuk buat call, call bank nak tanya macam mana statusnya.

Saya kemudian membuka tablet Encik Bubu. Ini game yang anak dara kami sedang main. My Little Poney -  Friendship is Magic kekdahnya!

http://www.watchcartoononline.com/thumbs/My-Little-Pony-Friendship-Is-Magic-Episode-1.jpg

http://img.gawkerassets.com/img/185840z3ibhv4jpg/original.jpg



Bila nak main game ni, biasalah kena ada token. Kalau kita orang tua ni main, even mamanya hantu candy crush, tak pernah terfikir pun nak beli token. Tapi, untuk budak 4 tahun yang hanya tahu klik "OK" dan "OK" sahaja, bukankan nak beli token ni sungguh senang.


http://ponyvillegazette.com/files/2012/11/my_little_pony_friendship_is_magic_mobile_game_money_for_gems.jpg

Anak dara kami memang ada taste. Dia beli yang paling mahal!


Dia memanglah ada taste, tapi meraung Abahnya :p in total almost RM400! 

FB status Encik Bubu yang tension :p

Moral of the story : jangan simpan nombor kredit kad dalam google wallet dan sila pastikan ada password untuk buat transaction. Bila Encik Bubu cakap Sophia beli game guna duit Abah 400, dia dengan muka berkerut menjawab "mana Ya ambil duit Abah" Hahahahha. Lagilah tension si Abahnya. Apalah budak 4 tahun faham, kan? Nilai RM1 dengan RM50 pun tak tahu beza :p

So, inilah nickname baru Sophia - Mek 400 Ringgit!


13/08/2013

Cerita Syawal kami.


Semua orang bercerita mengenai Syawal mereka. Oh, kami pun nak juga tumpang berkongsi cerita. Syawal yang paling rare sebab kali pertama saya celebrate di rumah kami sendiri di Putrajaya. 


Perasaan sepi dan mencengkam jiwa dah mulai kami rasa 2 hari sebelum raya bila mana semua rumah-rumah di kawasan rumah saya sudah mulai kosong tanpa jasad - yang ada, cuma tinggalan kereta-kereta sahaja di ruangan porch dan pepohon yang melambai. Seringnya, apabila saya pulang petang dari pejabat, kawasan kejiranan saya akan dipenuhi dengan jerit pekik kanak-kanak sedang berbasikal, berlari dan bergelak ketawa. Seringnya, saya memperlahankan kenderaan memberi laluan buat anak-anak ini yang keriangan bermain sesama mereka. Tapi, kali ini semuanya sepi. Ibarat bandar yang ditinggalkan dan hanya kami sekeluarga sahaja wujud.

Phew~*

Malam menjelang Syawal, FIL dan Encik Bubu ke rumah Cik Su Da menjemput Opah (FIL's mother). Dalam hati ada sedikit cuak bila tiap kali Opah datang berkunjung. Cuak jika layanan yang saya berikan tidak memuaskan hatinya. Tapi, kali ini berlainan sekali bila Opah tidak lagi berbicara ramah seperti biasa. Malah, setiap kali saya muncul di layar matanya, soalan ini akan diajukan kepada FIL mahupun kepada Kak Limah, pembantunya - "Siapa tu?" lalu FIL akan menjawab "Menantu Har - Sue" dan dia akan membalas balik " Oh, Ma ingatkan anak Har".

Dialog itu saya dengar hampir 10-15 kali pada malam itu. Nyata, memori Opah sudah semakin lupa. Saya tidak berkecil hati, jauh disudut hati terasa syahdu. Malam Syawal juga, seperti seringnya selalu di kediaman Cik, golongan ibu akan memasak hingga ke jauh malam. Begitu juga dengan saya. Selepas mendodoikan Lope tidur pada jam 11.00 malam (dan saya juga terlelap seketika) saya turun semula ke dapur pada jam 1.00 pagi. Seperti tradisinya di kediaman Cik, ralat pula rasanya menyambut Syawal tanpa juadan makaroni bakar.

Sambil menunggu makanan dibakar, saya mengisi biskut raya, membersihkan pinggan mangkuk yang akan digunakan. Jam 2.30 pagi, sekali saya terkejut melihat Opah menyandang handbag dan memegang tudungnya. Opah mahu pulang ke Jeram (rumahnya). Saya memujuk Opah untuk tidur terlebih dahulu, esokkan raya namun apa yang saya pujuk seperti tidak difahaminya. Lantas, saya mengejutkan Kak Limah. Nasib baik Kak Limah pandai memujuknya dan Opah kembali beradu.

Di pagi Syawal, bangun sedikit lambat kerana beradunya pun sudah menginjak jam 4 pagi. Encik Bubu dan FIL bersolat sunat Aidilfitri di Masjid Besi dan saya dengan gigihnya menyediakan juadah dipagi raya. Juadah simple je pun.

 Encik Bubu kat Masjid Besi :)




Setelah semua dah ready, barulah saya sempat mandikan Lope dan Phia. Last sekali, baru saya siapkan diri sendiri. Bila Encik Bubu dan FIL balik dari masjid, kami lonon-konon nak bergambar raya satu keluarga tapi dengan guna kamera handphone je pun dan Lope yang pusing sana pusing sini, saya rasa - ini ajelah yang boleh dikongsi kat sini.






Phew~* 

Paling excited, bila tetamu datang. Raya kali ni, hanya 4 keluarga sahaja tetamu kami.  Tetamu pertama yang sampai adalah Cik Su Da & family. Yeay!


Pastu, Wan Cik & family datang. Masya Allah, sangat best gear box stew yang Wan Cik buat! Lepas Wan Cik, barulah Nyoh datang. Ingatkan Nyoh dah tak nak datang sebab selepas 3 petang baru Nyoh sampai. Weeee.


Lepas Nyoh, kami ingatkan Ayah Lope dah tak datang tapi datang. Seribu kali sayang, masa ni handphone dah takde bateri. Wuuuuu. Bila Ayah Lope dah turun, saya dan Encik Bubu bersiap-siap untuk ke HKL. Ralat sangat rasanya tak sempat lagi menjenguk Nabila. Kesian sayang Mama Put beraya di hospital. Sayangnya, kami tak sempat jumpa Ina dan Nopal. Alhamdulillah, Nabila dah semakin okey. Masa kami sampai tu, Nabila dan Zul aje yang ada.



Memandangkan kami keluar HKL pun azan Maghrib dah berkumandang, kami terus ke Masjid Kg. Baru untuk solat Maghrib dan selepas solat, suddenly Encik Bubu ajak dating berdua di hari raya. Auw! So, kami berdua dating la di Pavillion. Dating means makan-makan di Tony Roma's. We are not alone sambut raya kat sini - berlambak mat-minah Arab and family dok celebrate raya. Weeee.



The happy me with lamb ribs!
 .
.
.
.
.
.
.
.


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maafkan salah dan silap kami sekeluarga
Andai ada tersalah kata, terguris rasa
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah
Yang buruk itu dari kami sendiri

Ikhlas dari kami:
Mr. Megat a.k.a Encik Bubu
Mrs. Megat a.k.a Puterism
Lope Idris
Yong Sophia

Xx
Dah 10 tahun saya celebrate Aidilfitri ditemani oleh lelaki ini. 
In sha Allah, lebih banyak tahun lagi di masa hadapan :)

12/08/2013

www.pinwheels.my Photo Contest

[Sponsored Post]

Tak sahih rasanya kalau parents zaman sekarang tak pernah beli baju online untuk anak, kan? Kalau saya, inilah perkara yang paling ditakuti - online shopping. Main klik-klik aje, pastu barang sampai, pastu duit dalam bank susut. Heeee.

Untuk parents kat luar sana, saya nak share satu lagi online shopping portal yang best untuk korang klik-klik - Pinwheels.


Baju Baby/Toddler kat sini memang manis-manis semuanya. Geram sungguh saya tengok, tapi nak beli banyak pun dah banyak berhabis masa raya. Tapi, kalau korang rasa nak berbelanja banyak lagi kat sini, apa kata join Pinwheels Photo Contest?


Syarat penyertaan sangat mudah:
1. Shopping kat Pinwheels dengan jumlah minimum RM100
2. Pakaikan anak-anak korang pakaian dari Pinwheels dan snap gambar diaorang
3. Pos gambar kat kat ilovepinwheels kongsi untuk undian



Senang sangat!

Untuk maklumat lanjut, sila singgah kat :


www.pinwheels.my Photo Contest - klik sini Website Pinwheels - klik sini
Facebook Pinwheels - klik sini

Jom join!
Contest bermula dari 15 Ogos hingga 8 September 2013!

06/08/2013

Juadah di pagi Syawal.

Tidak ada istilah balik kampung untuk kami tahun ini. Cukup sekadar menyambut pagi lebaran di teratak kami. In sha Allah, petang esok FIL akan bawa Opah (nenek Encik Bubu) datang & bersama-sama menyambut lebaran. 

Sampai ke saat ini, saya masih berkira-kira lagi - apa yang perlu dihidangkan sebagai juadah hari raya. Sate sudah selamat ditempah. Saya berkira-kira untuk menyediakan satu juadah berat untuk dihidangkan. Kalau kat rumah Cik, ada nasi dagang. Kat rumah saya?


Nasi berlauk ikan aya?

http://2.bp.blogspot.com/-ES30ED607bo/TqRXnb0565I/AAAAAAAAIBE/Ke2ipe1fePQ/s640/nasi+berlauk.jpg

Nasi Ayam?

 http://www.malaysiaedition.net/wp-content/uploads/2013/03/NASI_AYAM.jpg

Atau, mungkin juga..

http://3.bp.blogspot.com/-0oIUpc6ulB4/TVmZ0qk_mEI/AAAAAAAAAOQ/DgTBvAVgQB0/s1600/RendangKerang.jpg
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Oh. Susahnya nak memilih menu!