Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

29/03/2013

Tangan dan Kaki

2 hari lepas, saya membuat pemilihan beberapa keping gambar untuk dicuci. Saya sering inginkan hidup dikelilingi memori indah. Sering saya terbayangkan dinding rumah saya dipenuhi dengan gambar anak-anak dalam beberapa peringkat umur mereka. Mereka adalah kemanisan hidup saya hari ini.

Sedang memilih gambar yang perlu, saya terpandang akan kaki gebu Lope memijak bumi. Bagi saya, ianya cukup sentimental. Lope yang masih belum berjalan, melangkah tapi mempunyai sepasang kaki yang sangat gebu dan cantik. Lagi saya terpandangkan kaki ini, lebih-lebih lagi seperti ada satu rasa "bahagia". Cukup sahaja bahagia dengan membayangkan Lope berdiri dan berjalan.

Ok. Sampai tahap macam tu saya kepingan nak tengok dia berjalan.

Jadi, saya hantar ke kedai untuk dicuci. Bila saya ingin mengambil gambar di kedai, adik kat kaunter tu cakap "gambar kaki pun cuci". Saya tersenyum. Mungkin, bagi dia -- ianya hanya sepasang kaki. Kaki budak kecik. 



Mungkin dia tak tahu, kaki budak kecil ini adalah sumber kekuatan saya.
Mungkin dia tak tahu, kaki budak kecil ini yang ajar saya tentang kasih sayang tanpa syarat.
Mungkin dia tak tahu, kaki budak kecil ini adalah kaki anak syurga.

Bila saya balik, saya letakkan dalam frame. Terasa ada satu rasa puas hati. Puas hati kerana, saya pernah frame-kan hasil hand-paint Lope pada tahun 2009.


Tangan dan kaki Lope :')

Tangan yang masih belum pernah digunakan untuk memegang botol susunya sendiri, masih belum memegang sudu untuk menyuap ke mulutnya & masih belum memegang toys dan menyelerakkan mainan -- tak sama seperti Obiya. Tangan ini hanya digunakan untuk menepuk dan bergendang sambil tersenyum kegembiraan & digigit hampir sepanjang masa.

Saya abadikan gambar ini disudut rumah. Matlamat saya, satu hari, saya mahu Lope menggunakan kedua-dua anggota badannya ini untuk meneruskan kelangsungan hidup tanpa bantuan dari sesiapa pun.

Susah? Mustahil?

Memanglah :) Tapi, tidak ada yang susah dan mustahil kalau kita berusaha, istiqamah & minta tolong denganNya. Kita ni hamba aje, memang akan minta itu dan ini. Kalau Dia mahu memberi sekarang, tiada yang susah dan mustahil. Kunfayakun. Kalau Dia tak beri sekarang, dia akan beri nanti-nanti. Tak ada istilah yang Dia tak akan bagi. Now or later.

Semangat i-will-prove-them-wrong is activated. Buktikan pada mereka, research, studies & fakta perubatan itu salah. Hebat manusia belum sama hebat dengan hebat Allah. Research menunjukkan Lope ini akan bla, bla, bla, bla. Fakta akan kekal sebagai fakta. Buat masa yang ada, saya mahu live to the fullest. 

Salam jumaat buat semua.
Doakan Lope & keluarga dirahmati nikmat Allah sentiasa.

27/03/2013

Tanpa kamu, aku lemah.

Dah banyak hari saya stress.

Stress dengan kehidupan sekeliling & keadaan Lope yang semakin hari, semakin membimbangkan. Makin hari, makin banyak fakta, penemuan yang memberi "kesan" yang memedihkan tangkai hati seorang mama seperti saya. 

Bila bercampur semua perkara, menjadi satu. Saya stress! 

Cik cakap, pegi amik air semayang. Buka Al-Quran, baca surah Al-Waqiah, Surah Taba & Surah Yassin. Harap-harap, Allah ringankan berat yang ditanggung. Sekurang-kurangnya, ringan dalam hati, dalam jiwa. Lepas tu, Allah permudahkan jalan. Tak dapat selesai pun, diberi penyelesaian sementara sudah memadai.

It works!

2 minggu lepas, Lope ada appointment di Klinik Neuro, HKL.
Semalam, di Klinik Metabolik, HKL.

Makin banyak usaha ke arah kebaikan Lope, makin terbentang luas fakta-fakta yang "sakit" perlu saya telan. Bukan merungut, tapi sedih. Dalam masa yang sama, saya redha. Saya pun manusia, ada rasa sedih. Bila rasanya diagnosis-diagnosis perubatan bercerita mengenai fakta yang memedihkan hati seorang ibu, saya tak dapat tidak terpaksa telan.

Satu saya minta. 
Walau seteruk mana pun keadaan Lope, jangan dia terasa sakitnya.
Hatta terasa seperti digigit nyamuk juga saya tidak mahu.
Tidak rela hati saya untuk dia merasainya.

Biarlah saya tanggung segala sakitnya.
Biarlah saya harung segala susahnya.
Biarlah saya terima semua akibatnya.
Tak mampu berjalan -- saya dukung. 
Tak mampu dukung -- saya pikul.

Allah bagi saya kesihatan yang baik. 
18kg itu taklah berat nak bandingkan sayang saya pada Lope.

Tak mampu guna tangan untuk makan, minum & urus diri.
In sha Allah, selagi saya mampu, saya uruskan.
Mohon dilimpahkan rezeki melimpah, untuk saya senangkan amanah Allah ini.
Limpahkan rezeki untuk beri kesihatan & jagaan terbaik.

Tak apa tak lena tidur malamnya.
Tak apa selerak rumah tangganya.
Tak apa tak ada handbag mahalnya.
Tak apa Lope tak bercakap, berjalan macam anak seusianya.

Janji, dia tahu menyebut "mam-ma" bila dia susah, dia sakit & dia perlukan saya.
Sebab, hanya panggilan untuk saya sahaja yang dia mampu tafsirkan kesusahannya.
Panggil "mam-ma" bila Lope susah. Bila Lope benar-benar inginkan Mama.
Itu lebih bererti dari Lope terbaring lesu, tiada suara & hanya memandang Mama.

Saya memang emo hari ini. 
Selepas appointment pasal genetic bagai. 

DNA. 
Blood test. 
Urine sample.

The worst, pasal DMD. 

Saya baru baca kat Wiki, belum lagi buat biopsy & DNA bagai untuk sahkan. 
Belum lagi specialist cakap "positif".
Tapi, hati dah semak, mata dah hujan, jiwa dah galau. 
6 tahun saya hidup dengan Lope.
90% symptoms ada pada dia.

Ini saya ambil dari FB saya.

Early signs may include pseudohypertrophy (enlargement of calf and deltoid muscles), low endurance, and difficulties in standing unaided or inability to ascend staircases. As the condition progresses, muscle tissue experiences wasting and is eventually replaced by fat and fibrotic tissue (fibrosis). By age 10, braces may be required to aid in walking but most patients are wheelchair dependent by age 12. Later symptoms may include abnormal bone development that lead to skeletal deformities, including curvature of the spine. Due to progressive deterioration of muscle, loss of movement occurs, eventually leading to paralysis. Intellectual impairment may or may not be present but if present, does not progressively worsen as the child ages. The average life expectancy for patients afflicted with DMD is around 25.[1]

*Peluk diri sendiri kuat-kuat*

Ada masanya, sekali sekala, saya perlu menangis.
Saya pilih hari ini untuk menangis, puas-puas.
Sebab esok, saya mahu senyum & enjoy my motherhood with Lope.

To the fullest!

Jangan lupa senyum & ketawa -- untuk Mama. Setiap hari.
Tanpa kamu, aku lemah.


21/03/2013

20/03/2013

Screen Samsung Note retak adalah masalah biasa pengguna Samsung.

Tajuk entri memang propa! Tapi, tengoklah ni..


Tiap kali tengok gambar ni, rasa ada semacam rasa menusuk dalam hati. Rasa halus je. Rasa macam.. "Haishhhhhhh Sophia!" Setiap kali. Setiap kali, ok. Inilah hasil kreatif anak perempuan saya. Kejadian berlaku malam Ahad lepas tapi saya tak ada hati nak update blog pasal ni. Tiap kali pandang Note ni, rasa macam.. "Haishhhhh Sophia!"

Kronologi kejadian ye. Mama tulis ni nak biar Sophia baca sek sok yang dia pernah cracked phone Mama sampai macam ni :p Sabtu malam Ahad tu, macam biasalah malam weekend, tidur lewat sikit. Jadi, selepas tidurkan Lope, saya cakap kat Obiya kena tidur, dia jawab "Ya nak tunggu Mama, Ya nak hug Mama" So, saya cakap, tunggu sekejap. Mama nak masuk toilet. 

10 minit saya dalam toilet, saat saya buka pintu toilet aje, saya tengok Obiya terkejut sambil pandang saya, terus berlari naik atas katil dan selimut seluruh badan termasuk mukanya. Aik, what happened? Selalunya, kalau buat macam tu dia buat salah. So, saya buat-buat tak tahu. Dia pun masih sama dalam keadaan tu. Tak bergerak pun, tapi nafasnya berbunyi kuat. Lemas kot :p So, saya tarik selimut Obiya.

Saya tanya je "kenapa ni Ya?"
Terus si anak jawab "Ya tak uat (buat). Phone Mama atuh (jatuh)."

Barulah saya mencari handphone saya. Si anak pun siap tunjuk lagi "tu Ma" katanya. Elok je Note saya menyembah lantai. Bila saya angkat je, screen macam tulah gayanya. Rasanya 2 minit saya speechless. Obiya dah suspen. Dia pandang je muka saya. Pastu, sebab lama sangat saya diam, dia tanya. "Mama uat (buat) apa?" Well, itu soalan biasa dia tanya. Rasa macam... "Haishh.. Sophia!"

Suprisingly, saya tak marah Obiya. Rasa macam, kalau marah pun, screen ni tetap cracked macam tu. Saya panggil Encik Bubu yang ada kat bawah. Bila dia tengok je, dia yang terlebih emo berbanding saya. Bila Encik Bubu tanya Obiya macam mana dia buat, Obiya cakap macam tadilah "Ya tak uat (buat). Phone Mama atuh (jatuh)."

Mama redha je lah. Banyak kali nak pujuk diri, saya ingatkan diri. Anak genius memang super-nakal. Memang banyak idea dia buat sebab banyak akal. So, sabar. sabar. sabar. Esoknya, bawalah Note ke Samsung Service Centre di Sunway Phyramid. Bila diaorang cakap screen cracked tak masuk dalam waranty sebab kecuaian sendiri & kos dia RM790!

Mak aihhh. Mahal giler.

So, bawa balik semula Note. RM790 is a big amount for me. Duit sebanyak tu dah ada allocation dia. RM790 ni agak-agak sebulan la Lope berhenti terapi. Pastu, screen aje RM790. Aduh. Mulalah rasa tak berbaloi sebab Note aje. Mulalah macam-macam fikir nak beli handphone barulah, nak pakai handphone 70 hinggit la. Mak gerams, ok.

So, hingga ke hari ni saya takde handphone. Dah 4 hari dah. Dah rasa macam, separuh jiwaku pergi. Hiks! Sekaang ni, saya pakai tab Obiya. Galaxy Tab yang first generation tu. Setakat korang nak FB/Email/WhatApps/Tweet/Instagram tu boleh lah.. tapi nak dengar suara ku yang jambu ni, tak dapek.

Ini carian kat LowYat.Forum -- I'm not alone!

So, tak tahu lagi sampai bila saya ni takde telephone. Dok intai-intai tabung Nuffnang, kena cari separuh lagi baru dapat rembat Note II. Lambatttt lagi tabung tu nak penuh :(


19/03/2013

Cik.

Saya jarang sekali bercerita mengenai orang lain dalam blog ni selain Lope, Obiya dan adalah sesekali saya selit cerita Encik Bubu dan saya. Jarang sangat-sangat saya bercerita mengenai orang lain, sebab bimbang kadang kala, orang lain tak suka.

Tapi, hari ni saya stress. Dah banyak kali call Cik kat rumah. Mungkin ada yang tak tahu, saya panggil mak saya Cik. Macam-macam nama saya save nama Cik kat handphone. Bila Cik call, macam comel je bila di screen appear nama "My fave. girl". Auw!

Inilah Cik saya.
Comey dop Cik saya? (sebut tu ikut nada Kak Ton) *oh-my-god*

Okey lah tu. Kaler baju. Kaler tudung dah sama dengan kaler pokok kat belakang tu. So gegirl!

Sekarang ni, saya minta tolong Cik sangat-sangat tolong tengokkan Lope sementara saya carikan centre yang sesuai untuk dia. Kalau ditanya, memang saya serik nak pakai maid lagi. Biarlah saya susah pun. Eh. Melalut plak. Nak cerita pasal Cik ni :p Ini, nak share gambar-gambar my fave. homosapien on earth ni. 

One thing saya tabik spring kat Cik ni, selalunya diperingkat usia macam Cik, kebanyakkannya tak suka kepada teknologi tapi tidak untuk Cik. Celik IT ok ;) Berbaloi kami adik beradik beli smartphone kat Cik sebab Cik guna sepenuhnya dari Facebook, WhatApps & mungkin selepas ni -- Instagram! Kelas ok, anak-anak Cik sendiri pun ada yang tak tahu apa tu Instagram :p

Comey-comey bila Cik gi mana-mana snap pic dan share dengan kami adik beradik di WhatApps! 

Ini gambar minggu lepas -- a weekend escape to Cameron Highlands with Andak's. Sebelah Cik tu my SIL - Ata, Arif & Yaya ;)

Semoga Cik terus diberi kesihatan yang baik sentiasa.

Stressssss!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

STRESSSSSSS!
Mana nak cari centre yang sesuai untuk Lope?











:(

18/03/2013

Terapi Pertuturan dan Bahasa.

Sabtu lepas, tunggang terbalik pun sampai jugak kat Great Life Physiotherapy kat Shah Alam. Kali ni, pertama kali nak jumpa Ms. Aini - speech therapist. Memang kami sampai lambat. Berjalan dengan budak 2 orang ni memang leceh. Abahnya tak ada, dia ke KGNS awal pagi lagi.

Ok. Saya suka Ms. Aini ni :)

Suka sebab dia explain perkara yang selama ni saya tak tahu. Dia kasi ilmu baru. Saya cakap saya suka dengan Ms. Aini sebab dia berbeza dengan speech therapy yang saya dah jumpa sebelum-sebelum ini. The one yang cakap kat saya tak perlu lagi speech therapy sebab sekarang ni Lope perlukan physio & OT dulu. 


Itu dah jadi kenangan -- citer lepas, biarkan lepas.

Selama ini Lope hanya makan soft diet e.g chicken porridge, sup, mashed potato etc. Semuanya makanan bertekstur lembut. Dia tak perlu kunyah, memadai dengan kemam-kemam dan telan. Rupanya, itu adalah tanda Lope ada sensory issue! Sama juga bila kenapa Lope tak minum air sejuk selain air suam, Lope tak suka air lain termasuk air putih selain susu, Lope tak suka berus gigi, Lope tak suka minum air sejuk & kenapa Lope tak bercakap lagi.

Dalam bahasa paling mudah nak faham -- ibaratnya, dalam mulut & lidah Lope tu, apabila disentuh/tersentuh, akan buat Lope rasa tajam/sakit. Rasa macam ngilu. Sebab tu dia tak mahu buka mulut, gerak lidah. Explain why kenapa Lope makan soft diet sahaja. So, saya google beberapa perkara yang boleh saya bantu Lope.

1. Gosok/stimulate muka/gigi/gusi. 
Sebelum ni memang saya dah buat tapping kat muka dia. Selepas tu, saya gosok area gusi/gigi dia dengan brush/towel/ cotton buds. Semuanya buat Lope menangis tak selesa, tapi lagi Lope tak mahu, lagiiiiiiiiiiii saya buat. Maksudnya, dia tak mahu sebab dia ada masalah.

2. Makanan yang lebih "berketul"
Sebelum ni pun, saya dah buat macam ni. Chicken porridge Lope tu dipenuhi dengan carrot/sayur kecil-kecil. Gigih saya potong-potong dadu untuk Lope. Tujuannya nak biar dia rasa ketulan tu.

3. Perlu cari alat terapi 
Tujuannya untuk menenangkan & mengurangkan rasa sensitive pada Lope. Benda tu macam ni yang saya nak. 





Buat masa sekarang ni, nak cari semua alat-alat ni memang susah. Paling senang, vibrator tu kena tukar dengan berus gigi elektik. Tapi, paling senang nak guna yang ini.



Selepas sebulan, nak bawa lagi Lope jumpa Ms. Aini. Nak tengok, apa lagi yang boleh buat untuk dia. 

15/03/2013

Temujanji Neurologi di Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur

Setelah hampir 1.5 tahun takde follow-up, here we are again -- di Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur untuk temujanji neurologi. Dapat date 11 Mac 2013 ni setelah saya booking 3 bulan lepas. Bila kami sampai je HKL, saya rasa HKL dah banyak improved berbanding dengan 2 tahun lepas. Masalah parking memang masih susah tapi lebih senang sebab dah disediakan banyak parking di sekitar kawasan hospital. Kalau dulu datang aje HKL, saya bimbang Lope kepanasan tapi kini tidak lagi sebab keseluruhan Institut Pediatrik kini dah ada aircond!

Hiks!

Ok. Happy dengan perubahan di HKL. Hospital gomen ni selalunya orang akan cakap macam-macam tak menariknya tapi bagi saya, ini sudah bagus. Bila sampai, saya sedikit bermasalah sebab kad temujanji hilang (my bad!) So, mengambil sedikit masa sebab perlu ke Klinik Neuro untuk ambil kad dan patah balik ke kaunter pendaftaran. Susahnya sebab kena tolak Lope dalam stroller & Obiya yang berjalan sendiri. Encik Bubu masa ni pergi parking kereta. Proses pendaftaran smooth je  walaupun HRMIS tak dapat nak access. Well, memang tak heran kalau dia cakap takleh nak access HRMIS. So, dia minta bayar aje RM5. 



Selepas tu, prosedur biasa, kena timbang Lope. Well, anak mama dah besar & panjang. Rupanya sekarang ni, untuk budak-budak tak boleh berdiri ada kerusi penimbang. Hiks. Ini memang perkara baru untuk saya. Berat Lope 18.1kg dengan ketinggian 115cm. Mak aihhh! Patutlah rasa Lope melangit je panjang, dah 115cm! Tinggi saya pun cuma 162cm :p


Lepas tu saya terus ke Bilik No. 5 - Klinik Neuro. Masa ni Encik Bubu dah sampai. Kami tak ada banyak masalah sebab orang pun tak ramai. Cool aje nak pilih kerusi. Kat dalam klinik pun dah berubah sakan. Kalau korang tengok entri saya yang lepas, klinik kat sini nampak dull aje. Tapi, sekarang ni ada mural yang baru. Ada flat screen TV. Oh, terima kasih Kerajaan Malaysia.


Bila menunggu kat sini, si adik dah start boring. Mulalah kreatif tak ingat. Naik duduk kerusi itu dan ini. Saya memang ada rasa runsing sikit bila berjalan dengan Obiya di tempat public, kot-kot dia yang terlalu pantas. Lepas tu, bila tengok Lope pun dah start boring, saya rasa kita switch seat.


Budak ni buat muka boring. Dia tarik-buka & tutup penutup stroller tu sambil gigit jari. Kejap-kejap terdengar dia membebel. Mamamammama-Babababababbaa. Bila nampak dia boring, saya panggil Obiya dan saya keluarkan Lope dalam stroller & gantikan dengan Obiya. Muahahahhaha. Obiya dah tak boleh ke sana ke mari. Aman hati mama dia nak jaga!



Bila Lope duduk di kerusi macam ni tunggu turn, saya teringat pulak, inilah kali pertama Lope datang ke HKL & duduk sendirian di kerusi menunggu giliran. Sebelum ni, dia akan berada dalam stroller. Saya pandang pesakit-pesakit lain disekeliling. 2 daripadanya masih dalam stroller. Terbaring. Saya insaf. Saya syukur. Fasa-fasa itu sudah berlalu. Alhamdulillah.

Bila tiba giliran kami berjumpa doktor, macam-macam soalan saya dah pasang dalam otak ni nak tanya.

- Besarnya, saya mahu Lope di-diagnos semula. Masih relevenkah diagnosis Autism & GDD itu pada Lope. 

- Saya mahu Lope dirujuk kepada child psychiatrist.

Hasil selama 45 minit berjumpa dengan 3 orang doktor pakar, diaorang sangat impress dengan perkembangan Lope hari ini. Alhamdulillah. 

- Duduk sendiri dengan tegak. Tanpa sokongan.
- Struktur lutut/kaki yang ada potensi untuk berdiri/berjalan.
- Eye-contact improve -- respon bila nama dipanggil.
- Ujian darah untuk Fragile X Syndrome -- negatif. Alhamdulillah :)

Ini yang perlu diubah:

- Susu dikurangkan dari 6 kali minum kepada 4 kali.
- Perlu buat physio/OT/hidro/speech therapy serentak.
- Kena amik video utk setiap gerak geri Lope yg berulang. Next appointment kena tunjuk.
- Kena record setiap perkembangan Lope. Next appoinment kena report.

My 6-years-old -GDD & Autistic boy :)

Behave je bila doctor tanya itu ini.
Dia duduk dikerusi ini. 
Kadang-kadang, dia menepuk-nepuk meja doktor. 
Doktor pandang dia senyum je.


So, next appointment adalah 6 bulan dari sekarang. Kami ada masa 6 bulan nak "surprise" doktor lagi dengan kemajuan terbaru untuk Lope. Kami terima challenge doktor -- sesuatu yang baru akan kami tunjukkan.

Game on, doc! Gambar ni Obiya yang snap dari dalam stroller. THE only way nak diamkan dia adalah dengan mengorbankan phone mama kasi dia main game. Lucu pulak bila doc ingatkan Obiya pesakitnya. Almaklumlah, nampaknya Lope berjaya mengaburi doc dengan "menjadi kanak-kanak tipikal" :p


Lope,
In sha Allah, Mama akan kasi all out nak tengok Lope berdiri, berjalan & uruskan diri Lope sendiri. Ingat Lope, setiap kali Lope sakit/susah - jatuh/bangun sebab nak berjalan/berdiri, Mama akan selalu ada. Jatuhlah berjuta kali pun, Mama tak akan jemu mengangkat, merawat, menyayangi Lope sampai bila-bila. Beri peluang untuk Mama menunaikan tanggungjawab menjadi ibu/nurse/physiotherapist untuk Lope. Mama tak akan merungut walau seberapa susah pun tapi Mama tak dapat maafkan diri sendiri kalau Mama tak pernah mencuba pun jadi yang terbaik untuk Lope. Pimpin Mama menuju janatul firdaus ye, sayang :)

Mama sayang Lope & Mama tahu, Lope boleh berjalan nanti. Lambat atau cepat -- Mama akan tunggu saat itu. Kita usaha sama-sama, selebihnya kita minta Allah perkenankan. Kalau Allah tak mahu Lope berjalan di dunia, Mama yakin Allah mahu Lope berlari di halaman janatul firdaus kelak.

Xx

Beef Bake Macaroni with Cheese & Basil

Dah 2-3 hari teringin nak makan macaroni bakar macam CC selalu buat masa hari raya. Nak tunggu raya lambattt lagi, jadi usha resepi dari Cik. Original resepi tu sangat cerewet. Banyakk potong-potong bawang bagai. Sebab saya malas, saya ubah sendiri :p

Beef Bake Macaroni with Cheese & Basil

1 paket daging cincang Ramly -- perap dgn bawang putih+jintan putih+blackpepper+garam
3 ulas bawang besar -- potong dadu
2 biji ubi kentang -- potong dadu
3 batang seleri -- potong dadu
10 pcs cendawan shitake -- potong dadu
1 ikat bayam merah -- dicarikkan
1/2 kg direbus hingga lembut -- toskan
5 biji telur
Tepung
Keju parmesan
Basil

Inti
- Goreng bawang besar hingga naik bau kemudian masukkan ubi kentang diikuti batang seleri,
- Bila dah nampak masak, campurkan cendawan.
- Kemudian masukkan daging cincang & seterusnya bayam merah.

- Gaul semua inti dengan macaroni yang telah direbus. Gaul hingga sebati.
- Pecahkan telur. Gaul. Masukkan 2 sudu tepung. Gaul.
- Masukkan dalam bekas bakar. Taburkan keju & basil.
- Bakar 15 minit.

Siap!

Ini gambar amik kat office. Kat rumah busy, tak sempat nak amik gambar :p

Tapi, tak sama dengan CC buat :(
CC, silalah datang ke Putrajaya & masakkan macaroni untuk adik nih.

Salam Jumaat & selamat berhujung minggu.
Xx.

13/03/2013

Global Developmental Delay (GDD)/ Lewat Perkembangan

Letihnya.

Semalam, jam 5.30am dah bangun. Menjiwai hidup seorang bibik dengan penuh dedikasi. Bangun sapu, mop & cuci rumah. Masak makanan Lope & Obiya, siap sediakan breakfast kat Cik. Pukul 7.00am tu, kain dah terjemur di ampaian!

Mak aihhhhh. 

Pukul 8.30am dah ada di office. Bila duduk je di kerusi office, segala rasa penat tu mulalah merayap ke tangan, kaki dan badan. Rasa macam best aje kalau dapat Zzzzz. Tapi, berangan jelah nak tido, kan? Pukul 1.30pm baru balik ke rumah. Siapkan Lope & Obiya ke Shah Alam untuk assesment di Rumah Ramah.

Semenjak minggu lepas, saya memang survey sana sini centre untuk Lope. Sedikit frust sebab di kawasan Putrajaya dan sekitar, tak ada centre seumpama ini. Untuk pengetahuan umum, memang Lope disahkan sebagai seorang kanak-kanak autis dan Global Developmental Delay (GDD)/lewat perkembangan. Bila saya telefon sana sini, bila disebut "autism" orang akan bayangkan Lope seorang kanak-kanak berusia 6 tahun yang dah boleh berjalan, hyper atau tak pandai bergaul.

Itu tak tepat.

Meh nak cerita, Lope disahkan autism semasa usianya 1 tahun 8 bulan -- atas sebab dia ada ciri-ciri autistik iaitu melakukan perkara berulang. Lope juga disahkan sebagai GDD sebab semasa umur 1 tahun 8 bulan tu Lope masih tak boleh berjalan, belum mampu duduk -- sekadar guling-guling aje. 

Disini masalah untuk saya memilih pusat jagaan timbul.

Bila nak hantar ke pusat autistik -- dia perlu tahu urus diri. Boleh berjalan sendiri. Boleh ke tandas sendiri. Kalau nak hantar juga, dia memerlukan shadow aid/pembantu. Mungkin, dia dihantar ke centre dengan bibik sekali. Tetapi, pusat autistik masih belum boleh menerima Lope sebab Lope masih belum ada learning readiness.

Rawatan terbaik sekarang untuk Lope adalah rehabilitasi -- physiotherapy, occupational therapy, speech therapy & hidrotherapy. Sebelum saya fokuskan Lope untuk ajaran/didikan sebagai kanak-kanak autis, saya perlu siapkan Lope dengan keupayaan untuknya belajar. Perkara paling asas, untuk dia berjalan sendiri ke tandas bila diperlukan, untuk dia menggunakan kedua-dua tangannya untuk makan & minum -- juga untuk memegang & mencapai barang.

Sekarang ni, umur Lope dah hampir 6 tahun bulan hadapan tetapi umur perkembangan Lope baru di usia 8 bulan! Nak tengok macam mana Lope behave setiap hari, tengok aje budak 8 bulan bergerak. Berguling, gibberish talk & "makan" jari sendiri. 

Pendek kata, Lope delay almost 5 tahun ke belakang. :(

So, kepada mana-mana parents yang baca entri ni, yang anak-anaknya GDD. Kat mana korang hantar diaorang? Sekarang ni memang tengah survey. Semalam, pergi ke Rumah Ramah di Shah Alam. Mereka tak janji boleh terima Lope tapi akan berbincang semula. Saya harapkan akan ada rezeki Lope. 

My GDD & Autistic boy :')

Tengok muka senyum lebar macam ni boleh buat semua kebimbangan, runsing dan masalah saya terbang macam tu aje untuk seketika. Tak apelah delay 5 tahun pun sebab Lope adalah pelengkap rasa kasih sayang seorang ibu - sayang tak bersyarat.

12/03/2013

Shepherd Pie

Resepi ni dapat dari Kak Sue Aleen - otai masak ni. 
Resepi ringkas dan sedap dimakan.
Sesuai untuk mak-mak yang nak buat bento kat anak pegi sekolah.

Ubi kentang direbus & dilenyek.
Kemudian dicampur dengan susu cream.
Sedikit demi sedikit.
Masukkan 3 sudu butter.
Gaul sehingga sebati.

Tumis bawang putih 7-10 ulas & 2 labu bawang besar.
Bila dah naik bau, masuk carrot yang dicincang.
Pastu masuk daging cincang. [Perap dulu dengan sos black pepper brand Life].
Nampak semua sebati, masukkan tomato puree.
Pastu, brocolli [optional] + garam & gula.

Pastu dah boleh nak bake.

Layer bawah taruk ubi kentang lenyek.
Kat tengah-tengah letak inti.
Pastu letak ubi kentang balik.

Nak sedap lagi, tabur cheese & basil.

Bakar 15 minit.


Sebelum bakar


Selepas bakar


Ini yang dibuat special untuk Lope & Phia. Kurang black pepper, kurang daging. Tapi lebih veggie!



Ini dah masak ;)


Selamat mencuba :)

Bila Bibik Yumi pukul Obiya...

Wey! Sakit hati je baca tajuk entri nih!

Jumaat, 1 Mac 2013, 11.50 malam

Kami semua satu keluarga dah masuk bilik untuk tidur. Selalunya, Obiya akan minta saya menggosok-gosok perutnya ala-ala Winnie the Pooh tu, tapi hari ni dia meminta saya menggosok lembut di belakangnya. Berulang kali diminta.

Mama: Eh, kenapa gosok kat belakang? Bukan perut?
Obiya: Ya sakit.
Mama: Sape buat Ya?
Obiya: Bibik pukul Ya. (Sambil menunjukkan demo macam mana Bibik buat)

Saya dan Encik Bubu saling berpandangan. Kemudian, Encik Bubu pula bertanya lagi. Jawapannya tetap sama, walau ditukar soalan. Dari cerita Obiya, dia yang mula pukul Bibik dahulu. 

Ahad, 3 Mac 2013, 7.30 pagi

Sambil menyediakan breakfast, saya ambil peluang berbual kosong dengan Bibik.

Saya: Lain kali, saya tak mahu dengar dah kamu pukul Obiya. Kalau anak saya buat salah, beritahu saya, saya akan ajar anak saya. Jangan sesekali pukul anak saya. Kalau keluarga saya pukul Obiya pun saya marah, inikan pula kamu.

Saya sengaja tidak selidik. Saya menuduh terus. Saya cuma nak selidik, benar atau tidak cerita Obiya. Maklumlah cerita budak 4 tahun. Kalau tidak benar dia memukul, pastinya dia akan menafikan sekeras-kerasnya.

Bibik: Aku pukul perlahan sahaja. Dia pukul aku dahulu.

Menyiarap darah kat muka saya. Rasa panas aje. 

Pukul perlahan? 
Obiya pukul dia pastu dia balas balik?

Masya Allah!

Saya: Habis tu, anak saya pukul kamu, kamu pukul balik. Perlahan atau kuat, kamu tak boleh pukul anak majikan.

Bibik tarik muka, buat muka tak puas hati sebab kena marah.

Petang Ahad itu saya tidak ke mana kerana pada petangnya hasrat hati ingin bertandang ke rumah jiran yang kebetulan ada buat birthday party. Minmin juga ada dirumah waktu itu. Kami berbual non-stop. Gosip itu dan ini. Hari pula panas. Jadi, saya "kurung" Lope di master bedroom dengan aircond. Saya dan Minmin juga bergolek-golek girang bersama Lope. 

Sampailah sekitar jam 2.30 petang, saya dengar bising-bising dibawah. Obiya menangis dan diikuti suaranya membebel "Bibik not good! Sakitlah!" yang ditutur dengan nada marah. Saya dari tingkat atas bertanya pada Encik Bubu-- kenapa? Katanya Obiya dan Bibik. Ntah kenapa. Saya panggil Obiya naik. Saya menantinya di pintu bilik. Dari bawah, saya lihat dia melangkah anak tangga dengan terkepit-kepit memegang private part nya. Sampai ke tingkat atas, dia meluru bermain dengan mainannya. Ke hulu ke hilir dia bergerak masih "mengepit" kawasan sulit itu.

Mama: Kenapa Ya pegang situ? (sambil tunjuk ke kawasan private partnya)
Obiya: Ya sakit. (Dalam hati saya terdetik -- again?)
Mama: Kenapa sakit?
Obiya: Bibik not good. Bibik buat Ya. Ya akit.
Mama: Bibik buat macam mana?
Obiya: Ya asuk oilet, Ya encing. Bik asuh ni, ngan angan. Akit Ya!
(Ya masuk toilet, Ya kencing. Bibik basuh ni (sambil mencangkung dan tunjuk private part) dengan tangan. Sakit Ya)

Entah apa Bibik buat kat Phia sampai dia terkepit-kepit macam tu. Saya tak fikir panjang, terus saya panggil Bibik. Seperti dijangka, jawapannya aku tak buat apa-apa. Tambah Bibik, puan percayakan sangat Obiya. 

Memang saya percayakan Obiya sebab sebelum ini, dia tidak mengadu sakit. Bila dia mengadu, ertinya dia benar-benar sakit. Macam mana saya nak percaya pada mulut si Bibik ni kalau dah terbukti dalam entri SINI dan SINI  semua jawapannya menipu!

Dipendekkan cerita -- selepas beberapa siri soal jawab, mula-mula saya yang buat dan lepas tu Encik Bubu. Semua sesi ini disaksikan oleh Minmin sendiri. Dialah saksi bagaimana kurang ajar, keras kepala dan menyakitkan hatinya perangai Bibik Yumi ini. 

Bila Bibik menipu, takpe. Sabar.
Bila Bibik rosakkan barang, takpe. Tegur dia. Ajar dia. Selebihnya, sabar.
Bila Bibik tak buat kerja, mulut pot-pet-pot-pet. Pastu urut dada. Kita sabar lagi.
Bila Bibik perlakukan anak dengan kasar, saya marah & pesan. Istighfar banyak-banyak.

Tapi, bila Bibik pukul anak saya, itu dah tak ada sabar.
Dah habis limit.
Apa saya buat?
Secara rasminya, saya tidak ada Bibik dah.

Bila takde Bibik secara tiba-tiba, maka saya bercuti sepanjang minggu. Mencari dan tercari dimana harus saya tinggalkan Lope. Dalam hati, ada sedikit rasa phobia nak ambil bibik lagi. Saya selalu fikir, kalau Obiya dia boleh pukul, entah apa yang dia dah buat pada Lope, kan? :(

Doakan semuanya berjalan lancar. Saya berharap akan ada centre yang boleh terima Lope.

01/03/2013

Candy Crush Saga!

Ini adalah alasan utama kenapa blog tak diupdate!


Hiks!

Bila keluar lunch dengan Jia & Tirex-- masing-masing dok hadap benda ni. Mula-mula macam heran, best sangat ke? :p Pastu, carilah kat Google store. Bila dah main, mak aihhhhh. Addictive! Siap mintak nyawa lagi dengan Masz & Tirex. Kalau nak beli macam over, tapi ada je rasa nak beli "lives" so that boleh main sampai menang. 



Mainnya lebih kurang dengan Be Jeweled aje, tapi Candy Crush Saga ni lebih bijak sikit sebab kena susun strategi. Ada target yang kena fulfill. Saya ni dah 2 hari stuck kat Level 29. Stuck secara berjemaah dengan Jia & Tirex! Semalam ada jugak usha-usha cheat codes, rasanya weekend ni habislah pulun. 

Sape-sape yang main Candy Crush Saga -- sila mintak nyawa dari saya di FB. No problem, anytime akan approve. Pastu, pandai-pandai la return favour yer ;)