Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

28/06/2013

"ME" Time with Lee Min Ho Xx


Read at your own risk.

I've been so tired lately. For the past 6 months, boleh dikatakan tidak ada weekend pun digunakan untuk diri sendiri. Macam ni la life orang ada suami dan anak-anak, kan? Bukan complaint, tapi ada masanya saya akan apply "cuti" separuh hari dari Encik Bubu untuk girl's day out dengan kawan-kawan atau "me" time. 

Bezanya, "me" time saya kali ini bersama Lee Min Ho!

First time saya terjebak dengan K-Pop ni sebab si Jujue yang masa tu dok layan Boys Over Flowers [BOF] (yang sampai sekarang saya tak pulangkan CDnya) :p Masa tu, sungguh tak faham dengan si Jujue yang gila-gila follow. Masa tu juga, Lee Min Ho pun dah datang Malaysia, tapi saya macam, huk eleh. Cong ceng cong ceng ni pun layan. Lepas saya dah mula layan BOF barulah saya rasa the madness. Tengok BOF tahun 2010 kot :p Lepas tu, tengok Personal Taste, City Hunter & Faith.Baru tahu, baru rasa kenapa orang dok gilakan K-Pop. In my case, tak adalah gila sangat kot. Kan? Kan?


http://blogmedia.dramafever.com/wp-content/uploads/2013/06/114.jpg
Boys Over Flowers

http://feverishfashion.files.wordpress.com/2012/02/lee-min-ho-fashion-blog.jpg
Personal Taste

http://2.bp.blogspot.com/-xQ6gUulerxU/T8yO59bhBnI/AAAAAAAABJ0/Lu5iLXvZH9E/s640/tumblr_lzf7gaiF4O1qzjo57o1_500.png
City Hunter

http://24.media.tumblr.com/tumblr_mcacvkjhZY1rvj30oo7_1280.jpg
Faith

Dipendekkan cerita, Lee Min Ho adalah seorang penyanyi sekarang ini. I tot, dia tak boleh menyanyi but rupanya he is really can sing. My fave. is Love Motion. Tengok kat SINI ye. So, sejak sebulan lepas, saya dah memang tunggu 29 Jun 2013. Saya memang dah dapat persetujuan awal dari Encik Bubu nak pergi event kat bawah ni.


Paling best, sebab ada orang kirim ini!


OK. This is crazy. Kan? :p

Nak menambah perisa lagi kegilaannya. Tengok ini. Uploaded on my Instagram yesterday. Or, 17 hours ago :p


Baca caption.
Baca komen. 
Uploaded 17 hours ago.

Yes. I was that close to him.
*pengsan*

So, Encik Bubu. 
Terima kasih sebab kasi chance your wifey pergi tengok cong-ceng-cong-ceng.
Walaupun agak annoying bila you keep on saying nama diaorang dengan nama-nama kereta Sang Yong la ke hape, terima kasih sebab kasi green light. 



See you tomorrow, Lee Min Ho!
Don't forget to try our tasteful Nasi Lemak for your breakfast.


Picture: Taken on FB/Google. 

27/06/2013

Kanak-Kanak Hilang Di Putrajaya!


Terlajak kata.

Rasanya, apa yang saudara Azmeer tulis ini wajar dipaparkan disini.


Ini ekoran daripada permohonan maaf yang dibuat oleh Saudara Azmeer yang saya paparkan di SINI. Bagi saya, bila dia dah memohon maaf, sudah memadai. Bukan niat nak memanjangkan cerita. Saya sekadar ingin mendidik masyarakat agar lebih prihatin dengan sensitiviti golongan kelainan upaya. Lope saya salah seorang dari golongan ini walaupun bukan Down Syndrome. 

Terima kasih Azmeer.


26/06/2013

Permohonan maaf dari Azmeer.

Susulan dari entry saya semalam & petition. Saudara Azmeer tampil memohon maaf.

25/06/2013

Azmeer and TV3, please apologize to the Down Syndrome kids.


Saya tidak menonton program Bintang Mencari Bintang. Sekiranya apa yang dilaporkan ini benar, saya berharap Saudara Azmeer tampil memberikan penjelasan. Mungkin dia nak buat lawak, tapi maaflah. Itu tak lawak langsung. Melabelkan golongan down syndrome dengan bodoh bukan lawak antarabangsa yang buat anda nampak cool bila cakap macam tu.

Tolong sign petition ini kat sini. 


Tak ada manusia yang kat dunia ni minta dilahirkan jadi Down Syndrome atau kelainan upaya yang lain. Allah yang jadikan mereka semua untuk manusia-manusia yang normal ini kenali mereka, bukan persendakan sesuka hati.

Terima kasih buat insan-insan yang sudi sign petition ni.

Jerebu di Putrajaya.

Tabung pendidikan Lope & Obiya - SINI.

Sesak nafas sungguh sekarang ni. Putrajaya secara rasminya dah 3 hari jerebu. Orang yang paling saya bimbangkan akan terjejas adalah Lope & Obiya juga FIL saya. Alhamdulillah, di hari ke-3 ni, nampaknya mereka semua baik-baik belaka.

Memang arahan berkurung untuk Lope & Obiya melemaskan mereka. Lope terutamanya. Semalam, setiap 1 jam saya telefon ke rumah. Bibik cakap, Lope tak lena tidur. Mungkin lemas. Mungkin bosan dengan rumah yang sepanjang masa tertutup rapat. IPU kat Putrajaya dah mencecah 193 pada 25 Jun 2013 jam 6.00 pagi. Tak sure pulak, dah makin naik atau turun.

24 Jun 2013 jam 8.15 pagi di Presint 14 Putrajaya. Matahari tengah sakit?

24 Jun 2013 jam 9.30 pagi di Presint 4 depan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Nampak samar-samar je PICC.

24 Jun 2013 5.40 petang di Presint 5. Sepatutnya kat depan tu nampak bangunan kat Presint 4 tu (macam dalam gambar kat bawah).

Gambar ni diambil pada 14 Mac 2013.

Semalam, semua sekolah di Putrajaya ditutup tapi hari ini dah buka semula. Obiya memang saya bagi cuti. Rasanya lebih selamat dia berada di rumah. Sudahlah dia sendiri batuk berpanjangan akhir-akhir ini, rasanya lagi memudaratkan dia untuk ke taska walaupun tiada sebarang aktiviti luar dilakukan.

Sumber: SINI.

Kalau kat rumah ada air purifier -- mesti dia tengah penat bekerja. Minum air banyak-banyak. Elakkan aktiviti di luar rumah. Kalau perlu keluar, pakai mask. 

Be safe everyone.
 
Pakaian terbaik masa jerebu :p
Encik Bubu cakap macam terrorist. Hiks!

24/06/2013

TheFoodTree -- yums!


Hari Sabtu, selepas discuss dengan Encik Bubu - terapi Lope di Klang dibatalkan sebab cuaca yang kurang sihat dan Encik Bubu yang ada hal.

So, kami datang dengan Plan B. Plan makan-makan. Encik Bubu jam 9.00 pagi ada meeting STAROBA di Shah Alam. So, saya calling-calling Dura temankan saya ke TheFoodTree. Semalam birthday Dura tak kasi pape pun kat makcik ni sorang. So, pagi sabtu yang indah tu ajak Dura pegi brunch kat TheFoodTree.

 
Alkisahnya, saya berborak dengan Wani petang Jumaat lepas pasal buffet dimsum. Selalunya, buffet dimsum kalau saya nak pergi makan, saya pegi ke Cyberjaya je di Cyberview. To view deals, klik sini.






Kalau sesiapa yang hantu dimsum, saya recommend datang sini. Ini adalah halal dimsum ye, so jangan bimbang. Beli voucher lagi berbaloi, dan datang dengan family or close friends. Boleh makan sambil borak-borak. 

Harga (kalau beli voucher):
RM33 for 1 pax
RM60 for 2 paxs
RM168 for 6 paxs

Saya dah 2 kali datang sini. Saya suka dimsum dan Encik Bubu suka fried dumplings. Kalau yang belum pernah mencuba dimsum, try la. First visit saya bawa Tun - anak saudara, tapi dia tak suka dimsum. Duh. Buat rugi je.



My fave. personal adalah kaki ayam & chicken porridge. Yums!




Selamat mencuba ;)

20/06/2013

Temujanji dengan Pakar Rehabilitasi, Hospital Kuala Lumpur

Entry tertunda.

Semalam saya terpaksa EL. Bawa Lope ke HKL untuk temujanji pertama dengan pakar rehab. Bertabah jugaklah nak cari kat mana Jabatan Rehab HKL. Lagi bertabah bila tang parking. Nasib baik Encik Bubu pun datang sekali. Jadi, dia drop kami kat depan Jabatan Rehab dan dia pergi cari parking. Tak tahu kat mana, tapi lamaaa baru jumpa kami semula di Jabatan Rehab. Maksudnya, parking jauh.

Kes Lope memang asalnya dirujuk ke HKL di bawah Institut Paedtrik.Kat HKL ni, Lope dirujuk ke 3 klinik sebelum ni -- Neurology, Dermatology, Metabolic & terbaru Rehabilitasi. Phew! So, semalam adalah klinik ke-4 Lope di HKL.

Saya pada mulanya memang tak apply cuti, sekadar meminta kebenaran keluar pejabat untuk membawa Lope ke HKL. Sebelum ke HKL, singgah di P5 menghantar Obiya ke taskanya. Sedikit mudah bila Obiya tak ada bersama. Bukan apa, kalau tak Bibik hanya perlu mengikut setiap jejak langkah eksplorasi Obiya aje nanti. Kami tiba di HKL jam 9pagi setelah mengharungi jalan sesak yang panjang.

Penerokaan mencari Jabatan Rehabilitasi memang susah. Rupanya, Jabatan Rehab berpindah. Nun sayup-sayup dalam bangunan. Beberapa kali Encik Bubu call Rehab, setelah salah dan betul, baru berjumpa. Lope ceria sepanjang hari. Dia bergelak, dia menyanyi. Memandangkan Lope ni kes baru, kami berjumpa dengan Dr. Ang Yan Lee. 

Saya menerangkan sedikit latar belakang Lope. Sebelum ini, memang Lope dirujuk untuk rehab di Hospital Putrajaya bagi kes Physiotherapy, Occupational Therapy & Speech Therapy tetapi semenjak 1.5 tahun lepas, saya memberhentikan semua terapi itu. Alasannya, temujanji Lope untuk setiap 6 minggu sekali tidak membantu (untuk physio & OT) dan 6 bulan sekali untuk speech therapy. Lope meneruskan semua aktiviti itu di Great Life Physio & Rehab di 2 branch berbeza Cova Square, Kota Damansara & Shah Alam.

Tujuan saya bertemu dengan Pakar Rehab adalah kerana pada pandangan saya Lope memerlukan kerusi roda bagi tujuan pergerakkannya. Ok. Sebelum ini, memang saya dalam denial stage. Saya sering cakap, by 5 years old, Lope boleh berjalan. Tapi, saya gagal memenuhi KPI yang saya letakkan. Saya kasi lagi setahun untuk membuktikan saya salah. Hasilnya, memang saya salah. Lope masih belum mampu berjalan. 

Saya kesian melihat dia didudukkan dalam stroller. Orangnya tinggi. Kakinya dah mencecah ke tanah. Beratnya sudah melebihi keperluan stroller tersebut. Silap masanya, bila Lope tantrum, stroller tersebut boleh terbalik bila dia bergoyang. Lagi teruk, stroller tersebut tidak menyokong tulang belakangnya. Not good at all.

Sebelum saya mengambil keputusan untuk mencarikan Lope kerusi roda, saya telah bertanyakan banyak pendapat dari parents. Kebanyakkannya ibu kepada anak-anak CP. Terima kasih Mummy Rizki sebab add saya ke dalam group MyCP. Kat situ ada 1 folder/forum yang kasi guideline macam mana nak beli barangan keperluan untuk anak-anak istimewa dengan menggunakan peruntukan JPA bagi kakitangan awam. 

So, saya mulakan dengan langkah pertama - berjumpa Pakar Rehab. Saya bertemu dengan Dr. Mas. Alhamdulillah. So motherly. Dia juga memberitahu, anaknya juga seorang autisme. So, tidak perlu banyak saya bercerita mengenai Lope. Setelah berbincang, Lope tidak perlu menggunakan kerusi roda lagi buat masa sekarang memandangkan Lope memang 100% memerlukan bantuan dari orang lain untuk meneruskan kelangsungan hidupnya. Jadi, Dr. Mas mencadangkan agar Lope menggunakan push chair sahaja bagi tujuan mobiliti.


Segala urusan dokumentasi boleh diuruskan oleh Dr. Mas. So, selepas ini, misi memburu sebut harga/survey push chair la pulak untuk Lope. Dr. Mas juga berminat untuk merujuk ke Lope ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC). Sayangnya, permohonan Lope ditolak dengan alasan sebab Lope didiagnose as autism. Saya sedikit terkilan, sebab HRC tolak patient macam tu je tanpa buat assessment terlebih dahulu. Autism is a spectrum. Terlalu besar. Walaupun Lope autistik tetapi GDD yang membuatkan dia tidak mampu berjalan, ada sensori isu - gross & fine serta ada masalah balancing.

Urgh! Kalau HRC tak terima kes macam Lope, ke mana harus kes macam Lope dirujuk? 

Secara jujurnya, saya memang tak mampu nak hantar Lope pergi ke pusat terapi macam WQ Park  tu yang fees paling murah pun ribu riban. Mungkin HRC boleh review balik fungsi pengwujudan HRC untuk menjadi pusat rujukan yang menyediakan perkhidmatan rehabilitasi perubatan yang komprehensif di Malaysia.

Sumber: SINI.

Atau, mungkin Kerajaan perlu wujud satu lagi hospital rehab untuk cater kes-kes rehab budak-budak macam Lope? 

Eh?

So, temujanji Lope dengan Pakar Rehab habis macam tu lah. Saya perlu cari sebut harga push chair dan next appointment pada 23 September 2013.

16/06/2013

Selamat Hari Aboh. Selamat Hari Abah.

Kadang-kadang, ada rasa macam nak angkat phone.
Pastu tunggu orang kat sana angkat.

"Aboh, bila nak mari (datang) rumah Sue (nickname saya dengan family)?"

Atau..
"Aboh, Sue dah tahu spot makan best kat Putrajaya.."

Atau..
"Aboh, Naquiyuddin (Aboh panggil Lope nama ni) dah pandai tarik badan, pastu dia berdiri depan TV, lagi comel.. dia ketuk-ketuk screen TV sebab dia happy sangat!"



Oh, tapi semua tu kalau.

Realitinya, dah tahun ke-6 Aboh saya kembali kepada PenciptaNya Yang Maha Esa.
Selama 6 tahun ini juga, tempat Aboh terlalu istimewa dan tak mampu diganti dengan sesiapa pun.  25 tahun je kot sempat jadi daddy's girl, tapi kesannya, seumur hidup claim jadi anak manja Aboh sampai bila-bila.

 Casing S4 -- tengok yang kat tengah tu. 
Saya rindu Aboh saya. 
Sangat-sangat.
Gambar tu masa saya umur 5 tahun.


Untuk Aboh:




Al-Fatihah. Tak ada apa lagi yang boleh Sue hadiahkan selain doa-doa untuk Aboh. Kasih sayang Aboh akan sentiasa subur dalam hati Sue, akan Sue cerita pada anak-anak dan mungkin cucu-cucu Sue kelak yang Sue ada seorang ayah yang sangat penyayang. In Sha Allah, kita akan bertemu lagi disana. Sesekali, jangan lupa singgah dalam mimpi Sue.

Untuk Abah:





Terima kasih Abah. Abah la FIL yang paling cool kat dunia ni. Terima kasih sebab manjakan Lope & Phia -- merasa diaorang sayang seorang Atok. Terima kasih juga sebab Abah anggap Sue macam anak abah sendiri. Oh, terima kasih juga sebab ada masanya Abah masuk #TeamSue masa ada sedikit arguement dengan anak Abah. Hehehe. Itu yang paling cool sebenarnya. Sue doakan Abah akan sentiasa diberi kesihatan yang baik dan bahagia dengan ehem-ehem nanti. In sha Allah. Tak sabar nak tunggu bulan September. Weeee. ~*

 Untuk ayah kepada anak-anakku -- Encik Bubu saya.


9 years and still counting! Tahun ni, tahun ke-6 Abang bergelar Abah. Beruntungnya kita, sebab selain merasa menjadi ayah kepada Phia, Abang terpilih menjadi ayah kepada Lope - anak yang Allah buat custom made, bukannya anak yang average yang sama aje macam Phia and any other kids. Allah berikan Abang 2 pengalaman berbeza -- anak istimewa dan tidak. Terima kasih, disebalik segalanya berlaku, Abang selalu berikan Sue sokongan dan Sue harap, sokongan dan moral support dari Abang untuk Sue ini akan berterusan sampai bila-bila. Terima kasih sebab menjadi ayah kepada anak-anak Sue. 
 
3 orang yang penting dalam hidup saya :')
Ya Allah. Peliharalah mereka bertiga - dunia & akhirat 
Letakkan mereka dalam syurga firdausmu.

Selamat Hari Aboh! 
Selamat Hari Abah!

07/06/2013

Lope & Stimulaterapi

SUPERMUM

Saya memang sentiasa positif dengan semua rawatan yang saya explore untuk Lope. Terbaru (tapi, tak la baru sangat) saya cuba Stimulatherapi untuk Lope. Terapi ni pada mulanya Ina yang try dulu, pastu Jiey. Tak mahu ketinggalan, saya cuba juga.  Mungkin ada yang bertanya, apa itu Stimulaterapi?

Saya petik ini dari sini.

Stimulatherapy  merupakan satu kaedah perubatan yang merangsang titik-titik tertentu pada tubuh mengikut prinsip keseimbangan ying & yang melalui terapi urutan & acupressure (Tekanan menggunakan jari). Tubuh manusia mempunyai 365 titik ‘reflex’ & ‘distal’. Titik-titik ini jika dirangsang boleh memberi kesan kepada kesihatan organ-organ tertentu. Kebiasaannya terdapat sekumpulan titik yang memberi kesan kepada kesihatan organ tertentu dan sekiranya dihubungkan boleh membentuk saluran tenaga (energy channel) atau meridian tubuh.

Perubatan ini telah dikategorikan sebagai perubatan komplementari. Komplementari bermaksud pelengkap. Kita sedia maklum bahawa tidak semua penyakit boleh diatasi dengan kaedah moden. Inilah pentingnya rawatan komplimentari iaitu saling melengkapi antara satu sama lain dengan perubatan konvensional.

Rawatan holistik pula membawa maksud rawatan secara menyeluruh. Ini merangkumi keseluruhan gaya hidup (Pemakanan, pemakaian, senaman) dan juga kesihatan rohani seseorang. Intipati ilmu Stimulatherapy terletak pada prinsip pengaliran tenaga ‘Chi’ melalui saluran-saluran tenaga (energy channel) dalam sistem meridian tubuh. Setiap masa (24/7) tubuh manusia menerima tenaga daripada alam semesta dalam pelbagai bentuk. Contoh mudah adalah seperti berikut:


  • tenaga kimia (makanan) melalui mulut
  • oksigen/bau melalui hidung
  • tenaga bunyi melalui telinga
  • tenaga cahaya/warna melalui mata dan sebagainya.
 
Tenaga yang memasuki tubuh akan dibekalkan kepada organ-organ penting seperi jantung, paru-paru, ginjal, hati, limpa dan sebagainya melalui saluran-saluran tenaga (energy channel) tertentu. Ibarat sebiji lampu perlukan tenaga elektrik untuk menyala, begitulah juga organ-organ penting tubuh perlukan tenaga hayat (life energy) untuk terus berfungsi.
Itu penerangan pasal stimulatherapi. Saya sendiri dah bawa Lope mencubanya. Hasrat hati kuat rasa nak cuba selepas Kak Wani bawa anaknya ke sana. Banyak improvement. Pastu, jumpa Ina pun sama, Bella banyak perkembangan positif. Diikuti dengan Jiey bawa Ian. Saya lepas tu cari masa, recce dengan Jiey jalan ke sana.

Bertabah la jugak. Putrajaya ke Klang ambil masa 1 jam pergi dan 1 jam balik. Saya pergi kat Pusat Stimulaterapy Klang, terapismya adalah Kak Ija. Lemah lembut orangnya, sesuai la dia nak picit-picit badan anak-anak syurga ini. Saya masih ingat, sesi pertama Lope kat sana memang baik habis, dia serah body je kat Mak Ija (anak-anak panggil Mak Ija).

Tapi, masuk sesi ke-2 malam esoknya, dah takde lagi dah baiknya. Mengamuk la sebabnya sakit. Saya dan Encik Bubu juga mencuba, mak aihhh. Rasa nak putus urat-urat kena tekan dengan jari, siku Kak Ija. Fahamlah macam mana Lope sakitnya ;) Musim pertama, saya sempat buat 3 kali. Lepas tu dalam sebulan jugak tak pergi, masa tu banyak konflik. Konflik nak uruskan bibik, dari segi ekonomi pun kena hitung balik.

So, bermula 2 minggu lepas, saya kembali ke Klang. Dalam seminggu, 3 malam saya peruntukkan untuk stimula Lope. Balik kerja, terkejar-kejar nak bawa Lope ke Klang, memang tough la sikit. Berjaya juga complete 6 sesi dalam masa 2 minggu. 

Hasilnya selepas 6 sesi (dengan izin Allah):

- Mulut Lope riuh satu rumah. Bercakap bahasa jermannya non-stop, membebel, ketawa dan tergelak;

- Selera makannya bertambah (alhamdulillah) . Pipinya dah berisi, lengan, perut & pehanya dah membulat. Memang sedap Mama peluk malam-malam;

- Sedikit gemar akan tali, rambut atau apa-apa sahaja yang menyerupai tali. Wayar pun boleh. Lope akan pegang, pusing dan pintal dengan bersungguh-sungguh. Kadang-kadang satu badan dibelitnya. Sekurang-kurangnya, gripping skill dia dah improve. Dulu, langsung tak mahu pegang apa-apa tangannya;

Earphone Mama pun jadi. Gigih dia mula-mula tarik rambut Mama, pastu dapat earphone, terus dia berpusing 'lari' dari Mama dan dok main ni. Hmmm.

- Alhamdulillah, perkembangan terbesar bila Lope punya keinginan untuk bangun berdiri dengan sendiri. Selama ini, Lope tak kisah pun untuk berdiri, tetapi dia akan berdiri bila saya letakkan dia dalam posisi berdiri. Mungkin sekadar mengambil hati Mama.

Gigih tengok news. Aktiviti selepas itu, mungkin sebab berminat dengan bunyi, warna dan cahaya, Lope menepuk-nepeuk screen TV plak. Not good for him. Bahaya ni.
*ini scene sebelum memanjat kabinet tv*

- Tak cukup dengan berdiri, Lope cuba memanjat pulak. Alhamdulillah. Cubaan beberapa kali nak panjat kabinet TV tu memang buat hati Mama berbunga happy.

Menurut stimulaterapistnya, selama ini banyak blockage dalam saluran saraf Lope yang mengakibatkan pengaliran oksigen tidak sampai ke otak. Bila oksigen tidak sampai ke otak, otak tidak dapat memproses input dan seterusnya memberikan isyarat kepada anggota-anggota badan yang lain untuk berkerja. 

Tapi, selepas 6 sesi juga, ada peritnya. Lope sakit, diserang asma kronik macam yang saya ceritakan dalam entry ini.  Tapi, semenjak semalam, alhamdulillah, Lope dah kembali aktif, bertenaga dan berselera.


Mak Ija, Isya & Lope selepas rawatan. Ini dah muka elok sikit dah ni, masa sakitnya.. ya ampun, kesian sungguh anak Mama :( Picture taken on 04/06/13. 
*Thank you Ayah Nyoh & Wan Nyoh sponsor baju Liverpool tuh. Mama suka!*

Ini taken on 04/06/2013 - masa Lope tengah kronik. Sumpah saya takut tengok ni. Nafasnya pendek-pendek. Perutnya macam bergulung nak bernafas.

video

Ini pulak gambar latest - 06/06/2013.

Dia ketawa.
Dia melompat.
Dia bercakap giberish talknya.
Dia makan dengan banyaknya.
Bernafas rileks seperti biasa.
Respon kepada persekitaran seperti biasa. 


Alhamdulillah, Lope is back!

05/06/2013

Speedy recovery, Lope!

Saya tak sempat nak tulis panjang-panjang kat blog. Saya printscreen aje status kat FB. Speedy recovery, Lope! 






Saya adalah mama yang paling bimbang di dalam dunia. Saya percaya pada instinct saya, ini adalah proses penyembuhan (healing crisis) kesan daripada rawatan kontemporari Stimulaterapi. Saya banyak kali berdoa semalam, minta apa yang saya buat ini betul. Setiap kali sesak nafas, teringin sekali saya bantu dengan memberinya nebulizer. Semalam, saya cuba beberapa kali teknik yang Kak Ija ajar untuk membantunya bernafas. Alhamdulillah. Selepas cubaan beberapa kali, Lope tampak lebih rileks bernafas.

Saya bangkit ja, 6pagi tadi juga, saya mencari Lope disisi saya. Nafasnya kembali teratur. Allahu akbar. Terima kasih Allah. Melihat keadaannya yang semakin stabil, saya memberanikan diri ke pejabat hari ini. Beratnya hati meninggalkan Lope di dalam jagaan Bibik 100%. Baru sebentar tadi saya menghubungi Bibik -- alhamdulillah. Selera makannya kembali seperti sedia kala.

Sekarang ini Lope memang diasingkan dari aircond. Menurut Kak Ija, paru-parunya penuh dengan kahak. Masalahnya, Lope tak tahu macam mana nak keluarkan kahak yang bersalut di kerongkong/hidungnya. Semalam, selepas saya memberikan habatussauda dan madu, Lope tampak sedikit lega. Mungkin, sudah tiba masanya saya istiqamah dalam mengamalkan cara pemakanan sunnah ini.

Hujung minggu ini, in sha Allah, akan ada sesuatu untuk Lope saya. Semalam sudah berbincang dengan Encik Bubu, dan dia sendiri pun bersetuju. Permudahkan laluan ini untuk kami. Jangan sesekali letakkan perasaan mengalah untuk memberikan kehidupan terbaik untuk Lope.

Terima kasih di atas iringan doa dan ingatan untuk Lope saya. Hanya Allah dapat membalas kebaikan korang-korang sekalian yang sayangkan Lope.

Jazakallah.