Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

31/07/2013

Seorang adik.

Seorang adik sifatnya manja.
Seorang adik seringnya akan meniru perilaku yang tua.
Seorang adik biasanya dia yang ingin dibantu.

Tapi tidak bagi Sophia.

Dia seorang adik yang menjiwai seorang kakak. Di usia baru 4 tahun, Sophia peka dan tahu Lope adalah seorang abang yang berbeza. Mungkin kerana seluruh ahli keluarga memberikan tumpuan yang khusus buat Lope memberikan Sophia pendedahan bahawa Lope perlu diutamakan. 

Setiap pagi, saya sering tersentuh dengan dialog-dialog Sophia dengan Lope sebelum dia berangkat ke taska bersama saya. Mungkin juga meniru perilaku saya - walau ke mana saya ingin pergi, saya akan berpesan pada Lope. Saya akan mencium pipi/kepalanya dan memeluk erat sang anak sebelum ke luar dari rumah.

"Abang, adik nak gi skul. Abang dok umah ngan bibik. Abang be good ye" lepas tu dia akan mencium dan memeluk Lope. Dalam hati saya, ianya meninggalkan satu rasa yang cukup besar. Terkesan dengan perilaku adik yang sangat prihatin. 

Begitu juga dengan dialognya setiba pulang dari taska. Lope adalah orang yang pertama dicari. Dialog-dialog ringkas seperti "Ya dah balik" atau "Jom tengok Dora dengan adik" adalah antara bait-bait yang meruntun hati saya. Malah, Sophia tidak kisah jika setiap kali dia memeluk Lope dan rambutnya ditarik atau ada penolakan dari sang abang. Dia sudah lali. Dia sudah menerima sang abang seadanya dia.

Touching.

Tidur berbantalkan lengan si adik. Si adik yang menjiwai watak sang kakak. Seorang pelindung, penghibur dan satu-satunya teman buat Lope. Dari usianya sehari, dia dah tahu perlu tolak ansur dgn Lope. Sama juga tiap kali saya perlu dukung Lope naik ke kamar beradu, ‪#‎sophia‬ akan berulang kali cakap "ya jalan, mama dukung ‪#‎lope‬. ya dah pandai jalan. Lope tak boleh lagi. Cian lope" dan, tiap kali itu hati mama menangis & bersyukur. ‪#‎Alhamdulillah‬ ‪#‎proudparent‬

Gambar di atas adalah scene biasa adik dan abang. Si adik manjanya bukan main, namun dalam manjanya masih bersifat pelindung. Pernah satu malam, Sophia terjaga dari tidur kerana mahu ke tandas, saya menemaninya. Selesai urusan di tandas, apabila dia kembali ke katil dan Lope tidak berselimut, si adik sibuk menarik selimut - menutupi badan abangnya. Tidak cukup dengan itu, dia akan memeluk Lope bila mahu tidurnya. Dia mengambil risiko sekiranya Lope menolak atau menarik rambutnya. Tak mengapa, sebab yang buat itu Lope.

Terima kasih Ya Allah atas kurniaan 2 nyawa ini untukku. Mereka berbeza namun kasih sayang adalah sesuatu yang hadir tanpa batasan dan syarat.

Yes, I am the proud parent.
:')

24/07/2013

Redha itu indah.

Hari ini 15 Ramadhan. Bulan penuh di bulan yang paling barakah.

Selepas bersahur, saya tidak kembali beradu. Selepas bertadarus ringkas, saya kemas bilik. Sebelum jam menginjak 7.15 pagi, saya sempat hinggap di blog Ronasina. Saya baca entri Email Menyentuh Jiwa.

Terusik hati.
Paling saya tersentuh dengan kisah Anjali itu. 
Cantik penceritaan si bapa untuk anaknya.

Perkataan cacat bila dilontarkan dengan intonasi yang mengejek, pandangan mata yang memandang rendah dan mimik muka yang menggambarkan "jijik" atau "tidak senang" mampu menjadikan emosi seorang ibu kepada anak kurang upaya berada pada emosi yang paling rendah. Di awal usia Lope, saya sering menangis dengan pandangan "anak cacat sebab dosa keturunan" atau "anak cacat itu anak sial" atau "anak cacat itu bala".

Saya pernah menangis. Terisak-isak. Maka, saya salurkan kekecewaan saya dalam entry ini pada tahun 2010 & ini pada tahun 2012.

Manusia itu memang sifatnya membuat dosa. Jangan kata mak ayah kita yang lahirkan kita dengan sempurna ini tak ada dosa. Sedikit renungan, untuk orang-orang yang cakap anak cacat itu bala. Pernah terfikir tak, darimana datangnya dosa untuk anak-anak begini?


Mata?
Eye contact pun tak ada. 

Tangan?
Jika makannya pun bersuap, usah difikir dia akan menggunakan tangannya untuk maksiat.

Kaki?
Berjalan pun tidak.

Mulut?
Bercakap jauh sekali.



Otak?
Berfikir untuk diri sendiri pun tak tahu.

Mereka bersih. 
Dari mana agaknya sumber dosa itu akan terhasil?
Anak yang tidak berbuat dosa ini dilabel bala?



Lucu.

Saya kini tidak lagi menangis bila terbaca statement seumpama ini.
Sebab Allah sudah memilih rahim saya untuk mengandungkan Lope.
Bukan semua orang diberi peluang mengandungkan anak syurga.
Bukan semua orang diberi peluang untuk merasai hikmah disebalik kelahiran Lope.
Dan, perkataan redha itu sungguh indah bila kita benar-benar menerimanya.

15 Ramadhan - saya mendoakan mulut-mulut yang masih beranggapan anak cacat itu bala atau himpunan dosa dari generasi sebelumnya agar mereka dirahmati Allah sentiasa. 

my little hero :)

18/07/2013

Mari mengambil gambar passport bersama Lope.

Ini bukan satu kerja yang mudah untuk Lope.

Phew ~*

Mana ada istilah Lope duduk diam, pandang kamera sambil senyum.
Tak ada.

Apa yang ada.
Lope mengibarkan tangan kanan dan kirinya berulang kali.
Lope tunduk memandang ke bawah.
Lope gigit jari.
Ada kalanya, Lope tergelak dengar Mama nyanyi nak mengagah dia.

Phew ~*

Sempat saya explain kat adik yang nak ambil gambar Lope tu. Nasib baik dia sabar jugak. Siap tolong sama-sama menyanyi lagi. Oh, thank you dik ye.


Mama tengah dok nyanyi, si bibik pulak ditugaskan pegang tangan Lope. Tapi, kaedah ni tak menjadi sebab Lope syok pulak nak berborak dengan Bibik. Saya dah tak malu dah, menyanyi je. Terbahak-bahak si anak gelak dengar suara Mama yang memang ke laut. Lepas tu, saya cakap kat adik tu "standby je camera. shoot je sebanyak mana. selalunya akak buat macam tu."

Lepas tu, dalam banyak-banyak tu adalah satu yang saya rasa - wow! Sementara menunggu kedai print gambar, saya dudukkan Lope di kerusi ni. Ini macam-macam gaya dia duk melangut di kerusi tu. 

Mula-mula duduk, Lope tengah cari keseimbangan badan sebab kerusi ni kecik. Sengaja saya letak, bukan dia tak boleh pun duduk sendiri.


Lepas tu, bila dah yakin dia boleh seimbangkan badan, kita angkat tangan dan garu-garu telinga. Ewah. Angkat tangan kanan. Tak jatuh pun.


Lepas tu, Lope termenung kejap. Mungkin juga tengah cari akal apa nak dibuat selepas ini. Well, memang betul jangkaan Mamanya.


Kita bersilang panggung sambil buka stokin! Oh, anak.


Lepas kena tegur dengan Mama, Lope kasi muka ni. Ok. Mama is melting tengok muka anak Mama.


Dalam 10 minit menunggu, gambar Lope dah ready. 
Bila mula-mula saya tengok, saya cakap "wow!"

Masya Allah - segala pujian bagi Allah.

A perfect picture.
Tak ada jari yang hinggap di bibirnya.
Tak ada renungan mata yang "lain" darinya.

He is just perfect in this picture.
I'll make sure, gambar ini akan digantung di wall of fame di rumah kami.

Okey. Ayuh, buat passport. Lope buat passport dapat free je. Weeeee.

15/07/2013

Selamat datang ke dunia luar, Lope.

Semenjak dua menjak ini, saya sangat senang dengan "emosi" Lope. 



Dulu, jangan haraplah kalau sesiapa sahaja mahu menyentuhnya, memeluknya, menegurnya atau apa-apa sahaja interaksi dengannya.

Bila disentuh - dia akan menepis.
Bila ditegur - dia buat tak dengar.
Bila bercakap - dia pandang ke tempat lain.
Bila mahu dipeluk - cepat-cepat dia mengelak.

Untuk makluman, salah satu ciri autistik adalah tidak suka kepada sentuhan/pelukan dan sukar untuk bergaul dan berinteraksi dengan orang. Kebanyakkan anak autistik lebih gemar "berkawan" dengan non-human seperti toys, gadget e.g tablet/computer/play station.  

Lope saya masih dalam fasa susah untuk menerima dan bergaul dengan orang luar tetapi semakin baik. Kalau dulu, bila terpandang sahaja wajah-wajah yang dia tidak kenali, dia akan tantrum, menangis. Kini, bila dibawa ke majlis keramaian sekalipun, Lope maintain cool tetapi bersyarat. Syaratnya, jangan trigger rasa kurang senang untuknya. Tak boleh panas, jangan sewaktu dia lapar atau dalam keadaan tidak selesa e.g pampers kena bersih etc. Jika dia tidak "selesa" sekalipun, Lope sudah tak tantrum, sekadar menggigiti jari sahaja - cara untuk dia mengatasi rasa tidak selesa itu.


So, the next time kalau korang jumpa Lope - jangan takut-takut untuk datang menegurnya. Lope juga manusia. Walau "sedingin" manapun layanan Lope pada orang, saya percaya Lope mengharapkan orang menerimanya seadanya. Walau saya tahu Lope tidak sukakan sentuhan atau human contact, sedikit demi sedikit Lope akan berubah.

Lope kini boleh menerima pelukan. Kalau dahulu dia menepis, kini dia macam redha sahaja bila dipeluk tambah-tambah kalau yang peluk Lope tu kenkawan Mama yang cantik dan muda. Weeeeeeee. 

Bila berjumpa Lope, berborak seperti biasa bila korang bertemu budak-budak seusianya seperti:

- Lope dah makan?
- Lope OK?
- Lope nak apa-apa ke?

Walaupun most of the time Lope akan buat dunno, tetapi ada masanya Lope akan memandang tepat ke mata orang yang bertanya dan akan "menjawab" dalam gibberish talk atau pun "apa? apa?" 

:)

Penerimaan masyarakat akan memberikan peluang kehidupan yang lebih mesra untuk Lope. Saya berterima kasih kepada keluarga dan sahabat taulan yang menerima kehadiran Lope yang berbeza dan unik dengan hati yang terbuka. Saya terharu bila orang ingin mendekati Lope, menegurnya, memeluknya dan berkenalan dengan Lope. Saya rasa, sudah tidak ada istilah anak istimewa hanya "disimpan dirumah" sahaja. Saya mahu dia kenal dengan masyarakat luar dan begitu juga sebaliknya.

Setelah 6 tahun - Selamat datang ke dunia luar, Lope. Bukan mudah untuk Lope menyesuaikan diri, tapi dalam dunia ni mana ada perkara mudah.

Fighting!

12/07/2013

Thanks God, it's Friday again!

Alhamdulillah. Hari ini, Jumaat pertama di bulan Ramadhan. 
 
Pagi tadi, saya membaca update di FB. Salah satu yang menarik perhatian saya adalah cerita mengenai Pesanan Roh Pada Manusia. Agak panjang jugak tetapi rasanya berbaloi untuk kita ambil masa dan baca.
 
http://2.bp.blogspot.com/-JukK6Z8Ivts/T_0gpK9TQfI/AAAAAAAADF8/8sJR0TsdLIo/s1600/Jenazah+islam.jpg
Sumber: SINI.

Pesanan Roh Pada Manusia
Sumber: SINI.

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.

Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah saw bersabda:

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah saw lagi:

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail as "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail as akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt " Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah swt.

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. " Sebaik saja mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah swt. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar ra telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar ra:

"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah saw: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Lepas baca artikel ni, satu je saya rasa - takut. 
Semoga Ramadhan ini akan menjadi Ramadhan yang terbaik untuk kita.

11/07/2013

Solat Tarawih 8 Rakaat + Solat Witir 3 Rakaat = 11 Rakaat.

Semalam, sebelum berbuka puasa, saya rasa bloated dan tak larat sangat. Dalam hati dah pasang niat, takpelah. Malam ni tak payah pergi tarawih. Biar Encik Bubu je pegi. Semasa berbuka, masih berkira-kira, nak pergi ke tak tarawih. Pastu, siap dalam hati dok fikir, Encik Bubu pun tak payah pergi, boleh buat jemaah kat rumah.

Tapi, selepas terkena je air wudhuk masa nak solat Maghrib tu, keputusan berubah lagi. Alhamdulillah, di musim setan dikurung ni, memang tak ada penghasut yang nak hasut tak bagi buat perkara baik. Alhamdulillah. Semalam, selamat bersolat tarawih berjemaah di masjid baharu Presint 14. 

Tarawih pertama malam sebelumnya memang kami dah pasang niat nak solat di masjid baharu ni. Saya kagum kerana pada malam pertama, masjid yang mampu menampung 150-200 jemaah ini penuh. Melimpah ruah sampai ke kaki lima dengan makmum lelaki dan wanita. Orang kata, biasalah malam pertama terawih, orang tengah excited. Maka, malam pertama kami kembali berjemaah di Surau Al-Istiqlal di Presint 14H. Sama seperti masjid, surau juga penuh. Encik Bubu cakap, macam solat Jumaat penuhnya.

Alhamdulillah. Amazing sungguh penduduk Presint 14. :)

Setelah 2 malam berterawih, kedua-dua masjid dan surau yang imamnya diimport buat 8 rakaat solat tarawih dan 3 rakaat solat witir. Tarawih bererti beristirehat sebab tu solat ini dilaksanakan berselang-seli dengan berehat seketika.

Cara melakukan solat terawih. Sumber: SINI.

Solat Tarawih

Mulakan dengan niat


http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/08/niat-solat-tarawih-sq.jpg


Setelah selesai melakukan solat fardu dan solat sunat Ba’diah Isyak, maka Bilal memulakan Solat Tarawih dengan menyeru:

سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْمَعْبُوْدِ

Maha Suci Tuhan Pemiliki (alam) yang disembah (dipatuhi), 

Bilal dan jemaah sama-sama membaca 

  
Bilal menyeru dengan lafaz bagi permulaan mendirikan solat sunat Tarawih;

  
Imam dan jamaah sama-sama mendirikan 2 rakaat pertama solat sunat Tarawih; 
Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:

Raka’at pertama: Surah At Takaatsur

Raka’at kedua: Surah Al Ashry

.

Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-2; Bilal dan jamaah bersama-sama mengucapkan zikir dberikut:

 


Imam dan jamaah bersama-sama mendirikan solat sunat Tarawih untuk rakaat ke 3 dan 4;
Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:
Raka’at ketiga: Surah Al Humazah

Raka’at keempat: Surah  Al Fiil

.

Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-4; 
Bilal dan jama’ah membaca Tasbih dan Selawat:

 

Diikuti dengan Imam membaca doa berikut:
  

Sebelum mendirikan 4 rakaat lagi, bilal dan jamaah membaca kalimat:



Imam dan jamaah sama-sama meneruskan Solat Sunat Tarawih rakaat yang ke 5 dan 6;
Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:
Raka’at kelima: Surah Al Quraisy

Raka’at keenam: Surah  Al Ma’uun

.

.

Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-6; Bilal dan jamaah bersama-sama mengucapkan zikir dberikut:

 

Imam dan jamaah bersama-sama meneruskan solat sunat Tarawih untuk rakaat ke 7 dan 8;
Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:
Raka’at ketujuh: Surah Al Kautsar

Raka’at kelapan: Surah  Al Kaafiruun


Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-8 (akhir); Bilal dan jama’ah membaca Tasbih dan Selawat:


Apabila selesai mendirikan 8 raka’at Solat Tarawih, membaca doa berikut;

Doa Solat Tarawih


اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلَّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ اَفْضَلَ صَلَوَاتِكَ الَّتِىْ صَلَّيْتَ عَلَيْهِ، يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ، يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. وَرَضِىَ اللهُ تَعَالَى عَنْ أَصْحَابِ رَسُوْلِ اللهِ أَجْمَعِيْنَ، وَرَضِىَ عَنَّا وَوَالِدِيْنَا جَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ.                                                                           

Ya Allah! Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas keluarga penghulu kami Muhammad SAW dengan selawat terafdal di mana Dikau berselawat ke atasnya dengan selawat itu; Wahai yang mempunyai Kemuliaan dan Kemurahan, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!  Dan keredhaan Allah kepada kesemua sahabatnya dan telah redha kepada kami, kedua ibu bapa kami dan keselurahan orang-orang yang beriman.

 


 اَللَّهُمَّ اجْعَلْنَا بِاْلإِيْمَانِ كَامِلِيْنَ، وَلِفَرَائِضِكَ مُؤَدِّيْنَ، وَلِلصَّلاَةِ حَافِظِيْنِ، وَلِلزَّكاَةِ فَاعِلِيْنَ، وَلِمَا عِنْدَكَ طَالِبِيْنَ، وَلِعَفْوِكَ رَاجِيْنَ، وَبِالْهُدَى مُتَمَسِّكِيْنَ، وَعَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضِيْنَ، وَفِى الدُّنْيَا زَاهِدِيْنَ، وَفِى اْلآخِرَةِ رَاغِبِيْنَ، وَبِالْقَضَاءِ رَاضِيْنَ، وَبِالنُّعَمَاءِ شَاكِرِيْنَ، وَعَلَى الْبَلاَيَا صَابِرِيْنَ، وَتَحْتَ لِوَاءِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ سَائِرِيْنَ، وَإِلَى الْحَوْضِ وَارِدِيْنَ، وَفِى الْجَنَّةِ دَاخِلِيْنَ، وَعَلَى سَرِيْرَةِ الْكَرَامَةِ قَاعِدِيْنَ، وَبِحُوْرٍعَيْنٍ مُتَزَوِّجِيْنَ، وَمِنْ سُنْدُسٍ وَاسْتَبْرَقٍ وَدِيْبَاجٍ مُتَلَبِّسِيْنَ، وَمِنْ طَعَامِ الْجَنَّةِ آكِلِيْنَ، وَمِنْ لَبَنٍ وَعَسَلٍ مُصَفِّيْنَ شَارِبِيْنَ، بِأَكْوَابٍ وَأَبَارِيْقَ وَكَأْسٍ مِنْ مَعِيْنٍ، مَعَ الَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّيْنَ وَالصِّيْقِيْنَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِيْنَ. وَحَسُنَ اُولَئِكَ رَفِيْقًا ذَلِكَ الْفَضْلُ مِنَ الله وَكَفَى بِاالله عَلِيْمًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.                                      

Ya Allah! Jadikanlah kami golongan yang imannya sempurna, dapat menunaikan segala kewajipan agama, menjaga solat, menunaikan zakat, menuntut dan mencari segala kebaikan di sisi-Mu, mengharapkan keampunan-Mu, sentiasa berpegang teguh dengan petunjuk-petunjuk-Mu, terhindar dari segala penyelewangan, mencintai keduniaan dikurangkan, terpelihara di akhirat, meredhai ketentuan qadak dan tabah menerima ujian, mensyukuri segala nikmat-Mu dan semoga di akhirat nanti kami dimasukkan sebaris di bawah naungan panji-panji jujungan kami Nabi Muhammad SAW, dapat melalui telaga yang sejuk, dimasukkan ke dalam syurga, terhindar dari api neraka dan duduk  di atas Tahta Kehormatan di dampingi  bidadari syurga dengan memakai pakaian kebesaran dari sutera yang berwarna-warni, menikmati santapan syurga yang lazat, meminum susu dan madu yang suci lagi bersih di dalam gelas-gelas dan kendi yang tidak kering selamanya, bersama-sama dengan orang yang telah Dikau berikan nikmat pada mereka, daripada golongan para nabi, para siddiqin, syuhada dan orang-orang yang soleh dan baik sekali mereka menjadi teman-teman kami. Demikianlah kemurahan dan kecekapan daripada Allah yang Maha Mengetahui dan segala puji bagi Allah Tuhan Seluruh Alam

 

اَللَّهُمَّ فَارِقِ الْفُرْقَانَ وَمُنْزِلِ الْقُرْآنَ بِالْحِكْمَةِ وَالْبَيَانِ [بَارِكِ اَللَّهُمَّ لَنَا فِىْ شَهْرِ رَمَضَانِ (×3)] وَاعْدَهُ اَللَّهُمَّ عَلَيْنَا سِنِيْنًا بَعْدَ سِنِيْنَ. وَأَعْوَامًا بَعْدَ أَعْوَامٍ عَلَى مَا تُحِيُّهُ وَتَرْضَاهُ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.      

Ya Allah! Yang membezakan batil dan hak, yang menurunkan Al-Quran dengan hikmah serta penjelasan, [berkatilah kami ya Allah di dalam bulan Ramadan ini - (3x)] Kurniakanlah kepada kami ya Allah (Ramadan ini dan Rahmat-Nya), tahun demi tahun atas apa yang Dikau kasihi dan redhai; Wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!

 


 اَللَّهُمَّ إِنَّكَ فِىْ هَذَهِ اللَّيْلَةِ وَكُلُّ لَيْلَةٍ مِنْ لَيَالِىْ شَهْرِ رَمَضَانِ، عُتَقَاءُ مِنَ النَّارِ، فَاجْعَلْنَا اَللَّهُمَّ وَوَالِدِيْنَا وَأَوْلاَدِنَا وَأَزْوَاجِنَا وَمَشَآيِخِنَا وَمُعَلِّمِيْنَآ وَأَقَارِبِنَا وَأَصْحَابِنَا وَالْحَاضِرِيْنَ وَوَالِدِيْهِمْ مِنْ عُتِقَائِكَ مِنَ النَّارِ. [اَللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّارِ سَآلِمِيْنَ (×3)] وَأَدْخِلْنَا وَإِيَّاهُمُ الْجَنَّةَ آمِنِيْنَ. [اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفْوٌ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا. (×3)]    

Ya Allah! Sesungguhnya Dikau pada malam ini dan pada setiap malam bulan Ramadan membebaskan ahli-ahli neraka. Maka jadikanlah kami Ya Allah, kedua ibu bapa kami, anak-anak kami, isteri-isteri kami, orang-orang tua kami, guru-guru kami, kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami, orang-orang yang masih hidup dan bapa-bapa kami dari kalangan mereka yang Dikau bebaskan dari neraka. [Ya Allah! Selamatkanlah kami dari api neraka dengan kesejahteraan - (3x)]. Masukkanlah kami dan mereka ke dalam syurga sebagai orang-orang yang sejahtera. [Ya Allah! Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Pemurah, Dikau amat suka mengampunkan, maka ampunilah kami! - (3x)].

 


وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.                                        

Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas semulia-mulia makhluk, penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarganya dan para sahabat Baginda kesemuanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam!

Solat Sunat Witir

Setelah selesai Solat Tarawih, teruslah dirikan solat sunat Witir. Bilal menyeru:


صَلاَةُ الْوِتْرِ اَثَابَكُمُ اللهُ.

Lakukanlah solat Witir, mudah-mudahan Allah memberi pahala kepada kamu!

 Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama: 


Bacaan selepas Fatihah:

Raka’at pertama: Surah Al-A’laa

Raka’at kedua: Surah  Al-Kafiruun

Sesudah salam, Bilal membacakan selawat;

 

Jemaah terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir. Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:

 

Selepas bacaan al-Fatihah, pada raka’at terakhir, dibaca pula surah;
Al-Ikhlas,

Al-Falaq dan

An-Naas..
.
Bermula malam 16 Ramadhan, disunatkan membaca  Doa Qunut sebelum melakukan sujud petama.

 

Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan:


Boleh dibaca doa-doa berikut:

 

Korang juga boleh download Panduan Solat Tarawih yang disediakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohamad Shahir bin Haji Abdullah yang telah disemak oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia di SINI.

Kita masih ada 28 malam lagi untuk bertarawih, jom kita sama-sama rebut peluang beribadat di bulan barakah ini. Selamat menjalani ibadat puasa dan selamat bertarawih.

09/07/2013

Tak nak pergi sekolah.

Kata Sophia.

*Sophia & Abg Long*

Bimbang bila anak tak nak pergi sekolah. Mulalah macam-macam yang datang dalam kepala. Sophia kena buli ke? Sophia kena marah cikgu ke? Sophia tak sempat nak catch-up belajar ke? Sophia kenapa?

Kenapa?

Selepas dah beberapa kali cakap kat Encik Bubu, dia hanya dengar dan cakap "pergilah tanya cikgu dia". Ok. Bukan tak tanya, dah tanya. Cikgu cakap semuanya okey kat sekolah. Tak ada masalah. Aigoo. Kenapa ni anak mama?


Semalam, selepas dah beberapa kali Sophia request nak Abah hantar pergi school, Abahnya turutkan aje. Nahhhhh. Rasakan. Anaknya menangis, almost guling-guling nak follow Abah balik rumah. "Phia tanak pegi school. Phia nak balik" katanya.

Respon Encik Bubu?

"Kesian giler Abang tengok tinggalkan dia kat sekolah tadi. Rasa macam, kejamnya tinggalkan dia kat school"

Hiks!

Baru dia tahu macam mana saya hadap setiap pagi setiap kali melangkah keluar selepas hantar Sophia. Itupun, dengan Mama dia tak menangis meraung macam bila Abah hantar. Mungkin sebab dia tahu, selalunya apa-apa hajat yang tak kesampaian dengan Mama, akan Abah kasi (selalunya). Well, Abah's weakness is airmata Sophia! :p

So, sebab Abahnya sendiri dah experience apa yang saya rasa, jam 11.00am semalam Encik Bubu mengajak saya jumpa Cikgu Nadia - cikgu Sophia. Menurut Cikgu Nadia, Sophia tak ada masalah di sekolah. Dia patuh pada arahan, berkawan elok dengan kawan-kawan. Dia tak dibuli dan dia sendiri tak membuli orang (itu yang penting :p). Cuma, apabila Cikgu Nadia minta dia beri kerjasama dalam pembelajaran, ada masanya Sophia buat dunno dan buat tak tahu tetapi, jika bersama kawan, dia tahu apa sepatutnya dibuat. 

Selepas bercakap semalam, saya dan Encik Bubu berpuas hati. 
Kami berdua simpulkan:

Sophia sedikit malas nak ke sekolah sebab dia perlu belajar. Buat masa sekarang, even kat rumah pun, bukan senang nak suruh dia fokus kepada sesuatu yang kita nak cakap. Sophia baru 4 tahun. Mungkin kami perlu bawa dia banyak join playgroup.


 *playgroup*

Sophia sedikit tertinggal bab-bab belajar di taska sebab masuk taska dah setengah tahun. Kena buat homework kat rumah untuk dia catch up. Mungkin flash card membantu. Bab nak terapkan Sophia menulis, melukis dan memegang pensil rasanya tak ada masalah. She is my junior artist!

 Ini Sophia lukis - Mama & Phia. Mama siap pakai high heels u olls!

Sophia nampaknya tak yakin bila nak bercakap.Mungkin sebab dia masih pelat. Saya dah pernah bawa dia refer kepada speech therapy dan Sophia tak ada masalah dalam pertuturan tapi bercakap pelat sebab nak cepat cakap. Lebih kepada habit sahaja. Oh anak. 




Ini adalah rakaman semalam. 
Mula-mula, saya suruh dia berlakon menangis.
Dalam tengah berlakon tu, saya selitkan soalan pasal sekolah. 
"Ya, best pegi sekolah?" --> "Best!"
"Ada kawan pukul Ya?" --> "tak ada!" 
"Ya nama apa?" --> "Putri Mayam Phia"
"Lope nama apa?" --> Megat Idris Uddin. (Hahaha. Uddin ko!)
"Bibik nama apa?" --> Ars-ro.

*terdengar tu suara latar Lope yang kat sebelah saya*

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!




Esok kita akan berpuasa. Alhamdulillah :-) Saya dan Encik Bubu ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf dari semua sekiranya kami ada terkasar bahasa dan mengguris perasaan sesiapa sahaja yang singgah ke blog ini. Saya mengharapkan agar Ramadhan ini menjadi Ramadhan terbaik untuk saya berbanding tahun-tahun sebelumnya.


Ahlan wasahlan Ya Ramadhan!

04/07/2013

Efen. Cat. Dog.

Setiap kali dalam perjalanan saya membawa Lope ke Klang, kami sering melalui jalan menuju ke I-City, Shah Alam. Tatkala malam, pemandangan di I-City mengujakan. Setiap kali juga, Sophia akan terkagum. Satu malam, apabila Sophia sering meminta, Encik Bubu membawanya ke I-City. Tapi, sebab dah lepas midnight, memang I-City dah tutup. Jadi, kami hanya berpusing didalam kawasan sekitar sahaja. Adalah satu pintu gerbang kat situ, ada la seekor gajah berlampu. Jenuh cari gambar, tapi tak jumpa.  


http://tanjungmutiaratour.files.wordpress.com/2011/07/i-city.jpg
 Gambar lebih kurang macam ni la, tapi dalam bentuk seekor gajah.
Sumber: SINI.

Tiba-tiba Sophia cakap "E-fen" (Elephant) dan mula buat gaya macam gajah tengah dok sembur air ikut belalai dia tu. "Phia jadi E-fen" sambil ulang perlakuan yang sama. Saya dan Encik Bubu tergelak-gelak. Lucu melihat gayanya.

http://1.bp.blogspot.com/-TZjgV1B4VVY/UWvuRKecuqI/AAAAAAAAf_4/iyRL7FtZJaQ/s320/foto_gajah_asia.jpg


Saya: Kenapa Phia suka elephant?
Sophia: Sebab E-fen besar, kuat pastu boleh buat (sambil tunjuk menyembur air ikut hidung). 
*Cool sangat ke buat macam tu, duhai anakku?*
Saya: Elephant cantik ke?
Sophia: Cantik. Phia suka.
Saya: Tapi, colour dia tak pink.
Sophia: Mana ada efen calour pink. 

*HAHAHAHAH*


Kemudian abah dia menyampuk.

Encik Bubu: Kalau Phia elephant, Mama apa?
Sophia: Mama cat. *Jawabnya sepantas kilat*

Sambil buat muka comel macam Puss the Boot macam ni.

 http://aliceinreaderland.files.wordpress.com/2013/02/puss-gif.gif?w=400&h=320

Encik Bubu: *sambil gelak-gelak* Kenapa Mama cat?
Sophia: Sebab mama baik. Mama good. Mama cantik. 
*muntah kami satu kereta gelak. bodek Mama!*

Giliran saya bertanya.

Saya: Abah apa, Ya?
Sophia: Oh, Abah dog! *sambil buat gaya woof!woof! & paling tak tahannya, selepas woof! woof! siap ada terjulur lidah keluar macam dog buat*

HAHAHAHAHA.

http://1.bp.blogspot.com/-qTqnea1UwvM/TpCWdIoePOI/AAAAAAAAA-4/oiTmvtWdP88/s320/dog%2Bstudent-747546.jpg

Kalau saya Sophia cakap menyerupai cat sebab baik, good & cantik walaupun dia bodek tapi.. Abah? 

HAHAHAHA. 
I rest my case! 

;p