Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

25/02/2013

Bila hari isnin..

Kalau untuk orang bekerja, bila hari isnin je, terus cakap tak nak datang kerja. 

Malaslah--
Takde mood la--
Tapi, bukan orang yang bekerja je--
Nun, dirumah saya pun ada sorang--
Bila hari isnin je, terus syahdu je--

Ni ha.. budak ni..


Oh yes. Budak ni lah.

Bila tiba je hari isnin...

Mulalah makan nasi tak habis--
Moody sepanjang hari--
Mama kasi kat Bibik dia melompat lari--
Bibik dukung dia nangis-nangis macam marah--
Bibik tinggal dia nangis-nangis macam sedih--
Mama nak pegi office, dia pandang tempat lain--
Bila kereta Mama dah tak kedengaran, dia menangis panggil Mama--

Bila tiba je hari isnin--

Budak ni jugalah yang sambut Mama dengan senyum (sumpah) paling sweet--
Manjanya double dose, semua nak dengan Mama--
Bila Mama tak sempat, meraungnya boleh tahan--
Bila duduk sebelah Mama akan lentok kepala--
Ada masanya, dia akan pegang tangan Mama--
Paling best, dia akan peluk Mama.

Bila tiba hari isnin, saya akan cuak--

Sedih nak tinggalkan dia dan berkejaran nak balik awal--
Saya paling suka tengok dia bila saya buka pintu--
Suka pada eye-contact dia--
Ke kiri saya pergi, ke kiri jugalah anak matanya mengikut--
Setapak ke kanan, ke kananlah dia mengekor--
Kalau saya tak tegur, rajuknya sampai ke malam--
Bila pulang, haruslah memeluk dia dulu--
Tak henti mulut saya kata saya sayang, saya rindu--
Tiap kali dengar saya berkata, dia akan hadiahkan dengan senyuman paling manis--

Sumpah.
Tiap kali juga Mama cair.

:')

Till next week (in sha Allah), saya akan menunggu isnin itu datang lagi.
Tata, nak balik awal untuk budak lelaki ini. 

Xx.

Serangan asma datang lagi.

Sepatutnya hari sabtu dan ahad menjadi hari terapi Lope, tapi bukan untuk minggu lepas. Rasa bersalah sangat sebab dah kasi rehat yang panjang untuk Lope. 

Sepatutnya, Lope perlu ke Cova Sq. pada hari sabtu dan ke Shah Alam pada hari ahad, tapi keduanya dibatalkan atas faktor kesihatan. Serangan asma datang lagi. Sedikit sebanyak, ini adalah salah mamanya. Salah yang tidak disengajakan.

Bila weekend aje, saya mulalah akan guna masa seepenuhnya untuk Encik Bubu dan anak-anak. Minggu ini, saya cuba menu baru untuk Lope - mashed potato dengan ikan tuna yang digoreng dengan cendawan & brokoli. Hasilnya, Lope memang makan. Bertambah-tambah. Mama dia is so happy.

Tapi, jam 2 petang-- Lope wheezing. Hidungnya berair. Matanya berair. Batuk non-stop. Saya pun bagi inhaler-- ventolin. Semenjak 2 minggu sudah, Lope memang perlu 1 dose ventolin setiap hari. Sangka saya, keadaan biasa. Memandangkan Lope nampak ok selepas itu, saya berhajat masih mahu mengejar slot physio di Cova Sq. pada jam 4 petang.

Sayangnya, hujan sepanjang perjalanan. Saya SMS pada Miza, mohon maaf. Kami tak sempat datang. Disebabkan tak sempat, kami tukar destinasi. Kami ke IOI Mall. Post-belated birthday celebration untuk Encik Bubu (konon). Sebenarnya, memang terasa nak makan Seoul Garden sebab kami brunch jam 11.00 am tadi, of course la pukul 5.00 pm kami lapar.

Sambil saya makan, memang saya standby bento untuk Lope-- plain porridge with Tuna. Tuna lagi, kan? Lope pun makan bertambah-tambah. Sampai licin bekalnya. Masa tu, saya masih tak perasan, sebaik sahaja selepas makan, mata Lope berair. Hidungnya berair & batuknya datang dengan teruk sekali. Terus, asma menyerang lagi. 

Saya tengok jam-- 7.00 pm. Sepatutnya, dose Ventolin setiap 6 jam. Tapi, saya cincaikan. Saya berikan dose ke-2. Lepas tu Lope kembali ok. Saya pun lega. Sampailah ke malamnya, jam 12 midnite, masa kami semua nak tidur, Lope wheezing dengan maha hebat.  Saya yang dah baring tak jadi baring. Kejutkan Encik Bubu, bersiap ala kadar & terus bawa Lope ke Unit Kecemasan, Hospital Putrajaya.

Kesiannya tengok dia sesak nafas. Saya memang takut bila Lope sesak nafas. Panjang doa saya minta pada Allah, hilangkan kesakitannya. Sampai di hospital, dengan berdukung saya pergi ke triage. Pada mulanya, MA kat situ minta tunggu sebab ada pesakit yang sedang di periksa. Tak kan nak tunggu? Jadi, saya ketuk je pintu bilik triage tu. Bila dia buka pintu, dia cakap "sabar, ada patient" Saya pula jawab "Anak saya asma. Kasilah ambil neb dulu"

Nurse yang ada kat situ minta saya duduk. Dia periksa lebih kurang dada Lope, pastu dia minta MA tadi hantarkan saya ke dalam (untuk ambil nebulizer). Tak sampai 5 minit, Lope dah di kerusi ambil nebulizer. Itupun ada scene, orang minta Encik Bubu tunggu di luar. Tapi, saya insist Encik Bubu stay. 

"Anak saya OKU. Saya perlu suami untuk pegang tangannya.." lepas tu, baru nurse kat situ nampak lembut sikit. Mungkin kesian. Mungkin ada sikit timbang rasa. Lope adalah istimewa dan layanan padanya juga perlu istimewa. 

10 minit berlalu. Neb pertama selamat dihidu dan seperti yang dijangka, Lope perlu mengambil neb kedua. Semasa menghidu neb, baru saya sedar. Selama ini saya sering under-estimate Lope atau mungkin tepat over-protective. Lope steady je hidu neb-- yang saya bayangkan seperti 2 tahun lepas, meronta, menangis, terpekik & tangan tak putus-putus nak tarik mask ke bawah. Well, kali ni pun ada tapi scene meronta, menangis tu tak ada :p Setakat terpekik dan nak tarik mask aje.

Duduknya pun makin steady. Tegak je. Tak jatuh kerusi pun. Even masa doktor datang nak test paru-parunya, siap dia bercakap lagi. Of course la in gibberish talk kan, eye-contact makin improve bila dia pandang tepat mata doktor yang menegurnya. Untuk saya, besar tu perkembangan Lope :)

Sampailah ke masa kami menunggu ubat pun, Lope steady aje. Tak tidur. Duduk sendiri di bangkunya. Pot-pet-pot-pet dengan gibberish talknya & menarik perhatian orang-orang yang sedang sakit di jam 3 am di Unit Kecemasan tu. Tak dinafikan, hampir semua mata memandang Lope. Mungkin hairan, budak berbadan usia 6 tahun tapi berperilaku usia 8 bulan.

Well, that's my boy.
This is Lope :)

Kami balik semula ke rumah hampir jam 4.00 am. Lope tertidur sebaik sahaja masuk ke kereta. Sampai dirumah, Obiya terlompat girang. Masya Allah. Dia tak tidur sepanjang saya tiada. Bila naik aje ke bilik, saya sendiri terus tertidur sambil memeluk Obiya. 

Esoknya, betapa naifnya saya. Saya masih memberikan Lope tuna dan kali ini, baru hati saya tergerak dan perasan akan matanya yang berair, hidungnya yang berhingus dan batuk datang serta merta. Saya confirmkan sendiri -- Lope ada food allergy pada tuna. So, tuna juga dah masuk dalam list tak boleh makan sama seperti telur & pepper.

Makanya, hari ahad juga Lope tak pergi ke Shah Alam untuk spider cage activity. Rugi sangat. Mana mampu Lope pergi bila dia dibawah pengaruh dadah. Sepanjang hari, dia tidur dan tidur sahaja. Maka, hari minggu kami dihabiskan dirumah sahaja.

Bagi saya, ini adalah bahagia. Semuanya buat sendiri. Indahnya menjadi ibu dan isteri. Terima kasih Allah atas kurniaan ini. Baru saya tahu, macam mana perasaan Cik dulu uruskan kami 8 beradik. Penat tapi bahagia. 

Hari ini, perlu bawa Lope ke klinik lagi. Appointment untuk ganti inhaler baru. Semoga semuanya dimudahkan.

Happy monday!


Ini Lope pagi tadi. Saya letakkan shawl kaki katil, sebab iron baju dulu. Alih-alih, bila nak ambil shawl di kaki katil, tengok tak ada tapi baik je dia lilit di lehernya. Cubaan nak pakai shawl macam mama? Kecil tapi bermakna. Ada daya mengambil dan melilit di leher dengan sendiri. Alhamdulillah :-) Gambar ni saya dah post di Instagram pu3ism pagi tadi.

22/02/2013

Happy 34th & 3 days Birthday!

Ekoran dari entri What day is today? yang lepas, saya rasa bergunung serba salah. It was my dear hubby's birthday-- tapi wifey dia buat dunno aje. Sebenarnya, ada sebab kenapa buat dunno je.

For me, menjadi satu penghargaan yang paling besar bila time birthday kita, orang yang paling kita sayang wish birthday, sebagai tanda ingatan. Lagi awesome, bila orang yang kita sayang tu siap celebrate dan kasi hadiah. 

For me-lah.

Saya bersyukur, sebab Encik Bubu tak pernah fail ingat hari birthday saya. Tak pernah miss celebrate. Even takde kek (sebab saya rasa macam tak perlu kek) tapi acara makan-makan pasti ada ;) *thank-you-awak*

Bila turn Encik Bubu, saya punyalah excited. Nak wish. Nak celebrate. Nak kasi hadiah. Tapi, sehari sebelum birthday dia, dia ada cakap -- orang pompuan je sibuk-sibuk nak wish, nak celebrate, nak hadiah masa birthday. Abang cool je. takde orang wish, celebrate or kasi hadiah pun tak pe.

Sentap okehhh.

So, on the 18th February itself, saya buat-buat tak tahu. Dia sendiri pun buat-buat tak tahu (or mungkin bagi Encik Bubu takde pape sungguh). Kalau sayalah, dah sentap dah kot :p Maka, birthday Encik Bubu tahun 2013 berlalu begitu sahaja. Banyak hari saya rasa bersalah walaupun tak celebrate birthday suami bukan kategori berdosa pun. 

So, semalam kebetulannya Encik Bubu memang ada hal sket dengan group Winglets dia. Maka, seharusnya dia balik lambat. Saya Whatapps Encik Bubu macam ni.


Eh. Eh. Siap pesan suh salin pakaian. Siap specific cakap kena tukar kain pelikat. Well, ada sebab u olls. Sebab kat area kain pelikat tu ada ini.

Auwwww! Kad yang sesuai untuk malam Jumaat ;p Bila Encik Bubu buka almari je, kad ni memang betul-betul tarik perhatian dia. Well, I know. Lelaki! 

Tapi, tak seindah yang diharapkan..

Hehehe :)

Tak lupa juga..

Surat cinta.
Surat minta maaf.
Surat kasih sayang.

Hiks!
Old school sungguh rasanya. Tulis surat. Tulisan sememeh sekali.
Isi surat ni, biar kami berdua jelah kan. 

Happy 34th & 3 days Birthday, Encik Bubu!
I love you more, more & more everyday.

Lets grow old together :')
In sha Allah-- till Firdaus Jannah!

21/02/2013

Salad Ikan Tuna.

Tadi dok browse gambar-gambar Lope nak pass kat MakByJasara -- terjumpa ini.

Mak haish!
Mencabar keimanan sungguh.

Salad Ikan Tuna

Ikan tuna in olive ni yang buat sedapnya. Tumis guna minyak zaitun. Tumis bawang besar, then masukkan mushroom, carrot, tomato & daun sup. Bila dah nampak masak, masukkan tuna. Lepas tu letak la serba ikut selera garam, gula & pepper.

Tumis semua bahan ni.

Amik salad, susun. Hidang. Nak best lagi, amik cheese keping tu, letak je atas tuna masa panas ni. Lepas tu, lipat dalam daun salad ni & ngap. Feeling2 atkins diet gitu :p

Makan 3 keping ni dah kenyang. Penuh dengan lauk.

19/02/2013

Cerita daun kuchai.

Dia akan tiba masanya, bila kita akan minta tolong encik suami untuk belikan barang-barang dapur yang kita tertinggal beli setelah berjam-jam kita spent time doing groceries. Dalam nada yang tak berapa redha, Encik Bubu tolong juga si isteri ni. Maka, dalam list barang yang tertinggal itu adalah daun kuchai. 

Selepas 30 minit, Encik Bubu pulang. 

Isterinya sangat happy sambil memeriksa semula barang yang dipesan. "Mana daun kuchai?" tanya saya. Encik Bubu cakap "cari betul-betul. Abang dah beli tadi.." maka, saya memang keluarkan semua dari plastik bag yang dibawa pulang. Geram dengan isterinya yang agak rabun, dia datang mengambilnya.

"Ini bukan kuchai ke?" mukanya serius tapi saya bantai gelak.
Gelak sebab Encik Bubu beli ni..


Yes korang. 
Ini serai.
:p

Ok. Ok. Tak baik gelakkan suami sendiri yang comel. Bila saya dah googlekan gambar kuchai, barulah Encik Bubu cakap. "Kat rak tu, dia tulis label "kuchai" So, I thought this is kuchai," Ala-la-la.. comey sangat tersilap beli. 

So, bila dah ada banyak kuchai dirumah, saya teringatkan sup daun kuchai yang Cik cakap last week. Sebelum tu, biar pisang tak berbuah dua kali, ini adalah kuchai ye.

Khasiat daun kuchai boleh dibaca di sini.

Jadi, teringat kat sup daun kuchai Cik tu, maka semalam saya masak la.

Sup Daun Kuchai
(2 orang makan)

Daun kuchai -- sebanyak mana korang mahu
10 ulas bawang putih -- ditumbuk kasar
Ikan bilis -- segenggam
Isi ayam -- seberapa banyak nak makan
Carrot -- suka hati
Tauhu/taufu telur -- suka hati

Semua bahan-bahan kat atas tu rebus. Sampai mendidih.


Bila dah masak, jadilah macam ni. Saya makan semangkuk ni je semalam dan kenyang ;)
Cubalah buat. Menu yang sesuai untuk isteri-isteri bekerja.

Bercakap Dengan Bibik.

Sewaktu Bibik mula-mula sampai dan dibawa pulang ke rumah, dalam perjalanan, saya bertanya kepadanya "umur kamu berapa, bik?" dengan ringkas jawabnya "38"

Bila sampai dirumah, saya teliti passportnya. 

Date of birth: 7 October 1971.
Do your maths, kawan-kawan. Hehehe. 

Selepas 2 minggu dia bekerja dengan saya, di suatu petang Ahad sambil mengajarnya melipat kain, saya bertanya lagi padanya. "Umur kamu berapa Bik?" 

"35" jawabnya. 

Selepas 2 minggu di Putrajaya, usia Bibik saya semakin muda. 
Hiks! Sila baca dalam nada yang penuh dengan sarcasm. 
Saya diam. 
Dalam hati dah rasa gisvcweyrt230178r9f@%^*T*

Saya: Kamu lahir tahun berapa?
Bibik: Aku enggak tahu lahir tahun berapa... aku lupa.
Saya: Habis, macam mana kamu tahu umur kamu 35?
Bibik: Sebab ayah aku bilang umurku 35.
Saya: Bila kali terakhir kamu jumpa ayah kamu?
Bibik: Sebelum berangkat ke mari.
Saya: Ayah kamu usianya berapa?
Bibik: 50.
Saya: Ok. Umur suami kamu berapa?
Bibik: 40.
Saya: Oh, mudaaaaaaa lagi. Macam kamu jugak. Kamu kahwin dah lama?
Bibik: Iyalah. Udah lama. *sambil tersenyum-senyum*
Saya: Kamu kawin usia berapa, Bik?
Bibik: Aku kahwin masa usia 20 tahun. 
Saya: Ohhhhhhhhhhhh. I seeeeeeeeeeeeeeeee. Sudah berapa lama kamu kahwin?
Bibik: Sudah 6 tahun.
Saya: *urut dada* Maksudnya, sekarang ini usia kamu baru 26 lah? 
Bibik: *gigit jari sambil buat muka panik*

Kesimpulannya: 
Datanglah bekerja dengan saya. 
Nescaya anda akan menjadi lebih muda dari sehari ke hari. 
*insert nada sarcasm disini*

Dari umur 42 -- lepas tu jadi 38 -- lepas 2 minggu jadi 35 -- dalam sepetang je jadi umur 26 pulak!

Moral of the story:
Kot ye pun nak menipu umur, belajar dulu mengira.

*headache*

18/02/2013

What day is today?

What day is today?
18 Februari 2013 bersamaan dengan 7 Rabiul Akhir 1434 Hijrah

What day is today?
Isnin a.k.a Monday

What day is today?
Yeah. I know. Today is your day!

Sebenarnya, dari tengah malam semalam lagi rasa nak baling tepung dan telur kat kepala dia pastu jerit kuat-kuat dengan Obiya & Lope [if possible] happy birthday. Oh yes. Hari ni birthday Encik Bubu saya. 



Hari ni, the whole day saya memang senyap. Kat WhatApps family, facebook etc kat rangkaian social media dia tuh orang wish birthday but none from me :p Well, I did it on purpose. 0-O Memandangkan ini adalah schedule entry yang dipublish 5 minit sebelum 18 Februari 2013 melabuhkan tirainya, maka cerita birthday boy ni kita sambung dalam entry lain. Hiks!

Itupun kalau semua plan berjalan lancar :p
+ tak ada orang merajuk sebab first time kena ignore on 18th Feb!

Tata!

Rindu rambut panjang Obiya!

Bila tengok gambar-gambar ni, rasa rindu pulak nak Obiya rambut panjang semula.


 Ini gambar masa photoshoot dengan Bibik Kasro. 
Cantik rambut Obiya masa ni. Taken on July 2012.


Muka cheeky giler.
Geramnye!

Bam-bam girl.
Pergi kenduri Katik tapi dia over nak pasang kipas sebab panas. 
Haish! Diva.

Ini gambar mama yang bam-bam :p
Tengok pony-tail Obiya.
Comel weh.

Ini pun comel.
Sudahlah mama.
Meroyan nak anak rambut panjang balikkk~*

Gambar paling ayu pernah ada.
Kalau sekarang ni suruh senyum-- semua over!
Masa ni macam Obiya slim sket, kan? 

Tapi, bila tengok balik gambar-gambar kat bawah ni, rasa tak nak pulak dia rambut panjang!

Gambar ni dia lari sebab tak nak sikat rambut.
Mama umpan dengan lolipop baru datang dekat.
Drama sangat.

Ini pun sama, berlakon menangis dalam kereta sebab tak nak sikat rambut. 
Penuh dengan drama!

Paling tak leh blah - gambar ni.
"Ya jadi antu akan mama.."
[Phia jadi hantu makan mama]

Sebab paling scary la konon.
Pffft.

Bila rambut-rambut Obiya serabai jungle macam tu, rasanya gambar nilah paling mendamaikan. Mama lurut-lurut rambut dengan tangan pun takpe. Obiya nak lari lintang pukang pun takpe, sebab boleh baiki rambut anytime ;)


:)

15/02/2013

Jangan Menipu, boleh tak?


Kalau dah buat-- cakap la dah buat.
Kalau barang rosak-- cakap la dah rosak. 
Kalau tak tahu-- tanya.

Jangan sesekali...

Kalau dah buat-- cakap tidak.
Kalau barang rosak-- cakap bukan saya/tak tahu. 
Kalau tak tahu-- ko buat jugak!

Saya adalah simple orangnya. 
Tak garang sangat pun. 
Siap boleh bertepuk tampar dengan bibik-bibik yang lepas masa tengok tv.
I is cool
Tapi, tolong. 

Jangan menipu. 
Tak tahu dalam perkataan macam mana nak cakap. 
Menipu itu orang munafik. 
Menipu itu salah, tidak jujur. 

Walau dah diingatkan, setiap kali dia menipu-- saya tahu.
Sayangnya, bibik saya masih menipu.

Kalau tipu sampai sudah saya tak tahu lain cerita.
Ini, dia menipu dengan perkara ridiculous.
Menunjukkan betapa bodohnya dia.

Oh Bibik. 
Berhentilah menipu.
Tak ada apa ko dapat.
Melainkan dosa & amarah saya.

:(

Pepper Lunch

Semalam pegi ke Sunway Phyramid - temankan Encik Bubu nak hantar phone kat Samsung Service Centre. Alang-alang dah menapak ke sini, kami terus cari tempat nak dinner. So, saya yang pilih tempat. Yeay!

Saya pilih Pepper Lunch!

In case korang tak ada idea, apakah itu Pepper Lunch, meh saya tolong cakap. Pepper Lunch ni   asalnya datang dari Jepun, ala-ala fast food steakhouse & korang kena masak sendiri makanan korang di atas pinggan sizzling yang panas. Selection lauk pauknya ada banyak -- ayam, daging, salmon yang diserve dengan nasi, pasta etc. Cara masaknya, gaul semua sekali then makan. Wallahhh! Sedap.


Menu & harga

Bagi saya, kalau datang Pepper Lunch, confirm akan ambil beef curry. Agak lama juga tak datang. Sebelum ni, saya makan kat MidValley aje, ini kali pertama makan di Sunway Phyramid. Berbanding MidValley, outlet sini lebih best.


Ini kami makan. 

Sebab kami ni memang suka makan banyak-banyak, kami mintak upsize-- bayar 30% dari harga asal untuk tambah 1 portion daging & telur mata. 

Ini kami punya.


Sebelum.

Kat atas nasi tu, ada serbuk kari. Daging tu merah lagi, dipotong nipis-nipis. Ini sebelum kami mix tau. 

Dalam kadar seberapa pantas, kita kena gaul semua sekali masa pinggan ni panas.



Selepas.

Ini pulak, selepas di"masak" oleh saya ;)

Kalau korang nak sedap lagi, tambah sos-sos ni. 
Saya suka Honey Brown Sauce. 
Bila dimakan dengan daging. 
Ya Allah. Sedapnya~*




For more info & menu, sila click sini


14/02/2013

Nasi Vanggey Ipoh Mali!

Weekend lepas kami ke Ipoh sebab nak attend reception Ibrahim & wife -- Farah. Kami bergerak selepas brunch bagai sebab mengambil kira traffic yang horror katanya ke arah utara. Memang keputusan kami nak makan heavy tepat. Kalau biasanya sampai Ipoh dalam 3 jam je, kali ni 6 jam! Banyakk sangat kereta atas jalan. Banyak juga accident. 

Bila sampai rumah pengantin, ramai la jugak orang yang macam kami. Baru sampai sebab traffic jam. Memang diaorang dah tapaukan food dari caterer untuk orang-orang macam kami. Bila sampai jugak, Lope dah menangis. Mana tak menangisnya member, breakfast tadi jam 9 pagi. Nak tak nak, tanya tuan rumah nak panaskan food untuk Lope.

Lepas makan, dua-dua budak b-o -- maka, dua-dua budak dimandikan kat sana. At last, mamanya tak sempat nak makan. Kalut sangat dengan budak-budak. So, lepas keluar aje dari rumah pengantin, saya ajak Encik Bubu. Siap cakap kat dia, lapar tahap monster.

So, dia cakap jom makan nasi Vanggey. Katanya, must-eat-food di Ipoh ni. So, saya tanya la. Nasi macam mana. Alahai.. macam nasi kandar je tapi ada satu sambal special dia bagi. Sambal ni la diaorang cakap taruk ganja. Kenapa orang cakap macam tu?

Sebab lepas makan ni akan ketagih.

Hiks! Ketagih ke? Nasi Vanggey ni ada beberapa cawangan. Saya dah pernah pegi yang cawangan Labroy. Kali ni, saya ke Green Town plak.



Kat Green Town ni, kalau korang tak nak makan Nasi Vanggey pun takpe. Ada je masakan panas kat sini, tapi macam pelik la sangat kalau sampai ke sini tak makan. Ye idok?



Agak spacious la. Service sangat slow. Masa kami sampai tu, tak de orang pun (sebab timing maghrib- before 8pm) Kami 2 kali order makanan Obiya. 

Inilah rupanya Nasi Vanggey!


Wooohoooo! 

Seketul ayam
3 ekor sotong
1/2 Telur masin
Sayur goreng

[Sambal special tu adalah yang macam kunyit tuh, kat sebelah kanan pinggan]

Cer teka berapa ringgit?
Bila tunjuk gambar ni kat Yong, dia cakap dalam RM20.
Hiks!


Bagi saya, harganya agak murahlah berbanding KL. Tu, sengaja capture kasi terang-terang, alamat cawangan kat tempat lain. Ada di Labroy, Sitiawan & Seri Iskandar. 

Diaorang panggil nasi ganja kan?
Betullah! Tulis entry ni pun rasa nak sepinggan!

So, kalau korang teringin, bila ke Ipoh, singgahlah. 
Saya bagi 4/5.

11/02/2013

Happy 4th Birthday, dear Sophia!

11 Februari 2012 | 30 Rabuil Awal 1434
Presint 14, Putrajaya

Anak Mama Sophia,

Alhamdulillah. Hari ini, anak Mama genap usianya 4 tahun. Mama & Abah adalah orang yang paling happy-- tak putus kami berdua mengulang phrase "anak kita dah besar" & "cepatnya dah 4 tahun" bila usia Sophia yang kami bualkan. Rasa macam baru lagi tulis entry ini. Sepanjang 4 tahun menjadi Mama kepada Sophia, kus semangat. Sophia memang betul-betul mencabar tahap kesabaran Mama, namun alhamdulillah, kerana mencabar itu yang menjadikan Sophia kesayangan Mama & Abah.

Mama tahu, apa yang Mama tulis hari ini tak akan memberi makna apa-apa buat Sophia. At age of 4, Sophia masih belum pandai membaca, tetapi bab melukis, mewarna dan split identity kejap-kejap nak jadi princess yang cantik, lawa dan sopan serta ada masanya nak jadi Dora The Explorer yang nakal, bijak dan comel. -- Tapi, Mama yakin sangat. Entri ini di usia 4 tahun, akan menjadi sangat berharga bila Sophia besar.

Anak Mama Sophia,

Dah 4 tahun-- cepatnya! Nak kenal Sophia dengan lebih dekat? Inilah dia anak Mama.

Anak abah sungguh!

-- main game kat handphone/tab

Kadang-kadang, bila Mama check balik apa yang Phia download, Mama sendiri kagum dengan skills Phia (Mama memang tak pandai main game :p) Salah satu yang Mama suka, game yang Phia download di handphone Cik - Pou. Apa yang menariknya, sebab Phia kena bagi makan, minum, mandikan etc. Cik sendiri, pernah call Mama tanya macam mana nak feed Pou? Comelkan. Bila Phia tak ada, Cik yang akan kasi makan Pou.

-- sorok remote TV

Phia sorok sebab Phia nak tengok cartoon. Bila Mama/Abah kalut cari dimana remote, Phia buat tak tahu je. Alih-alih Mama jumpa dalam bakul mainan Phia. Semua remote Phia sorokkan. -____-"

-- bercakap non-stop

dengan pelatnya, Phia cakap mengenai banyak perkara. Those are your favourite phrase 

"eh, mana ada.."

"mama, phia nak ini, booleh?" 
[boleh tu disebut sgt comel]

"baik boss!"

"sayanggggggg mama"

"eh, boleh boleh la"

ada banyak lagi, tapi masa nak tulis ni mama tak ingat. Bukan saje pelat tapi Phia cakap dengan laju. Ada masanya, tak ada sesiapapun yang faham dan most of time, Mama yang akan jadi tukang terjemah apa yang Phia nak cakap.

-- ibarat sang kakak

bab ni Mama sangat bersyukur sebab Phia ni sangat sayangkan Lope. Ada kalanya, Phia bertindak macam seorang kakak untuk Lope. 

Bila tengok Lope hisap jari-- Phia akan alihkan, the way Mama did.

Bila bau busuk & suspect Lope b-o -- Phia akan bising cakap kat Mama.

Bila Lope menangis, out of sudden Phia pujuk saying that "Lope, jangan nangis. Mama ada la ni.."sambil gosok dahi Lope. Kalau Lope menangis lagi, Phia akan kiss pipi Lope. 

Bila Lope tarik rambut Phia, Phia tak marah. Cuma kata-kata lembut yang cakap "eh Lope, sakitlah adik.."

-- drama queen

garang tapi manja. bila Mama tegur sikit, cepat benar merajuknya. walaupun perkara kecik, Phia boleh menangis berbaldi-baldi :p dan, bila Mama penuhi hajatnya, automaticly boleh berhenti menangis dan bergelak ketawa terus :p

-- suka melukis/mewarna

masih ingat rumah kita yang Phia conteng satu rumah tu? Sekarang tidak lagi :) Phia suka melukis. Tak pernah betah suruh Mama lukis Dora. 

Phia cakap Mama pandai lukis Dora. 

Pfft!

Phia cakap Mama pandai lukis Princess. 

Pffffffffffffffffffffffffttttttttttt!

Anak Mama Sophia,

Hari ini, bila birthday Phia, Mama tanya ..

Mama: Apa Phia nak masa birthday Phia?
Phia: Nak kek Doya [Dora] pastu fuhhh [sambil berlakon tiup lilin] 

4 tahun!

... pastu, sambil tepuk tangan dan nyanyi ntah apa-apa lagu happy birthday to you ~*

So, apa yang Mama, Abah & Tok buat untuk Phia cumalah celebration kecil-kecilan macam ni je. Mama minta maaf, sebab Mama betul-betul perasan birthday Phia pada 8th Feb. Masa tu dah terlambat nak tempah kek sebab banyak orang-orang terer yang Mama kenal buat kek pergi bercuti. 


Mama suka tengok betapa muka Phia speechless dan malu-malu bila krew TGIF ramai-ramai keluar dan nyanyi Happy Birthday To You kat Sophia ;) Sekali tiup habis 4 batang lilin terpadam. 



Happy 4th Birthday, my dear Puteri Mariam Sophia!

In sha Allah, dengan doa Mama siang dan malam, Phia akan jadi anak yang solehah, anak yang akan mendoakan kesejahteraan Mama & Abah di dunia dan di akhirat, akan menjadi adik yang baik untuk Lope di kala susah dan senang bersama-sama. Mama doakan biarlah nanti Phia akan jadi anak yang indah adab dan budi pekertinya. 

Mama, Abah & Lope sayang Phia *group-hug*
Last but not least, budak ini adalah manja Tok sangat-sangat.


Xoxo always,
Mama 

09/02/2013

Bila namanu disebut-sebut.

Bulan lalu, sewaktu saya pulang ke Bukit Marak, Cik ada memberitahu, Aboh telah menamakan saya sebagai penama untuk akaun Tabung Hajinya. Hanya penama sahaja yang boleh membuat pengeluaran. Saya cakap pada Cik, nanti saya pulang ke Putrajaya, akan saya usahakan.

Sudah nak masuk 6 tahun Aboh pergi meninggalkan kami. Sepanjang 6 tahun itu juga, Aboh hidup subur didalam hati dan jiwa anak-anaknya. Ketika CC menyerahkan sijil kematian Aboh - terasa sedikit "ralat" membaca setiap butir yang tertulis di sijil yang tak ubah seperti surat beranak tu. Ruangan "Si Mati" seperti meruntun jiwa apabila saya membaca namanya. Macam hidup in denial. 

Well, sentimental gitu.

Semalam, hari jumaat. Baru sempat saya ke Tabung Haji di Anjung. Prosesnya tidak susah atau panjang berjela-jela. Apabila kakak kaunter tu tanya "apa hubungan dengan si mati?" terasa jauh rasanya. Si hidup dan si mati. Saya menjawab sepatah "anak."

Rasa macam nak jawab panjang lagi je. "anak. anak bongsu yang dia panggil saya Sue the tiny. yang dia janji, dia akan menunggu saat kelahiran anak saya merangkap cucunya tapi sayang dia sakit terlebih dahulu dan terlantar sakit tanpa sempat merasai sepenuhnya nikmat menjadi datuk kepada Megat Idris Naquiyuddin."

Tapi jawapan itu tersekat dalam hati saje :p

"Dah lama dah meninggal ni.." tokok kakak kaunter sambil membaca sijil kematian Aboh. Baru 6 tahun. Baru ke?

Kemudian, saya diminta mengisi borang khusus untuk tuntutan pusaka. Saat saya mengisi borang terutamanya mengisi nama Aboh, no kad pengenalannya dan betapa saya masih mengingati no kad pengenalan lamanya - tak terasa 6 tahun itu satu tempoh yang lama.


Bila saya selesai urusan di Tabung Haji, saya WhatApps gambar ini ke dalam group Anak-Anak Aboh. Saya bagitahu abang-abang dan kakak-kakak saya, terasa sayu bila kakak kaunter tu ulang untuk pengesahan tadi dan menyebut nama Aboh. Ada getar dalam jiwa. 

Rindu.

Al-Fatihah untuk my fave. old man on earth.

Rest well, Aboh.
I love you more and more, everyday.

Xx

08/02/2013

Sayur campur untuk potluck.

Sesekali menggedik jugak nak share resepi ringkas. Eheh.

Sayur Campur Buncis
(Untuk 2-3 pax)

Bahan-bahan:

1. Kacang buncis 100gm
2. Lobak merah 1 batang
3. Udang 
4. Hirisan isi ayam
5. Fish cake
6. Bawang putih 5 ulas (diketuk)
7. Bawang besar1 biji (dipotong bulat)
8. Cili merah 1 biji (dipotong panjang)
9. Sos tiram
10. Tepung (1/2 cawan digaul dengan air sehingga likat)
11. Garam/gula secukup rasa
12. Minyak (1/2 cawan)

** Bahan no. 3, 4 & 5 - iukt suka hati nak taruk banyak mana.

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan bawang besar & cili. Goreng sehingga garing.
3. Masukkan hirisan isi ayam & fishcake. Masak hingga separuh masak.
4. Masukkan lobak merah. Masak seketika. Biarkan ianya lembut.
5. Masukkan kacang buncis diikuti dengan udang.
6. Tambahkan sos tiram. Kacau hingga sebati.
7. Tuangkan tepung yang telah digaul - untuk kepekatan kuahnya.
8. Masukkan garam & gula secukup rasa.
9. Sedia untuk dimakan.

Mudah je. Kalau saya masak, saya biarkan kacang buncis ni separuh masak, sebab sedap makan bila dia rangup. Selamat mencuba.





Cerita semalam.

Semalam, saya agak sibuk. Sepulangnya dari pejabat, saya terus ke Alamanda. Mencari bahan masakan, office nak buat pot-luck hari ni. Pulang ke rumah di ambang maghrib, seterusnya sibuk berkecah didapur. Nak harapkan si bibik mencuci sotong, udang dan lain-lain masih belum boleh diharap. Sudahnya, saya sendiri menyinsing lengan di dapur. Padah kerana blogwalking di blog My Kitchen - Kak Anim petang semalam, saya teringin sangat nak makan sambal sotong. 

Rasa bersalah terbit di dalam hati tatkala saya memanggil Lope. Matanya buntang memandang saya sambil menghisap jari. Mungkin, didalam hatinya terdetik. Mama sekarang sudah "sombong". Manakan tidak, mandi, makan dan menyalin dryper semuanya di lakukan Bibik kini. Saya hanya sempat mengambil alih diwaktu malam sahaja. Saya sendiri bersarang rasa bersalah. Setelah hampir 6 bulan saya sendiri menguruskannya, sedikit ralat menyerahkannya ke tangan bibik yang masih dalam lesen percubaan.

Apa pilihan yang saya ada? Sobs.

Selesai saya berkecah didapur, saya tengok Lope & Obiya sudah tidur. Jam baru menunjukkan angka 9 malam. Kesian anak-anak. Sangat sedikit masa yang saya ada sekarang untuk mereka berbanding dahulu. Encik Bubu pula masih belum pulang, ada jamming dengan The Winglet. Saya kemudian menguruskan anak-anak untuk tidur, sambil berbual dengan Cik. Berbual kosong yang membawa kepada ketiduran.

Lope tidur bersama Cik. Manakala saya bersama Obiya. Jam 3.30 pagi, Cik kejutkan saya. "Sue, bangun tengok Lope ni. Sesak nafas.." saya yang sedang tidur-tidur ayam menggosok belakangnya. Waktu itu, Lope tidur dalam keadaan flat. Saya tinggikan sedikit kepalanya. Rupanya Lope selsema. Dia bernafas dengan menggunakan mulut. Saya biarkan seketika. Apabila saya sendiri hilang mamainya, baru saya betul-betul sedar, Lope dalam keadaan yang sukar bernafas. Selsemanya diiringi batuk.

Jam 3.45 pagi, saya berikan 2 puff inhaler. Saya tinggikan bantal di kepalanya. Hilang sedikit lemasnya. Tidak berombak seperti tadi. Saya padamkan air-cond. Saya selimut dia. Cik memeluk Lope. Saya biarkan 2 orang bercucu itu tidur berpelukan sambil saya terus mengawasi nafas Lope. Saya takut, jika saya terlelap, jika Lope masih berombak nafasnya akan memudaratkan dia. Masih teringat kejadian berlaku kepada anak seorang rakan sekerja dahulu. Anak Kak Id meninggal dunia kerana serangan asma.

Nauzubillah.

Akhirnya saya terlena juga. Jam 6 pagi saya bangkit. Lope tampak ok. Saya turun ke dapur. Janji mahu membawa sayur campur buncis ke pejabat harus dilunaskan. Jam 7 pagi, saya naik semula ke bilik, saya lihat nafas Lope kembali tidak teratur. Saya berfikir-fikir, saya perlu membawanya ke klinik. Klinik paling hampir adalah Pusat Kesihatan P14 yang dibuka jam 8.00 pagi. Saya seterusnya bersiap dan membawa Lope kesana.

Alhamdulillah. Tak ada yang serius apabila diperiksa. Lope sekadar diberi ubat selsema dan batuk sahaja. Juga, ubat lelah apabila diperlukan. Untuk rekod. Ini adalah serangan asma pertama untuk Lope bagi tahun 2013. Agak lama jugak Lope tidak diserang asma. Kali terakhir, seingat saya sebelum kami berpindah ke rumah baru. Mungkin di bulan Oktober tahun lepas kot.

Budak yang akhir-akhir ini sering mengintai peluang untuk bermanja dengan Mama.

Ini pulak untuk kawan-kawan office tersayang :-)